8. Bab 7 - Pengauditan

download 8. Bab 7 - Pengauditan

of 9

Transcript of 8. Bab 7 - Pengauditan

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    1/9

    BAB 7

    PENGAUDITAN

    7.1 Pengenalan

    Secara umumnya, audit adalah melakukan penilaian terhadap orang,

    organisasi, sistem, proses, syarikat, projek atau produk. Penngauditan adalah

    proses yang mana individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai

    segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan entiti ekonomi

    yang spesifik untuk tujuan mengenalpasti dan seterusnya melaporkan tahap

    pertalian diantara maklumat yang dikenalpasti dan kriteria yang telah

    ditetapkan. Ia juga merupakan satu proses yang dilakukan dengan sistematik

    oleh juruaudit untuk menilai dan mencari bukti-bukti yang menyokong angka-

    angka dalam penyimpan kewangan bagi melahirkan pendapat audit.

    Audit adalah bahagian penting dalam perakaunan dan ia dilakukan untuk

    memastikan kesalahan dan ketepatan maklumat serta untuk memberikan

    penilaian kawalan dalaman suatu sistem. Istilah ini paling sering merujuk

    kepada audit dalam bidang perakaunan, tetapi konsep serupa juga ada pada

    90

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    2/9

    pengurusan projek, pengurusan kualiti dan untuk pemuliharaan tenaga. Pada

    asalnya ia bertujuan sebagai asas rumusan pendapat juruaudit mengenai

    kelayakan yang akan diberikan terhadap penyata kewangan. Ringkas kata,

    audit adalah penilaian atau pemeriksaan bebas terhadap maklumat kewangansesebuah entiti yang telah disajikan oleh pengurusnya.

    7.2 Objektif Pengauditan

    Objektif atau tujuan penyediaan audit bagi perakaunan sesebuah syarikat

    adalah seperti berikut:

    i. Memberi kepastian kepada pengurus atasan bahawa pengurusan

    kewangan dan penyelenggaraan rekod-rekod perakaunan adalah teratur

    dan mematuhi dasar-dasar, undang-undang, prosedur-prosedur dan

    peraturan-peraturan kewangan yang diwajibkan.

    ii. Memastikan program, aktiviti dan operasi jabatan diuruskan dengan

    cekap, ekonomi dan berkesan.

    iii. Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kemampuan rekod-rekod

    dan sistem-sistem perakaunan, sistem-sistem maklumat pengursan dan

    sistem-sistem kawalan dalaman.

    iv. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-operasi

    jabatan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di

    mana tindakan pembetulan adalah diperlukan.

    v. Menyediakan laporan-laporan yang bebas, objektif dan tapat pada masa

    mengenai operasi jabatan supaya ketuanya dapat meninjau bagaimana

    rancangan-rancangan dijalankan, sama ada matlamat-matlamat dicapai,

    wang awam digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber

    diperuntukan dengan cekap.

    91

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    3/9

    7.3 Jenis-Jenis Audit

    Setiap pengauditan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan objektif ini akan

    menentukan jenis dan standardpengauditan yang perlu dipatuhi. Terdapat

    pelbagai jenis pengauditan yang diklasifikasikan namun di sini saya nyatakan

    jenis pengauditan yang biasa diklasifikasikan dan mudah untuk difahami adalah

    seperti berikut:

    7.3.1 Pengauditan Kewangan

    Pengauditan kewangan adalah untuk memastikan maklumat kewangan

    adalah tepat, organisasi mematuhi arahan dan prosedur kewangan dan

    kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan adalah baik.

    7.3.2 Pengauditan Pengurusan

    Pengauditan pengurusan ialah pengauditan berkenaan dengan penilaian

    sama ada organisasi menggunakan sumber dengan ekonomi, cekap dan

    keberesanan.

    7.3.3 Pengauditan Pematuhan

    Pengauditan pematuhan adalah pengauditan yang dijalankan untuk

    memastikan organisasi mematuhi undang-undang, peraturan dan garis

    panduan yang didokumenkan dalam mencapai matlamat organisasi.

    7.3.4 Pengauditan Siasatan

    Pengauditan siasatan adalah pengauditan yang dijalankan dalam

    menyelesaikan satu-satu penyelewengan yang berlaku seperti jenayah

    perdagangan, rasuah dan sebagainya.

    92

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    4/9

    7.3.5 Pengauditan Berkanun

    Dilakukan mengikut kehendak Akta Syarikat 1965 yang mewajibkansemua penyata kewangan syarikat diaudit oleh seorang yang

    berkelayakan dan bebas, untuk dibentang oleh Lembaga Pengarah

    dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

    7.3.6 Pengauditan Dalaman

    Dibuat oleh sesuatu perbadanan bagi mengurangkan kesilapan yang

    terdapat dalam rekod-rekod perakaunan dan juga dengan tujuan untukmengelakkan perbuatan menyalahgunakan wang dan aset-aset lainoleh

    kakitangan perbadanan itu.

    7.3.7 Pengauditan Bebasan

    Dijalankan untuk memeriksa laporan-laporan perakaunan, rekod-rekod

    yang berkaitan dan kemudian mengeluarkan pendapat secara bertulis

    kepada syarikat yang telah meminta perkhidmatan juruaudit bebas yang

    selalunya merupakan syarikat berhad.

    7.3.8 Pengauditan Koperasi

    Digunakan khas untuk koperasi dengan ditetapkan oleh Ordinan

    Pertubuhan Koperasi 1948 lapuran tahunan dibuat juruaudit koperasi

    dan kemudian diluluskan oleh pendaftar umum pertubuhan koperasi.

    7.3.9 Pengauditan Syarikat

    Pengauditan dibuat ke atas badan-badan kerajaan dan kementerian.

    Dua kaedah pendekatan tugas yang biasa dilakukan adalah audit interim

    iaitu dilakukan oleh juruaudit pada saru-satu tarikh dalam tahun

    93

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    5/9

    perakaunan kebagai kawalan dalaman dan audit akhir iaitu dibuat

    selepas tamat perakaunan apabila penyata kewangan akhir disiapkan.

    7.4 Kertas Kerja Audit

    Kertas kerja audit adalah semua bukti bertulis yang disediakan oleh juruaudit

    sebagai pandangan tentang penyata kewangan. Untuk menyediakan kertas

    kerja audit semasa, saya perlu menggunakan benyak jenis kertas kerja yang

    digunakan untuk menyediakan jadual-jadual ataupun kertas kerja audit. Dalam

    kertas kerja audit mengandungi perkara-perkara seperti nama, alamat, nombor

    telefon dan feks syarikat, tarikh imbangan syarikat, rujukan fail, tahun kertaskerja disediakan, program audit dan maklumat am.

    7.5 Kerja-Kerja Audit

    Semasa menjalani latihan industri di LQ Management Service Sdn. Bhd., saya

    telah menjalankan kerja-kerja pengauditan seperti berikut:

    7.5.1 Penyemakan Baki Awal dan Akhir

    Untuk proses penyemakan baki awal, saya akan merujuk kepada Kunci

    Kira-Kira tahun lepas dengan lejar am tahun semasa kerana baki Kunci

    Kira-Kira pada tahun lepas akan sama dengan baki awal dalam lejar am.

    Jika mendapati bahawa akaun tersebut sudah dipindah dari akaun lejar

    ke imbangan duga dengan betul, saya akan menandakan (/) pada

    kedua-dua akaun tersebut. Manakala, penyemakan baki akhir dibuat

    dengan merujuk kepada Imbangan Duga pada akhir tempoh perakaunan

    tersebut. Di bahagian ini, saya juga akan menandakan (/) sekiranya

    pemindahan akaun dari lejar ke imbangan duga dilakukan dengan betul

    dan tepat.

    94

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    6/9

    7.5.2 Menyemak Dokumen-Dokumen Perniagaan

    Kerja penyemakan dokumen perniagaan haruslah dibuat untuk

    memastikan bahawa setiap urusniaga mempunyai dokumen-dokumenperniagaan untuk membuktikan syarikat tersebut menjalankan urusniaga

    dengan betul. OLeh itu, saya perlu teliti dengan baik semasa menyemak

    dokumen- dokumen ini.

    7.5.3 Pengeposan (Dari Jurnal ke Lejar)

    Pengeposan adalah satu pemeriksaan ke atas amaun yang dipindahkan

    daripada Buku Catatan Pertama ke lejar am adalah tepat dan betul.Tujuan pemeriksaan pengeposan untuk mengetahui sama ada syarikat

    pelanggan telah merekodkan setiap urusniaganya dengan system

    perekodan yang diterima umum atau tidak. Jika pengeposan dilakukan

    dengan betul, saya akan menandakan tanda (/).

    7.5.4 Mengira Jurnal dan Lejar

    Pengiraan merupakan kerja menjumlahkan amaun yang terdapat dalam

    rekod perakaunan. Tujuan menyemak kerja pengiraan tersebut adalah

    untuk memastikan pengiraan angka-angka dalam buku akaun adalah

    betul serta tidak ada kesalahan atau kesilapan yang berlaku. Sekiranya

    terdapat kesilapan, suatu pelarasan akan dibuat untuk membetulkannya.

    7.5.5 Penyata Penyesuaian Bank

    Juruaudit perlulah memastikan akaun bank yang dinyatakan oleh pihak

    pelanggan di bahagian debit adalah sama dengan penyata bank yang

    dikeluarkan oleh bank di bahagian kredit (jika berlaku overdraf baki pada

    penyata bank akan berada di sebelah debit). Kadang-kala terdapat

    perbezaan antara kedua-dua penyata tersebut. Oleh itu, saya perlu

    membuat penyata penyesuaian bank untuk mengenalpasti sama ada:

    95

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    7/9

    i. Butir telah direkodkan dalam buku tunai tetapi belum direkod

    dalam penyata bank (contohnya, cek belum dikemukanan dan

    deposit belum dikreditkan),

    ii. Butir telah direkodkan dalam penyata bank tetapi belum direkod

    dalam buku tunai (comtohnya, faedah simpanan dikredit terus,

    dividen yang diterima, bayaran buku cek, cek tak layan, faedah

    atas overdraf, bayaran perkhidmatan kepada bank dan lain-lain),

    iii. Kesilapan menyimpan kira mungkin dilakukan oleh bank atau

    pelanggan bank (seperti mentcatan RM 243 sebagai RM 234).

    7.5.6 Penyenaraian, Meneliti dan Pembetulan

    Kertas kerja audit merangkumi semua bukti bertulis yang disedikan oleh

    juruaudit. Langkah pertama yang perlu saya lakukan adalah

    menjalankan ujian rawak iaitu menyenaraikan beberapa perbelanjaan

    yang jumlahnya agak besar. Contohnya, aset tetap (perlu senaraikan

    nama syarikat yang jual, kuantiti, kos dan tarik beli) dan gaji pekerja

    (perlu senaraikan nama pekerja, alamat, nombor kad pengenalan, gajibulanan, KWSP, PERKESO dan lain-lain). Tujuannya untuk

    mengenalpasti semua perbelanjaan sudah direkod. Selain itu, satu

    penyelidikan untuk pemiutang akan dibuat dengan membandingkan

    penyata akau yang dikirim oleh pemiutang dengan lejar pemiutang yang

    dibuat oleh pelanggan. Jika terdapat perbezaan antara penyata akaun

    yang dikeluar oleh pemiutang dan lejar pemiutang, maka penyelidikan

    perlu dibuat. Setelah menyenaraikan perbelanjaan dan meneliti akaun

    pemiutang, kemungkinan akan terdapat kesalahan dalam lejar am. Olehitu, saya perlu menyediakan satu jurnal iaitujournal entryuntuk

    pindahan. Ia akan mennyebabkan imbangan duga yang telah

    disediakan berubah jumlahnya. Oleh itu, juruaudit perlu menyediakan

    96

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    8/9

    satu imbagan duga yang baru iaitu imbangan duga selepas pelarasan

    setalah pindahan sudah dibuat.

    7.5.7 Surat Pengesahan

    Surat pengesahan ialah surat yang dihantar kepada orang-orang yang

    berkenaan untuk mengesahkan bahawa baki untung atau baki akaun

    adalah sama dengan jumlah baki yang ditunjukkan di dalam akaun yang

    disediakan oleh pihak pelanggan. Ia akan dihantar selepas proses

    penyemakan terhadap akaun-akaun yang dinyatakan di atas adalah

    betul. Biasanya tugas menyediakan surat pengesahan ini akan

    dikeluarkan oleh Miss Lim Mei Ling sahaja. Setiap kes audit perlumendapatkan dokumen pengesahan untuk menyokong atau memastikan

    bahawa segala kertas kerja adalah dilakukan dengan sempurna. Oleh

    itu, sebelum menyediakan surat ini, penyemakan terhadap semua

    dokumen sumber perlu dijalankan dengan teliti.

    7.5.8 Jadual Susut NIlai

    Menyenaraikan semua aset tetap yang ada di syarikat sama ada aset itu

    sudal lama dibeli, baru ditambah, dijual atau menjadi lupus. Kaedah

    susut nilai dan peratus susut nilai yang dibuat antara satu syarikat

    dengan syarikat yang lain adalah berbeza bergantung kepada syarikat

    itu sendiri sama ada menggunakan kaedah kos tetap atau baki

    berkurangan untuk proses menyusut nilai aset. Kadang-kala, sesuatu

    syarikat itu menggunakan kedua-dua kaedah susut nilai untuk menilai

    asetnya (bagi aset yang berlainan). Proses mengenalpasti juga perlu

    diambil terhadap mana-mana aset yang baru ditambah ke dalam

    syarikat atau dilupuskan daripada syarikat. Saya mendapati bahawa

    dalam jadual ini akan menunjukkan kos belian aset, susut nilai yang

    dikenakan dalam satu tempoh perakaunan, susut nilai terkumpul

    sepanjang penggunaak aset tersebut dan nilai aset di pasaran sekarang.

    97

  • 8/6/2019 8. Bab 7 - Pengauditan

    9/9

    Saya akan menjumlahkan susut nilai semasa dengan jumlah susut nilai

    terkumpul untuk mendapatkan susut nilai terkumpul semasa.

    7.5.9 Jadual Elaun Modal

    Jadual elaun modal yang saya sediakan adalah untuk syarikat sendirian

    berhad untuk mendapatkan tuntutan potongan cukai pendapatan

    syarikat. Setiap aset yang dibeli untuk kegunaan pejabat syarikat dapat

    dituntut untuk potongan cukai kerana setiap aset tetap yang ditambah

    atau dijual akan ditunjukkan dalam jadual elaun modal. Hal ini kerana

    setiap aset tetap yang ditambah atau dijual akan mendatangkan kesan

    terhadap akaun modal. Setiap aset tetap yang dibeli boleh mendapatpotongan=potongan elaun permulaan sebanyak 20% dan potongan

    tahunan di mana bergantung atas aset tetap tersebut.

    7.5.10 Menyediakan Akaun Akhir

    Setelah kerja audit disiapkan dan segala kaertas kerja atau jadual yang

    berkenaan telah dilengkapi, maka akaun-akaun dan laporan tahunan

    yang lengkap boleh disediakan. Sebelum akaun dan laporan tahunan

    yang sebenar dibuat, draf perlu disediakan terlebih dahulu. Biasanya

    laporan tehunan sesebuah syarikat bagi tahun lepas perlu difotostat

    untuk membuat laporan tahunan semasa. Akaun akhir terdiri daripada

    jadual perbelanjaan, akaun perdagangan dan untung rugi, penyata

    pengaliran tunai dan akaun kunci kira-kira.

    98