8. kertas dasar mqa

19
SULIT Ruj: Mesyuarat Profesional KPM Bil.3 /2013 No : Salinan Bilangan : KERTAS CADANGAN DARIPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA _______________________________________________________ _____ TUJUAN 1. Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Profesional KPM berhubung Konsep Pelaksanaan Program Diploma Vokasional 1 SULIT

Transcript of 8. kertas dasar mqa

Page 1: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Ruj: Mesyuarat Profesional KPM Bil.3 /2013

No :

Salinan Bilangan :

KERTAS CADANGAN DARIPADA

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL

MALAYSIA DI KOLEJ VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

____________________________________________________________

TUJUAN

1. Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan Mesyuarat Profesional KPM berhubung Konsep

Pelaksanaan Program Diploma Vokasional Malaysia di Kolej

Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1 SULIT

Page 2: 8. kertas dasar mqa

SULIT

LATAR BELAKANG

2. Pendidikan vokasional telah mula diperkenalkan seawal tahun 1946

di Junior Trade School dalam bidang ketukangan dan pertanian.

Pada tahun 1958 pendidikan ini diperluaskan ke Junior Technical

Trade School yang kemudiannya bertukar nama kepada Sekolah

Menengah Vokasional (SMV). Pada tahun 1997, YAB Menteri

Pelajaran telah menstruktur semula semua Sekolah Menengah

Vokasional menjadi Sekolah Menengah Teknik (SMT) dengan

menawarkan dua aliran pendidikan iaitu Aliran Teknik dan Aliran

Vokasional. Pada tahun 2007, penstrukturan semula SMT kepada

SMV telah dilaksanakan kecuali beberapa SMT yang telah

dikenalpasti untuk kekal menawarkan hanya aliran teknik.

3. Pada 20 Disember 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

Pendidikan ke-195 telah meluluskan Transformasi Pendidikan

Vokasional dengan memperkenalkan Pendidikan Asas Vokasional

(PAV) bermula di Tingkatan Satu dan penjenamaan semula SMV

kepada Kolej Vokasional (KV). Penjenamaan semula ini melibatkan

penambahbaikan kurikulum sedia ada di samping memperkenalkan

bidang baru mengikut unjuran keperluan tenaga kerja mahir negara.

4. Sejajar dengan keperluan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa

Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan (JKMPMI) Bil.

2/2011 pada 17 Jun 2011 telah meluluskan keterangan

mentransformasikan pendidikan vokasional.

2 SULIT

Page 3: 8. kertas dasar mqa

SULIT

5. Pada 22 September 2011, JKMPMI Bil. 3/2011 telah meluluskan

cadangan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional. Pada

6 Januari 2012, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pelajaran telah melancarkannya secara rasmi.

6. Pada 6 Disember 2011, Mesyuarat JKKP Bil. 5/2011,

dipengerusikan oleh KPPM telah menerima dan meluluskan

konsep KSKV dan pelaksanaannya di lima belas (15) KV KPM rintis

pada tahun 2012.

7. Transformasi Pendidikan Vokasional dilaksanakan dalam tempoh

lapan (8) semester yang mengandungi dua peringkat pengajian iaitu

peringkat pra diploma (persediaan) dan peringkat diploma.

8. Bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,

KPM turut menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta melalui

Public-Private Partnership berdasarkan Entry Point Project 13

(EPP13), National Key Economic Areas (NKEA) Pendidikan.

9. Program Kolej Vokasional KPM juga dijalankan di Insitut Latihan

Kemahiran Awam dan Institut Latihan Kemahiran Swasta yang

berminat dan terpilih untuk mengambil bahagian.

3 SULIT

Page 4: 8. kertas dasar mqa

SULIT

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

10. Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam Inisiatif Pembaharuan

Strategik Kedua (IPS 2) menyarankan supaya kajian semula sistem

pendidikan memberi penekanan kepada pengenalan semula kolej

latihan teknikal dan vokasional ,mengenal pasti dan memupuk

bakat melalui proses berorientasikan permintaan, menggalakkan

usaha sama dengan pihak industri dan menyampaikan pendidikan

berkualiti tinggi.

11. NKEA Pendidikan memberi penekanan terhadap pengembangan

pendidikan teknikal dan vokasional (TEVT). Ini dapat dilihat dengan

jelas dalam penyataan Entry Point Project (EPP) yang menyatakan

bahawa pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT)

merupakan salah satu daripada empat segmen pendidikan yang

diberi keutamaan berdasarkan saiz pasaran dan potensi untuk

pembangunan pada masa hadapan.

12. Program Diploma Vokasional Malaysia mendorong penglibatan pihak

industri untuk turut serta secara aktif melalui kerjasama strategik

seperti yang digariskan melalui inisiatif di bawah Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

13. Program Diploma Vokasional Malaysia ini merangkumi elemen

kebolehkerjaan dan kebolehpasaran kerja bagi merangsang minat

murid ke arah memilih pendidikan vokasional sebagai laluan

4 SULIT

Page 5: 8. kertas dasar mqa

SULIT

pendidikan yang terarah kepada bidang kerjaya pilihan mereka

seterusnya memenuhi permintaan sumber tenaga kerja

berkemahiran tinggi negara dan industri.

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)

Definisi Diploma Vokasional Malaysia 14. Diploma Vokasional Malaysia (DVM) merupakan satu program

peringkat diploma yang dibangunkan untuk murid yang mempunyai

minat dan kecenderungan terhadap kemahiran vokasional bagi

membangun dan mengemas kini kemahiran dan pengetahuan

untuk diaplikasikan di alam pekerjaan.

15. DVM juga disediakan untuk menangani isu spesifik dan keperluan

segera sumber manusia dalam sektor industri yang tidak diberi

perhatian dalam pendidikan aliran akademik.

Kumpulan Sasaran

16. Kumpulan sasaran bagi program DVM adalah untuk lepasan

program pra diploma Kolej Vokasional KPM yang mencapai Purata

Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 2.0 ke atas dan lulus Bahasa Melayu

dengan gred minimum 2.0, kompeten dalam semua modul

vokasional Tahap 1 dan Tahap 2 dengan mencapai gred minimum

5 SULIT

Page 6: 8. kertas dasar mqa

SULIT

2.67 bagi semua modul vokasional dan kompeten dalam semua

modul Employability Skills.

17. DVM yang dianugerahkan adalah sesuai dan berkualiti bagi

maksud pekerjaan dan kemasukan ke peringkat yang lebih tinggi di

universiti terpilih.

Pelaksanaan Kurikulum

18. Kurikulum yang digunakan bagi program DVM ialah Kurikulum

Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang terdiri daripada komponen

akademik dan komponen vokasional dengan nisbah 20:80.

19. Komponen akademik merangkumi modul insaniah yang terdiri

daripada modul-modul wajib yang menjurus kepada penguasaan

soft skills dalam bidang tertentu termasuklah pelaksanaan

kokurikulum. Penguasaan bahasa antarabangsa utama juga

diambil kira dalam komponen ini. Komponen vokasional

merangkumi modul yang berasaskan Standard Kemahiran

Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard –

NOSS) yang ditetapkan oleh industri dan aras pembelajarannya

menepati keperluan Kerangka Kelayakan Kemahiran Tahap 3

hingga Tahap 4 yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). (Rujuk

Lampiran 1)

6 SULIT

Page 7: 8. kertas dasar mqa

SULIT

20. KSKV juga memberi fokus kepada elemen Production-Based

Education (PBE), Competency-Based Education (CBE) dan On-

Job-Training (OJT). Elemen tersebut membolehkan murid KV

mempunyai pendedahan kepada realiti alam pekerjaan seterusnya

berpeluang memenuhi permintaan dalam pasaran kerja. Konsep

School Enterprise juga diberikan penekanan kepada murid KV

sebagai persediaan sekiranya mereka ingin menceburi bidang

keusahawanan atau berdikari dengan bekerja sendiri.

21. Sistem kredit yang digunakan bagi program DVM merujuk kepada

sistem kredit Malaysian Qualification Framework (MQF) iaitu 1 jam

kredit bersamaan dengan 40 jam waktu pembelajaran. Jam

bergraduat bagi DVM dicadangkan sekurang-kurangnya 90 kredit,

iaitu bersamaan dengan 3600 jam beban pembelajaran dalam

tempoh dua (2) tahun.

Hasil Pembelajaran

22. Merujuk kepada ciri-ciri generik yang termaktub dalam MQF bagi

diploma Tahap 4, hasil pembelajaran program ini dicadangkan

dapat memberikan pelajar:

Menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

praktikal dalam proses kerja bidang

Membuat penilaian dan keputusan yang mengambil kira isu

sosial, saintifik dan etika dengan autonomi sederhana

7 SULIT

Page 8: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Menunjukkan kepercayaan diri dan keusahawanan untuk

menjana pekerjaan sendiri.

8 SULIT

Page 9: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Menunjukkan kebertanggungjawaban sebagai ahli masyarakat

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menunjukkan kemahiran belajar untuk beradaptasi kepada

idea, proses dan prosedur baru untuk perkembangan

profesion/kerjaya.

Menunjukkan kemahiran berpasukan, kecekapan

berkomunikasi dan dapat menyampaikan maklumat, idea,

masalah serta penyelesaian dengan berkesan.

Kaedah Penilaian

23. Penilaian DVM menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) yang terdiri daripada dua bahagian iaitu pentaksiran

berterusan (PB) oleh Kolej Vokasional dan pentaksiran pusat (PP)

oleh Lembaga Peperiksaan.

24. Pentaksiran bagi komponen akademik adalah 100% PB manakala

bagi komponen vokasional pula 70% adalah PB dan 30% adalah

PP.

25. Contoh PB yang dicadangkan adalah seperti di bawah:

kuiz

ujian/ujian amali

9 SULIT

Page 10: 8. kertas dasar mqa

SULIT

pembentangan

projek/penyelidikan/laporan

portfolio

26. Kaedah penilaian lain juga boleh digunakan sekiranya ianya dapat

membantu penilaian pencapaian hasil pembelajaran khususnya

bagi hasil pembelajaran yang memerlukan pemerhatian dan tidak

boleh diuji dalam peperiksaan.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

27. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah terdiri daripada:

Kuliah

Tutorial

Praktikal / amali

Problem-Based Learning (PBL)

e-Pembelajaran

28. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain serta bersesuaian

juga boleh digunakan sekiranya ianya dapat membantu pencapaian

hasil pembelajaran.

Tahap Dan Sektor Diploma Vokasional Malaysia Dalam MQF

29. Tahap dan sektor dalam MQF bagi Diploma Vokasional Malaysia

dicadangkan diletakkan pada Tahap 4 iaitu di bawah Sektor

Vokasional dan Teknikal. (Rujuk Lampiran 2)

10 SULIT

Page 11: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Pemberi Pendidikan Yang Layak Menawarkan Diploma Vokasional

Malaysia

30. Kolej Vokasional KPM dan Institut Latihan Kemahiran Awam /

Institut Latihan Kemahiran Swasta yang mengambil bahagian dalam

Program Kolej Vokasional KPM dikehendaki menawarkan Program

Diploma Vokasional Malaysia.

IMPLIKASI

31. Diploma Vokasional Malaysia diterima sebagai kelayakan bagi

memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan pasaran

kerja negara dan antarabangsa.

32. Diploma Vokasional Malaysia diterima sebagai kelayakan

kemasukan ke peringkat pengajian lebih tinggi di institusi pengajian

tinggi awam dan swasta.

33. Kerjasama strategik di antara KPM dengan agensi awam dan

swasta melalui pemeteraian memorandum atau perjanjian adalah

diperlukan bagi memberi peluang pekerjaan dan melanjutkan

pelajaran kepada pemegang Diploma Vokasional Malaysia.

11 SULIT

Page 12: 8. kertas dasar mqa

SULIT

KESIMPULAN

34. Program Diploma Vokasional Malaysia dapat memenuhi keperluan

tenaga mahir negara seperti yang digariskan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 ke arah meluaskan

kebolehpasaran dan memesatkan pembangunan modal insan

negara yang lebih kompeten dan berdaya saing.

SYOR

35. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan

cadangan konsep pelaksanaan Program Diploma Vokasional

Malaysia di Kolej Vokasional KPM termasuk Institut Latihan

Kemahiran Awam dan Institut Latihan Kemahiran Swasta yang

mengambil bahagian dalam Program Kolej Vokasional KPM.

12 SULIT

Page 13: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Lampiran 1

Komponen Akademik (Kemahiran Insaniah)

Modul-modul dalam kemahiran insaniah adalah seperti berikut:-

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Keusahawanan

Pengurusan Kewangan

Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan

Pendidikan Kerjaya

Profesionalisme Pekerjaan

Tamadun Islam

Kokurikulum(PLKN)

Bahasa Mandarin

Bahasa Arab

Komponen Vokasional

13 SULIT

Page 14: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Bidang-bidang di bawah komponen ini adalah:

a) Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik

Kursus Teknologi Elektrik

Kursus Teknologi Elektronik

Kursus Teknologi Mekatronik

b) Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan

Kursus Pemesinan Industri

Kursus Teknologi Kimpalan

Kursus Teknologi Automotif

Kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan

Udara

Kursus “Tool and Die(Mould)”

Kursus “Tool and Die(Press Tools)”

c) Bidang Teknologi Kejuruteraan Awam

Kursus Teknologi Pembinaan

d) Bidang Hospitaliti

Kursus Seni Kulinari

Kursus Bakeri dan Konfeksionari

Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian

Kursus Kosmetologi

Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak

Kursus Pelancongan

e) Bidang Perniagaan

14 SULIT

Page 15: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Kursus Pengurusan Perniagaan

Kursus Kesetiausahaan Pentadbiran

Kursus Perbankan

Kursus Insurans

Kursus Pemasaran

Kursus Peruncitan

Kursus Perakaunan

f) Bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Kursus Sistem Komputer dan Rangkaian

Kursus Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Kursus “Industrial Packaging and Graphic Designing”

Kursus Telekomunikasi dan Multimedia

g) Bidang Pertanian

Kursus Agroindustri Tanaman

Kursus Agroindustri Ternakan Ruminan

Kursus Agroindustri Ternakan Poultri

Kursus Mekanisasi Agro

Kursus Herba

Kursus Bioteknologi

Kursus Akuakultur

Kursus Hortikultur Hiasan

Kursus Landskap

Kursus Pemprosesan Hasil Pertanian

Kursus Florikultur

15 SULIT

Page 16: 8. kertas dasar mqa

SULIT

h) Bidang Teknologi Kejuruteraan Marin

Kursus Pengajian Nautikal

Kursus pengajian Kejuruteraan Kapal

Kursus Pengajian Teknologi Marin

i) Bidang Industri Gas dan Minyak

Kursus Kimpalan Marin

Kursus Gas dan Minyak

j) Bidang Pengangkutan

Kursus Penyenggaraan pesawat – MRO

Kursus Penyelenggaraan LRT/Keretapi

k) Bidang Sistem Seni dan Budaya

Kursus Animasi 2D

Kursus Kesan Khas 2D

l) Bidang Sains Kesihatan

Kursus Teknologi Makmal Perubatan

Kursus Kesihatan Alam Sekitar

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus Kejururawatan

Kursus Perkhidmatan Kecemasan

Kursus Teknologi Peralatan Kecemasan

Kursus Perkhidmatan Forensik

m) Bidang Industri Sukan

16 SULIT

Page 17: 8. kertas dasar mqa

SULIT

Kursus Pengurusan Ekuin

n) Bidang dan kursus lain yang dipersetujui KPM.

17 SULIT