8.0 Cadangan Kajian Tindakan

3
8.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Melalui dapatan kajian ini, didapati penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dalam membundar nombor bulat telah memberikan kesan yang positif dalam membantu murid tahun 2 meningkatkan penguasaan dalam membundar nombor. Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa kajian yang boleh dilakukan seterusnya. Cadangan yang pertama ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ sebaik sahaja murid mula belajar pembundaran nombor. Ini penting untuk murid mempunyai asas yang baik berkenaan dengan konsep pembundaran nombor seperti kedudukan nilai tempat yang terdekat dan juga perlu tambah satu ataupun tidak. Dengan pengenalan awal menggunakan kaedah ini juga, murid akan seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar yang menarik dan mudah untuk difahami. Cadangan saya yang kedua ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ kepada murid-murid yang sederhana dan juga murid-murid yang berkebolehan tinggi. Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

description

cadangan

Transcript of 8.0 Cadangan Kajian Tindakan

Page 1: 8.0 Cadangan Kajian Tindakan

8.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Melalui dapatan kajian ini, didapati penggunaan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ dalam membundar nombor bulat telah memberikan kesan yang positif dalam

membantu murid tahun 2 meningkatkan penguasaan dalam membundar nombor.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa kajian yang boleh dilakukan

seterusnya.

Cadangan yang pertama ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan

Besar’ sebaik sahaja murid mula belajar pembundaran nombor. Ini penting untuk murid

mempunyai asas yang baik berkenaan dengan konsep pembundaran nombor seperti

kedudukan nilai tempat yang terdekat dan juga perlu tambah satu ataupun tidak.

Dengan pengenalan awal menggunakan kaedah ini juga, murid akan seronok untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar

yang menarik dan mudah untuk difahami.

Cadangan saya yang kedua ialah memperkenalkan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ kepada murid-murid yang sederhana dan juga murid-murid yang

berkebolehan tinggi. Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar merupakan kaedah yang

memudahkan pemahaman murid dalam pembundaran nombor seterusnya membantu

murid membundar dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan masa yang lama. Oleh

itu, dengan memperkenalkan kaedah ini kepada semua murid, murid-murid akan lebih

faham dan lebih mudah dalam menjawab soalan pembundaran nombor.

Cadangan saya yang seterusnya ialah menggunakan kaedah ‘Kawan Kecil &

Kawan Besar’ dalam membundar nombor yang mempunyai nilai tempat lebih besar

Page 2: 8.0 Cadangan Kajian Tindakan

seperti ribu dan puluh ribu. Kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ sangat sesuai untuk

digunakan dalam pembundaran tidak kira nilai tempat. Konsep penggunaan kaedah ini

dalam membundar nombor mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk

menyelesaikan soalan membundar tidak kira berapa nilai tempat sekalipun. Ini kerana,

kaedah ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ menekankan murid untuk melihat nilai tempat

yang ingin dibundar sebagai contoh, puluh ribu yang terdekat. Apabila nilai tempat yang

ingin dibundar sudah dikenal pasti, penentuan ‘Kawan Kecil & Kawan Besar’ dapat

dibuat dengan melihat nombor di sebelah kanannya. Apabila sudah menambah ‘1’ atau

‘0’, bergantung dengan nombor sama ada tergolong dalam ‘Kawan Kecil’ atau ‘Kawan

Besar’, nombor tersebut akan menjadi kosong. Begitu juga dengan nombor-nombor

yang seterusnya.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan

kepada para guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran matematik di dalam bilik darjah.