8.1 sistem sokongan haiwan

15
BAB 8 Sokongan dan Gerakan Disediakan oleh: Cikgu Ong SMK Rantau

description

Sains Tingkatan 2 Bab 8 Sokongan dan gerakan

Transcript of 8.1 sistem sokongan haiwan

Page 1: 8.1 sistem sokongan haiwan

BAB 8 Sokongan dan Gerakan

Disediakan oleh:Cikgu Ong

SMK Rantau

Page 2: 8.1 sistem sokongan haiwan

8.1 Sistem Sokongan Haiwan1. Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka. 2. Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu

i) rangka dalamii) rangka luariii) rangka hidrostatik

3. Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh sistem rangka dalam.

4. Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka hidrostatik.

5. Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk i) menyokong berat badanii) mengekalkan bentuk badaniii) melindungi organ lembut di dalam badaniv) sebagai tempat pautan otot untuk membantu

pergerakan haiwan.

Page 3: 8.1 sistem sokongan haiwan

1. Manusia dan haiwan vertebrata lain mempunyai rangka dalam yang terdiri daripada banyak tulang.

2. Berat badan manusia disokong oleh lengkungan pelvis (punggung).

3. Tulang ini ialah tulang yang paling besar dan yang paling kuat dalam badan.

4. Berat badan vertebrata darat seperti gajah dan kucing disokong oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis.

Sistem sokongan haiwan vertebrata

Page 4: 8.1 sistem sokongan haiwan

lengkungan pektoral lengkungan pelvis

Page 5: 8.1 sistem sokongan haiwan

5. Haiwan darat yang besar seperti gajah dan badak sumbu mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kuat serta kaki yang pendek dan lebar untuk menyokong berat badannya.

Page 6: 8.1 sistem sokongan haiwan

6. Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai rongga.

7. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat daripada tulang padat yang sama panjang dan sama berat.

Page 7: 8.1 sistem sokongan haiwan

8. Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air.

9. Hal ini kerana lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan vertebrata akuatik adalah sangat kecil dan lemah berbanding haiwan vertebrata darat.

10.Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga saiz yang sangat besar.

11. Hal ini kerana berat badannya tidak disokong sepenuhnya oleh rangka dalam, tetapi turut disokong oleh daya apungan air.

Page 8: 8.1 sistem sokongan haiwan

1. Sesetengah invertebrata mempunyai struktur luar yang keras yang disebut rangka luar.

2. Pengecutan dan pengenduran pasangan otot pada permukaan dalaman rangka luar membolehkan berlakunya pergerakan.

3. Rangka luar (kutikel) terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin.

4. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air yang menjadikannya kelihatan berkilau.

Sistem sokongan haiwan invertebrata

Kumbang

Labah-labah

Page 9: 8.1 sistem sokongan haiwan

5. Invertebrata yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberikan bentuk dan menyokong badannya.

6. Bendalir badan ini mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.

7. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrata padat, teguh, dan kukuh.

Beluncas

Cacing

Lintah

Page 10: 8.1 sistem sokongan haiwan

8. Haiwan invertebrata akuatik mempunyai rangka luar atau rangka hidrostatik.

9. Berat badan kebanyakan haiwan invertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air sama seperti haiwan vertebrata akuatik.

10.Daya apungan air membantu haiwan tersebut bergerak di dalam air.

Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka luar.

Ketam

Udang Siput

Page 11: 8.1 sistem sokongan haiwan

Ubur-ubur

Tapak sulaiman

Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka hidrostatik.

Page 12: 8.1 sistem sokongan haiwan

Sistem sokongan haiwan

Haiwan vertebrata

Haiwan invertebrata

Haiwan darat

Haiwan akuatik

Rangka dalam

Rangka dalam

Contoh:Manusia,

katak, burung

Haiwan darat

Haiwan akuatik

Rangka luar

Contoh:ikan

Hidro-statik

Rangka luar

Hidro-statik

Contoh:Semut, lalat,

belalang

Contoh:Cacing, lintah,

beluncas

Contoh:Udang, ketam,siput

Contoh:Tapak

sulaiman, ubur-ubur

Page 13: 8.1 sistem sokongan haiwan

haiwan vertebrata

darat

Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan vertebrata darat dan haiwan vertebrata akuatik

haiwan vertebrata

akuatik

Ada rangka dalam

Berat badan disokong

oleh rangka dalam

Berat badan disokong oleh daya

apungan air

Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis besar

dan kuat

Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis kecil dan lemah

Page 14: 8.1 sistem sokongan haiwan

haiwan invertebrata

darat

Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan invertebrata darat dan haiwan invertebrata akuatik

haiwan invertebrata

akuatik

Ada rangka

luar atau hidro-statik

Berat badan disokong

oleh rangka luar atau

hidrostatik

Berat badan disokong oleh daya

apungan air

Contoh:Semut, lalat

cacing, lintah

Contoh: udang,

ketam, tapak sulaiman

Page 15: 8.1 sistem sokongan haiwan