8

14
Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007 PELAKSANAAN PENGGUNAAN RUBRIK PROJEK ILMIAH PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIK DAN PEMBUATAN Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] ABSTRAK Projek Ilmiah merupakan satu kursus yang sangat sukar untuk dinilai secara adil. Ini disebabkan oleh penyelia yang terdiri daripada pensyarah–pensyarah yang kebiasaannya mempunyai pemahaman dan harapan serta jangkaan yang berbeza- beza sebagai seorang insan. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah ini satu kaedah penilaian menggunakan rubrik telah diperkenalkan. Kajian mendapati bagi tujuan penilaian Projek I, semua pensyarah telah memberikan markah kepada pelajar di bawah penyeliaan mereka seperti dalam borang pemarkahan yang disediakan. Sementara bagi tujuan penilaian Projek II, bagi pelajar kursus KP4923, pensyarah telah menilai mengikut rubrik yang disediakan. Walaubagaimanpun, bagi kursus KJ4023, hampir 40% penialaian markah mereka tidak berdasarkan rubrik yang telah disediakan. Kata Kunci: rubrik; projek ilmiah; penyelia; penilaian; markah PENGENALAN Projek Ilmiah 1 dan II (KJ4013, KP4913, KJ4023 dan KP4923) merupakan kursus permulaan untuk pelajar membuat satu projek di bawah seliaan pensyarah (Buku Panduan Prasiswazah kejuruteraan, 2005). Kebiasaannya tajuk-tajuk projek diperolehi daripada semua pensyarah jabatan yang aktif, namun begitu para pelajar juga digalak mencadangkan tajuk projeknya sendiri dengan syarat mendapat persetujuan daripada penyelia yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Projek Ilmiah II merupakan sambungan kepada Projek Ilmiah I, di mana para pelajar akan menjalankan eksperimen atau permodelan mengenai topik yang telah dipersetujui seperti dalam Projek Ilmiah I. Bagi membantu para pelajar agar dapat menjalankan kajian perpustakaan dan eksperimen dengan lebih efektif, beberapa siri taklimat telah diadakan di awal semester semasa mereka mengambil Projek Ilmiah I (Jaharah et al., 2007). Penghantaran buku log di akhir semester diwajibkan kepada para pelajar untuk

Transcript of 8

Page 1: 8

Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007

PELAKSANAAN PENGGUNAAN RUBRIK PROJEK ILMIAH PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIK DAN

PEMBUATAN

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan

Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor, Malaysia [email protected]

ABSTRAK Projek Ilmiah merupakan satu kursus yang sangat sukar untuk dinilai secara adil. Ini disebabkan oleh penyelia yang terdiri daripada pensyarah–pensyarah yang kebiasaannya mempunyai pemahaman dan harapan serta jangkaan yang berbeza-beza sebagai seorang insan. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah ini satu kaedah penilaian menggunakan rubrik telah diperkenalkan. Kajian mendapati bagi tujuan penilaian Projek I, semua pensyarah telah memberikan markah kepada pelajar di bawah penyeliaan mereka seperti dalam borang pemarkahan yang disediakan. Sementara bagi tujuan penilaian Projek II, bagi pelajar kursus KP4923, pensyarah telah menilai mengikut rubrik yang disediakan. Walaubagaimanpun, bagi kursus KJ4023, hampir 40% penialaian markah mereka tidak berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Kata Kunci: rubrik; projek ilmiah; penyelia; penilaian; markah

PENGENALAN Projek Ilmiah 1 dan II (KJ4013, KP4913, KJ4023 dan KP4923) merupakan kursus permulaan untuk pelajar membuat satu projek di bawah seliaan pensyarah (Buku Panduan Prasiswazah kejuruteraan, 2005). Kebiasaannya tajuk-tajuk projek diperolehi daripada semua pensyarah jabatan yang aktif, namun begitu para pelajar juga digalak mencadangkan tajuk projeknya sendiri dengan syarat mendapat persetujuan daripada penyelia yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Projek Ilmiah II merupakan sambungan kepada Projek Ilmiah I, di mana para pelajar akan menjalankan eksperimen atau permodelan mengenai topik yang telah dipersetujui seperti dalam Projek Ilmiah I.

Bagi membantu para pelajar agar dapat menjalankan kajian perpustakaan dan eksperimen dengan lebih efektif, beberapa siri taklimat telah diadakan di awal semester semasa mereka mengambil Projek Ilmiah I (Jaharah et al., 2007). Penghantaran buku log di akhir semester diwajibkan kepada para pelajar untuk

Page 2: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

72

memastikan dan menjadi bukti perjumpaan mereka dengan penyelia masing-masing. Di samping itu penyelia juga dapat memastikan segala arahan dan perbincangan semasa perjumpaan tercatat dalam buku log masing-masing.

Para pelajar juga digalakkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti penulisan teknikal (Pfeiffer, 2003) dan penulisan gaya UKM (2006) untuk mendapat idea bagaimana satu kajian yang baik dapat dihasilkan serta kaedah penulisan laporan teknikal yang betul selain daripada yang telah dibentangkan semasa sesi taklimat.

Projek Ilmiah II merupakan kajian yang dilaksanakan selepas selesai kajian perpustakaan. Pelajar akan mula menjalankan eksperimen, permodelan, kajian kes atau kajiselidik bergantung kepada tajuk projek yang telah dipilih. Kertas kerja ini akan membentangkan pelaksanaan penggunaan rubrik bagi menilai Projek Ilmiah I dan II di kalangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan (JKMB).

PENGGUNAAN RUBRIK

Mengikut Anonymous (2006), rubrik ialah panduan pengskoran untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan sejumlah julat criteria berbanding hanya dengan satu nilai skor numerik. Di bawah disenaraikan kegunaan rubrik (Anonymous, 2006): Rubrik merupakan perkakas penilaian yang tulin bagi menilai dan mengukur kerja pelajar. Perkakas tulin yang digunakan untuk menilai kerja pelajar dengan mengukur hasilnya berdasarkan kriteria hidup-nyata. Contohnya, kriteria yang sama mestilah digunakan untuk mengadili penerbitan penulis dan penulisan pelajar. Walaupun kriteria yang sama dipertimbangkan, namun jangkaannya mestilah berubah-ubah mengikut tahap kepakaran masing-masing. Rubrik sebagai panduan kerja untuk pelajar dan pengajar, selalunya diedarkan sebelum tugasan bermula untuk membolehkan pelajar berfikir mengenai kriteria yang akan diadili bagi kerjanya Rubrik menambahkan lagi kualiti berbanding dengan arahan terus.

Juga, menurut Anonymous (2006), ramai pakar percaya yang rubrik dapat memperbaiki hasil kerja pelajar dan seterusnya berupaya menambah baik proses pembelajaran. Apabila pengajar menilai kertas kerja atau projek, mereka secara implicit tahu apa yang menyebabkan projek tersebut bagus, dan mengapa ianya begitu. Sebagai pelajar sekiranya rubrik diberikan terlebih dahulu, pemahaman tentang bagaimana penilaian akan dibuat membolehkan persediaan yang baik dilakukan bagi memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Jadual 1 dan 2 masing-masing menunjukkan rubrik yang diperkenalkan untuk diguna pakai sebagai satu kaedah penilaian bagi Projek Ilmiah 1 dan II. Kandungan penilaiannya telah diperolehi daripada borang pemarkahan bagi Projek Ilmiah II (KJ4023 dan KP4923). Manakala, Jadual 3 merupakan kriteria-kriteria yang digunakan bagi penilaian pembentangan Projek Ilmiah II.

Page 3: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

73

JADUAL 1 Rubrik yang Diguna Pakai di Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan Bagi Tujuan Pemarkahan Projek Ilmiah 1 (KKKJ 4013 Dan KKKP 4913)

Bil Bab/Markah 0 1 2 3 Markah

penuh Markah

diperolehi 1

Abstrak

Tiada Abstrak

Ditulis dengan ringkas merangkumi: i) tujuan,dan ii) garis kasar kaedah

Ditulis dengan ringkas dan jelas yang merangkumi: i) tujuan, ii) garis kasar kaedah, dan, iii) keputusan utama

Ditulis dengan ringkas dan jelas yang merangkumi: i) tujuan, ii) garis kasar kaedah, iii) keputusan utama, dan iv) kesimpulan penting

5

0.0

2

Pendahuluan/ Pengenalan

Tiada bab pendahuluan

Tidak memuaskan tentang: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) kenapa kajian harus dijalankan, dan iii) objektif

Pelajar berupaya menyatakan: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) mengapa kajian harus dijalankan, dan iii) objektif

Pelajar berupaya menyatakan: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) kenapa kajian harus dijalankan iii) objektif, dan iv) skop kajian . Juga membincangkan isu-isu semasa

15

0.0

Page 4: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

74

3

Kajian perpustakaan (Pengumpulan maklumat)

Tiada kajian perpustakaan dijalankan

Maklumat yang dikumpulkan oleh pelajar kurang dari segi relevan dan kualiti yang diperlukan untuk projek yang diberi.

Maklumat yang dikumpulkan oleh pelajar terdiri daripada pelbagai sumber (media cetak dan elektronik)

Maklumat yang dikumpulkan oleh pelajar terdiri daripada pelbagai media cetak dan elektronik yang berkualiti, termasuklah pangkalan data yang berlesen. Maklumatnya sangat relevan termasuklah perbincangan yang kritikal berkaitan masalah projek yang hendak dilaksanakan.

15

0.0

4

Kajian perpustakaan (Analisis Maklumat dan Sintesis)

Tiada kajian perpustakaan dijalankan

Analisis maklumat hanya merangkumi penyataan maklumat yang diperolehi dan kesimpulannya tidak disokong oleh sebarang bukti. Logik kerja yang ditunjukkan pelajar tidak teratur.

Pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang baik terhadap analisis maklumat. Kerjanya teratur dan berupaya menghubungkan idea-idea dengan baik.

Pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang baik terhadap analisis maklumat serta dapat membuat sebahagian kesimpulan daripada yang sepatutnya. Kerjanya teratur dan berupaya menghubungkan idea-idea dengan baik dan lancar.

15

0.0

Page 5: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

75

5

Cadangan Metodologi

Tiada cadangan metodologi

Cadangan metodologi yang tidak jelas dan tidak teratur dari segi: i) kaedah kajian, dan; ii) keperluan peralatan kajian

Cadangan metodologi yang agak terperinci seperti: i) kaedah kajian dinyatakan beserta ii) keperluan peralatan kajian

Cadangan metodologi yang terperinci disediakan seperti: i) kaedah kajian yang jelas dinyatakan, dan ii) keperluan dan tujuan

15

0.0

6

Format tesis dan penggunaan Bahasa Malaysia

Tiada laporan disediakan

Cara penulisan yang tidak mengikut kehendak ‘Gaya UKM’ bagi penulisan laporan untuk Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta Penggunaan Bahasa Malaysia yang tidak betul dari segi nahu dan susunan ayat.

Cara penulisan yang hanya 50 peratus mengikut kehendak ‘Gaya UKM’ bagi penulisan laporan untuk Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta Penggunaan Bahasa Malaysia yang sederhana dari segi nahu dan susunan ayat.

Cara penulisan yang 100 peratus mengikut ‘Gaya UKM’ untuk penulisan laporan bagi Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta penggunaan Bahasa Malaysia yang baik dari segi nahu dan susunan ayat.

10

0.0

7

Kesungguhan / Sikap terhadap projek

Tidak minat

Terlalu bergantung kepada arahan penyelia daripada berusaha sendiri.

Kesungguhan yang sederhana ditunjukkan dalam menjalankan perkara-perkara di atas

Kesungguhan yang baik ditunjukkan dengan lebih berusaha sendiri dalam menjalankan perkara-perkara di atas

10

0.0

Jumlah 85 0.0

Page 6: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

76

JADUAL 2 Rubrik Yang Diguna Pakai Di Jabatan Kejuruteraan Mekanik Bahan Bagi Tujuan Pemarkahan Projek Ilmiah II (KJ4023 dan KP4923)

Bil Bab/Markah 0 1 2 3 Markah

penuh Markah diperolehi

1

Abstrak

Tiada Abstrak

Ditulis dengan ringkas merangkumi: i) tujuan,dan ii) garis kasar kaedah

Ditulis dengan ringkas dan jelas yang merangkumi: i) tujuan, ii) garis kasar kaedah, dan iii) keputusan utama

Ditulis dengan ringkas dan jelas yang merangkumi: i) tujuan, ii) garis kasar kaedah, iii) keputusan utama, dan iv) kesimpulan penting

5

0.0

2

Pendahuluan/ Pengenalan

Tiada bab pendahuluan

Tidak memuaskan tentang: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) kenapa kajian harus dijalankan, dan iii) objektif

Pelajar berupaya menyatakan: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) kenapa kajian harus dijalankan, dan iii) objektif

Pelajar berupaya menyatakan: i) latar belakang permasalahan kajian, ii) kenapa kajian harus dijalankan iii) objektif, dan iv) skop kajian. Juga membincangkan isu-isu semasa

5

0.0

Page 7: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

77

3

Kajian pustakaan (Pengumpulan, analisis dan sintesis maklumat)

Tiada kajian perpustakaan dijalankan

Pengumpulan, penganalisaan dan sisntesis maklumat kurang dari segi relevan dan kualiti yang diperlukan untuk projek yang diberi. Logik kerjanya tidak teratur

Pengumpulan, penganalisaan dan sisntesis maklumat terdiri daripada pelbagai sumber (media cetak dan elektronik), analisisnya teratur dan berupaya menghubungkan idea-idea dengan baik.

Pengumpulan, penganalisaan dan sisntesis maklumat terdiri daripada pelbagai media cetak dan elektronik yang berkualiti, termasuklah pangkalan data yang berlesen. Maklumatnya sangat relevan dan pelajar telah menunjukkan kesungguhan yang baik terhadap analisis maklumat. Kerjanya teratur dan berupaya menghubungkan idea-idea dengan baik dan lancar.

5

0.0

4

Metodologi

Tiada metodologi

Metodologi yang tidak jelas dan tidak teratur dari segi: i) kaedah kajian, dan; dan ii) keperluan peralatan kajian

Metodologi yang agak terperinci seperti: i) kaedah kajian dinyatakan beserta, dan ii) keperluan peralatan kajian

Metodologi yang terperinci disediakan seperti: i) kaedah kajian yang jelas dinyatakan, peralatan kajian dihuraikan dengan lengkap, dan ii) keperluan dan tujuan

10

0.0

Page 8: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

78

5 Keputusan,

data dan analisis

Tiada keputusan/ data dan analisis

i) Keputusan/ data yang diperolehi tidak dibentangkan dengan jelas, dan, ii) Analisis data tidak dilakukan dengan jelas

i) Keputusan/data yang diperolehi dibentangkan dengan jelas, dan ii) Analisis data dilakukan dengan jelas

i) Keputusan/data yang diperolehi dibentangkan dengan jelas dan teratur, dan ii) Analisis data dilakukan dengan jelas dan dinayatakan perkakasan (tool) yang digunakan untuk penganalisaan

10

0.0

6

Perbincangan

Tiada perbincangan

Hanya keputusan dibentangkan, tiada pendapat dan penghujahan diutarakan untuk menyokong keputusan/

data yang diperolehi.

Daripada keputusan yang dibentangkan: i) pendapat dan penghujahan yang bernas diutarakan untuk menyokong keputusan/data yang diperolehi, dan ii) Perkara-perkara yang dikemukan oleh penulis agak lengkap.

Daripada keputusan yang dibentangkan: i) pendapat dan penghujahan yang sangat bernas diutarakan untuk menyokong keputusan/data yang diperolehi, dan ii) Perkara-perkara yang dikemukan oleh penulis lengkap dan menyokong keperluan kajian dan menyumbang kepada peningkatan ilmu.

10

0.0

Page 9: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

79

7 Kesimpulan

dan cadangan

Tiada kesimpulan

i) Kesimpulan tiada kaitan dengan objektif kajian, ii)Tiada cadangan bagi meneruskan projek tersebut untuk masa akan datang

i) Kesimpulan dibuat berkaitan dengan objektif kajian, ii) Cadangan meneruskan projek di masa akan datang yang munasabah

i) Kesimpulan dibuat berkaitan dengan objektif kajian, calon berupaya untuk mengaitkan kajian kepada pencipta, pelanggan dan masyarakat, ii) Cadangan meneruskan projek di masa akan datang yang baik.

5

0.0

8

Format tesis dan penggunaan Bahasa Malaysia

Tiada laporan disediakan

Cara penulisan yang tidak mengikut kehendak ‘Gaya UKM’ bagi penulisan laporan untuk Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta Penggunaan Bahasa Malaysia yang tidak betul dari segi nahu dan susunan ayat.

Cara penulisan yang hanya 50 peratus mengikut kehendak ‘Gaya UKM’ bagi penulisan laporan untuk Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta Penggunaan Bahasa Malaysia yang sederhana dari segi nahu dan susunan ayat.

Cara penulisan yang 100 peratus mengikut ‘Gaya UKM’ untuk penulisan laporan bagi Rujukan, bibliografi, glossari, dan appendiks. Serta penggunaan Bahasa Malaysia yang baik dari segi nahu dan susunan ayat.

5

0.0

Page 10: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

80

9

Kesungguhan / Sikap terhadap projek

Tidak minat

Terlalu bergantung kepada arahan penyelia daripada berusaha sendiri.

Kesungguhan yang sederhana ditunjukkan dalam menjalankan perkara-perkara di atas

Kesungguhan yang baik ditunjukkan dengan lebih berusaha sendiri dalam menjalankan perkara-perkara di atas

10

0.0

Jumlah 65 0.0

JADUAL 3 Peperiksaan Lisan Projek Ilmiah II

Bil Bab / Markah

0 1 2 3 Markah penuh

Markah diperolehi

1 Pengurusan dan Struktur

Pembentangan yang tidak boleh difahami kerana bercelaru

Susah untuk mengikuti pembentangan kerana topik-topik tidak disusun dengan baik

Kebanyakan maklumat dibentangkan dalam susunan yang logik dan mudah diikuti.

Semua maklumat dibentangkan dalam susunan yang logik, menarik dan mudah diikuti.

5

2 Kandungan Tiada maklumat mengenai topik dan tidak menjawab soalan mengenai subjek yang dibentangkan.

Maklumat tidak lengkap dan hanya menjawap persoalan yang tidak begitu penting.

Kandungan mudah difahami dan boleh menerangkan apa yang dibentangkan.

Membentangkan subjek dengan pengetahuan dan penerangan yang mendalam.

10

Page 11: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

81

3

Penggunaan Alat Pandang Dengar

Tiada alat pandang dengar yang digunakan.

Alat pandang dengar digunakan tetapi tidak menyokong penuh pembentangan yang dibentangkan.

Penggunaan alat pandang dengar boleh mengaitkan teks dan pembentangan.

Dengan penggunaan alat pandang dengar, teks dan pembentangan dikaitkan dengan berkesan.

5

4 Penyampaian Percakapan yang tidak jelas. Suara terlalu kuat atau terlalu perlahan.

Suara yang agak jelas, tetapi selalu tersilap mengeluarkan perkataan.

Suara jelas dan pada tahap yang sesuai. Kebanyakkan perkataan disebut dengan betul.

Suara yang jelas dan sesuai, semua perkataan disebut dengan betul.

10

5

Kebolehan berkomunikasi

Monotonous, Tiada 'eye-contact', kadar percakapan yang terlalu cepat atau terlalu lambat.

Eye contact' yang sedikit, kadar percakapan yang tidak teratur.

Eye contact' yang agak banyak,kadar yang stabil tetapi lebih kepada 'persembahan'.

Eye contact' yang baik, kadar yang stabil, bersemangat dan yakin.

10

6

Penampilan

Tidak berpakaian formal

Pakaian formal tetapi tidak kemas

Berpakaian formal dan kemas

Berpakaian formal, kemas dan sesuai dengan tujuan.

5

Page 12: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

82

7

Keupayaan mempertahan-kan pendapat/ hujah dan menjawap soalan

Tidak boleh mempertahan-kan hujah yang diutarakan/ menjawap soalan

Tidak yakin mempertahankan hujah dan hanya menjawap sebahagian daripada soalan yang dikemukakan.

Boleh mempertahankan hujah dan menjawap sebahagian drpd. soalan yang dikemukakan.

Boleh mempertahankan hujah dan menjawap soalan dengan bernas dan yakin.

5

8

Masa piawai penyampaian ialah 10 minit

Terlalu lama atau terlalu sekejap

+/– 4 minit

+/– 2 minit

tepat

5

Jumlah markah

55

Page 13: 8

Pelaksanaan Penggunaan Rubrik Projek Ilmiah Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik Dan Pembuatan

83

PERBINCANGAN PENILAIAN MARKAH MENGGUNAKAN RUBRIK

Markah yang diberikan kepada setiap pelajar akan dikumpul dan diselaraskan semasa mesyuarat penyelarasan gred jabatan sama seperti kursus-kursus yang lain. Jadual 1 di atas merupakan rubrik yang diguna pakai di Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan bagi tujuan pemarkahan Projek Ilmiah I (KJ4013 dan KP4913). Kandungan penilaian adalah lebih kurang sama dengan apa yang telah diguna pakai sebelum ini bagi Projek Ilmiah II (KJ4023 dan KP4923) untuk bab yang merangkumi abstrak hingga kaedah metodologi (Borang Pemarkahan Projek Ilmiah II). Ini kerana, tiada penilaian markah diberikan bagi Projek I. Bezanya, rubrik ditambah supaya lebih mudah markah diagihkan mengikut perincian yang dikemukakan. Penggunaan rubrik merupakan satu kaedah yang berguna kepada guru, pengajar atau pensyarah bagi tujuan penilaian (Schrock, 2006) yang berbentuk formatif and summatif.

Kajian mendapati semua pensyarah telah memberikan markah bagi Projek Ilmiah I (KJ4013 dan KP4913) mengikut pecahan peratus yang dikehendaki. Walau bagaimanapun samada pemarkahan berdasarkan rubrik atau tidak, tidak dapat dipastikan. Sementara bagi tujuan penilaian Projek II, bagi pelajar kursus KP4923, pensyarah telah menilai mengikut rubrik yang disediakan. Tetapi bagi KJ4023, hampir 40% penialaian markah mereka tidak berdasarkan rubric yang telah disediakan.

Hasil kajian ini menunjukkan, dalam Projek Ilmiah I, kriteria penilaiannya adalah sedikit berbanding dengan Projek Ilmiah II. Oleh itu pensyarah agak bersedia meluangkan masa untuk menilai mengikut apa yang telah disediakan. Tetapi kriteria penilaian bagi Projek Ilmiah II agak banyak, menjadikan pensyarah terutamanya yang sibuk dengan tugasan lain tidak berkesempatan mengisinya, dan pelajar diberikan gred mengikut budi-bicara mereka sendiri. Ini menjadikan implementasi penggunaan rubrik kurang adil kepada pelajar yang benar-benar dinilai menikut penggunaan rubrik yang telah disediakan. Seperkara lagi, walaupun gred adalah berdasarkan markah yang diberi menggunakan rubrik yang telah disediakan, namun sekiranya pensyarah mendapati pelajarnya mendapat gred yang rendah atau tinggi daripada jangkaannya, pensyarah masih diberi ruang untuk mengubahnya.

Daripada apa yang telah dinyatakan, adalah diharapkan di masa hadapan, satu ketetapan dapat diadakan bagi menilai Projek Ilmiah I dan II dengan lebih adil dan tepat mengikut keupayaan, kesungguhan dan laporan yang disediakan oleh mereka.

KESIMPULAN

Kajian mendapati bagi tujuan penilaian Projek I, semua pensyarah telah memberikan markah kepada pelajar di bawah penyeliaan mereka seperti dalam borang pemarkahan yang disediakan. Sementara itu, bagi tujuan penilaian Projek II, bagi pelajar kursus KP4923, pensyarah telah menilai mengikut rubrik yang disediakan. Walaubagaimanapun, kajiselidik ini menunjukkan bagi KJ4023,

Page 14: 8

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

84

hampir 40% penilaian markah mereka telah dibuat tidak berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

RUJUKAN

Jaharah A. Ghani, Jaafar Sahari dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan, 2007, Seminar Dalaman Fakulti Kejuruteraan, Puri Pujangga.

Panduan Prasiswazah Fakulti Kejuruteraan, Sesi Akademik 2005-2006. Pfeiffer W.S., 2003, Technical Writing: A Practical Approach, Prentice Hall,

New Jersey) Penulisan Tesis Gaya UKM, 2006.

http://pkukmweb.ukm.my/%7Eahmad/panduan/index.html (10/11/2006) Borang Penilaian Markah KJ4023 dan KP4923. Borang Pemarkahan Projek Ilmiah II (KJ4023/KP4923). Schrock, K. 2006, Kathy Schrock’s Guide for Educators, atas talian

http://school.discovery.com/schrockguide/assess.html (10/11/2006) Anonymous, 2006, The Advantages Of Rubrics: Part One In A Five-Part Series.

http://www.teachervision.fen.com/teaching-methods/rubrics/4522.html? detoured=1 (10/11/2006)