87143809-REFLEKSI-BMM-3104

3
Selamat Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan jutaan rasa berterima kasih kepada Tuhan untuk membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Bagi semester kali ini, BMM 3013 PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH telah menjadi salah satu subjek minor yang dibimbing oleh pensyarah. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan bertarikh 19 Julai 2014. Sebanyak tiga topik utama telah menjadi pilihan bagi menyiapkan tugasan tersebut iaitu, menghuraikan Falsafah Pendidikan secara nota lengkap dan menghasilkan peta pemikiran dan seterusnya mengaplikasikan pengisian kurikulum dan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan RPH dengan gunakan elemen TMK . Setelah membaca soalan dan mendengar taklimat kerja kursus, saya dapat memahami bahawa tiga peringkat pembelajaran ditekankan dalam tugasan ini. Peringkat pertama iaitu A, peringkat pemerolehan ilmu. Dalam tugasan ini, saya mengumpul maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebangainya mengenai topik yang telah diberi. Disini, pemerolehan ilmu dipastikan dengan setiap individu dikehendaki untuk menyiapkan peta Reflek

description

student

Transcript of 87143809-REFLEKSI-BMM-3104

Refleksi

Selamat Sejahtera.Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan jutaan rasa berterima kasih kepada Tuhan untuk membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Bagi semester kali ini, BMM 3013 PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH telah menjadi salah satu subjek minor yang dibimbing oleh pensyarah. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan bertarikh 19 Julai 2014. Sebanyak tiga topik utama telah menjadi pilihan bagi menyiapkan tugasan tersebut iaitu, menghuraikan Falsafah Pendidikan secara nota lengkap dan menghasilkan peta pemikiran dan seterusnya mengaplikasikan pengisian kurikulum dan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan RPH dengan gunakan elemen TMK . Setelah membaca soalan dan mendengar taklimat kerja kursus, saya dapat memahami bahawa tiga peringkat pembelajaran ditekankan dalam tugasan ini. Peringkat pertama iaitu A, peringkat pemerolehan ilmu. Dalam tugasan ini, saya mengumpul maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebangainya mengenai topik yang telah diberi. Disini, pemerolehan ilmu dipastikan dengan setiap individu dikehendaki untuk menyiapkan peta pemikiran dan nota lengkap dalam powerpoint dari maklumat yang telah dikumpul. Tugasan yang diberikan telah memberi cabaran pertama kepada saya dimana saya harus berfikir secara analitik bagi memilih isi-isi penting yang terdapat dalam maklumat-maklumat tersebut. Peta pemikiran yang dibina hendaklah berdasarkan pemahaman kita sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk nota lengkap. Disini, saya telah mengenal pasti kelemahan awal saya dimana saya memerlukan masa yang lama untuk berfikir, dan memulakan tugasan. Saya kekurangan keyakinan diri untuk memulakan tugasan. Saya sepatutnya lebih banyak bertanya kepada pensyarah pembimbing agar permulaan saya lebih teratur.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggabungjalinkan kemahiran KSSR. Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak maklumat yang berguna untuk digunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masa akan datang. Saya juga dapat memahami apa yang dimaksudkanpenyediaan RPH dengan memasukan unsur TMK. Selain itu, saya dapat belajar cara untuk menyediakan RPH yang menggabung jalinkan pelbagai kemahiran. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya mengalami masalah kerana dikhendaki menyediakan RPh dengan elemen TMK. Bahan-bahan yang diperoleh dari internet juga banyak membantu. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan rakan sekuliah mengenai tajuk tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna kepada saya sebagai seorang guru. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya.Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pensyarah kerana banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakan tugasan ini.