88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

13
1.0 PENGENALAN Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad kedua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi . Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak- kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu,

description

aktiviti

Transcript of 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

Page 1: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

1.0 PENGENALAN

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya

bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam

bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan

anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau

menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda

iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran

ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.

Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah

makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Dalam bidang Psikologi, Jean

merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad kedua puluh.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang

psikologi . Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang

diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola

perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan

jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh

memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan

pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori

yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif

kanak-kanak.

Page 2: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

2.1 Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih

menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak

menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan

pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget

mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan

kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat

belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh

kanak-kanak dengan berterusan.

Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk

pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau

merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang

mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah

berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa.

Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan

dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungi

kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-

kanak terhadap persekitaran.

Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan

kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami

terhadap persekitaran. Dengan meningkatkannya pembelajaran dan

kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya

menjadi berbeza-beza.

Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang

mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan yang

menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang

dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang

dihadapinya. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama, dalam

situasi-situasi tertentu, skema dan tahap pemikiran kanak-kanak adalah

cukup untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan cabaran-cabaran

Page 3: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan equilibrium

(keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi yang tidak

sesuai dengan skema kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran

baru.

2.2  Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

2.2.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria

motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan

persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi

sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara

4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi

di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia

mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1

hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-

bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada

akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan

lambang yang mudah.

Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar

koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba

mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat

dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum

Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah

diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat

kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan

deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut

mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan

mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk

meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui

pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang

dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada

umur yang tertentu.

Page 4: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan

pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran,

penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),

penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.

Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian

besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu

atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya

reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian

badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan

peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-

kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di

tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap

kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang

tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem

sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan

tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan

kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,

sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang

ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan,

dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat

Page 5: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku

bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah

dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u

barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat

tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu

sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan

tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang

wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada

tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan

sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab

akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila

menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular

ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang

dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan

kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku

apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi

memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan

pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang

kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba

jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak

ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk

mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran

pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula

Page 6: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan

fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi

masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis

tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah

mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam

rumahtangga.

3.0 UJIAN KONSERVASI JEAN PIAGET

Page 7: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

Jean Piaget menjalankan pelbagai ujian bagi memahami keupayaan kognitif

dan perspektif kanak-kanak. Antara ujian yang selalu digunakan ketika menguji

keupayaan kognitif kanak-kanak adalah ujian konservasi. Ujian ini bertujuan

menilai keupayaan kanak-kanak memahami pengekalan ciri-ciri bahan terdiri

daripada:

a) Pengekalan kuantiti atau bilangan

b) Pengekalan ruang (jarak, kawasan)

c) Pengekalan isi padu (cecair, jisim)

d) Pengekalan berat

3.1 Ujian pengekalan bilangan

1. Meletakan guli dalam dua baris dengan kemas seperti yang

ditunjukkan di bawah

2. Tanya kanak-kanak yang akan diuji adakah bilangan guli dalam

kedua-dua baris ini adakah sama?

3. Setelah kanak-kanak tersebut mengakui yang bilangan guli dalam

kedua-dua baris ini sama, aturkan semula kedudukan guli seperti

dibawah.

4. Selepas mengatur, tanya semula kanak-kanak tersebut adakah

bilangan guli dalam kedua-dua baris adakah sama?

3.2 Ujian pengekalan ruang

1. Meletakkan dua papan kayu yang sama panjang dengan kemas.

Page 8: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

2. Tanya kanak-kanak yang akan diuji adakah kedua-dua papan kayu ini sama

panjang?

3. Selepas kanak-kanak tersebut mengaku yang kedua-dua papan kayu ini

sama panjang,aturkan semula papan kayu tersebut seperti berikut.

4. Tanya semula kanak-kanak tersebut adakah kedua-dua papan kayu ini sama

panjang?

3.3 Ujian pengekalan isi padu

1. Menyediakan dua bekas air yang diisi oleh jumlah air yang sama

seperti berikut.

Page 9: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

2. Tanya kanak-kanak yang akan diuji adakah jumlah air dalam

kedua-dua bekas adakah sama?

3. Selepas kanak-kanak mengaku bahawa air di dalam kedua-dua

bekas adalah sama, tuangkan air daripada salah satu bekas ke

dalam bekas yang lain dan bekas tersebut mempunyai bentuk yang

lebih kurus dan tinggi.

4. Tanya semula kanak-kanak tersebut adakah jumlah air di dalam

kedua-dua bekas ini adalah sama.

3.4 Ujian berkaitan pengekalan berat

1. Menyediakan dua biji bola yang mempunyai saiz dan berat yang sama.

Page 10: 88073882 ujian-konservasi-jean-piaget

2. Letakkan kedua-dua biji bola di atas sebuah penimbang dengan sebiji bola

diletakkan di kira dan sebiji lagi diletakkan di sebelah kanan.

3. Selepas itu, tanya kanak-kanak yang akan diuji adakah kedua-dua biji bola

ini mempunyai berat yang sama.

4. Setelah kanak-kanak tersebut mengaku yang kedua-dua biji bola tersebut

sama beratnya, aturkan semula bola-bola tersebut dengan mengambil

salah satu bola dan meletakkannya di luar penimbang.