89898

9
TEKS PENGACARA SUKAN TAHUNAN SK JURU 2O15 PERBARISAN KONTINJEN Perbarisan kontinjen sempena Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dimulakan dengan perarakan kontijen dari rumah Pendekar yang diketuai oleh ______________________. Tampil merah garang melambangkan keberanian dan kegagahan kontinjen ini. Menyusul di belakang merupakan kontinjen dari rumah Pahlawan di bawah pimpinan ____________________. Warna biru melambangkan perpaduan dan menunjukkan kontinjen ini sentiasa bersatu padu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap dan disegani. Panglima mara merentas juara. Kontinjen dari rumah Panglima ini menggunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontinjen yang dipimpin oleh ___________________ ini sentiasa bersemangat untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan pada tahun ini. Kontinjen terakhir dalam perbarisan Sukan Tahunan SK Juru tahun 2015 ini merupakan kontinjen dari rumah Perwira yang menggunakan warna kuning sebagai lambang perjuangan kontinjen mereka. Kontinjen Kuning mara bersemangat juara ini dipimpin oleh _________________ diharap dapat membuat kejutan dalam kejohanan pada tahun ini.

description

87878

Transcript of 89898

TEKS PENGACARA SUKAN TAHUNAN SK JURU 2O15PERBARISAN KONTINJENPerbarisan kontinjen sempena Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dimulakan dengan perarakan kontijen dari rumah Pendekar yang diketuai oleh ______________________. Tampil merah garang melambangkan keberanian dan kegagahan kontinjen ini.

Menyusul di belakang merupakan kontinjen dari rumah Pahlawan di bawah pimpinan ____________________. Warna biru melambangkan perpaduan dan menunjukkan kontinjen ini sentiasa bersatu padu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap dan disegani.

Panglima mara merentas juara. Kontinjen dari rumah Panglima ini menggunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontinjen yang dipimpin oleh ___________________ ini sentiasa bersemangat untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan pada tahun ini.

Kontinjen terakhir dalam perbarisan Sukan Tahunan SK Juru tahun 2015 ini merupakan kontinjen dari rumah Perwira yang menggunakan warna kuning sebagai lambang perjuangan kontinjen mereka. Kontinjen Kuning mara bersemangat juara ini dipimpin oleh _________________ diharap dapat membuat kejutan dalam kejohanan pada tahun ini.

BACAAN DOALebat ke miri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa,

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang maha Esa.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Ismail Bin Amir untuk memimpin bacaan doa.Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

KATA ALU-ALUANTerbang burung pulang ke sarang,Sarang letaknya di pohon cemara,Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara,Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang dihormati Encik Mohd Noor Bin Ahmad, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan.Yang Berbahagia En. Wahid Bin Othman, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Juru.

Yang Berbahagia, En. Mad Ali Bin _________, Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.Yang Berusaha En. Jabri Bin Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Juru, En. Mohd. Bahar Bin Mat, Guru Penolong Kanan 1, Pn Eliza Bt. Elias, Guru Penolong Kanan HEM, En. Husni Bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pegawai Sukan PIBG, barisan guru Sekolah Kebangsaan Juru, ibu bapa, dan hadirin sekalian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan

Sebelum pulang mengail ikan,

Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015

MAKLUMAT RINGKAS TENTANG MAJLISDengan Bismillah kita mulai,

Alhamdulillah wassala tannabi;

Dengan takdir Ilahi Rabbi,

Moga majlis sentiasa diberkati.

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah puan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluanAlhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas keizinan-Nya, dapatlah kita bersama-sama berkumpul di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam untuk sama-sama menyertai Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Juru kali ke-53.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan acara tahunan wajib di Sekolah Kebangsaan Juru. Tujuan kejohanan ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan di samping memupuk minat murid untuk sentiasa aktif dalam bidang kesukanan ke arah melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Bagi meneruskan agenda majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Jabri Bin Hasan, Guru Besar SK Juru bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En., Jabri Bin Hasan atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jeramiKepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kamiUntuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya memersilakan Encik Mohd Noor Bin Ahmad, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru Tahun 2015.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Noor Bin Ahmad atas kesudian beliau merasmikan majlis.

PENYAMPAIAN ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATIMajlis diteruskan lagi dengan upacara yang ditunggu-tunggu pada hari ini iaitu anugerah olahragawan dan olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru.

Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ______________________ dan diiringi oleh ______________________bagi menyampaikan anugerah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dianugerahkan kepada _________________________ dari rumah _________________________ . Tahniah diucapkan.

Olahragawan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dianugerahkan kepada _________________________ dari rumah _________________________ . Tahniah diucapkan.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________ atas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada olahragawan dan olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang rumah pasukan. Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput ___________________________ dan diiringi oleh ______________________bagi menyampaikan hadiah.

Tempat keempat : rumah ____________

Tempat ketiga : rumah _____________

Tempat kedua : rumah ______________

Johan rumah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015 jatuh kepada rumah ______________________ .Terima kasih diucapkan kepada ______________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pada hari ini. Kalah menang bukan ukurannya namun semangat kesukanan yang jitu dan unggul menjadi tonggak utama penganjuran kejohanan olahraga pada tahun ini.

CENDERAHATI VIPAwan bersua citra berkisah,

Ukiran sukma kilauan kelisa,

Olahragawan olahragawati sempurna sudah,

Penyampaian cenderamata menyusul pula.Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada barisan VIP kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput _____________________ diiringi _____________________ bagi menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Barisan VIP :

1) En. Mohd Noor Bin Ahmad (Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan)2) En. Mohd Zamri Bin ____________ (Mantan YDP PIBG SK JURU)

3) En. Mad Ali Bin ____________( Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ______________________ atas kesudian beliau menyampaikan cendrehati kepada barisan VIP kita pada hari ini.

MAJLIS PENUTUPDengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada En. Mohd Noor Bin Ahmad, En Wahid Bin Othman, AJK PIBG, penyampai-penyampai hadiah dan pingat, pegawai sukan PIBG, staf Sekolah Kebangsaan Juru, para waris, murid-murid Sekolah Kebangsaan Juru serta semua pihak yang menyumbang wang dan tenanga secara langsung dan tidak langsung dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Juru kali ke-53. Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun dari kami.Bunga dedak di atas para

Anak dusun pasang pelita

Kalau tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta.

Saintis meneroka sampai ke bulan

Membuat kajian tak pernah jemu

Sampai di sini tinggallah tuan

Ada hayat kita bertemu

Sekian, maaf andai terlanjur bicara, hamba juga insan biasa. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t