89924883 Kaedah Struktural 2

10
KAEDAH STRUKTURAL PENGENALAN Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman ,imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya. Kaedah Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Kaedah ini cenderung membicarakan elemen- elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang munkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsure fizikal seperti watak luar, teknik dan sebaginya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi ( tema dan persoalan) karya sastera. SEJARAH KAEDAH STRUKTURAL

Transcript of 89924883 Kaedah Struktural 2

Page 1: 89924883 Kaedah Struktural 2

KAEDAH STRUKTURAL

PENGENALAN

Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang

mengandungi pengalaman ,imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain.

Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya,

cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya.

Kaedah Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Kaedah ini cenderung

membicarakan elemen- elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan

melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang munkin terdiri daripada

jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian

rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsure fizikal seperti watak luar, teknik

dan sebaginya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk

menyampaikan isi ( tema dan persoalan) karya sastera.

SEJARAH KAEDAH STRUKTURAL

Pendekatan Struktural berasaskan kepada idea struktur dalam teori Struktural. Teori Struktural

berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan

wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terry

Eagleton,1983:106). Saussure ialah seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) percaya bahawa

bahasa mempunyai struktur dalaman tersendiri dan peraturan-peraturannya yang sistematik

(Charles E Bressler, 1999:89). Peraturan- peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua

aspek bagi bahasa termasuk bunyi- bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, berbagai

kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk

Page 2: 89924883 Kaedah Struktural 2

menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles E Bressler,

1999:89). Secara umumnya, teori Struktural ialah suatu percubaan untuk menerapkan teori

linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Berdasarkan

kepada pernyataan di atas, maka kaedah Struktural memberi tumpuan penelitian terhadap aspek-

aspek struktur yang membina teks. Struktur ini adalah perkara- perkara dalaman (content) yang

membentuk rangka dan membangunakan sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah

tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan (Mana Sikana,1983:82-83). Struktur

ini adalah yang sangat biasa bagi genre novel, cerpen dan drama. Pengkritik juga harus

memahami dengan baik prinsip-prinsip teori Struktur jika ingin mengkritik teks kesusasteraan

berasaskan idea struktur.

DEFINASI KAEDAH STRUKTURAL

Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkan plot, perwatakan,

latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak, nada, fokus dan mood

Kaeadah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan,

latar, gaya bahasa dan sudut pandangan.pendekatan struktural ialah pendekatan yang

menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

Page 3: 89924883 Kaedah Struktural 2

CIRI-CIRI KAEDAH STRUKTURAL

Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden

• Bersifat induktif

• Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kaedah ini

• Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan

memerlukan pembacaan yang rapi

Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran sastera semata-

mata.

Beberapa ciri kaedah analisis struktural adalah seperti yang berikut:

• kajian secara induktif

• pembacaan yang rapi

• pemahaman pelajar terhadap setiap elemen sesebuah karya sastera dan hubungan setiap

Elemen.

• penjelasan setiap unsur secara terperinci

• pemahaman istilah sastera, makna istilah berkenaan dan contoh penggunaan istilah

berkenaan.

PRINSIP KAEADAH STRUKTURAL

Terdapat bebrapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya

1. keseluruhan, iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya

terpisah.

Page 4: 89924883 Kaedah Struktural 2

2. Perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa perkaitan ini

tidak mungkin makna teks dapat ditemui.

3. Transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan terhasil

kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan.

4. Regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks, bukannya akibat

daripada pengaruh pengarang atau aspek- aspek di luar teks.

5. Binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan

PELAKSANAAN

Pengajaran sastera melalui kaeadah ini bermaksud mengajar elemen-eleman yang membangun

karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan

melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering

dibahagikan kepada watak protagonist, antagnis, neutral, watak pipih, watak bulat dan

sebagainya,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu. Jenis

sudut pandangan pencerita yang terbahagi , sudut pandangan watak dan sudut pandangan

pandangan bawah sedar.. Jenis perbualan seperti diolog, monolog dan multilog. Teknik

penceritaan seperti imbas muka dan imbas kembali. Jenis plot seperti kronologi, antikrologi, plot

mudah, plot kompleks dan tanpa plot. Isi karya sastera iaitu persoalan, tema , pengajaran dan

nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu

mendalam dari segi jankauan penjelesanya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih

mendalam maka kaedah berfokus digunakan.

Page 5: 89924883 Kaedah Struktural 2

1 .Guru memilih satu aspek dalam karya berkenaan contohnya perwatakan atau tema.

2. Aspek yang dipilih dikupas dengan lebih terperinci

3 .Perincian yang lebih mendalam seperti definisi plot, urutan plot, jenis plot yang dimilik karya

tersebut.

4. Ujian topikal akan dibuat selepas berakhir pengajarannya

Bersoal-jawab antara guru dan murid-murid

Setiap soalan perlu perancangan terperinci supaya pendedahan para pelajar

terhadap hal-hal yang ingin diperkenalkan dan untuk ditanggapi terlaksana

secara meyakinkan

Contoh P&P Kaedah Struktur

Permulaan:

1. Seorang pelajar diminta mendeklamasikan sajak Anak Laut.

2. Selepas itu guru pula membacanya dengan tekanan suara, hentian dan pernyataan perasaan yang betul.

Sajak – ANAK LAUT

Segar angin laut

Mengembalkan rindunya pada Kolek

Bagai buih terapung di air

Menjaring sedikit rezeki

Dan sisik ikan

kulit ketam

kepala sotong

Page 6: 89924883 Kaedah Struktural 2

dan

kaki udang yang bersimpati

seperti kolek terdampar di pasir

Menampakkan urat jalur-jalur tua

Anak laut itu sudah dapat menerka

Langkahnya hampir tiba

Pada muara Pencipta

Perkembangan:

Guru mengemukakan soalan demi soalan yang dijawab oleh pelajar-pelajar satu persatu.

Soalan-soalan yang sesuai:

1. Apakah watak yang cuba ditonjolkan oleh penyajak?2. Bagaimanakah keadaan watak yang cuba digambarkan oleh penyajak?

3. Mengapakah penyajak rindu pada kolek?

4. Mengapakah penyajak mengumpamakan koleknya bagai buih di lautan?

5. Apakah risiko yang terpaksa ditanggung anak laut ketika di lautan?

6. Bagaimanakah keadaan anak laut itu sekarang?

7. Huraikan maksud baris ke 4 dan 5 rangkap kedua sajak itu.

8. Soalan-soalan daripada aspek gaya bahasa, atau unsur-unsur bahasa dalam puisi ini boleh juga disoal.

Penutup

1. Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja untuk memastikan objektif tercapai.

Page 7: 89924883 Kaedah Struktural 2

KESIMPULAN

Kesimpulannya Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera

berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks, aksi memuncak, nada,

fokus dan mood

Kaeadah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

Pengajaran sastera melalui kaeadah ini bermaksud mengajar elemen-eleman yang membangun

karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan

melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan. Dari segi ,latar

cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu. Jenis sudut pandangan

pencerita yang terbahagi , sudut pandangan watak dan sudut pandangan pandangan bawah sedar.

Jenis perbualan seperti diolog, monolog dan multilog. Kaedah ini melihat semua unsur yang

terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu mendalam dari segi jankauan penjelesanya.