9. Set bengkel teknik menjawab pmr dan spm (induk 2013).doc

3
SEK. MEN KEB SEBERANG PERAK JALAN TERATAI PUTIH, TAMAN BERJAYA 05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN DOKUMENTASI PROGRAM SET BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BERFASA SPM 1.0 PENDAHULUAN Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning’ menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh pelajar. Justeru, itu pihak sekolah merasakan penting diadakan satu bengkel teknik menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM nanti dengan teknik menjawab yang betul serta bentuk soalan yang bakal keluar nanti. Hal ini kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang masih tidak tahu bagaimana menjawab soalan peperiksaan dengan betul yang mana akhirnya hanya akan merugikan mereka sendiri. 2.0 OBJEKTIF a. Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan b. Pelajar dapat membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan c. Pelajar dapat menguasai kemahiran mengurus masa dan pengurusan diri dengan lebih baik d. Pelajar dapat menjawab soalan sepertimana kehendak soalan 3.0 MATLAMAT a. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai teknik dan kemahiran belajar yang efektif dan mudah diamalkan. b. Mengenal potensi pelajar ke arah kecenderungan pembelajaran dan mendorong pelajar berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan c. Melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan seimbang sebagai insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 4.0 KUMPULAN SASARAN

Transcript of 9. Set bengkel teknik menjawab pmr dan spm (induk 2013).doc

Page 1: 9. Set bengkel teknik menjawab pmr dan spm (induk 2013).doc

SEK. MEN KEB SEBERANG PERAKJALAN TERATAI PUTIH, TAMAN BERJAYA05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN

DOKUMENTASI PROGRAM SET BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BERFASA

SPM

1.0 PENDAHULUANKebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu

tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning’ menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh pelajar. Justeru, itu pihak sekolah merasakan penting diadakan satu bengkel teknik menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM nanti dengan teknik menjawab yang betul serta bentuk soalan yang bakal keluar nanti. Hal ini kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang masih tidak tahu bagaimana menjawab soalan peperiksaan dengan betul yang mana akhirnya hanya akan merugikan mereka sendiri.

2.0 OBJEKTIFa. Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalanb. Pelajar dapat membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal untuk

menghadapi peperiksaanc. Pelajar dapat menguasai kemahiran mengurus masa dan pengurusan diri dengan

lebih baikd. Pelajar dapat menjawab soalan sepertimana kehendak soalan

3.0 MATLAMATa. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai teknik dan kemahiran belajar yang efektif

dan mudah diamalkan.b. Mengenal potensi pelajar ke arah kecenderungan pembelajaran dan mendorong

pelajar berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaanc. Melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan seimbang sebagai insan yang

cemerlang di dunia dan akhirat.

4.0 KUMPULAN SASARANSemua pelajar SPM

5.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung

Page 2: 9. Set bengkel teknik menjawab pmr dan spm (induk 2013).doc

En Rahman B AtanPengetua SMK Seberang Perak

Pengerusi 1Datin Roksana Begum Bt RakhirPenolong Kanan Pentadbiran

Pengerusi 2Pn. Jamilah Bt LudinPenolong Kanan HEM

Pengerusi 3Pn Rogayah Bt TalibPenolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha 1Pn. Noor A’syikhin binti OsmanGuru Bimbingan Dan Kaunseling

Setiausaha 2En Shukri B HussainGuru Bimbingan Dan Kaunseling

Jawatankuasa Kerja

Fotografi En Shukri B HussainPn Noor A’syikhin Bt Osman

Siaraya & Peralatan Teknikal LCDEn. Ahmad Johari b. HussainEn. Abd Halim b. AriffinEn Anuar Isham B Mahmud

Kawalan & Disiplin/Guru Bertugas Pn. Ku Faridah bt Ku Chik Pn Rushdah Bt Ramli Pn. Che Fauziah Bt Che Mat

En Ahmad Johari B Hussain Pn Hakimah Bt Hj Hassan En Abd Halim B Ariffin

Pn Jamilah Bt Shariff Pn Na’aziah Bt Salim

Pn Nadiaa Zamil B ZubirPn Wan Nor Arija Bt Wan HamidonEn Anuar Isham B Mahmud

Pn Che Norlia Bt Mat RugianSemua guru yang mengajar Tingkatan 5

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Page 3: 9. Set bengkel teknik menjawab pmr dan spm (induk 2013).doc

Bengkel Teknik Menjawab akan dijalankan secara berfasa mengikut kumpulan pelajar yang dipilih berdasarkan pencapaian dalam subjek yang diambil.Masa Bulan Julai dan Ogos

7.0 PERBELANJAAN

Perbelanjaan adalah peruntukan daripada panitia setiap mata pelajaran, PIBG dan kaunseling (motivasi/pemantapan sahsiah).

8.0 PENUTUPDiharap apabila pelajar telah dapat memahami kesemuanya secara konseptual dan operational, maka lebih mudah untuk mereka menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Disamping itu juga, semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan. Kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan pelajar sendiri adalah sangat penting untuk menjayakan program ini. Dengan itu, prestasi akademik pelajar dan keputusan peperiksaan SPM diharapkan dapat ditingkatkan seterusnya bakal mengharumkan nama baik sekolah bukan sahaja di peringkat negeri malahan negara sekalipun.

Disediakan Oleh,

...............................................(NOOR A’SYIKHIN BINTI OSMAN)(SHUKRI B HUSSAIN)Guru Bimbingan Dan KaunselingSMK Seberang Perak