940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

40
940/1/SkemaJawapan BAHAGIAN A: TAMADUN DUNIA Pengenalan (3m) Prof. M.A.J Beg mengatakan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan politik. Pembentukan sesuatu tamadun berkait-rapat dengan alam sekitar, terutamanya sungai. Sungai mula terbentuk apabila persekitaran dan alam sekitar berubah akibat pencairan ais. Contoh-contoh tamadun yang terbina di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris – Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun China di Lembah Sungai Hwang Ho. API Isi dan Huraian Kepentingan sungai dalam perkembangan tamadun (7 isi x 3m = 21m) 1. Sistem pengangkutan dan perhubungan. Perantaraan perhubungan antara negara kota dengan negara kota lain atau sesuatu tamadun dengan tamadun lain Contohnya: masyarakat Mesopotamia menggunakan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Sungai juga boleh digunakan untuk membawa barangan yang banyak untuk perdagangan. Sebagai bukti, penciptaan kapal layar telah di kesan pada Tamadun Mesopotamia. 2. Pertanian. Tamadun wujud kerana pertanian membekalkan sumber makanan. Pertanian berkembang kerana terdapatnya sungai yang mengairi kawasan pertanian melalui sistem pengairan. Sungai membentuk tamadun kerana kota muncul di sepanjang sungai yang bertanah pamah. Tanah pamah membolehkan pertanian komersil dijalankan. Banjir membawa mendapan tanah lanar yang kaya dengan garam galian ke kawasn pertanian setiap tahun telah membantu dalam kesuburan tanah. Masyarakat tidak perlu berpindah-randah untuk mencari kawasan subur. Soalan 1: Bincangkan kepentingan sungai dalam proses perkembangan tamadun- tamadun awal manusia. 1

Transcript of 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

Page 1: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanBAHAGIAN A: TAMADUN DUNIA

Pengenalan (3m)

Prof. M.A.J Beg mengatakan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan politik.Pembentukan sesuatu tamadun berkait-rapat dengan alam sekitar, terutamanya sungai.Sungai mula terbentuk apabila persekitaran dan alam sekitar berubah akibat pencairan ais.Contoh-contoh tamadun yang terbina di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris – Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun China di Lembah Sungai Hwang Ho.API

Isi dan Huraian

Kepentingan sungai dalam perkembangan tamadun (7 isi x 3m = 21m)

1. Sistem pengangkutan dan perhubungan.Perantaraan perhubungan antara negara kota dengan negara kota lain atau sesuatu tamadun dengan tamadun lainContohnya: masyarakat Mesopotamia menggunakan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.Sungai juga boleh digunakan untuk membawa barangan yang banyak untuk perdagangan.Sebagai bukti, penciptaan kapal layar telah di kesan pada Tamadun Mesopotamia.

2. Pertanian.Tamadun wujud kerana pertanian membekalkan sumber makanan. Pertanian berkembang kerana terdapatnya sungai yang mengairi kawasan pertanian melalui sistem pengairan.Sungai membentuk tamadun kerana kota muncul di sepanjang sungai yang bertanah pamah. Tanah pamah membolehkan pertanian komersil dijalankan.Banjir membawa mendapan tanah lanar yang kaya dengan garam galian ke kawasn pertanian setiap tahun telah membantu dalam kesuburan tanah.Masyarakat tidak perlu berpindah-randah untuk mencari kawasan subur.

3. Bekalan air dan pengairanSungai membekalkan air untuk pertanian, membina terusan dan kincir air.contoh syaduf dan kincir air di tamadun Mesir dan China.

4. Sumber Protein.Sungai membekal ikan untuk sumber protein.Menggunakan kaedah tangkapan tradisioanal.Protein mudah diperolehi, manusia mula menetap di satu tempat dan membentuk tamadun.

5. Kegiatan Seharian.Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, seperti membasuh, memasak dan sebagainya.

Soalan 1: Bincangkan kepentingan sungai dalam proses perkembangan tamadun-tamadun awal manusia.

1

Page 2: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

6. Bekalan Bahan Binaan dan PeralatanSungai membekalkan tanah lumpur untuk membina rumah serta pelbagai jenis bangunan lain seperti rumah berhala.Tembikar dan peralatan harian.Contoh Sungai Tigris, Sungai Euphrates.

7. Upacara Keagamaan.Air dianggap suci dan menyucikan oleh sesetengah kepercayaan dan agama.Masyarakat Tamadun Indus menggunakan sungai untuk membersihkan diri daripada dosa.Membersihkan dosa dan menghanyutkan abu manyat.Contohnya Sungai Indus.

Kesimpulan (1m)

Sungai merupakan elemen penting dalam membentuk tamadun.Namun, terdapat beberapa faktor lain.

2

Page 3: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

Pengenalan (3 M)

Definisi tamadunKonsep organisasi sosialLatar belakang tamadun MesirAPI

Isi-Isi Penting dan Huraian (5 isi x 4M = 20 M)

1. Raja dan Kerabat DirajaRaja mempunyai kedudukan tertinggi dan dianggap sebagai Tuhan yang melindungi rakyat.Raja ialah sumber kekuasaan dan berperanan sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hekim negara.Raja ialah lambang kebenaran dan keadilan (maat) yang memperkenalkan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan dalam negara.Putera-putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina, astronomi, kesenian dan sains.Setelah dewasa, putera-putera raja akan menerima latihan ketenteraan dan mengambil bahagian dalam ekspidisi ketenteraan.Putera raja akan berkahwin dengan adik kandung atau sepupunya sewaktu kanak-kanak untuk mengekalkan kesucian keturunan.

2. Golongan Bangsawan dan PaderiPegawai tinggi kerajaan dilantik dari kalangan anggota keluarga diraja atau golongan bangsawan.Jawatan penting di peringkat pusat termasuk pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.Raja dibantu oleh wazir untuk menjalankan pentadbiran diperingkat wilayah.Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri dan mempunyai tugas dalam bidang keagamaan.Pendeta juga mempunyai pengaruh dalam bidang khususnya dalam soal pelantikan raja.

3. Anggota tenteraSemasa pemerintahan Dinasti Kelapan, sebuah angkatan tentera yang besar dan mempunyai struktur organisasi yang tersusun telah ditubuhkan.Pekebun-pekebun kecil, golongan artisan, dan kumpulan profesional sederhana menyertai angkatan tentera untuk meningkatkan status dan taraf hidup mereka.Anggota tentera yang berjaya dalam kempen peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, diberikan harta rampasan perang, ganjaran , pangkat, dan tanah estet diraja.

4. Buruh RajaSelain golongan serf yang bekerja dalam bidang pertanian, buruh raja terdiri daripada pekerja lombong emas, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan, dan tukang membuat tembikar dan pengangkut air.

Soalan 2: Organisasi sosial merupakan salah satu daripada ciri penting dalam ketamadunan manusia. Dengan merujuk kepada tamadun Mesir Purba, huraikan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun tersebut.

3

Page 4: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanTugas utama golongan ini adalah untuk membina candi-candi diraja. Mereka bekerja hampir sepanjang tahun dan dibayar dalam bentuk gandum dan barli.Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk menyelesaikan masalah.

5. PetaniPada zaman Kerajaan Lama, golongan petani ditindas oleh tuan tanah. Para petani terikat kepada tuan tanah dan apabila tanah dijual, mereka akan menjadi milik tuan tanah baru.Para petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sedikit kebebasan dan mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalam pembinaan candi.Pemberontakan yang berlaku pada Zaman Kerajaan Pertengahan menyebabkan pemerintah Dinasti ke –11 dan ke –12 mengurniakan piagam yang liberal kepada estet-estet pertanian.Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, petani diberi kebebasan dan tanah oleh raja. Tanah tersebut boleh diwarisi , tetapi tidak boleh dipindah milik.

6. HambaGolongan hamba tidak mempunyai kebebasan dan terdiri dariada orang asing, khususnya tawanan perang.Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, hamba memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang yang dimiliki oleh raja atau rumah berhala.Pada zaman pemerintahan Ramses III, golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dari Syria yang dipaksa bekerja dalam sektor pembinaan.

Kesimpulan (2 M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

4

Page 5: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

Pendahuluan (3m) Konsep Negara Kota Latar Belakang N.K Athens Aspek Pengkajian Negara Kota API

Isi dan Huraian (20m)

Pemerintahan di Athens mengamalkan kepercayaan orang Yunani yang menganggap bahawa masyarakat mampu menjalankan pemerintahan sendiri. Seeorang itu diberikan peluang untuk mengembangkan kebolehan serta diberikan hak untuk bergiat cergas dalam politik dan pentadbiran negara. Kerajaan membina gimnasium dan teater untuk perkembangan rakyat dari segi fizikal dan mental. Rakyat bertanggungjawab memberikan khidmat kepada negara.Warganegara terdiri daripada anak lelaki yang dilahirkan di Athens dan berumur 18 tahun. Ia haruslah berharta dan anak warganegara. Hamba dan wanita dilarang menjadi warganegara.Pentadbiran di Athens terbahagi kepada Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri.

a. Dewan Perhimpunan

Dianggotai oleh warganegara lelaki Athens. Pada awalnya, ahli dewan ini terdiri dari golongan aristrokrat yang memerintah dan mengutamakan diri sendiri dengan meluluskan undang-undang yang menzalimi orang miskin. Draco, salah seorang Archon telah menegaskan bahawa undang-undang perlu dihormati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah golongan aristrokrat.

Solon merupakan seorang aristrokrat di Athens yang mendapat sokongan rakyat dan membuat pembaharuan dalam Dewan Perhimpunan. Di antaranya memberikan kuasa kepada dewan perhimpunan membuat keputusan terhadap sesuatu undang-undang dengan cara pengundian serta melantik pegawai kerajaan. Di samping itu beliau telah meperkanalkan 9 jawatan Archon. Cleisthenes telah mengasaskan prinsip demokrasi dalam pemerintahan Athens dengan membenarkan keahlian dewan perhimpunan dibuka kepada semua warganegara lelaki tanpa mengira harta yang dimilikinya.

Dewan Perhimpunan bersidang seminggu sekali dan dihadiri beratus-ratus warganegara. Perhimpunan dimulakan dengan doa. Selepas itu sesiapa sahaja yang ingin memberikan pendapat atau aduan diberikan peluang untuk tampil di atas pentas. Kemudian di bincangkan oleh ahli dewan dan pengundian diadakan. Dewan perhimpunan ada kuasa terhadap pentadbiran dan badan kehakiman. Dewan ini berkuasa melantik Ketua Majistret, menggubal undang-undang dan dasar-dasar kerajaan.

b. Majlis

Majlis terdiri daripada 500 orang berumur 30 tahun keatas. Dipilih dalam undian dewan perhimpunan. Berkhidmat selama 1 tahun. Berkhidmat dalam majlis 2 kali seumur hidupnya.

Soalan 3: Bincangkan aspek pemerintahan dan pentadbiran Negara kota Athens

5

Page 6: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanMajlis bertanggungjawab melaksanakan program kerajaan dalam semua bidang kecuali yang berkaitan dengan ketenteraan dan hal ehwal luar negara. Kedua-dua bidang ini diuruskan oleh badan khas yang dikenal sebagai strategi yang terdiri daripada 10 orang general yang dilantik oleh dewan perhimpunan.

Majlis juga menguruskan institusi Majistret. Majlis dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mempunyai 50 ahli dalam setiap kumpulan yang digelar Prytany. Salah satu daripada 50 orang ini dipilih sebagai presiden bagi setiap hari.

c. Majistret dan Juri

Majistret berperanan mentadbir negara.

Semua pegawai pekhidmatan kerajaan menjadi ahli majistret.

Seorang ketua majistret dipilih dari kalangan Patrician (golongan bangsawan) untuk mengawasi pentadbiran awam.

Ketua majistret dibantu oleh badan-badan ketenteraan dan perundangan.

Jawatan kerajaan diberikan kepada warganegara dan pemilihan dilakukan melalui undi undi oleh warganegara. Penduduk Athens menganggap berkhidmat untuk kerajaan sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab suci. Peluang untuk negara ingin diberikan kepada seluruh warganegara. Oleh kerana golongan miskin tidak dapat meninggalkan pekerjaan mereka untuk berkhidmat dalam kerajaan maka setiap pegawai kerajaan dibayar gaji.

Hak rakyat di Athens dilindungi oleh mahkamah awam yang diasaskan oleh Solon. Kehakiman di Athens bercorak sistem juri. Juri bertindak sebagai pengadil dalam menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Juri juga bertanggungjawab menentukan kesalahan seseorang pegawai kerajaan.

Juri terdiri daripada warganegara berumur 30 tahun ke atas dan dipilih oleh undi sejumlah besar ahli dewan perhimpunan. Bilangan juri berbeza mengikut besarnya kesalahan yang dibicarakan. Warganegara menganggap khidmat sebagai juri adalah tugas yang penting kerana kes-kes yang diadili melibatkan perbicaraan politik serta majistret.

Juri bertanggungjawab mendengar dengan teliti kes yang dibicarakan sebelum memberikan keputusan yang adil. Perbicaraan disampaikan sendiri oleh pesalah dengan bijaksana dan juri pula memberikan keputusan yang dibuat berdasarkan undi terbanyak. Sekiranya situ didapati bersalah, dia diminta menyatakan hukuman yang setimpal untuknya. Selepas itu barulah juri akan menjatuhkan hukuman yang paling adil baginya.

Kesimpulan (2m)Sistem demokrasi adalah warisan negara kota Athens. Demokrasi berasal daripada dua patah perkataan Yunani iaitu Demo dan Kratia. Demo bermaksud rakyat dan kratia bermaksud pemerintah. Demokrasi bermaksud pemerintahan oleh rakyat.

6

Page 7: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

Pendahuluan ( 3 Markah )

Empayar Srivijaya merupakan kuasa utama dan berpengaruh di Asia Tenggara dari abad ke-7 hingga ke-13 masihi. Dengan kewibawaan pemerintahnya seperti Dapunta Hiyam, Srivijaya telah meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke atas beberapa negeri di Pulau Sumatera, sebahagian Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, selatan Siam dan persisiran Borneo sehingga menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan entrepot yang terkenal di Alam Melayu.

Pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang adalah sangat strategik kerana dapat mengawal perairan Selat Melaka. Dalam hal ini, Srivijaya telah menggunakan angkatan lautnya yang kuat untuk menguasai perdagangan Timur- Barat terutamanya perdagangan antara Timur Tengah, China, India dan Asia Tenggara sendiri. Sebagai contohnya, pedagang-pedagang yang melalui perairan Selat Melaka telah dipujuk dan dipaksa untuk singgah di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim yang sangat bergantung kepada kekuatan dan kemahiran tentera lautnya, Srivijaya telah berjaya memonopoli perdagangan di Alam Melayu dengan menguasai bandar-bandar pelabuhan penting di sekitar Alam Melayu dan menjadikan Srivijaya sebagai emporium perdagangan yang terkenal. Rekod-rekod dari Negara China telah membuktikan perkara ini, di mana telah dicatatkan 14 kota raja telah membayar ufti kepada Srivijaya pada awal abad ke-11 masihi.

Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya mampu

Soalan 4: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu dari abad ke- 7 hingga abad ke-13 Masihi

Pendrafan EseiTema: 2Tajuk: EmpayarSub Tajuk: Empayar SrivijayaFokus: 1Kata Tugas: BincangkanEmphasis: Faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai pusat

perdagangan utama

Senaraikan Isi1. Kedudukan yang strategik2. Perlindungan diplomatik daripada kerajaan China3. Kekayaan sumber bahan mentah4. Kemudahan-kemudahan perdagngan / pelabuhan5. Peranan orang laut6. Sistem pentadbiran yang baik dan sistematik7. Dasar perdagangan Srivijaya8. Galakan kerajaan

7

Page 8: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanmuncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu. (API)

Isi-isi ( 7 isi x 3 markah = 21 Markah )

1. Kedudukan Yang Strategik

Kedudukan Srivijaya dari segi geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat dan hal ini telah menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, Negara China dan Alam Melayu. Kelebihan Srivijaya yang menghadap monsun timur laut telah menyebabkan pelabuhan Srivijaya tidak mampu ditandingi oleh pelabuhan-pelabuhan lain.

2. Perlindungan Diplomatik Daripada Kerajaan China

Kejayaan Srivijaya mendapatkan naungan daripada Negara China dengan cara menghantar ufti kepada Maharaja China telah mengukuhkan kuasa dan pengaruh Srivijaya. Dikatakan antara tahun 960-983 masihi, Srivijaya telah menghantar tidak kurang dari lapan utusan diplomatik ke Negara China. Jaminan perlindungan daripada China telah berjaya mengelakkan Srivijaya daripada diserang oleh kerajaan Majapahit, Siam dan Burma. Lantaran itu, ini telah mengggalakkan kedatangan lebih ramai pedagang-pedagang dari Arab, China dan India ke pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

3. Kekayaan Sumber Bahan Mentah

Kemampuan empayar Srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang banyak telah menyebabkan Srivijaya mampu muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di Nusantara. Bahan-bahan mentah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan pedagang-pedagang China telah diperolehi daripada kawasan hutan di Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu serta daripada kawasan jajahan takluknya di Kepulauan Riau Lingga. Bahan-bahan mentah tersebut adalah seperti emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu gaharu, kayu cendana, lada dan rempah ratus. Dalam hal ini, kekayaan sumber bahan mentah telah menjadikan Srivijaya tumpuan pedagang-pedagang dari negara luar.

4. Kemudahan-kemudahan Perdagangan/ Pelabuhan

Para pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan-pelabuhan seperti stor, tempat penginapan sementara dan gudang-gudang menyimpan barang. Para pedagang yang datang ke Srivijaya dilayan dengan baik dan kemudahan dan layanan yang baik ini telah menyebabkan Srivijaya dikunjungi oleh ramai pedagang.

5. Peranan Orang Laut

Peranan orang laut juga merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kemampuan dan kejayaan pemerintah-pemerintah kerajaan Srivijaya mengawal orang laut menyebabkan masalah perlanunan di Selat Melaka dapat dibendung dan diatasi. Dalam hal ini, pemerintah Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai sebahagian daripada angkatan tentera laut. Kemahiran orang-orang laut tentang selok belok laut seperti beting pasir, beting karang, cuaca dan sebagainya telah membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut daripada ancaman lanun-lanun dengan berkesan. Di samping itu, orang laut juga berperanan memantau dan ada juga yang bertindak memaksa kapal-kapal pedagang-pedagang singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya. Sumbangan orang laut ini telah menyebabkan Srivijaya mampu memainkan peranan sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagangan, pusat pengumpulan

8

Page 9: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapandan penyebaran barang-barang dagangan.

6. Sistem Pentadbiran Yang Baik dan Sistematik

Kerajaan Srivijaya juga mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan sistematik. Kajian terhadap inskripsi Telaga Batu menunjukkan bahawa Empayar Srivijaya dikenali sebagai Kedatuan. Kedatuan dibahagikan kepada Mandala yang diketuai oleh seorang Datu dan beliau dibantu oleh seorang Parvanda ( Ketua Tentera ). Dengan adanya sistem pentadbiran yang baik dan teratur, maka perdagangan di Srivijaya dapat dijalankan dengan lancar.

7. Dasar Perdagangan Srivijaya

Srivijaya juga mengamalkan beberapa dasar yang berhubung dengan sistem perdagangan. Antaranya ialah pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang secara langsung di kawasan pedalaman dan mereka hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan pedagang asing menghasut penduduk tempatan di kawasan pedalaman untuk menentang kerajaan pusat. Pedagang-pedagang juga dikehendaki untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dasar perdagangan ini menyebabkan pedagangan di Srivijaya mampu berkembang dengan baik sehingga menjadi satu pusat perdagangan utama di rantau ini.

8. Galakan Kerajaan

Kerajaan Srivijaya telah menggalakkan pedagang tempatan agar terlibat dalam perdagangan antarabangsa. Terdapat kumpulan pedagang tempatan yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan China dan Asia Barat. Kumpulan yang terlibat dengan perdagangan luar negara dikenali sebagai Puhawang dan Vaniaga. Istilah Siddha-Yatra juga merujuk kepada pedagang-pedagang yang terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Hal ini menunjukkan kerajaan Srivijaya menggalakkan penduduk tempatan bergiat dalam perdagangan antarabangsa dan seterusnya menjadikan Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

Kesimpulan ( 1 markah )

Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi, kerajaan Srivijaya telah berjaya sebagai sebuah kuasa perdagangan yang unggul daripada abad ke-7 hingga abad ke-13 masihi. Menjelang abad ke-14 masihi, Srivijaya telah telah hilang pengaruhnya sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai.

9

Page 10: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

Ulasan soalanCalon diminta menghuraikan peranan raja (emphasis soalan) dalam tamadun awal. Lazimnya raja mengamalkan sistem pemerintahan autokratik.

Pengenalan Pemerintahan tamadun-tamadun awal kebanyakannya mengamalkan sistem

pemerintahan beraja. Raja bukan sahaja berperanan dalam bidang pemerintahan malah turut berperanan dalam

bidang-bidang lain seperti bidang agama, ekonomi, keadilan dan sebagainya. API

Isi dan Huraian

Salah satu ciri ketara sistem pemerintahan beraja ialah raja berkuasa mutlak. Hal ini bermakna tiada pengasingan kuasa dalam bidang perundangan, eksekutif dan kehakiman. Raja menguasai ketiga-tiga badan berkenaan. Seseorang pemimpin atau raja selalunya menggunakan unsure magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Tidak hairanlah ada di kalangan raja yang dianggap menjalankan fungsi Tuhan di muka bumi menyebabkan rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja.

Raja menerajui sistem pemerintahan. Raja dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran negara. Di peringkat tertinggi biasanya saudara-mara dan anggota keluarga raja dilantik memegang jawatan-jawatan utama.Perlantikan ini dilakukan kerana dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan raja  memiliki kewibawaan untuk memerintah. Justeru, jawatan-jawatan penting diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga diraja. Raja Dinasti Chou misalnya dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, agama, hal ehwal monarki dan undang-undang. Pentadbiran di peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal.

Raja juga bertindak sebagai ketua agama. Kawalan terhadap bidang agama adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan seseorang raja. Salah satu tugas suci seseorang raja di Mesopotamia ialah membina dan memelihara rumah ibadat. Tugas ini dilakukan selaras dengan kepercayaan bahawa manusia dicipta untuk berkhidmat dengan Tuhan. Raja juga merupakan chief priest dan memainkan peranan aktif dalam perayaan keagamaan seperti Sambutan Perayaaan Tahun Baru. Raja di Mesopotamia juga berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat serta bentuk pentadbirannya. Hal ini adalah kerana ziggurat berfungsi  sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.

Raja juga bertindak sebagai ketua panglima tentera. Sungguhpun raja akan dinasihati oleh jeneral tentera tetapi sesuatu keputusan muktamad akan dibuat oleh raja seperti di Mesir dan Mesopotamia. Di  Mesir, Firaun menjadi komander agung dalam tentera. Baginda dibantu oleh seorang timbalan yang terdiri daripada Putera Mahkota. Dalam

Soalan5: Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai huraikan peranan raja dalam tamadun awal.

10

Page 11: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapantamadun India,  raja mengetuai sendiri ekspedisi peperangan seperti yang dilakukan oleh Chandragupta dan Asoka.

Raja juga bertindak sebagai badan penggubal undang-undang. Dalam tamadun India, Asoka telah telah meggubal undang-undang dan undang-undang tersebut di pahat ditiang-tiang baian (Tiang Asoka)  untuk ditatap dan dijadikan rujukan oleh orang awam.

Di dalam bidang kehakiman, raja adalah ketua hakim. Segala kes rayuan akan dibawa kepada raja yang mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kepada orang yang bersalah. Di Mesir, hanya firaun sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman mati terhadap kesalahan yang berat.

Raja juga harus melantik seorang pengganti untuk meneruskan pemerintahan selepas kemangkatan baginda. Lazimnya raja-raja akan melantik putera mereka sebagai pengganti takhta kerajaan. Calon-calon yang dipilih harus mendapat sokongan anggota keluarga diraja, pegawai istana dan golongan bangsawan.

Tugas-tugas lain seseorang raja ialah melantik pembesar, menerima aduan daripada rakyat dan menyelesaikannya, menerima kunjungan diplomat-diplomat dan sebagainya.

Kesimpulan

Raja bukan sekadar menjadi pemerintah tetapi juga bertindak sebagai ketua agama, pemimpin tentera, penggubal undang-undang, menjadi hakim dan sebagainya.

Soalan 6: Bincangkan bentuk pemerintahan Republik di Rom.

11

Page 12: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanUlasan soalanCalon diminta menghuraikan bentuk pemerintahan republik Rom khususnya institusi-institusi yang terlibat dalam pentadbiran Rom.

Pengenalan

Idea tentang pemerintahan republik telah diutarakan oleh ahli falsafah Yunani, iaitu Plato dalam bukunya Republic. yang mengemukakan tentang struktur kerajaan yang paling ideal bagi sesebuah kerajaan. Bagaimanapun ideanya itu tidak sambutan di Yunani.

Dalam bahasa Latin, res publica bermakna hal rakyat, merupakan satu bentuk kerajaan

yang ketuanya bukan seorang raja.

Pemerintahan Rom bermula dengan pemerintahan beraja dari tahun 753 S.M. lagi. Pada masa itu Rom diperintah oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada penduduk tempatan. Oleh itu rakyat Rom yang terdiri daripada golongan bangsawan (patrician) telah bangun memberontak dan kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M.

Isi dan Huraian

Terdapat tiga unsur utama dalam sistem pemerintahan republik Rom. Unsur-unsur tersebut ialah konsul, Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.

Pemerintahan republik Rom diketuai oleh dua orang konsul yang akan memegang jawatan dalam tempoh setahun.  Konsul dipilih oleh golongan bangsawan di kalangan mereka yang berumur melebihi 40 tahun.Terdapat dua orang konsul yang dilantik dalam satu-satu masa bertujuan mengelakkan salah seorang daripada konsul menyalahgunakan kuasa atau melakukan penyelewengan.

Dengan adanya dua orang konsul, maka setiap keputusan perlu diputuskan dengan persetujuan daripada kedua-dua konsul. Keadaan ini membawa maksud tiada pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak.

Konsul mempunyai banyak kuasa dan bertanggungjawab dalam mengetuai tentera, menjaga keadilan, menguruskan kewangan, mengetahui hal-hal berkaitan agama dan bertindak sebagai hakim.

Bagaimanapun sewaktu dalam kecemasan atau peperangan, orang Rom akan melantik seorang dictator untuk membuat sesuatu keputusan. Tempoh perlantikannya ialah selama enam bulan.

Konsul dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan majlis ini dikenali sebagai Senat. Bilangan ahlinya menjangkau 300 orang

Anggota Dewan Senat digelar sebagai Senator dan biasanya mereke berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran. antara tugas Dewan Senat termasuklah merangka undang- undang, menasihati konsul, menguruskan soal kewangan dan cukai, menetapkan wilayah-

12

Page 13: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanwilayah yang akan diurus oleh konsul, menyelesaikan krisis agama dan berunding dengan duta-duta asing.

Di bawah Dewan Senat, terdapat Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom. Dalam dewan ini, semua rakyat Rom berkumpul dan mendengar laporan tentang perkara yang dibincangkan dalam Dewan Senat.

Tugas Dewan Perhimpunan adalah terhad iaitu mendengar laporan dan mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Senat. Menjelang tahun 451 S.M., golongan rakyat (plebian) telah mendesak supaya mereka diberi hak dalam bidang pentadbiran dan perundangan. Hal ini membawa kepada penubuhan Tribunal dan Undang-undang Papan 12 Rom. Menurut undang-undang ini, semua orang adalah sama di sisi undang-undang.

Sistem republic di Rom telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar yang melakukan dasar perluasan empayar. Beliau telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator dan memerintah Rom selama lima tahun

Kesimpulan

Sistem pemerintahan republik Rom memberi kesan yang mendalam kepada negara negara Eropah khususnya. Dari masa semasa ke semasa sistem republic Rom ditiru dan diubahsuai mengikut keadaan sesebuah kerajaan dan keperluan semasa.

Sehingga kini kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem republik.

BAHAGIAN B: TAMADUN ISLAM

Soalan 7: Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah13

Page 14: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

Pengenalan ( 3 markah )

Pengertian Jahiliah Pengertian manusia - dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia

adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Pengertian Islam API

Isi dan Huraian ( 20 markah )

Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah)

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam. Pengertian manusia dari segi bahasa. Pengertian dari segi istilah.

2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh.

3. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

4. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

5. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa

6. Manusia sebagai pemegang amanah.

7. Semua manusia dari keturunan Adam dan Adam dijadikan dari tanah. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.

8. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.

9. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah )

1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

14

Page 15: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan

2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, Oleh itu, mereka melakukannya.

3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.

4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.

Kesimpulan ( 2 markah )

Apa sahaja yang berkaitan

Soalan 8: Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun.

15

Page 16: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanPengenalan (3-4 m)

Maksud Jahiliyah - Jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu “jahala” yang bermaksud bodoh, sesat dan tidak berilmu pengetahuan (dari aspek agama dan kepercayaan). Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran.

Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.

Perkataan “jahiliyah” digunakan bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Arab yang tidak mahu menerima Allah sebagai Tuhan Yang Esa, tidak mahu menerima Islam sebagai agama (ad-din), dan corak kehidupan mereka yang penuh dengan kemaksiatan.

Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah - Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M.

Maksud tamadun – tamadun berasal daripada perkataan Arab “mudun”, “madain” dan “madana” yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan tamadun atau madani adalah merujuk kepada masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di kota atau di desa.

Ayat Pembayang Isi – Bersesuaian dengan emphasis soalan.

Isi dan Huraian (7 isi x 3 markah = 21 markah)

Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.( Buat penegasan )

1. Akidah kepercayaan yang sesat - Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka . Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk . - Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan

16

Page 17: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapankepada nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)

3. Keruntuhan akhlak . - Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah, dan membunuh anak perempuan.

4. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl . Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki.

5. Penipuan dalam ekonomi . Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan penipuan timbangan dan sukatan dan mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada peminjam.

6. Ilmu pengetahuan – sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca dan menulis.

7. Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah.

8. Sistem pemerintahan . Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah penguasa Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.

17

Page 18: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanSegala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

Walaubagaimanapun, terdapat juga ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah yang baik.

1. Mengamalkan perdagangan antarabangsa . Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual kepada pedagang Eropah.

2. Menghormati tetamu walaupun musuh . Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.

3. Mahir dalam bidang kesusasteraan . Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Namun, karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

C. Kesimpulan

Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Menjadi tamadun yang hebat .(Apa saja yang berkaitan dengan soalan dan isi.)

Soalan 9: Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

18

Page 19: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanPengenalan (3 markah)

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M). Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.

Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.

Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Isi-isi penting (7 isi X 3 markah)

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1) Agama HanifAgama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2) Agama YahudiAgama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3) Agama NasraniAgama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4) Agama Wathani (Penyembahan berhala)Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5) Agama MajusiAgama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6) Agama penyembahan Cekarawala19

Page 20: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanMereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7) Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

8) Penyembahan Tuhan Padang Pasir.Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

9) Kepercayaan AnimismeMereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

10) Kepercayaan tahyulKepercayaan tangkal azimatRoh orang mati menjadi burung.Percaya kepada ahli nujum.Percaya kepada ahli sihir.Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.Membuat keputusan melalui anak panah.

Kesimpulan (1 markah)

Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

 

Pendahuluan (3 markah)

Soalan 10: Jelaskan faktor dan cara penentangan Quraisy Makkah terhadap dakwah Nabi Muhammad s.a.w serta huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu.

20

Page 21: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanBiodata Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan.

Sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq.

Wahyu kedua kepada Nabi Muhammad iaitu Surah al-Mudathir dan turunnya surah ini telah mengesahkan pelantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah dan baginda wajib menyampaikan dakwah Islam.

Mulanya nabi menyampaikan dakwah secara sulit,bila mendapat perintah dari Allah maka nabi menyampaikan dakwah secara terbuka. Wujud penentangan daripada kaum Musyrikin Makkah.

Isi dan Huraian Jawapan ( 20 markah )

Faktor-faktor penentangan ( 4 x 2 markah = 8markah)

1. Agama dan Kepercayaan: Ajaran agama Islam jelas bertentangan dengan kepercayaan mojoriti musyrikin Arab

yang menganuti pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti agama Wathani, Majusi, Nasrani dan Animisme. Ajaran Islam yang memberi amaran tentang adanya Hari Pembalasan telah menakutkan majoriti musyrikin Arab yang tidak percaya akan adanya Hari Pembalasan.

2. Ekonomi: Penyebaran agama Islam didakwa telah menyebabkan kemerosotanKota Makkah sebagai

pusat perdagangan dan pembuatan patung-patung berhala di Semenanjung Tanah Arab dan tidak lagi dikunjungi oleh tetamu bangsa lain.Golongan artisan dan peniaga patung berhala terjejas pendapatan tetap mereka.

3. Politik: Kehadiran dan kegiatan Nabi Muhammad telah menyebabkan golongan Quraisy Bani

Umaiyah yang merupakn penguasa kota Makkah berasa terancam dengan keturunan Rasulullah iaitu Bani Hashim. Pengaruh Bani lain turut merosot.

4. Sosial: Konsep persamaan taraf dalam Islam bertentangan dengan sistem feudal yang diamalkan

oleh majoriti Musyrikin Arab. Musyrikin Arab memandang tinggi dan mulia terhadap golongan kaya, perkasa dan berpengaruh. Kegiatan sosial mereka yang lebih mementingkan keseronokan duniawi seperti berzina dan minum arak akan tersekat.

Cara-cara penentangan ( 4 x 2 markah = 8markah)

1. Menghina Nabi Muhammad s.a.w dan juga ajaran Islam:

Orang Musyrikin mencabar Nabi Muhammad supaya menunjukkan mukjizat seprti nabi-nabi yang terdahulu.

21

Page 22: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan2. Menghasut Abu Talib:

Pihak Quraisy cuba mempengaruhi bapa saudara baginda iaitu Abu Talib supaya menyerahkan baginda kepada mereka tetapi tawaran mereka tidak diterima oleh Abu Talib kerana beliau menyebelahi Rasulullah.

3. Menyogok Rasulullah:

Kaum Quraisy cuba memujuk Nabi dengan menawarkan perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan Islam, tetapi tawaran ini ditolak oleh baginda.

4. Menggunakan cara kompromi:

Kaum Quraisy mencadangkan agar Nabi Muhammad menyembah berhala dan mereka akan menyembah tuhan baginda.Tawaran ini juga ditolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah dalam surah Al-Kafirun.

5. Menggunakan tindakan keras:

Kaum Quraisy melakukan penyeksaan ke atas orang Islam. Ramai golongan-golongan hamba yang memeluk Islam khususnya dizalimi tanpa perikemanusiaan sehingga mereka menemui ajal dan gugur di jalan Allah. Namun begitu, bilangan orang yang memeluk Islam terus bertambah.

6. Memulaukan golongan Bani Hasyim:

Orang Quraisy telah menggunakan taktik baru untuk melemahkan umat Islam dengan cara memulaukan kaum keluarga Nabi. Pemulauan yang berlangsung selama kira-kira 3 tahun itu mengandungi larangan melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberi pertolongan kepada keluarga Nabi.

Cara baginda menanganinya ( 4 x 1 markah = 4markah)

1. Menyeru umat Islam bersabar:

Baginda menyeru kepada umat Islam yang ditindas agar bersabar dengan dugaan Allah terhadap kezaliman dan penyeksaan yang dihadapi.

2. Merdekakan hamba

Menyeru golongan hartawan dan berkemampuan membeli dan menebus serta memerdekakan golongan hamba yang telah menganuti agama Islam yang diseksa seperti Bilal Bin Rabah.

3. Mencari perlindungan

22

Page 23: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan Berlindung dengan pemimpin Quraisy yang berpengaruh yang bersikap berkecuali

seperti Abu Talib Bin Abu Mutalib.

4. Bersabar dan meneruskan dakwah kepada golongan lain

Berdakwah kepada rombongan haji tradisi Arab dan langkah ini Berjaya menarik minat golongan Arab di Yathrib terhadap agama Islam dan menandatangani Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.

5. Berhijrah:

Baginda menyeru kepada golongan umat Islam supaya berhijrah ke Habsyah kerana pemerintahnya yang bernama Najasyi ialah penganut agama Nasrani yang adil dan bertanggungjawab, berhijrah ke Taif dan ditolak oleh masyarakat Yahudi di sana serta berhijrah ke Yathrib pada tahun 622 Masihi.

Kesimpulan ( 2 markah )

Penghijrahan Nabi Muhammad ke Yathrib pada tahun 622 Masihi telah meredakan penentangan hebat golongan Musyrikin Arab dan menjadi asas kemenangan umat Islam dari segi jangkamasa panjang.

Pendahuluan (3 markah)

Konsep Hijrah

1. Hijrah ertinya ”perpindahan”, iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam (Zaman Khalifah Umar Al-Khattab)

23

Soalan 11: Nyatakan faktor-faktor dan kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Page 24: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan2. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi memastikan

kejayaannya dari segi agama, moral, sosioekonomi dan politik. Madinah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosioekonomi.

3. Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1 Muharam tahun pertama Hijrah ( 16 julai 622 M ). Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah .

Isi dan Huraain Jawapan ( 20 markah )

Faktor-faktor penghijrahan ( 5x 2 markah = 10 markah)

1. Bai'at Aqabah Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini,

Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

 2. Tekanan Musyirikin Mekah

Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

 3. Kegagalan Dakwah di Taif

Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

 

4. Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk

berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

 5. Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah

Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

 24

Page 25: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan6. Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi

Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

 7. Kedudukan Madinah yang Strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

 8. Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.

 9. Wahyu

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

 Kesan-kesan penghijrahan.( 5 x 2markah = 10 markah)

1. Umum

Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan

dilakukan secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan. Nabi Muhammad (SAW ) mendapat teman yang setia, jujur dan ikhlas dalam

mengharungi perjuangan iaitu Ali dan Abu Bakar. Keredaan dan restu daripada Allah perlu sentiasa dipohon terutama di waktu-waktu

kesusahan.

2. Perubahan Pusat Gerakan Islam Perkembangan politik Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan

dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah. Bidang politik mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan ketenteraan di mana kegiatan ketenteraan Islam berkembang dengan pesat dan berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.

3. Penyebaran Islam Semakin Meluas Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu

meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad

25

Page 26: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapantelah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

4. Perubahan Kedudukan Nabi Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah

baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

 5. Pertambahan Umat Islam

Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur-unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

 6. Penubuhan Negara Islam

Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

 

7. Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana

Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

 8. Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

 26

Page 27: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan9. Permulaan Kalendar Hijrah

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

 10. Perubahan Dasar Politik

Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.

 11. Pertumbuhan Ekonomi

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil.

12. Sosial ( pembentukan ummah ) Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah

sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk Ummah.

Kesimpulan ( 2 markah )

Sejarah penghijrahan Nabi Muhammad ( SAW ) merupakan perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasullulah ( SAW ) untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan perkembangan agama Islam.Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

Pengenalan: ( 3 Markah )

Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

27

Soalan 12: Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Page 28: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan1. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang

Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.

2. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

Isi dan Huraian

Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )

1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan di Makkah :

a. Menerima dan mempertahankan agama Islam

Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara terbuka. Mereka semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan

Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental.

Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar b Yassir yang mati dibunuh dan penyiksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah.

c. Sanggup berkorban nyawa dan harta

Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang mereka banyak lakukan ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.

28

Page 29: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas

dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan.

Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi Muhammad sewaktu Hijrah..

d. Menjalankan usaha dakwah

Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah.

Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah

Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah.

Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.

Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

Peranan di Madinah

a. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.

Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.

Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya

29

Page 30: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapanmendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.

b. Mengukuhkan ketenteraan Islam

Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.

2. Peranan Golongan Ansar

Peranan di Makkah

a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w

Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di mana orang-orang Makkah menentangnya dengan hebat.

Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.

Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabatnya telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan Ansar.

Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam

Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

b. Membantu golongan Muhajirin

Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Makkah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.

Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran

30

Page 31: 940/1 - Skema Jawapan - Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart, Sibu

940/1/SkemaJawapan Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran

dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa menghadapi peperangan .Contohnya Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam perang Khandak.

Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.

KESIMPULAN:( 1 Markah )

1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.

31