ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PENYERAHAN … fileMAJLIS PENYERAHAN RESOLUSI DAN MAJLIS PENUTUPAN...
Transcript of ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PENYERAHAN … fileMAJLIS PENYERAHAN RESOLUSI DAN MAJLIS PENUTUPAN...
1
UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PENYERAHAN RESOLUSI DAN
MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN
PEMERKASAAN KOPERASI
2
BERLANDASKAN SEMANGAT
BEKERJASAMA DAN
KEUSAHAWANAN
13 JANUARI 2019 (AHAD)
11.00 PAGI
BALLROOM 1, 2 & 3, HOTEL TENERA
BANGI, SELANGOR
3
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
(salutasi seperti disediakan)
4
Yang Berhormat Timbalan Menteri,
Dato’-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-
Puan yang dihormati sekalian.
1. Pertama kali, saya bagi pihak
ANGKASA mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang
Berhormat Timbalan Menteri, yang
5
dapat hadir bersama-sama para
koperator dari seluruh negara ke
Konvensyen Pemerkasaan Koperasi
yang diadakan pada hunjung
minggu ini.
2. Untuk makluman YB, Konvensyen
ini merupakan satu usaha untuk
6
mengenalpasti isu serta cabaran
yang mendepani gerakan koperasi
dan mencari kaedah
menanganinya bagi memastikan
koperasi mampu terus berkembang
serta berdaya saing seiring dengan
perubahan arus perdana lanskap
7
ekonomi negara dan
antarabangsa.
3. Menerusi konvensyen ini juga,
gerakan koperasi akan
menetapkan hala tuju menerusi
satu resolusi komprehensif untuk
dicadangkan kepada pihak
8
kerajaan khususnya Kementerian
Pembangunan Usahawan dalam
merangka pengisian Dasar Koperasi
Negara selaras dengan hala tuju
kerajaan baru.
4. Konvensyen pada kali ini turut
dihadiri oleh mereka yang pakar
9
dalam bidang koperasi, industri,
pembuat dasar dan para
akademik, yang membentangkan
kertas kerja serta memberikan idea-
idea baru bersesuaian dengan
tatacara ekonomi baru.
10
5. Untuk makluman Yang
Berhormat Datuk, konvensyen ini
telah tiba kepenghujungnya, tetapi
ianya merupakan permulaan
kepada gerakan koperasi untuk
bersama-sama Kementerian
Pembangunan Usahawan
merangka satu pelan tindakan
11
yang bersesuaian dengan
kemahuan dan aspirasi kerajaan
baru yang sentiasa memikirkan
untuk kesenangan rakyat.
6. ANGKASA akan terus memainkan
peranan sebagai badan puncak
koperasi yang aktif dan menjadi
12
penghubung kepada koperasi-
koperasi antarabangsa.
7. ANGKASA juga mempunyai satu
Pelan Strategik bagi melestarikan
ANGKASA dan gerakan koperasi
secara keseluruhannya. Satu pelan
jangka pendek, sederhana dan
13
jangka panjang telah dirangka dan
sedang diimplentasikan.
8. Semua ini akan disesuaikan
dengan dasar-dasar baru kerajaan
supaya satu kesatuan dapat
dibentuk bagi sektor koperasi
menuju matlamat yang sama.
14
9. ANGKASA percaya, dengan
kepimpinan YB Menteri Dato’ Seri
Mohd Redzuan dan YB Timbalan
Menteri Datuk Wira Dr Mohd Hatta,
gerakan koperasi negara akan lebih
mampu melonjak prestasinya serta
mencapai aspirasi Kementerian.
15
Yang Berhormat Datuk, Tuan-Tuan
dan Puan-Puan Yang Dihormati
Sekalian
10. Pada masa ini, ANGKASA juga
telah mempunyai satu Pelan Induk
Ekonomi Strategik ANGKASA atau
16
Strategik Economic Masterplan
(SEM)
11. Pelan ini dirangka dengan
tujuan menjadi panduan kepada
gerakan koperasi yang belum
mempunyai satu pelan ekonomi
koperasi untuk diguna pakai.
17
12. Di bawah Strategic Economi
Masterplan ini, dibangunkan satu
konsep CEP atau Cooperative
Empowerment Projek yang
mempunyai empat teras utama
iaitu Ekonomi, Tadbir Urus, Ekosistem
dan Inovasi seperti yang telah
18
diperincikan dalam Pelan Strategik
ANGKASA.
13. Cooperative Empowerment
Projek ini adalah dimana sesebuah
projek atau kelompok projek-projek
yang direka untuk menpunyai kesan
positif secara langsung kepada
19
koperasi tertentu atau kumpulan
koperasi bagi tujuan kelestarian
perolehan yang mampan.
14. Terdapat tiga (3) CEP yang telah
dibangunkan dan setiap CEP akan
mempunyai kesan rantaian kepada
20
koperasi-koperasi dalam sesuatu
projek.
15. Sehingga kini, ANGKASA telah
berjaya melaksanakan ketiga-tiga
CEP ini dengan penglibatan
koperasi menerui lapan sektor yang
telah dikategorikan iaitu:
21
a. Sektor Perkhidmatan
Kewangan;
b. Sektor Pemborongan dan
Peruncitan;
c. Sektor Pelancongan,
Kesihatan dan
Penjagaan Diri;
22
d. Sektor Pertanian dan
Industri Asas Tani;
e. Sektor Perladangan;
f. Sektor Pembangunan
Hartanah dan
Industri Binaan;
g. Sektor Inovasi dan
Teknologi; dan
23
h. Sektor Komuniti.
16. ANGKASA amat berharap, lebih
banyak koperasi yang boleh turut
serta dalam program
pembangunan ekonomi ini,
terutamanya bagi CEP 3 yang
memerlukan koperasi bertaraf besar
24
untuk menjadi mentor kepada
koperasi mikro, kecil dan sederhana
dalam projek-projek berimpak
tinggi.
Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan
Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
25
17. ANGKASA akan menyokong dan
bekerja sama secara rapat dengan
Kementerian Pembangunan
Usahawan, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia
dan agensi-agensi kerajaan lainnya,
untuk memastikan agenda
26
pembangunan koperasi menjadi
satu yang dominan di Malaysia.
18. Sekali lagi, saya bagi pihak
ANGKASA dan gerakan koperasi
negara mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk yang dapat hadir
27
pada majlis penutupan Konvensyen
Pemerkasaan Koperasi pada kali ini.
19. Terima kasih juga kepada para
pembentang kertas kerja dan
khususnya Yang Berbahagia Prof.
Dato’ Dr Sudin Haron selaku Ketua
Pemikir Usahawan Harapan
28
(PEMIKIR) yang telah bersama-sama
ANGKASA yang menjayakan
konvensyen penting ini.
20. Terima kasih kepada seluruh
koperator yang datang untuk
bersama-sama mengubah
landskap gerakan koperasi negara