Abs Trak

4
ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran mendarab yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik Revolver dan Hammer. Teknik Revolver dan Hammer digunakan untuk membantu murid yang sering melakukan kesilapan ketika pengumpulan semula. Tangga dan kotak jawapan digunakan untuk membantu murid agar tidak melakukan kesilapan ketika mendarab. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun 4, lima orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Mereka merupakan murid yang telah memperolehi markah yang terendah dalam ujian diagnostik bagi tajuk pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, data juga dikumpulkan melalui analisis dokumen latih tubi, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data mendapati bahawa keenam-enam peserta kajian telah menunjukkan v

description

abstrak kajian

Transcript of Abs Trak

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran mendarab yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik Revolver dan Hammer. Teknik Revolver dan Hammer digunakan untuk membantu murid yang sering melakukan kesilapan ketika pengumpulan semula. Tangga dan kotak jawapan digunakan untuk membantu murid agar tidak melakukan kesilapan ketika mendarab. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun 4, lima orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Mereka merupakan murid yang telah memperolehi markah yang terendah dalam ujian diagnostik bagi tajuk pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, data juga dikumpulkan melalui analisis dokumen latih tubi, pemerhatian dan temu bual. Hasil analisis data mendapati bahawa keenam-enam peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah menerusi ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Temu bual dan pemerhatian oleh guru telah menunjukkan peningkatan kefahaman mereka dalam mendarab. Analisis dokumen latih tubi juga menunjukkan peningkatan pencapaian pada setiap latihan yang diberikan selepas intervensi diberikan. Mereka juga menyatakan kegembiraan dalam mempelajari teknik ini. Pemerhatian ke atas peserta kajian juga menunjukkan perubahan tingkah laku positif dan mereka berminat untuk menguasai kemahiran mendarab melalui teknik ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik ini berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran mendarab yang melibatkan pengumpulan semula serta dapat membantu meningkatkan pencapaian murid.

ABSTRACT

This action research was conducted to help students master the multiplication skills that involved regrouping using Revolver and Hammer technique. The Revolver and Hammer techniques are used to assits students who often make regrouping in multiplivation mistakes. Special steps and answer boxes were specially designed to be used in the technique to prevent students from making mistakes in multiplying a 3-digit number with a 2-digit number. The respondents in the study were 6 Year 4 pupils consisting of 5 boys and a girl. They were students who obtained the lowest scores in the diagnostic tests on multiplication of the three digit numbers and the two digits which was carried on by the researcher earlier. Data were gathered through pre-test and post-test. In addition, data was also gathered through documents (drill exercises), observations and interviews. The result of data analysis from pre-test and post-test indicated that the respondents showed increments of performance through their scores of the post-test compared to pre-test. The results of the interviews, video recording, observations and documens also have shown improvements in the respondents understanding of multiplications with regrouping. The respondents also expressed their delight in learning the technique during interviews. The overall results showed that this technique is effective in helping to improve the skills of multiplication with regrouping. vi