Abs Trak

34
ABSTRAK Mata pelajaran Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal dan memahami banyak fakta, istilah, konsep, definisi, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati cita rasa dan kebolehan murid masa kini perlu dicari agar proses pembelajaran berlaku dengan baik. Dalam kajian ini, penggunaan peta minda mudah ( Pemudah ) adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 4 orang murid Tahun 6 Mumtaz dari Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Kajang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pos, pemerhatian, soal selidik, temu bual, hasil kerja murid dan lembaran kerja. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 71.25 kepada 100. Berdasarkan analisis borang pemerhatian, soal selidik dan temu bual, penggunaan peta minda ( Pemudah ) berupaya meningkatkan kemahiran murid menghasilkan peta minda mengikut kreativiti sendiri serta meningkatkan daya ingatan murid tentang tajuk sifat-sifat jirim.

description

abstrak

Transcript of Abs Trak

ABSTRAKMata pelajaran Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal dan memahami banyak fakta, istilah, konsep, definisi, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati cita rasa dan kebolehan murid masa kini perlu dicari agar proses pembelajaran berlaku dengan baik. Dalam kajian ini, penggunaan peta minda mudah ( Pemudah ) adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 4 orang murid Tahun 6 Mumtaz dari Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Kajang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pos, pemerhatian, soal selidik, temu bual, hasil kerja murid dan lembaran kerja. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 71.25 kepada 100. Berdasarkan analisis borang pemerhatian, soal selidik dan temu bual, penggunaan peta minda ( Pemudah ) berupaya meningkatkan kemahiran murid menghasilkan peta minda mengikut kreativiti sendiri serta meningkatkan daya ingatan murid tentang tajuk sifat-sifat jirim. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta minda ( Pemudah ) berjaya dalam meningkatkan ingatan murid dalam tajuk yang telah dipelajari.

ABSTRACT

1.0PENDAHULUANKamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1993 ) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain . Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan oleh guru dan para pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancang secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran . Mengikut Robert M. Gagne ( 1970 ) dalam the Condition Of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk ( 1980 ) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran Sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional di dalam bidang Sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosotan minat para pelajar terhadap bidang Sains di semua peringkat pendidikan sering menjadi isu utama yang dibincangkan oleh pakar pendidikan di negara kita. Masalah ini dikatakan berpunca daripada sikap para pelajar itu sendiri yang menganggap subjek Sains adalah subjek yang sukar kerana banyak fakta dan konsep yang perlu diingati dan difahami.Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para pelajar terhadap mata pelajaran Sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Guru perlu mempelbagaikan kaedah penyampaian supaya kemahiran yang ingin disampaikan mudah difahami oleh murid. Masalah pembelajaran Sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah dan teknik yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.

2.0Refleksi Pengajaran dan PembelajaranSaya merupakan guru yang berpengalaman dalam mengajar Sains sekolah rendah selama 18 tahun. Sepanjang pengalaman lepas, saya mendapati beberapa orang murid terutamanya dalam kumpulan sederhana dapat menjawab soalan yang dikemukakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tetapi apabila murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan dan menjawab soalan-soalan dalam buku latihan atau lembaran kerja tentang topik-topik yang telah mereka pelajari mereka tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul. Saya berasa amat kecewa dan bingung. Saya merasakan yang saya telah memberikan penerangan yang sebaik mungkin dan memberikan nota yang lengkap selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Prof. Khalid Mohamad Nor ( 2005 ), daya ingatan mempunyai kesan penting ke atas prestasi pelajaran. Saya percaya bahawa murid-murid dalam kumpulan sederhana tersebut tidak dapat mengingat kembali konsep atau fakta yang telah dipelajari semasa membuat soalan latihan dan lembaran kerja. Hal ini menunjukkan mereka tidak ingat akan fakta yang diajar dan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan latihan tersebut.Saya telah menghadapi banyak masalah pada setiap pengajaran Sains. Saya telah membuat refleksi terhadap setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya telah membuat post mortem dengan mengemukakan beberapa soalan terhadap pengajaran saya termasuk : Perlukah saya menukar kaedah dan teknik pengajaran saya selama ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam konsep Sains yang diajar ? Adakah teknik dan kaedah yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai untuk kelompok murid sederhana ? Adakah kaedah dan teknik yang saya gunakan tidak menarik perhatian murid ? Apakah langkah dan cara yang sesuai bagi mengatasi masalah murid sederhana ini ? Menerusi persoalan-persoalan tadi yang timbul dalam benak fikiran saya selama mengajar murid dalam kelompok sederhana untuk memudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta tentang keadaan bahan, membantu saya untuk mencari jalan penyelesaian. Saya telah banyak berbincang dengan guru-guru senior bagi mengatasi masalah ini. Kebanyakan guru senior mencadangkan saya untuk membuat nota ringkas atau menggunakan PowerPoint. Guru-guru tersebut menyatakan melalui kaedah tersebut murid lebih mudah untuk mengingat dan memahami fakta Sains yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini saya telah mengambil keputusan dengan menulis nota ringkas tentang keadaan bahan dan kemudian, murid menyalin ke dalam buku latihan. Namun, mereka tetap menunjukkan reaksi yang mereka kurang berminat dan lebih bertindak pasif berbanding dengan respon yang mereka tunjukkan pada awal sesi pembelajaran iaitu melalui eksperimen tentang sifat-sifat jirim. Bagi mereka, aktiviti menulis sangat membosankan dan mereka menulis kerana dipaksa oleh guru.Jadi, alternatif terakhir saya fikirkan ialah menayangkan tayangan video atau PowerPoint untuk menguatkan lagi pemahaman dan ingatan mereka terhadap tajuk ini. Akhirnya, ternyata mereka dapat menunjukkan reaksi keterujaan mereka memahami dan mengingat konsep yang diajar. Dan apabila ditanya mereka mengangguk menandakan mereka memahami konsep yang diajar. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka, saya mengambil keputusan untuk menjalankan sesi ujian berkaitan topik sifat-sifat jirim. Setelah saya memeriksa jawapan murid ada sebilangan murid yang masih menunjukkan hasil yang kurang memberangsangkan. Mereka ternyata menghadapi masalah dalam mengingat fakta dalam topik sifat-sifat jirim iaitu sukar untuk mengingat sifat jirim pepejal, cecair dan gas.Saya bimbang, ini kerana kegagalan murid untuk menguasai topik ini merupakan sesuatu yang sangat merugikan. Ini kerana topik ini merupakan antara soalan yang sangat popular dikemukakan dalam peperiksaan UPSR. Jika murid-murid dibimbing untuk menguasai tajuk ini dengan betul, saya merasakan masalah ini boleh diatasi. Saya risau hal ini jika tidak diatasi akan menyebabkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Sains akan lebih merosot. Situasi ini mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik sifat-sifat jirim. Ternyata terdapat murid yang menghadapi masalah kesukaran untuk mengingat fakta Sains. Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar seterusnya menjurus kepada kemerosotan prestasi mereka dalam subjek Sains.Rentetan daripada masalah ini, satu inovasi atau penggunaan idea baru mestilah dilakukan oleh saya agar dapat menimbulkan minat murid dalam menguasai topik sifat-sifat jirim. Saya juga berharap dengan kaedah dan teknik yang dilakukan, kekeliruan murid dalam memahami dan mengingati sifat-sifat jirim dapat segera diselesaikan. Murid juga dapat menguasai fakta penting dalam topik ini dengan mudah dan menyeronokkan. Selain itu, diharapkan kaedah dan teknik yang akan digunakan boleh diaplikasikan dalam topik-topik subjek Sains yang lain.

3.0Refleksi Nilai pendidikanKegagalan seseorang murid mengingat semula sesuatu fakta akan menjejaskan jawapan pada soalan yang diberikan. Inilah yang menghantui murid-murid menjelangnya hari peperiksaan. Topik pembelajaran yang mempunyai fakta atau formula memaksa murid menghafal fakta tersebut. Proses menghafal inilah yang kerapkali tercetus situasi tertekan. Ia terjadi oleh sebab terlalu banyak fakta yang perlu dihafal yang mengakibatkan mereka mudah terlupa. Situasi ini berlaku oleh sebab proses hafalan yang dilakukan tidak mengikut kaedah yang tertentu. Ramai murid yang menghafal fakta tanpa memahami topik yang mereka pelajari. Inilah punca yang menyebabkan mereka mudah lupa fakta-fakta yang mereka telah hafal.Panduan berikut mampu menyelesaikan masalah yang dinyatakan di atas. Pemahaman terhadap topik yang dipelajari amat penting dalam proses pembelajaran. Dalam subjek yang berkaitan dengan Sains, asas teori dan jalan penyelesaiannya harus difahami terlebih dahulu dan ia perlu dikaitkan dengan topik-topik pembelajaran yang lepas. Isi pembacaan perlu dipilih. Ini dapat dilakukan dengan cara menggaris kata kunci yang memandu ke arah isi pembelajaran. Catatan harus dibuat selepas isi-isi pembacaan dikenal pasti dan digariskan. Kaedah yang sesuai dilakukan untuk memudahkan murid membaca semula isi yang telah dipilih adalah dengan membentuk pelbagai lakaran seperti lakaran peta minda, peta konsep dan berbagai-bagai lagi bentuk pengurusan grafik.Hafalan pada fakta-fakta tersebut berlaku pada tiga tahap. Pertama ketika pembacaan dan pemilihan isi. Kedua, ketika berlakunya proses lakaran dan ketiga adalah pada akhir lakaran iaitu ketika membaca semula lakaran yang telah siap dibuat.Dalam hal ini hafalan bukan hanya ditumpukan pada satu tahap sahaja tetapi ia berlaku di sepanjang proses pembelajaran. Kaedah ini mampu mengurangkan tekanan ketika belajar mata pelajaran Sains.

4.0Sorotan Literatur4.1Literatur BerkaitanMelalui tinjauan masalah yang telah dikenal pasti, saya telah merumuskan beberapa masalah dan halangan pembelajaran yang dialami oleh murid-murid dalam kumpulan sederhana ini terhadap tajuk keadaan bahan. Kebanyakan murid dalam kumpulan sederhana ini tidak dapat mengingat fakta yang diajar oleh guru. Mereka mudah lupa kemahiran yang telah dipelajari disebabkan mereka tidak suka membaca nota yang diberikan. Kajian saya berfokus kepada teknik mengingat ( menghafal ) yang mudah mengikut kumpulan sasaran iaitu murid-murid sederhana ini. Menurut pakar-pakar psikologi yang menjalankan kajian berkaitan dengan ingatan manusia, menunjukkan bahawa setiap hari kita sentiasa menjalani proses mengingat. Biasanya daya ingatan manusia terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Apa pun sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid memperbaiki daya ingatan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat harus diterangkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.Manusia banyak belajar dan bergantung pada penglihatan. Walaupun kita mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya divisualkan dalam pemikiran untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Oleh itu, berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid kumpulan sederhana ini, saya mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian bagi meningkatkan daya ingatan murid kumpulan sederhana bagi menguasai fakta Sains dalam tajuk sifat-sifat jirim dengan menggunakan kaedah peta minda.Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Information is structured in a way that mirrors exactly how the brain functions-in a radiant rather than linear manner. A Mind map literally maps out of your thoughs, using associations, connections and triggers to stimulate further ideas. They extract your ideas from your head into something visible and structured.Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta minda yang dihasilkan, orang ramai dapat memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman, dan mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak. Apabila konsep Sains difikir dalam bentuk tulisan dan lukisan, kedua-dua belah otak diaktifkan dan dapat mengingat konsep dan fakta Sains tersebut.Menurut Som dan Mohd Dahlan ( 1998 ), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir ini ialah, soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, CoRT, dan peta minda.Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan juga dalam situasi harian. Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran menggunakan alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan situasi yang sesuai.Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang ( 2006 ) berpendapat, peta minda membantu mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna, dan senang diingati. Pada pandangan Azizah Abdullah ( 2000 ) tentang penggunaan peta konsep dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik.Menurut Tee et al. ( b ) ( 2009 ), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Peta minda bertujuan untuk mengubah nota yang ditulis secara liner kepada bentuk imej yang boleh diingati sampai bila-bila. Murid tidak perlu membaca dan membawa bahan yang tebal sebelum menghadapi peperiksaan tapi cukup sekadar sehelai kertas yang merangkumi semua maklumat yang sedia untuk dikeluarkan. Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al 2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997).Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulang kaji dan menghafal pelajaran.Minda kita berfungsi atas 3 asas utama iaitu pertama gambaran ( image ). Minda kita merakam segala apa yang kita lihat, rasa dan bau dalam bentuk imej. Kita menghidu bau durian maka akan terpaparlah imej durian dalam minda. Segala bentuk rakaman ini tersimpan dalam minda di sebelah kanan atau minda separa sedar dengan begitu rapi dalam bentuk imej dan maklumat. Rakaman ini boleh dimainkan semula sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.Kedua, Singkatan ( Headline ). Apabila membaca akhbar, kita akan lebih mengingat tajuk utama yang ringkas daripada isi kandungan di dalamnya. kita boleh mengingat 95 % tajuk utama berbanding kandungannya. Tajuk utama ini mesti ringkas, padat dan mewakili isi teks. Contohnya tajuk utama adalah Gempa Bumi . Kita tidak perlu membaca keseluruhan teks kerana perkara ini serupa dan kita telah membaca berkaitan perkara ini sebelumnya. Cuma kalau kita ingin tahu lebih lanjut mungkin beberapa ramai yang terlibat, kerugian dan tempat berlaku. Perkara yang lain kita sendiri boleh mengimaginasikan.Ketiga, Hubungan atau rangkaian . Contoh, saya ingin membeli sebuah kereta Toyota. Minda saya mula membayangkan jenis dan bentuk yang diminati. Saiz spotrim yang diperlukan dan lain-lain. Saya mula membiarkan minda saya menganalisis apa yang dikehendaki secara berterusan bukan paksaan. Ia akan berkait dalam bentuk rangkaian dan imej. Berfikiran jenis ini akan menjadikan minda kita berfikir secara bebas dan berangkai-rangkai seolah-olah tiada habisnya. Ketiga-tiga huraian di atas menunjukkan cara membuat peta minda adalah serupa sebagaimana otak kita berfikir. Kombinasi antara gambar, tajuk dan rangkaian yang digunakan di dalam peta minda sama seperti 3 cara otak kita berfungsi. Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan situasi perniagaan, mencatat nota, sumbang saran ( dalam mana-mana idea dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya ), merumuskan, mengulang kaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensel warna.Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai nota kasar . Peta minda adalah satu teknik menggrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasan. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi-di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dengan otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran.Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh sebab peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear.Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara ternaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda.Kemudianbaru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan.

5.0Fokus Kajian / Isu KeprihatinanBahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman saya dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk meninjau masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.

5.1Tinjauan MasalahKebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan latihan, lembaran kerja atau soalan peperiksaan sumatif atau formatif. Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, saya telah membuat tinjauan masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran tersebut. Tinjauan masalah ini bertujuan memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan dilakukan melalui dua jenis instrumen berdasarkan objektif yang ingin disasarkan iaitu :a ) Analisis dokumenDokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah ujian Pra bagi topik sifat-sifat jirim ( Lampiran A ). Saya mengedarkan kertas ujian kepada murid untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam topik sifat-sifat jirim yang telah mereka pelajari semasa berada di tahun 5. Saya menganalisis ujian tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap topik tersebut. Saya mula mengenal pasti masalah apabila melihat murid-murid kumpulan sasaran tidak mencapai 80% markah dalam menjawab soalan ujian tersebut.b )Soal selidikUntuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi oleh murid serta mengenal pasti punca utama mereka tidak menjawab soalan pra ujian dengan cemerlang, saya menggunakan instrumen soal selidik ( Lampiran B ). Terdapat 10 item yang perlu dijawab oleh murid dengan menandai jawapan di ruangan yang disediakan. Saya memberi penerangan bagi setiap item agar murid-murid memahami kehendak soalan. Sesi soal selidik dijalankan di tempat yang selesa dan senyap supaya responden dapat menjawab soalan dengan telus. Hasil daripada soal selidik dianalisis oleh saya.5.2Analisis Tinjauan MasalahBerikut merupakan analisis bagi tujuan masalah yang dilakukan oleh saya terhadap murid atau responden Tahun 6 Mumtaz tentang topik sifat-sifat jirim :a ) Analisis DokumenBerikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Pra seperti di lampiran A :Murid / RespondenMarkah /21%

Responden 11467

Responden 21676

Responden 31571

Responden 41571

Daripada analisis keputusan Ujian Pra di atas, saya dapat mengenal pasti bahawa murid-murid tersebut menghadapi masalah mengisi tempat kosong dengan sifat-sifat bagi jirim yang diberikan. Peratusan lulus yang di bawah 80% ini menunjukkan bahawa murid masih tidak menguasai topik ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta Sains berdasarkan topik berkenaan. Justeru, saya akan menggunakan kaedah peta minda dalam membantu murid mengingat fakta tentang sifat-sifat jirim, sekali gus dapat meningkat penguasaan mereka dalam mata pelajaran sains.b ) Soal selidikSaya menggunakan 10 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang soal selidik yang dijalankan :

BilItemYa ( % )Tidak ( % )

1Saya minat mata pelajaran Sains

2Pengajaran cikgu membosankan

3Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

4Penerangan cikgu mudah difahami

5Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

6Saya selalu mengulang kaji pelajaran di rumah

7Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

8Saya membuat nota sendiri

9Saya membuat rujukan lain selain nota yang cikgu berikan

10Belajar Sains itu menyeronokkan

Jadual 1 : Analisis Borang Soal SelidikBuat analisis

6.0Objektif Kajian/Soalan Kajian6.1Objektif KajianKajian ini dijalankan berpandukan objektif-objektif berikut iaitu :6.1.1meningkatkan kemahiran murid menghasilkan Peta Minda Mudah ( Pemudah ) berdasarkan nota yang diberikan.6.1.2meningkatkan kemahiran murid-murid menghasilkan Peta Minda Mudah ( Pemudah ) bagi topik sifat-sifat jirim.6.1.3meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi topik Sifat-sifat Jirim dengan menggunakan kaedah Peta Minda Mudah ( Pemudah ).6.2Soalan KajianKajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut :a )Adakah murid dapat menghasilkan Peta Minda Mudah ( Pemudah ) yang menarik dan tepat berdasarkan nota yang diberikan ?b )Bagaimanakah penggunaan kaedah Peta Minda Mudah ( Pemudah ) dapat meningkatkan kebolehan murid mengingat sifat-sifat jirim ?

7.0Kumpulan SasaranSeramai 4 orang murid Tahun 6 kumpulan sederhana dari Sekolah Kebangsaan Taman rakan, Kajang menjadi kumpulan sasaran kerana menghadapi masalah dalam mengingati fakta tentang topik sifat-sifat jirim. Saya ingin mereka dapat mengingati fakta dan konsep Sains dalam topik sifat-sifat jirim. Responden terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan kumpulan sederhana. Kesemua murid tersebut ialah murid yang kurang aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah. Kebanyakan mereka datang dari keluarga sosioekonomi sederhana. Mereka tidak akan menjawab soalan atau membantu guru secara sukarela. Murid ini terdiri daripada murid-murid yang tidak mempunyai masalah disiplin. Murid-murid ini juga merupakan murid yang rajin dalam melaksanakan tugasan atau latihan yang diberikan. Walaupun begitu prestasi akademik mereka kurang memuaskan dalam mata pelajaran sains.