ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

14
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015 ABSE 2103 PRINSIP EKONOMI NO. MATRIKULASI : 840920125351001 NO. KAD PENGENALAN : 840920-12-5351 NO. TELEFON : 019-8414754 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : NORHAFIZAHTULZAKIAH BINTI ABDULLAH PUSAT PEMBELAJARAN : LABUAN LEARNING CENTRE

description

ekonomi

Transcript of ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

Page 1: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015

ABSE 2103

PRINSIP EKONOMI

NO. MATRIKULASI : 840920125351001

NO. KAD PENGENALAN : 840920-12-5351

NO. TELEFON : 019-8414754

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : NORHAFIZAHTULZAKIAH BINTI

ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN : LABUAN LEARNING CENTRE

Page 2: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

ISI KANDUNGAN

No Tajuk Halaman

1. Pengenalan 2

2. Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada Perspektif Islam. 3-4

3. Kerasionalan Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran. 5-6

4. Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan Kecekapan

Pasaran.

6-10

5. Kesimpulan 10

Rujukan 11

1

Page 3: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

1. Pengenalan.

Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah

berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir.

Baginda telah meletakkan asas ilmu ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi

memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim

kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan

jual-beli sahaja di pasaran yang mudah. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian

mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba,

sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya.

Ekonomi Islam mempunyai misi dan juga aktiviti tertentu yang mesti diketahui secara

sempurna dan tepat. Penelitian terhadap aspek konseptual ini amat penting bagi melihat

perbezaan di antara ekonomi Islam dan ekonomi konvensional. Sekaligus menjawab dakwaan

bahawa ekonomi Islam adalah sama dengan ekonomi konvensional ataupun ekonomi Islam

merupakan tiruan kepada ekonomi konvensional. Ekonomi Islam mempunyai prinsip-prinsip

yang berpunca dari semangat ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang dijadikan sebagai garis

panduan dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi

Islam menggalakkan manusia terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh memberi

manfaat kepada kehidupan mereka seperti pengeluaran, pengunaan dan pengagihan. Kegiatan

ekonomi diletakkan sebagai kategori ibadah. Oleh itu manusia bebas memilih jenis kerja dan

mengumpul seberapa banyak harta kekayaan mengikut keupayaan masing-masing. Walau

bagaimanapun kebebasan ekonomi terikat dengan peraturan syariat seperti haram, halal,

harus, syubhah dan sebagainya. Semua ini supaya kehidupan manusia didorong oleh perasaan

persaudaraan kepada orang lain, bekerja keras, ihsan, amanah dan membuat pelaburan harta.

Dalam masa yang sama penipuan, riba, pembaziran, monopoli, pembekuan modal, rasuah dan

sebagainya tiada tempat dalam amalan ekonomi Islam. Firman Allah S.W.T :

Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,

bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi

Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang

miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta

2

Page 4: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah

Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa

jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah

kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang

Yang melanggar perintahNya). ( Surah Al-Hasyr, ayat 7)

2. Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada Perspektif Islam.

Konsep harga dari perspektif Islam iaitu Tas’ir yang bermakna menentukan harga,

manakala al-As’ar adalah kata jamak kepada perkataan al-si’r, iaitu dalam bahasa Melayu

ialah harga. Dalam bahasa Arab ada beberapa perkatan yang hampir sama maksudnya

dengan al-as’ar iaitu;

i. Al-thaman ialah harga yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli,

walaupun mungkin harganya lebih mahal atau lebih murah daripada nilainya yang sebenar

ii. Al-Qimah, ialah nilai barangan yang diaudit oleh juru audit bertauliah, dinamakan juga

thaman al-mithli

Dalam sistem pasaran Islam, harga pada asalnya ditentukan oleh penjual dan pembeli

berasaskan kerelaan masing-masing, serta penilaian masing-masing setelah kedua-duanya

benar-benar mengetahui tentang harga dan nilai barangan atau perkhidmatan itu.

Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu

sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan

perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu

berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. ( Surah

An-Nisa, ayat 29).

Berasaskan dalil ini, para sarjana fiqh Islam membuat kesimpulan bahawa Islam memberikan

kebebasan untuk kuasa pasaran, yang mengandungi kuasa penjual dan pembeli, untuk

menentukan harga. Penentuan harga pada asasnya ditentukan oleh peserta pasaran, bukan

orang luar, termasuklah kerajaan. Justeru, majoriti sarjana dalam hampir semua mazhab

menganggap adalah haram bagi kerajaan untuk campur tangan dalam urusan penentuan harga

3

Page 5: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

dalam pasaran. Biarkan kekuatan penawaran dan permintaan yang menentukannya. Jika ada

campur tangan kerajaan, ia akan mengganggu dan seolah-olah memaksa penjual untuk

menjual dengan harga yang tidak dipersetujuinya. Oleh itu, penjualan tanpa kerelaan dianggap

tidak sah, kerana ia adalah memakan harta sesama insan dengan cara yang salah.

Namun, bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan pasaran, iaitu kepentingan penjual agar

tidak dizalimi. Sekiranya berlaku kenaikan yang luar biasa, yang mungkin boleh

memudaratkan masyarakat awam dengan kenaikan itu, kerajaan boleh menentukan harga

pasaran dengan syarat tidak boleh menzalimi pihak penjual. Ini kerana tujuan pengharaman

penentuan harga oleh kerajaan ialah untuk menjaga pasaran, tetapi jika gerakan pasaran

menunjukkan arah yang luar biasa yang memudaratkan masyarakat, kerajaan tetap perlu

melakukan sesuatu. Dalam hal ini, beberapa situasi yang mana kerajaan boleh campur tangan

dalam penentuan harga:

i. Jika berlaku kenaikan harga makanan yang melampau dan luar biasa contohnya

kenaikan sekali ganda atau berganda-ganda

ii. Situasi masyarakat yang sangat memerlukan makanan, maka kerajaan boleh memaksa

penyimpan stok untuk menjual dengan harga yang ditentukan demi menjaga kemaslahatan,

dengan harga yang tidak merugikannya

iii. Situasi berlaku sorokan makanan atau memonopoli melalui cara manipulasi pasaran

untuk menaikkan harga. Ketika ini kerajaan berhak memaksa penjual menjual dengan harga

semasa, ataupun dengan harga kos sebagai hukuman kerana memanipulasi pasaran

iv. Situasi berlaku monopoli terhadap sumber makanan oleh satu pihak sahaja, maka

kerajaan boleh menentukan harga yang sesuai untuk dijual oleh pihak yang memonopoli ini.

Pakar ekonomi Islam, Syaykh Islam Ibn Taymiyyah r.h., “Jika sampai kepada satu tahap yang

tiada cara lain kecuali perlu kepada penentuan harga oleh kerajaan, maka tentukanlah harga

yang adil tanpa memudaratkan dan melampau...” (Ibn Taymiyyah, al-Hisbab fi al-Islam).

Islam tidak menggalakkan campur tangan dalam penentuan harga kerana harga ialah diantara

mekanisme pasaran, sebagaimana Islam tidak membenarkan kerajaan campur tangan dalam

mempengaruhi permintaan dan penawaran. Namun begitu, dalam situasi kenaikan harga

barang yang tidak normal dan menjejaskan pasaran, kerajaan perlu juga campur tangan

terhadap mekanisme pasaran dengan cara terbaik.

3. Kerasionalan Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran.

4

Page 6: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Kerajaan berfungsi sebagai perancang atau pengawas dalam sistem pasaran untuk

mengelakkan penipuan dan memberi perlindungan kepada masyarakat. Beberapa bentuk

campur tangan kerajaan:

1. Menyediakan barang awam

Pihak swasta tidak menyediakan barang awam kerana barang awam tidak tertakluk kepada

prinsip pengecualian dan penyediaan barang awam lazimnya memerlukan kos yang tinggi.

Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam.

Penyediaan barang awam memerlukan kos yang besar dan tidak menguntungkan, maka pihak

kerajaan perlu menyediakan barang awam walaupun tidak menguntungkan bagi tujuan

kepentingan dan meningkatkan taraf serta kebajikan masyarakat. Contohnya ialah hospital

kerajaan dan sekolah kerajaan.

2. Membaiki agihan pendapatan

Persaingan yang tidak adil dalam pasaran bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan besar

antara golongan kaya dengan golongan yang miskin. Kerajaan menggunakan sistem

pencukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan dan mengecilkan jurang

perbezaan pendapatan itu. Kerajaan melaksanakan dasar untuk membasmi kemiskinan dan

mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat.

3. Mengawal kuasa monopoli

Persaingan yang tidak sempurna dalam pasaran mewujudkan monopoli. Mereka yang

berkeupayaan dalam pengurusan organisasi akan menjadi usahawan yang berjaya dan para

peniaga yang kurang cekap akan ketinggalan atau tersingkir dari pasaran akibat kegagalan

mereka sendiri. Sistem ekonomi Kapitalis menggalakkan keuntungan atau kepuasan yang

maksimum, membenarkan pemilikan harta tanpa had serta mengamalkan sistem riba dan

mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain. Oleh itu, Kerajaan

perlu bertanggungjawab untuk mengawal kuasa monopoli dan menggalakkan persaingan yang

sihat dalam pasaran. Kerajaan boleh menggalakkan kemasukan firma baru ke dalam pasaran

dengan menghapusan sekatan kemasukan baru dalam pasaran.

4. Menstabilkan tingkat harga

Permintaan dan penawaran yang sering berubah-ubah menyebabkan kegiatan ekonomi

sentiasa turun naik sehingga menimbulkan masalah kestidakstabilan tingkat harga umum.

5

Page 7: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Kerajaan campur tangan dalam ekonomi melalui dasar fiskal dan dasar kewangan untuk

menstabilkan ekonomi.

4. Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan Kecekapan Pasaran.

Institusi hisbah merupakan sebuah institusi yang pernah memainkan peranan penting dalam

negara Islam. Ia ialah institusi yang menjaga dan mengawasi kemaslahatan umum masyarakat

Islam termasuk kegiatan politik, sosial dan ekonomi. Sehubungan itu, ada di kalangan ahli

ilmuan Islam mendefinisikan institusi hisbah sebagai satu badan pengawasan yang ditubuhkan

oleh kerajaan untuk mengawasi kegiatan individu dalam perkara yang berkaitan dengan

akhlak, agama dan ekonomi (kehidupan sosial secara umumnya) dengan tujuan mengekalkan

keadilan dan kemuliaan sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam dan bersesuaian pula

dengan suasana persekitaran dan masa. Berikut adalah antara peranan Institusi Al-Hisbah

dalam memastikan kecekapan pasaran :

1. Memastikan barangan yang dipasarkan adalah halal dan mematuhi kehendak

syarak.

Ekonomi Islam mempunyai identitinya yang tersendiri. Ia bukanlah semata-mata diasaskan

bagi mendapat keuntungan tanpa mengambil kira kesan sampingan terhadap agama dan

mudarat yang mungkin timbul kepada anggota masyarakat. Sehubungan ini, Islam

menetapkan setiap barangan yang dipasarkan hendaklah dipastikan halal dan bermanfaat

kepada pengguna. Barangan yang haram dan boleh mendatangkan mudarat pula hendaklah

ditegah daripada dijual kepada masyarakat. Penjualan babi, arak atau minuman yang

memabukkan; patung, salib dan seumpamanya adalah diharamkan oleh Islam. Kebenaran

untuk memperniagakan barangan ini akan memudahkan manusia melakukan maksiat dan

melanggar perintah Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan

patung berhala”

Muhtasib dalam soal ini berkuasa menta’dib dan mentakzirkan orang-orang yang melakukan

kemungkaran tersebut. Ibn al- Ikhwah menyebutkan bahawa takzir boleh dikenakan terhadap

orang yang mempamerkan arak dan alat-alat hiburan iaitu dengan memusnahkan arak dan

alat-alat hiburan yang dirampas atau menukarkannya menjadi alatan lain yang bermanfaat.

2. Membanteras penipuan, pembohongan, dan penyelewengan pada barangan dan

harga

6

Page 8: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Penipuan dan pembohongan merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kegiatan ekonomi

sesebuah masyarakat. Oleh sebab itulah Islam memandang tinggi peniaga yang benar dan

jujur dalam perniagaannya serta menjanjikan azab terhadap segala jenis penipuan. Sabda

Rasulullah SAW bermaksud :

Penipuan di dalam neraka, maka sesiapa yang melakukan amalan yang bukan dari arahan

kami maka dia ditolak.

Antara bentuk penipuan dan pembohongan yang biasa dilakukan dalam perniagaan ialah

aktiviti jual beli al-najash iaitu peniaga membuat pakatan dengan individu tertentu yang

sebenarnya tidak mahu membeli barangan tetapi beliau diminta untuk membuat tawar-

menawar barangan dengan harga yang tinggi, dengan harapan supaya pembeli-pembeli lain

yang mahu membeli barangan tersebut sanggup pula menawarkan harga yang lebih tinggi

bagi mendapatkannya.Termasuk dalam bentuk perbuatan al-najash ialah perbuatan penjual itu

sendiri yang menipu dengan memberitahu harga belian yang lebih tinggi daripada harga

sebenar yang dibelinya supaya dengan itu keuntungan yang diperoleh juga lebih tinggi.

Bentuk penipuan lain ialah tindakan sesetengah peniaga yang mempamerkan barangan yang

masih elok dan menyembunyikan barang yang rosak atau aib sehingga menyebabkan pembeli

tertipu dan membayar harga yang tidak sepadan dengan nilai barangan. Penipuan pada

timbangan dan sukatan juga merupakan antara bentuk penipuan yang kerap berlaku. Oleh itu,

ayat-ayat al-Quran banyak menyentuh soal mencukupkan timbangan dan sukatan serta

mencela orang yang mengurangkannya. Firman Allah SWT:

Dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang

Yang ditimbang. (Surah al-Rahman, ayat 9)

Para muhtasib juga diberi kuasa untuk memeriksa dan menguji alat timbangan, sukatan dan

ukuran yang digunakan bahkan mereka juga berhak untuk memeriksa dan mengawasi kedai-

kedai yang menjual alatan tersebut dan memastikan pembuatannya mematuhi piawaian yang

ditetapkan. Mereka juga berhak menghukum para peniaga yang melakukan penipuan

mengikut kesesuaian dan tahap penipuan yang dilakukan.

3. Mencegah urus niaga yang melibatkan unsur riba

Riba membawa maksud bertambah, berkembang, naik, bengkak

membesar dan tanah tinggi. Istilah syarak pula menurut Mustafa Hj Daud

7

Page 9: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

sesuatu perniagaan itu dikatakan terlibat engan riba apabila berlaku hal-

hal berikut:

a. Jual beli riba, iaitu akad terhadap jual beli yang tidak diketahui

persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui syarak dan

berlaku padanya lebihan secara tidak adil.

b. Pertukaran mata wang atau barang jenis riba, iaitu menangguhkan

penyerahan salah satu barang yang dijual beli dan kerana penangguhan

itu maka tambahan atau lebihan dikenakan sama ada pada matawang

atau barangan.

c. Hutang, iaitu bayaran yang lebih daripada wang yang dipinjammengikut

perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu.

Hukum riba amat jelas kedudukannya dalam Islam. Firman Allah SWT :

Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti

berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan)

itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga

itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan

mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari

Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu

(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.

dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,

mereka kekal di dalamnya.(Surah al-Baqarah, ayat 275)

Dalam bidang perniagaan Islam menetapkan setiap urus niaga mestilah

bebas daripada unsur riba. Seseorang penjual boleh menetapkan satu

harga barangan pada satu masa menggunakan

kaedah berikut :

8

Page 10: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Apabila seseorang penjual meletakkan harga barangan pada satu masa

dengan harga lebih tinggi jika dibuat secara bertempoh (hutang) dan

dengan harga lebih murah jika dibuat secara tunai. Urus niaga yang

diamalkan seperti ini berbentuk riba. Urus niaga riba juga wujud apabila

berlakunya pertukaran barangan yang serupa tetapi tidak sama

kuantitinya yang dikenali sebagai riba al-fadl.

Muhtasib selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perniagaan di

pasar hendaklah memantau dan mencegah setiap urus niaga yang

melibatkan riba. Mereka diberi kuasa untuk menghukum para

pengamalnya sekiranya didapati bersalah kerana ia merupakan perkara

mungkar yang wajib dicegah.

4. Memerangi perbuatan ihtikar

Ihtikar bermaksud aniaya, zalim dan menimbun barang. Dari segi istilah

pula, berbagai-bagai definisi telah dikemukakan oleh para fuqaha:

Sesetengah fuqaha yang mengehadkan ihtikar hanya pada makanan

semata-mata seperti Shafieyyah mendefinisikannya ihtikar sebagai

pembelian makanan semasa harga naik dan menyimpannya untuk dijual

dengan harga yang lebih tinggi dan menyusahkan orang ramai. Hanabilah

pula mengatakan ihtikar ialah pembelian makanan dan menyimpannya

untuk menunggu harga naik. Sesetengah fuqaha yang tidak mengehadkan

ihtikar hanya berlaku pada makanan seperti Hanafiyyah

mendefinisikannya sebagai pembelian makanan selain tujuan menahan

sehingga harga barangan melambung tinggi. Malikiyyah pula mengatakan

ihtikar ialah mengikuti perkembangan pasaran dengan tujuan menaikkan

harga.

Sungguhpun para fuqaha berbeza pendapat tentang definisi ihtikar tetapi

mereka telah sepakat mengharamkan perbuatan ihtikar dan pelakunya.

Mereka bersandarkan dalil yang sahih daripada hadis Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:

ملعون والمحتكر مرزوق الجالب

Maksudnya:

Pembawa barangan akan diberi rezeki, manakala penimbun akan dilaknat.

9

Page 11: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Muhtasib juga boleh memaksa muhtakir menjual barangan yang diihtikarkannya dengan

harga pasaran kepada orang ramai yang memerlukan. Contohnya, muhtasib berhak memaksa

sesiapa yang mempunyai simpanan makanan yang berlebihan supaya menjualnya kepada

orang ramai ketika berlaku kebuluran atau bencana. Begitu juga ketika berlaku peperangan,

muhtasib boleh memaksa penjual senjata menjualnya dengan harga pasaran.

5. Kesimpulan.

Ekonomi Islam mempunyai misi yang jelas iaitu untuk membawa kebajikan kepada manusia

dan berusaha untuk menjauhkan manusia dari sebarang keburukan melalui langkah-langkah

pencegahan dan pembaikan. Ia mengajar manusia mengenai pengertian kepatuhan, keikhlasan

dan ibadah supaya manusia mendapat kebaikan dalam setiap aktiviti ekonomi yang dilakukan

melalui peranan Institusi Al-Hisbah yang dapat meningkatkan ekonomi dan mengelakkan

daripada berlakunya penyelewengan didalam pasaran berdasarkan kepada syariat yang dibawa

oleh Rasulullah S.A.W. Ternyata sekali institusi ini telah menonjolkan keadilan sistem

pentadbiran Islam dan membuktikan politik Islam adalah sebaik-baiknya dalam membawa

kemakmuran sejagat. Hisbah merupakan sistem yang berkembang dalam masyarakat Islam

untuk memelihara kepentingan umum.

Syariah juga jelas menunjukkan Islam tidak membenarkan campur tangan kerajaan yang

keterlaluan terhadap mekanisme pasaran. Namun, hal ini tidak bererti kerajaan tidak

mencampuri urusan pembinaan struktur pasaran serta pengawalseliaan terhadap perjalanan

mekanisme pasaran. Struktur pasaran perlu dipastikan agar wujudnya ketelusan maklumat,

tidak berlaku penipuan, penindasan, manipulasi kejahilan masyarakat dan seumpamanya.

Struktur pasaran yang baik inilah yang wajar dibiarkan bergerak sendiri berasaskan rezeki

yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T, tetapi pada masa yang sama pemantauan dan

pengawalseliaan diperlukan untuk memastikan pergerakannya berjalan atas undang-undang

yang dikuatkuasakan.

Terdapat banyak cabaran yang harus dilalui oleh para cendikiawan Islam untuk

mengembangkan dan memantapkan ilmu ekonomi Islam. Setelah menjadi mantap ia harus

pula diyakinkan kepada penggunanya, iaitu individu, negara dan masyarakat Islam. Cabaran

yang amat nyata di sini ialah ekonomi konvensional itu sendiri telah berakar umbi dikalangan

individu dan negara, Islam dan bukan Islam, dan diamalkan secara meluas dan menyeluruh,

walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaannya. Islamisasi yang menyeluruh

hendaklah dilakukan ke atasnya.

10

Page 12: ABSE 2103-Prinsip Ekonomi

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

(2689 patah perkataan)

Rujukan

Afzalul al-Rahman (1992). Doktrin Ekonomi Islam. Terjemahan oleh Mustafa Kasim.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jomo K. Sundram (1996). Alternatif Ekonomi Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Leonard S. Silk (1980). Ekonomi Kini : Prinsip dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Abd. Manan (1989). Ekonomi Islam: Teori & Praktis. Kuala Lumpur: A. S

Noordeen h.

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992), The Economic Enterprise In Islam. Lahore:

Islamic Publications Ltd.

Radiah Abdul Kadir (2001). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

Zakariah A. Rashid (1982). Ekonomi Mikro-teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Suheri (2012). Prinsip-prinsip Ekonomi Islam. Diperolehi pada 10 Mac 2015 daripada :

https://suherilbs.wordpress.com/ekonomi-mikro/ekonomi-makro/

Syafi’i (2013). Prinsip Ekonomi Islam. Diperolehi pada 11 Mac 2015 daripada :http://

syafiielsikha.blogspot.com/2013/11/prinsip-ekonomi-islam.html

Mohd Shah (2002). Institusi Al-Hisbah. Dipeolehi pada 11 Mac 2015 daripada: http://ir.uitm.

edu. my/ 2491/1/MOHD_SHAH_RAZALI_02_24.pdf

Mohamad Ezam Mohd Nor (2010). Penghayatan Prinsip Hisbah dan Urus Tadbir yang Baik

di Malaysia. Diperolehi pada 11 Mac 2015 daripada

:https://dppwp.wordpress.com/usrah/penghayatan-prinsip-hisbah-dan-urus-tadbir-

yang-baik-di-malaysia/

11