Assignment hbae 2103 guru seni berkesan
-
Upload
ahmad-nazri -
Category
Business
-
view
75 -
download
4
Transcript of Assignment hbae 2103 guru seni berkesan
Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapaN penghargaan ini kepada pensyarah
pembimbing kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadaNya membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya
yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini.
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 4
1.1 Pengenalan 4
2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 5
2.1 Mewawancara guru seni tentang keperluan guru
merujuk sukatan pelajaran PSV. 5
3.0 ISI KANDUNGAN 7
3.1 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi
domain kognitif. 7
3.2 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi psikomotor. 8
3.3 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi afektif 9
3.4 Matlamat FPK dan hubungannya yang amat baik dengan PSV. 10
3.5 Ciri-ciri guru PSV 12
4.0 PENUTUP 16
4.1 Kesimpulan 16
BIBLIOGRAFI 17
2 | H B A E 2 1 0 3
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang dikira
dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-kriteria
yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat,
dunia dan sarwajagat. Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum,
dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan
seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas
sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSR) telah dirancang
dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini
mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. (Rujuk Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual, 2000).
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama
iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara
umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika,
manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang
guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak
didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas
mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu
termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan
konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang
telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat”
yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial
training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak
melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang
sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini
3 | H B A E 2 1 0 3
bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni
yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni
mengajar (art of teaching).
2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
2.1 Mewawancara guru seni tentang keperluan guru merujuk sukatan pelajaran
PSV.
Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu
kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja seni
sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam interaksi
dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar agar
mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Andai kata, pelajar menimbulkan masalah dan menggugat disiplin dalam kelas,
guru PSV tidak harus menghukum pelajar serta-merta apatah lagi mendenda mereka dengan
menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni.
Guru PSV hendaklah berkelakuan matang, tenang dan profesional dalam menghadapi
cabaran ini. Peneguhan positif hendaklah diberi melalui teguran dan dendaan yang tidak
bertujuan membalas dendam atau memalukan pelajar kerana tentunya perkara ini akan semakin
memburukkan keadaan dan menjejas emosi pelajar. Bak kata pepatah Melayu, ‘Marah itu
parah’. Lantas, guru PSV perlu bijak mengurus emosi terlebih dahulu agar tidak membina
jurang dengan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pelajaran seperti klip video yang lucu, lagu
yang menghiburkan, lukisan yang mengagumkan dan lain-lain dapat dimanfaatkan untuk
merehatkan minda dan menenangkan emosi pelajar serta guru selagi bahan-bahan itu
mempunyai nilai dan unsur pengajaran.
Seorang guru PSV, Encik Firdaus yang
telah lima tahun menjalankan bengkel-bengkel
seni dan motivasi di sekolah-sekolah rendah
dan menengah di Selangor menyatakan
bahawa mata pelajaran PSV mempunyai faktor
didikan terhadap jasmani, emosi, intelek dan
rohani individu. Setiap tugasan seni
melibatkan kerja tangan dan tumpuan mata
4 | H B A E 2 1 0 3
sekaligus mengasah kekreatifan minda. Emosi dan rohani terdidik agar bersabar, tekun dan
tidak putus asa terhadap percubaan-percubaan yang kurang memuaskan hati hinggalah terhasil
kerja seni yang indah. Pada pandangan Encik Firdaus, proses inilah yang mendidik para pelajar
untuk mendisiplinkan diri.
Apabila terdapat pelajar yang menimbulkan masalah disiplin, Encik Firdaus tidak serta-
merta menghukum apatah lagi mendenda mereka dengan menyuruh mereka menghasilkan
karya-karya seni. Sebaliknya, Encik Firdaus mendekati dan mengambil berat tentang mereka
agar komunikasi dua hala antara guru PSV dengan pelajar dapat dipelihara. Encik Firdaus
berpendapat bahawa guru PSV hendaklah mengenal pasti punca permasalahan yang dihadapi
pelajar. Pelajar yang bermasalah tidak harus diketepikan kerana mereka perlu perhatian dan
bimbingan dalam hidup.
Selain itu, Encik Firdaus menyemai semangat setia kawan dan sikap bekerjasama iaitu
esprit de corp dalam kalangan pelajar-pelajarnya kerana berpendapat bahawa setiap pelajar
mempunyai bakat dan keistimewaan yang berbeza. Melalui kerja berkumpulan, bakat dan
keistimewaan individu yang berbeza-beza digabungkan dan perkara ini menghasilkan sinergi.
Kerja kumpulan yang dikendalikan oleh Encik Firdaus biasanya diwakili empat orang individu
yang mempunyai peranan penting untuk melengkapkan kerja seni mereka berdasarkan bakat
dan keistimewaan masing-masing. Keempat-empat individu ini akan melalui proses
perbincangan awal yang dipantau oleh Encik Firdaus sendiri.
Perbincangan awal ini akan melibatkan proses mengenal pasti kemampuan,
kesanggupan dan tugas setiap individu. Sebagai contoh adalah projek lukisan dinding di salah
sebuah sekolah menengah yang perlu dipikul tanggungjawab itu oleh pelajar secara
berkumpulan. Lantas, dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab, individu A telah
ditugaskan untuk merangka draf lukisan kerana individu A dikenal pasti mempunyai bakat
melukis yang menyerlah. Individu B pula ditugaskan untuk mengurus bahan-bahan yang
diperlukan agar projek mereka dapat dilaksanakan dengan lancar.
Individu C pula ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video untuk
menyiapkan pembentangan dalam bentuk Powerpoint agar proses gerak kerja mereka dapat
didokumentasikan dan dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Individu D yang cekap berbahasa
pula ditugaskan untuk membantu menyiapkan persembahan Powerpoint di samping tampil di
hadapan kelas sebagai penyampai sewaktu pembentangan kumpulan mereka dijalankan.
Namun, tugasan paling utama iaitu melukis dan mengecat dinding itu dilaksanakan bersama-
5 | H B A E 2 1 0 3
sama. Begitulah Encik Firdaus menerapkan disiplin bekerjasama dalam kalangan pelajar.
Setiap pelajar diberi kepercayaan untuk memikul peranan tertentu agar sikap tanggungjawab
dapat dipupuk.
3.0 ISI KANDUNGAN
3.1 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi domain kognitif.
Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan
dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal,
mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif
adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan evaluasi. Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah rendah
mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa.
Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif.
Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat
bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan
menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Jika kita lihat contoh aktiviti dalam
membentuk dan membuat binaan iaiatu aktiviti mebina kad ucapan, jelas menunjukkan bahawa
murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah difahami dalam menghasilkan kad ucapan
dengan menwarna kad tersebut.
Murid mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah
kad ucapan yang indah dan kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini
menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga
akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Perkembangan domain
kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan karya seni adalah selaras dengan
matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif, inovatif dan inventif.
Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai keindahan alam sekitar,
rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan meningkatkan keindahan seni
yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang dinyatakan dalam objektif
kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan,
6 | H B A E 2 1 0 3
daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran
dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya.
3.2 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi psikomotor.
Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan
dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar.
Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih
psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni
dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat
binaan, membuat corak dan pelbagai lagi.
Aktiviti- aktiviti seni dalam ke
empat-empat bidang banyak menggunakan
psikomotor dalam penghasilan seni. Kita
ambil contoh aktiviti membina kad ucapan.
Melukis pada kad dengan teknik tulisan
yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah
menunjukkan perkembangan Psikomotor
yang positif. Menurut Ibrahim Hassan
(2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam
pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.
Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah
pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan
pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk
seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam gambar 2 jelas
terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan
7 | H B A E 2 1 0 3
masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam
kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
3.3 Huraian tentang guru seni berkesan yang dapat memenuhi afektif.
Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam
Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai.
Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai
perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya
yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya
tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik
dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada
kepentingan emosi dan perasaan.
Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam
Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah
seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual,
disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi
terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran
ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti
seni adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi
sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini
mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan
seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap
keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
8 | H B A E 2 1 0 3
HASIL KARYA SENI CORAK DAN REKAAN MURID
3.4 Matlamat FPK dan hubungannya yang amat baik dengan PSV.
3.4.1 Matlamat FPK
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.4.2 Kandungan Kurikulum
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang
9 | H B A E 2 1 0 3
utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah
untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang
dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam
sebarang kegiatan seni.
Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan
hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah
kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir
secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini
merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria
penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini
membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian
terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai
secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
10 | H B A E 2 1 0 3
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan
dalam penghasilan seni di masa akan datang.
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek
seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni
visual sekolah rendah.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
3.5 Ciri-ciri guru PSV
Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor
utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:
11 | H B A E 2 1 0 3
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.
Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru
yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik
dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton
(1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan
keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran
P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang
dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.
Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas, penggunaan masa
dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu
penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John
Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang
mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:
1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.
2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar
sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran
yang sedia ada pada murid.
3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam
pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar.
4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan
oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.
12 | H B A E 2 1 0 3
5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.
(Wan Fatimah .19)
Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk
menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak
pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa.
Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran
dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang
berkesan:
• pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna
kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih
dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.
• pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.
• berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.
• guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.
• pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang
sedia ada pada murid.
• guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.
• guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan
pelajaran pendidikan seni berjalan.
• guru bersifat humor dan penyayang.
• Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak
format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.
• guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.
• guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa
pengajaran berlaku.
• guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid.
13 | H B A E 2 1 0 3
• pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam
kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya
melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan
latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni
cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.
Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru
pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.
Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan
menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam
pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang
banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian
Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru
dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang
guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak
mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru
lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi
contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain.Guru
pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif.
4. Pengurusan Ko-kurikulum
14 | H B A E 2 1 0 3
Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam
organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni
dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni
di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang
diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan
dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.
Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke
pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui
kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian
disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.
Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan
guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan
penulisan.
Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan
orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak
dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan
sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan
seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata
pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni
dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-
kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan
seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat
kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Sumbangan
kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar
Melalui sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni
sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan
pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru
yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.
15 | H B A E 2 1 0 3
4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni lakonan, seni silat,
seni ukir,seni lukis, seni kraft, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada
kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni lakonan, seni
suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen , puisi skrip
drama dan sebagainya. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir,
seni bina dan sebagainya.Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat atau
disentuh. Untuk itu, yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan,
lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya.
Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami maknanya atau setidak-tidaknya teknik
membuatnya, siapa yang membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa
ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses
pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula
melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni iaitu garisan,
rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri
daripada harmoni, kepelbagaian, kontra, imbangan, penegasan,pergerakan /irama dan kesatuan .
Juga termasuk bahan dan alat, teknik dan gayaan, termologi dan symbol. Komunikasi ini akan
menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh individu atau
masyarakat.
Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh
sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam
pembentukan diri manusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya
mementingkan pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam
peperiksaan awam sahaja. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni
terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar
aspek kehidupan terbabit dalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-kanak,
pra-tulisan, pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua mata
pelajaran sehingga membawa keseluruh kehidupan, manusia memerlukan kemahiran yang ada
16 | H B A E 2 1 0 3
dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di mata
masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Rujukan daripada buku :
Daoed Yoesoef (1980).Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991.Sejarah Seni Dunia.BIROTEKS (BiroPenyediaan Teks).
Shah Alam : Institut Teknologi MARA Muliyadi Mahamood. 2001.Seni Lukis Moden Malaysia.Kuala Lumpur : Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd. Rahmat Salihon. 2008.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Shah Alam :Oxford Fajar Sdn.
Bhd. Zailani Yaacob, azimah A. Samah. 2006.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zakaria Ali. 1989.Seni Dan Seniman.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rujukan daripada internet :
http://shydatulhushna.blogspot.com/ Tarikh muat turun : 1 Nov 2013
http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html Tarikh muat turun : 2 Nov 2013
http://psv-kbsr.blogspot.com/ tarikh muat turun : 4 Nov 2013
http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2011/03/kssr.html tarikh muat turun : 5 Nov 2013
17 | H B A E 2 1 0 3