Abstrak
-
Upload
ahmad-lili -
Category
Career
-
view
19 -
download
2
Transcript of Abstrak
ABSTRAK
Kajian ini dihasilkan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran menjaring dalam permainan
bola baling bagi pelajar sekolah rendah. Pengkaji menggunakan kaedah TGFU dalam kajian ke
atas respondan yang terdiri daripada murid-murid di tahap dua. Kaedah dan teknik kajian
diaplikasikan dengan prosedur TGFU dengan tersusun dan mengikut langkah-langkah
pengajaran yang telah disediakan oleh pengkaji. Pengkaji telah menjalankan kajian ini
bersandarkan kepada kelemahan respondan dalam menguasai kemahiran menjaring dengan
pelbagai arah, kelajuan dan taktik ‘cover’ kedudukan selepas membuat balingan jaringan.
Memandangkan kepada kelemahan inilah pengkaji menyusun langkah pengajaran dan
pembelajaran murid untuk mengikuti rawatan serta latihan intensif yang selanjutnya. Respondan
menjalankan penilaian melalui kaedah pengujian menggunakan instrument penilaian kemahiran
dan pemerhatian berterusan daripada pengkaji. Selepas melaksanakan kajian latihan menguasai
kemahiran menjaring dalam permainan bola baling ini, pengkaji akan menganalisis semua data
yang diperolehi dan yang terhasil. Dapatan pengkaji berkaitan dengan kajian ini akan
menentukan keberkesanan atau perkaitan secara signifikan di antara hasil analisis dengan
kaedah latihan dan rawatan yang digunakan. Peningkatan respondan yang menguasai kemahiran
ini juga akan menjadi pengukur sejauh mana kaedah dan latihan adalah efektif dan bersesuaian
untuk dijalankan.