abstrak

2
ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap prestasi kecergasan fizikal di antara pemain pasukan bola sepak bawah 15 tahun dengan pemain pasukan hoki bawah 15 tahun yang terpilih mewakili Terengganu bagi tahun 2002 / 2003. Subjek yang dipilih adalah seramai 40 orang pemain bagi kedua-dua pasukan tersebut dijadikan subjek dalam kajian ini. Tahap kecergasan fizikal diukur berdasarkan ujian kecergasan yang diperkenalkan oleh Johnson dan Nelson (1986) serta ACSM (1992). Penyelidik memilih lima bateri ujian bagi mendapatkan skor ujian kecergasan iaitu komposisi lemak badan, ujian duduk dan menjangkau, ujian bangkit tubi lutut bengkok (AAHPERD MODIFIED), ujian lompat jauh berdiri dan ujian larian / berjalan 2.4 km. bateri ujian ini merangkumi pengujian terhadap komponen komposisi badan, kelembutan, kekuatan otot, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Penyelidik menganalisis data dengan menggunakan pengaturcaraan SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan

Transcript of abstrak

ABSTRAK

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap prestasi kecergasan fizikal di antara pemain pasukan bola sepak bawah 15 tahun dengan pemain pasukan hoki bawah 15 tahun yang terpilih mewakili Terengganu bagi tahun 2002 / 2003. Subjek yang dipilih adalah seramai 40 orang pemain bagi kedua-dua pasukan tersebut dijadikan subjek dalam kajian ini. Tahap kecergasan fizikal diukur berdasarkan ujian kecergasan yang diperkenalkan oleh Johnson dan Nelson (1986) serta ACSM (1992). Penyelidik memilih lima bateri ujian bagi mendapatkan skor ujian kecergasan iaitu komposisi lemak badan, ujian duduk dan menjangkau, ujian bangkit tubi lutut bengkok (AAHPERD MODIFIED), ujian lompat jauh berdiri dan ujian larian / berjalan 2.4 km. bateri ujian ini merangkumi pengujian terhadap komponen komposisi badan, kelembutan, kekuatan otot, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Penyelidik menganalisis data dengan menggunakan pengaturcaraan SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan keputusan. Melalui pangaturcaraan ini, penyelidik menggunakan ujian-t (Independent Sample T-Test) untuk membandingkan tahap prestasi pemain kedua-dua pasukan. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifiken di antara tahap kecergasan fizikal pemain pasukan bola sepak dengan pemain hoki Negeri Terengganu bawah 15 tahun sesi 2002 / 2003 ditolak. Walau bagaimanapun tahap prestasi adalah berbeza dalam komponen-komponen yang diuji ke atas kedua-dua pasukan ini.