ABSTRAK AJIN
description
Transcript of ABSTRAK AJIN
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam konsep
“Sistem Suria” dengan menggunakan Peta Bulatan i-THINK. Kajian ini melibatkan seramai 30
orang responden yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan dari
Tahun 4 Sarjana di Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong Muar, Johor. Semua responden
adalah berbangsa Melayu. Tindakan kajian dijalankan dengan menggunakan Peta Bulatan i-
THINK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Peta Bulatan i-THINK
digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh murid-
murid. Data kajian diikutip dengan menggunakan dua instrumen, iaitu ujian dan borang soal
selidik bagi tujuan triangulasi. Borang soal selidik dilakukan selepas perlaksanaan kajian
dijalankan Data dikumpul, direkod dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu
min dan peratus. Seterusnya data tersebut diterjemahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai
untuk setiap responden. Hasil analisis data menunjukkan perubahan positif dicapai. Purata
peratus keseluruhan meningkat daripada 65% kepada 76.5% bagi ujian sebelum dan selepas
tindakan. Selain itu bilangan responden yang memperolehi gred A turut menunjukkan
peningkatan dari 7 orang responden kepada 16 orang responden. Hasil daripada soal selidik juga
menunjukkan bahawa 76.7% responden bersetuju bahawa penggunaan Peta Bulatan i-THINK
dapat membantu mereka dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan Sistem Suria. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan Peta Bulatan i-THINK adalah berkesan dalam meningkatkan
kefahaman murid dalam konsep “Sistem Suria”.