Abstrak Dan Penghargaan

2
ABSTRAK Kajian dijalankan bertujuan membandingkan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti adat yang diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis. Objektif kedua adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis. Kajian ini dijalankan di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah rujukan, soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah 30 orang penduduk Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan India. Tiga orang informen juga ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan juga perbezaan dalam adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis. PENGHARGAAN

description

Kerja Kursus PA

Transcript of Abstrak Dan Penghargaan

Page 1: Abstrak Dan Penghargaan

ABSTRAK

Kajian dijalankan bertujuan membandingkan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan

masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti adat

yang diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan

India di Taman Macang Manis. Objektif kedua adalah untuk mengkaji persamaan dan

perbezaan adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu dan India di Taman

Macang Manis. Kajian ini dijalankan di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau

Pinang. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam

kajian ini ialah rujukan, soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah 30 orang penduduk

Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berbangsa Melayu dan India.

Tiga orang informen juga ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

persamaan dan juga perbezaan dalam adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan

masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis.

Page 2: Abstrak Dan Penghargaan

PENGHARGAAN

Semasa menjalankan kajian ini, ibu bapa, guru-guru dan juga rakan-rakan telah

banyak membantu saya dalam pelbagai aspek. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKJ Chio Min, Encik Tan

Teik Seong kerana sudi memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian

Am saya, Puan Suraini binti Jamaluddin kerana telah banyak membimbing saya dalam

menjalankan kajian ini. Beliau juga memberikan tunjuk ajar mengenai cara menyiapkan kerja

kursus ini. Pada masa yang sama, beliau juga menerangkan kesilapan yang saya lakukan agar

dapat dibetulkan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Bimbingan dan tunjuk

ajar beliau amat dihargai.

Di samping itu, tidak dilupakan ibu bapa saya iaitu Encik Supramaniam a/l

Tannimalai dan Puan Sumathi a/p Suppiah yang telah memberikan dorongan dan sokongan

yang tidak terhingga dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak membantu

saya dari segi pengangkutan dan juga meluangkan masa dalam menjalankan kajian ini.

Sokongan dan dorongan mereka tidak akan dilupakan.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya

ialah Pavithira a/p Sivasubramaniam, Jane Gooi Khai Yuen, Tan Chu Yin, Loh Xue Jing, dan

juga rakan-rakan sekelas saya. Mereka telah banyak berkongsi maklumat dan berbincang

tentang cara menyiapkan kerja kursus ini. Jasa mereka amatlah dihargai.

Akhir sekali, tidak dilupakan 30 orang responden yang sudi meluangkan masa mereka

dan memberikan kerjasama untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Ribuan terima kasih

diucapkan juga kepada informen yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan yang

ditanya semasa temu bual, iaitu Puan Wan Nur Suriati binti Wan Sulaiman, Encik Abidin bin

Ahmad dan Puan Saraswathi a/p Muniandy. Begitu juga dengan pihak yang terlibat secara

langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Jasa semua pihak

amat saya hargai. Sekian, terima kasih.