ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ......
Transcript of ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ......
ii
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengamalan
keselamatan bengkel di kalangan pelajar 4 SPH semasa mengikuti Latihan Mengajar di
sekolah. Tiga aspek yang dikaji ialah tahap perlaksanaan peraturan keselamatan bengkel,
tahap pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan alatan tangan, dan kepekaan
terhadap persekitaran selamat semasa menjalankan kerja amali di bengkel sekolah.
Kajian ini melibatkan 71 pelajar 4 SPH yang telah menjalani latihan mengajar selama
empat belas minggu di sekolah. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan
kepada responden yang mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A tentang latar
belakang responden dan Bahagian B soalan- soalan kajian yang meliputi ketiga- tiga
objektif seperti kesediaan guru-guru pelatih terhadap tahap pelaksanaan peraturan
keselamatan, tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan
tangan dan tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan kawasan kerja.
Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbachnya 0.8751.
Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
For Social Science – Version 12.0 ( SPSS 12.0 ). Data dianalisis dalam bentuk peratusan
kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar 4 SPH telah
mengamalkan peraturan keselamatan bengkel semasa mengikuti Latihan Mengajar di
sekolah dengan nilai purata minnya tinggi iaitu 4.18. Mereka juga mempunyai tahap
pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan tinggi dengan
nilai purata minnya ialah 3.91. Manakala tahap kepekaan terhadap persekitaran dan
kawasan kerja di bengkel juga berada pada tahap tinggi dengan nilai purata minnya 4.32.
iii
ABSTRACT
This descriptive research is carried out to study about the practice of workshop safety
among students 4 SPH during Teaching Training in school. Three aspects were focused
in this study are the implementation of workshop safety rules, level of knowledge by
operating machines and using hand tools, and sensitivity of safety environment when
using school workshop. This research was conducted to 71 respondents which is students
4 SPH that have done Teaching Training for fourteen weeks in school. Data was
collected by using questionnaires were distributed to respondent which have two
sections are Section A, the background of respondent and Section B research items
which covered all objectives such as the implementation of workshop safety rules, level
of knowledge by operating machines and using hand tools, and sensitivity of safety
environment and workplace. Reliability of questionnaire is high with Alpha Cronbach
value is 0.8751. All data were analyzed by using Statistical Package for Social Science –
Version 12.0 (SPSS 12.0). Data was mentioned in the frequency, percentage and mean.
Finally, this research results showed that students 4 SPH practiced workshop safety rules
during Teaching Training in school with average min value is high, 4.18. They also have
high level of knowledge on machines operated and hand tools used which is average
mean value is 3.91. Meanwhile, the sensitivity of safety environment and workplace
level also high with average mean value is 4.32.
iv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
v
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Terminologi 10
1.10 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Amalan Pelajar Terhadap Keselamatan di
Dalam Bengkel 15
2.3 Peraturan Keselamatan Bengkel 17
2.4 Pengetahuan Pelajar Terhadap Amalan
Keselamatan di Bengkel 18
2.5 Pengetahuan Menggunakan Mesin dan Alatan
Tangan Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan 20
2.6 Persekitaran Yang Mempengaruhi Amalan
Keselamatan 22
2.7 Kesimpulan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
vi
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Kaedah Analisis Data 30
3.8 Prosedur Kajian 32
3.9 Kesimpulan 33
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Bahagian A Latar Belakang Responden 35
4.3 Bahagian B Dapatan Soalan Kajian 39
4.4 Kesimpulan 51
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan 53
5.3 Rumusan 61
5.4 Cadangan 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Kesimpulan 65
vii
BIBLOGRAFI 66
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert Lima Mata 28
3.2 Taburan Bilangan Item Soal Selidik 29
3.3 Pekali Alpha Cronbach 30
3.4 Pertimbangan yang digunakan oleh Penyelidik 32
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 37
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 38
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pelaksanaan
Peraturan Keselamatan Bengkel 40
viii
4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengetahuan dalam
Mengendalikan Mesin dan Alatan Tangan 44
4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap Kepekaan Terhadap
Persekitaran Bengkel yang Selamat 48
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
FP - Fakulti Pendidikan
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package For Social Science
PERKESO- Pertubuhan Keselamatan Sosial
ix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 69
B Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 77
C Analisis SPSS 79
D Surat Pengesahan Menjalankan PSM 90
x
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Bagi menjamin
kehidupan yang sempurna, kita perlulah menitikberatkan hal yang berkaitan dengan
keselamatan diri. Jika keselamatan tidak diendahkan ianya akan melibatkan nyawa dan
masa depan kita sendiri. Walaupun di mana jua kita berada, keselamatan perlu
diutamakan baik di rumah mahupun di tempat kerja. Keselamatan yang dimaksudkan
termasuklah keselamatan diri, persekitaran, peralatan atau bahan, harta benda, dan orang
xi
sekeliling. Kebiasaannya kita selalu terlihat perkataan ‘ Safety First ’ di bengkel-
bengkel di sekolah yang mana mengingatkan kita supaya lebih mengutamakan
keselamatan semasa di dalam bengkel. Bukan hanya di sekolah sahaja bahkan perkataan
ini juga terdapat di kilang-kilang, jalan raya, pejabat dan di tempat kerja secara amnya.
Pihak kerajaan sangat memandang serius dan mengambil berat terhadap
keselamatan dengan mengadakan ceramah, seminar dan kempen. Langkah- langkah
yang diaturkan oleh kerajaan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat
terhadap keselamatan. Melalui kesedaran sahaja yang boleh mengubah diri masyarakat
itu sendiri supaya sentiasa berwaspada. Secara tidak langsung memberi pendedahan
tentang kepentingan amalan keselamatan bengkel. Menurut Boyd (1973) kesedaran
tentang pentingnya keselamatan di dalam bengkel patut ada dan ditanam di dalam jiwa
pengguna. Akan tetapi, kemalangan dan kecelakaan masih lagi berlaku di bengkel-
bengkel.
Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang
melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta
orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi memastikan
aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan vokasional bertujuan
melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka
kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia, 2000).
Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan hanya ketika tertentu
sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau di
mana juga kita berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau satu
bentuk sikap. Kebiasaan seseorang itu tidak lahir bersama, ketika dilahir ke dunia.
Kebiasaan akan sebati bersama jika kita melakukan atau mengamalkan sesuatu itu
xii
berulangkali. Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi oleh semua
pihak, (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan kesihatan. Kita
menjaga kesihatan kerana kita ingin mengelakkan daripada penyakit, begitulah halnya
dengan keselamatan.
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai
hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat
bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh
menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada
bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya
mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.
Menurut Anton, (1989) dalam bukunya berjudul “Occupational Safety & Health
Management” menyatakan bahawa faktor manusia seperti sifat marah, bimbang, kurang
mahir, tahap fizikal, tahap mental dan perlakuaan kerja yang baikdan kurang berhati-
hati semasa melakukan kerja amali boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di
bengkel.
Pada tahun 1970, Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-undang dan
akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai ‘Occupational Safety and
Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk menjamin
keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri. Di Malaysia akta
keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada
tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan
akta keselamatan sosial pekerja dan peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja
(PERKESO, 2006).
Untuk mengurangkan serta meminimakan risiko kemalangan di bengkel atau
ditempat kerja akta keselamatan telah ditubuhkan. Penubuhan akta ini adalah untuk
xiii
menjamin cara kerja dan juga persekitaran kerja yang selamat kepada para pekerja.
Antara akta yang telah ditubuhkan ialah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang bertujuan
untuk melindungi pekerja daripada bahaya dalam kerja-kerja industri. Ini termasuklah
penyakit pekerjaan dan meletakkan piawai minimum persekitaran kerja yang diperlukan
untuk keselamatan dan kesihatan.
Akta lain yang telah ditubuhkan ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1994, yang mengkehendaki setiap majikan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan.
Kesemua akta yang dibuat adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.(
Dewan Masyarakat, 1994). Sementara itu, Dr. Ibrahim Saad dalam kempen Keselamatan
dan Kesihatan Pekerja Industri menyatakan;
“ Keselamatan dan kesihatan pekerja yang sentiasa terdedah kepada berbagai
bentuk kemalangan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang
menjadi aset syarikat”.
(Berita Harian, 13 Ogos 1994).
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sama ada amalan keselamatan
bengkel ada dilaksanakan oleh pelajar- pelajar yang merangkumi beberapa aspek
keselamatan ketika melakukan kerja ataupun ketika menjalankan aktiviti amali di dalam
bengkel.
xiv
1.2 Latar Belakang Masalah
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana memerlukan tindakan yang sewajarnya
daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian
manusia sendiri dan jarang-jarang sekali berlaku dengan sendirinya (Hammadi,1985).
Dalam melakukan kerja-kerja amali di bengkel, setiap tenaga pengajar akan
menekankan aspek keselamatan bengkel. Kebiasaannya, sebelum kerja amali dijalankan,
tenaga pengajar akan memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali
dan langkah-langkah kerja. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka
dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan
mesin serta persekitarannya.
Untuk meletakkan negara di tahap yang cemerlang, aspek keselamatan jentera
telah ditekankan di negara ini apabila Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(OSHA) di gubal pada tahun 1994. Pewujudan OSHA memudahkan pendidikan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KPP) dilaksanakan secara bersistematik di samping
kerja-kerja penguatkuasaan. Dalam jangkamasa dua belas tahun OSHA diperkenalkan,
kadar kemalangan industri berjaya dikurangkan. PERKESO melaporkan terdapat
109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes
pada tahun 2005, iaitu penurunan sebanyak 60 peratus. Walaupun bilangan pekerja dan
majikan meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 7.19 juta orang pada tahun 1994
kepada 11.67 juta orang pada tahun 2005 namun kadar kemalangan semakin berkurang
(PERKESO, 2007).
Walaubagaimanapun, peratus penurunan itu belum cukup membuktikan
keberkesanan nilai-nilai dan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan
xv
mahupun pekerja. Hal ini kerana, berita kemalangan sama ada kemalangan kecil atau
maut sentiasa terpampang di dada akhbar atau tersiar di media elektronik.
Oleh yang demikian aspek pendidikan adalah sangat perlu ditingkatkan supaya
dapat menyedarkan bakal pekerja tentang kepentingan mengamalkan cara kerja yang
sihat serta selamat. Dewasa ini pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
mencapai matlamat Wawasan 2020. Bidang teknikal menjadi satu aspek yang penting
dalam memacu pembangunan negara. Justeru itu, usaha di peringkat akar umbi perlu
dipergiatkan selaras dengan saranan kerajaan melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Lantaran itu, menjadi tanggungjawab para guru di peringkat sekolah menerapkan
amalan keselamtan di dalam diri pelajar- pelajar. Ekoran itu, pihak universiti- universiti
tempatan perlu menglengkapkan guru- guru pelatihnya dengan penekanan terhadap
amalan keselamatan bengkel semasa mengajar dan melakukan kerja amali di bengkel.
Memandangkan suasana kerja di bengkel sekolah adalah hampir menyerupai
suasana kerja di industri, keselamatan pelajar- pelajar adalah menjadi keutamaan dan
perlu diberikan lebih perhatian. Ini kerana mungkin kerja- kerja amali di bengkel sekolah
adalah pengalaman pertama mereka dalam kerja vokasional sebegitu.
Menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menerapkan dan melaksanakan
peraturan keselamatan kepada mereka sebagai pendedahan awal dalam aturan kerja di
bengkel sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar- pelajar. Menjadi kerisauan
andainya guru-guru sendiri tidak mengamalkan keselamatan bengkel. Jadi bertitiktolak
dari situlah dirasakan perlu dibuat kajian terhadap guru-guru pelatih dalam
mengamalkan keselamatan bengkel di sekolah. Ini akan menjadi tanda aras untuk guru-
xvi
guru pelatih tadi yang akan keluar mengajar di sekolah- sekolah yang telah ditetapkan
apabila tamat belajar di universiti nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya, melihat
dari kepentingan inilah pengamalan keselamatan bengkel perlu ditekankan di kalangan
guru pelatih supaya budaya baik ini di bawa semasa mengajar kelak agar kemalangan di
bengkel sekolah dapat dikurangkan.
Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi
berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel-bengkel.
Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kesan luka, kecacatan anggota
dan kehilangan nyawa. Ini akan menjadikan sekolah yang pada mulanya untuk menimba
ilmu dan kemahiran tetapi akhirnya menjadi tempat yang tidak selamat untuk pelajar.
Untuk memastikan sekolah menjadi sebuah institusi yang selamat bagi para pelajar
menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui
kesediaan pelajar atau guru pelatih dalam melaksanakan amalan keselamatan bengkel di
sekolah semasa latihan mengajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, pengkaji ingin membuat satu kajian
terhadap pelaksanaan peraturan keselamatan bengkel, tahap pengetahuan pelajar dan
tahap kepekaan pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel ketika menjalankan kerja-
kerja amali di bengkel. Kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan amalan
keselamatan bengkel di kalangan pelajar semasa latihan mengajar dalam melakukan
kerja-kerja amali berdasarkan pengetahuan mengendalikan mesin dan alatan tangan yang
dimiliki pelajar. Fokus kajian ini adalah mengenai aspek pengetahuan dan amalan
keselamatan bengkel semasa melakukan kerja amali di bengkel dari segi peraturan,
persekitaran, pengetahuan menggunakan alatan tangan dan mesin.
xvii
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap pelaksanaan peraturan keselamatan semasa melakukan kerja
di dalam bengkel dalam kalangan guru- guru pelatih.
ii. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih dalam pengendalian mesin dan
penggunaan alatan tangan.
iii. Mengenalpasti tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan
kawasan kerja dari aspek keselamatan bengkel.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak dicapai:
i. Apakah tahap pelaksanaan peraturan keselamatan bengkel ketika melakukan kerja
amali di dalam bengkel dalam kalangan guru- guru pelatih.
ii. Apakah tahap pengetahuan para guru pelatih dalam mengendalikan mesin
mengikut aspek penggunaan yang betul ketika melakukan kerja amali di
dalam bengkel.
iii. Adakah tahap para guru pelatih mengenai aspek persekitaran
bengkel yang selamat bersedia mengaplikasikan pengetahuan yang
dipelajari.