Acara Lari Jarak Jauh

2
ACARA LARI JARAK JAUH Terdapat tiga acara lumba lari yang dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan , 5000 meter dan 10 000 meter. Salah satu daripada acara itu iaitu 5000 meter disertai oleh lelaki dan wanita manakala dua acara lagi adalah dikhususkan untuk lelaki sahaja Acara Lari Jarak Jauh 5000 Meter. Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 ½ pusingan balapan 400 meter iaitu sejauh lima kilometer. Permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter. Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. pegawai perlumbaan akan membunyikan loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya Acara Lari Jarak Jauh 10 000 Meter Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter bersamaan 10 kilometer. Permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum wanita. . Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan. Kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Garisan permulaan bagi

description

acara larian dalam olahraga

Transcript of Acara Lari Jarak Jauh

Page 1: Acara Lari Jarak Jauh

ACARA LARI JARAK JAUH

Terdapat tiga acara lumba lari yang dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan , 5000 meter dan 10 000 meter. Salah satu daripada acara itu iaitu 5000 meter disertai oleh lelaki dan wanita manakala dua acara lagi adalah dikhususkan untuk lelaki sahaja

Acara Lari Jarak Jauh 5000 Meter.

Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 ½ pusingan balapan 400 meter

iaitu sejauh lima kilometer. Permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan

acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri. Pelari

akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Semua pelari akan beratur di hadapan

garisan permulaan. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam sebaik sahaja

permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. pegawai perlumbaan akan membunyikan

loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk

menamatkan lariannya

Acara Lari Jarak Jauh 10 000 Meter

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter

bersamaan 10 kilometer. Permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di

garisan penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini

tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini

juga tidak disertai oleh kaum wanita. . Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan

oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini. Setelah semua pelari bersedia, mereka

akan beratur di hadapan garisan permulaan. Kedudukan pelari di garisan permulaan

adalah sama. Garisan permulaan bagi acara ini ialah pada permulaan 400 meter, tetapi

pada garisan lurus bukan seperti untuk permulaan 400 meter. Pelari akan berlari

mengikut lorong tertentu. Sebaik perlumbaan bermula , pelari akan cuba memasuki

lorong yang paling dalam bagi mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang lebih

jauh jika lorong luar digunakan. Selepas para pelari melepasi pusingan ke 24,

bermakna mereka mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng

atau siren akan dibunyikan oleh pegawai perlumbaan

Page 2: Acara Lari Jarak Jauh