LARI JARAK SEDERHANA

20
LARI JARAK SEDERHANA AHLI KUMPULAN: ABDUL AZIM B. HUSSAIN MOHD. HAFIZ B. MOHD SABRI AHMAD MU’AZ BIN MOHD REDZUAN SITI FARIDAH BT CHE MAT ZAFIRAH BT AHMAD TAZINI

Transcript of LARI JARAK SEDERHANA

Page 1: LARI JARAK SEDERHANA

LARI JARAK SEDERHANA

AHLI KUMPULAN: ABDUL AZIM B. HUSSAIN

MOHD. HAFIZ B. MOHD SABRI AHMAD MU’AZ BIN MOHD REDZUAN

SITI FARIDAH BT CHE MAT ZAFIRAH BT AHMAD TAZINI

Page 2: LARI JARAK SEDERHANA

LARI JARAK SEDERHANA Biasanya terdapat dua acara yang

digolongkan sebagai acara jarak sederhana, iaitu 800 meter dan 1500 meter.

800 meter dan 1500 meter adalah sejenis acara larian yang dijalankan di atas trek sama ada berturap atau di atas rumput.

Kedua-dua acara ini disertai oleh lelaki dan wanita.

Page 3: LARI JARAK SEDERHANA

TREK LARIAN

Page 4: LARI JARAK SEDERHANA

LARI JARAK 800 METER

Page 5: LARI JARAK SEDERHANA

PERATURAN1. Permulaan: Setiap peserta akan ditentukan lorong

masing-masing mengikut undian. Pelari yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong.

Apabila mereka melepasi 100 meter pertama, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

Page 6: LARI JARAK SEDERHANA

2. PAKAIAN Pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut

(spikes) atau tidak memakai kasut. Namun begitu berlari dengan memakai kasut adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek.

  Selain dari itu baju dan seluar yang dipakai

mestilah ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Peralatan lain yang diperlukan ialah pistol untuk melepaskan pelari dan alat perakam waktu untuk mencatat masa. Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari dilepaskan dalam keadaan berdiri.

Page 7: LARI JARAK SEDERHANA

Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila pakaian peserta basah. Jika pakaian tidak senonoh maka pelari itu boleh dibatalkan penyertaannya. Ini kerana dia akan mengganggu konsentrasi peserta lain. Pada setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluarnya supaya mereka senang dikenal pasti oleh pengadil.

  Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi

antarabangsa yang telah ditentukan. Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan sejumlah enam paku dengan panjangnya tidak melebihi 25 mm (1 inci) dengan diameter paku tidak boleh melebihi 4 mm (0.16 inci). Ini penting untuk mengelakkan diri semasa peserta menggunakan kasut untuk tujuan lain.

Page 8: LARI JARAK SEDERHANA

3. ARAHAN DARI PELEPAS Semua peserta akan dimulakan dengan arahan ‘ke garisan’

(bersedia) kemudian pistol akan ditembak. Dalam acara 800 meter, cara permulaan dengan cara

berdiri amat sesuai sekali. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari

dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana dengan adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak. 

Pelari juga dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika ada di antara peserta menolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan. Selain dari itu mereka juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar maka dengan automatik larian mereka dibatalkan walaupun mendapat kedudukan pertama.

Page 9: LARI JARAK SEDERHANA

4. CARA MEMBUAT LARIAN Bagi pelari dalam acara jarak sederhana

atau pertengahan (800 meter) selalu mengguna cara berdiri semasa permulaan. Ia digunakan kerana kaki dapat diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki.

Page 10: LARI JARAK SEDERHANA

5. KE GARISAN PENAMAT Setiap peserta perlu menghabiskan dua

pusingan dalam sebuah trek 400 meter. Untuk menghabiskan dua pusingan itu, jika mereka menerima bantuan luar atau tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka tiba dahulu.

Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi badan dan kaki mereka. Dengan kata lain bahagian dada menjadi ukuran penting. Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke garisan penamat (dada menyentuh benang).

Page 11: LARI JARAK SEDERHANA

6. Aplikasi Bagi 200 meter pertama, pelari mesti berlari

agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar. Dengan berada di hadapan maka seseorang itu

dapat berlari di lorong paling dalam terutama larian di lengkung trek yang dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga.

Selain dari itu pelari juga harus berhati-hati dengan pelari lain, dan supaya mereka tidak memotongnya maka dia perlu berlari tidak terlalu ke dalam. Pelari yang mendahului pelari-pelari lain juga ada kelemahan di mana tidak dapat melihat apa yang berlaku di belakang dan terpaksa mengikuti rentak larian sendiri.

Page 12: LARI JARAK SEDERHANA

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian apabila seseorang pelari itu sedang mengatasi pelari lain, ialah cuba menjarakkan diri daripada pelari lain setelah mendahului dalam larian itu. Ini sebagai satu kaedah untuk mengelakkan saingan peserta lain serta memberi satu kesan psikologi kepada mereka.

Selain dari mengetahui kebolehan diri sendiri, seorang pelari jarak pertengahan perlu juga tahu akan kebolehan dan kelemahan pelari lain, dan ini merupakan taktik yang baik. Dengan adanya sedikit pengetahuan tentang pelari lain, sedikit sebanyak dapat membantu pelari mengatur strategi.

Contoh video acara lari 800 meter.(Klik sini)

Page 13: LARI JARAK SEDERHANA

LARI JARAK 1500 METER

Page 14: LARI JARAK SEDERHANA

Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara progresif, iaitu dari senang kepada yang susah bertambah penting untuk mencapai kejayaan.

Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan yang lama dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat.

Page 15: LARI JARAK SEDERHANA

Peralatan yang diperlukan boleh dikatakan hampir sama dengan peralatan untuk acara 800 meter seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang bersesuian. Tetapi yang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh daripada larian 800 meter kasut yang dipakai dibenarkan tanpa paku.

Page 16: LARI JARAK SEDERHANA

PERATURAN1. Permulaan Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400

meter dan mereka diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan.

Di sini pelari yang diundi untuk lorong pertama paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa larian dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari yang berada di lorong luar sekali perlu berlari dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum menuju ke lorong pertama.

Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah berdiri, sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu ‘bersedia’ dan ‘mula berlari’ sebaik sahaja pistol ditembak.

Page 17: LARI JARAK SEDERHANA

2. LARIAN BATAL Setiap pelari yang berlari sebelum

dilepaskan oleh pelepas akan dianggap batal dan akan diberi amaran.

Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut.

Manakala pelari yang sengaja berlari di luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang menolak akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah.

Page 18: LARI JARAK SEDERHANA

3. TAMAT LARIAN Peraturannya adalah sama seperti acara

800 meter. Begitu juga cara masa diambil.

Page 19: LARI JARAK SEDERHANA

4. APLIKASI Stategi: pelari mesti berlari dengan

pantas pada 100-150 meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan biasa.

Contoh larian 1500 meter (Klik sini).

Page 20: LARI JARAK SEDERHANA

TERIMA KASIH