Acid amino short

download Acid amino short

of 8

description

acid amino

Transcript of Acid amino short

Acid aminoAsid amino adalah unit asas ataupun monomer kepada protein. Setiap amino acid mempunyai carbon tengah yang dikenali sabagai alfa-carbon. Alfa carbon ini terikat dengan 4 jenis unsur seperti atom hydrogen (H), kumpulan amino (NH2), kumpulan carboxyl (-COOH) dan rantai sisi yang dikenali sebagai kumpulan R. Terdapat 20 jenis amino asid yang penting dan setiap asid amino ini berbeza pada struktur kumpulan R. Perbezaan pada struktur kumpulan R akan menentukan sifat kimia diantara 20jenis amino acid. Berdasarkan kumpulan R juga, setiap amino acid boleh diklasifikasi kepada empat kumpulan utama iaitu kategori hydrophobic (..). kategori hydrophilic (.).kategori asid (.) dan kategori basic ()

Biosintesis asid amino Amino acid juga boleh diklasifikasi berdasarkan kebolehupayaan manusia dalam mensintesis sesuatu amino asid. Hasil kajian memdapati terdapat 2 jenis kategori amino asid iaitu amino asid perlu dan amino asid tidak. Amino asid perlu ada kategori amino asid yang tidak boleh disintesiskan secara in vivo oleh badan manusia dan ia perlu lah diperolehi daripada diet makanan seperti tumbuhan dan haiwan. Jadual 1.1 menunjukkakn senarai amino asid mengikut kategori amino asid perlu dan asid amino tidak perlu.Amino acid required in connective tissueAmino asid wound and effectArginine

GlycineLysineAmino asid using hplc

Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz30gkNx3qMHakcipta terpelihara

LANDAK raya atau Hystrix brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras di seluruh bahagian badan.Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahanan landak.Di sebalik keupayaan melepaskan duri, landak sebenarnya mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehinggakan seluruh tubuh mamalia itu kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras terpacak.Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa, menyebabkan durinya boleh tercucuk kepada pemangsa tersebut tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga spesies landak yang mempunyai bulu lembut seperti Trichys lipura di Borneo.Penyembuh lukaDaging landak yang berprotein tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik.Malah, peratusan protein daging landak raya sama dengan daging lembu dan kambing selain mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka.Menyedari hakikat itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak tahun 2005 giat menjalankan program pembiakan baka landak raya secara komersial.Program berkenaan turut memberi nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini selain memberi impak besar pada bilangan populasi hidupan liar dalam kurungan melalui sistem pembiakan teratur dan aplikasi teknologi pembiakan terkini.Projek penternakan komersial menambahkan bekalan landak untuk pengusaha restoran daging haiwan eksotik itu yang semakin banyak susulan mendapat permintaan ramai.Selain Malaysia, landak dalam spesies Rodentia keluarga Hystricidae itu turut ditemui di tenggara China, Hainan, Nepal dan negara Indo-China (Vietnam, Kemboja dan Laos).Di Malaysia, terdapat tiga spesies yang biasa ditemui iaitu landak raya (Hystrix brachyura), landak nibong/ landak batu (Atherurus macrourus) dan landak padi (Trichys fasciculate).Landak raya selalunya ditemui di kebun, kawasan ladang dan dusun buah-buahan serta hutan tetapi populasinya agak berkurangan ketika ini selain sukar untuk menangkap atau memburu landak raya ini.Dalam keadaan liar, landak raya biasanya akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Terowong yang dibina itu pula biasanya mempunyai beberapa lubang keluar. Haiwan ini lebih aktif pada waktu malam dan balik ke sarang pada waktu subuh.Harga mahalMenurut Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad, projek pembiakan komersial landak raya dijalankan di Pusat Penyelamat Spesies Hidupan Liar Sungai Tengi (PPSHL Sungai Tengi), Kuala Kubu."Selain menyelamatkan spesies ini, PPSHL Sungai Tengi bertanggungjawab menternak baka landak raya untuk dijual kepada penternak komersial selain memberikan khidmat nasihat."Sehingga kini, pusat ini sudah menternak 220 ekor landak dengan 110 baka (50 pasang) manakala 80 ekor sudah dijual kepada penternak komersial dengan harga RM200 seekor," ujarnya.Rahim memberitahu, masalah utama dalam penternakan pembiakbakaan landak raya adalah untuk mendapatkan pasangan landak yang serasi. Haiwan ini sangat cerewet memilih pasangan selain susah untuk serasi antara satu sama lain.Untuk itu, kita akan pasangkan landak bagi melihat keserasian dan jika tidak serasi, ia akan bergaduh sehingga membawa kepada luka yang menjadi punca utama jangkitan penyakit."Tempoh bunting haiwan ini adalah selama tiga bulan dan induk bunting boleh melahirkan sehingga empat anak. Bagaimanapun, kebiasaannya melahirkan seekor hingga dua ekor anak, namun pernah direkodkan melahirkan sehingga tiga anak," tambahnya.Jelasnya, berat seekor landak raya ialah 340 hingga 370 gram semasa dilahirkan dan menyusu sehingga umur 100 hari tetapi pada umur 10 hingga 14 hari ia sudah mula makan pepejal."Bagi tujuan pembiakbakaan, anak landak akan diasingkan daripada ibunya pada usia dua bulan bagi membolehkan ibunya membiak lagi. Ukuran seekor landak raya dewasa ialah 51.5 hingga 85 sentimeter dan berat di antara empat hingga 10 kilogram (kg)."Setakat ini, berat sebanyak 24kg pernah direkodkan di dalam kurungan dan peratus berat badan seekor landak raya yang sudah dibersihkan ialah 60 hingga 66 peratus (daging)," beritahu beliau.Ujarnya, mengikut kajian yang dijalankan, seekor landak raya mempunyai 30,000 duri untuk mengelak daripada musuh dan jika terlampau agresif, duri tersebut boleh tertembak dengan sendirinya tetapi ia tidak boleh pergi jauh selain berpotensi untuk dijadikan sebagai kraftangan.Peratus kematian landak raya yang dibela dalam kurungan besi juga agak rendah iaitu sekitar 0.5 hingga satu peratus dan penyebab utamanya berpunca daripada kecederaan ketika pergaduhan sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan 'myiasis' iaitu luka berulat," tuturnya.Bagi Pembantu Hidupan Liar, Mohd. Noor Itam, 50, pula memberitahu, landak raya sebenarnya boleh dijinakkan dan haiwan itu hanya bertindak agresif ketika proses penangkapan dilakukan."Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil sahaja," tambahnya yang sudah berpengalaman menjaga landak raya sejak tahun 2006.

Ternak landakOleh Hazirah Che [email protected]/05/16

Landak yang diternak di Bahtera Ternak.Tujuh rakan berkongsi minat buka ladang landak untuk tujuan komersialMELIHAT kepada rupa yang menimbulkan kegelian orang ramai dan spesies yang termasuk dalam kategori haiwan eksotik serta diakui lambat memberikan pulangan lumayan berbanding menternak kambing dan lembu, sukar difahami mengapa landak menjadi pilihan untuk diternak.Namun cabaran itulah disambut tujuh rakan yang berkongsi azam, tekad dan modal menubuhkan syarikat Bahtera Ternak Sdn Bhd bagi menternak haiwan berduri itu untuk tujuan komersial. Biarpun menyedari landak lambat memberikan pulangan kerana penjualannya perlu mematuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), tetapi ia bukan halangan kepada pengerusi syarikat berkenaan, Rathuan Md Som, 47, dan enam rakannya untuk membabitkan diri secara serius dalam usaha itu.

Rathuan berkata, idea mempopularkan makanan eksotik itu muncul pada 2008. Selain landak, Jabatan Perhilitan turut menyenaraikan pelanduk dan kijang sebagai haiwan eksotik yang memerlukan permit untuk tujuan penternakan dan pemburuan untuk dijadikan makanan.

Saya terfikir untuk mempopularkan makanan eksotik dan memilih landak untuk tujuan itu kerana tidak ramai orang berani mengambil risiko menternak landak. Jika tidak silap, termasuk saya cuma tiga penternak menjalankan usaha ini secara besar-besaran. Tambahan pula Jabatan Perhilitan sendiri memberi cadangan itu.

Walaupun mudah dijaga dari segi makanan dan jarang diserang penyakit, landak tidak seperti kambing, sebagai contoh, yang mudah bunting dan melahirkan anak. Selepas dua tahun beroperasi, landak yang diternak baru lima kali melahirkan 12 anak menjadikan jumlah haiwan itu 72 ekor.Landak ialah hidupan liar yang lasak tetapi sensitif dari segi pembiakan. Ia perlukan pasangan yang serasi untuk tujuan pembiakan. Ia adalah masalah paling besar dalam usaha penternakan landak, selain habitat dan perwatakan, katanya ketika ditemui di ladangnya baru-baru ini.

Rathuan berkata, landak hanya akan mengawan dengan pasangan yang dianggap serasi.

Ia tidak mengawan sebarangan. Itu halangan paling besar untuk menternaknya. Jika tidak serasi, sehingga setahun diletak dalam kurungan sama, ia tidak akan bunting. Apabila ini berlaku, kami akan menukarkan pasangan. Ia berlaku kerana biasanya ibu dan bapa landak diperoleh dari tempat berlainan. Sebagai contoh, ibu diperoleh di Selangor, manakala bapa dari Kelantan.

Ia mungkin daripada spesies sama tetapi kumpulan berlainan. Namun apabila ia serasi dan berjaya melahirkan anak, anak itu mudah mendapat mencari keserasian. Berbeza dengan landak liar di dalam hutan, ia senang mencari pasangan, katanya.Berikutan masalah pembiakan, Jabatan Perhilitan kini masih dalam peringkat kajian untuk melaksanakan proses permanian berhadas untuk haiwan itu.

Beliau berkata, penternakan landak memerlukan modal besar dan kesabaran tinggi kerana ia tidak seperti haiwan ternakan lain yang cepat memberikan hasil. Mereka berkongsi membeli tanah seluas 0.8 hektar di Kampung Kapal, Ulu Beranang, Negeri Sembilan untuk tujuan itu.

Malah ketujuh-tujuh rakan kongsi berkenaan mempunyai kerjaya tetap dan menjadikan penternakan landak ini sebagai usaha sampingan kerana minat.

Ia bukan mudah kerana memerlukan modal tinggi. Perlu diingat, landak tidak seperti kambing atau lembu yang dapat memberikan pulangan segera dan lumayan. Ia mengambil masa lama untuk dijual kerana peraturan Jabatan Perhilitan cuma membolehkan generasi ketiga landak yang diternak untuk tujuan jualan.

Sebagai contoh, sepasang landak yang ditemui diternak dan melahirkan anak. Jabatan Perhilitan menetapkan apabila anak berkenaan melahirkan anak, barulah anak itu boleh dijual. Selain untuk memperoleh pasangan induk, modal juga diperlukan untuk membeli tanah bagi tujuan penternakan, pembinaan kandang, makanan serta mengupah pekerja. Kami mengeluarkan simpanan sendiri untuk tujuan ini tanpa mana-mana pinjaman, katanya.

Mengenai hasrat menjadikan landak sebagai hidangan komersial, Rathuan berkata, dia dan rakan-rakannya yakin daging haiwan liar untuk mempunyai permintaan dalam masyarakat, terutama apabila disahkan kandungan Omega-3 lebih tinggi berbanding ayam dan daging serta bagus untuk mengelakkan sakit jantung. Ia dikatakan makanan berkelas tinggi kerana daging mentah yang mencecah RM80 sekilogram.

Daging landak sedap dibuat rendang dan sup. Bagi tujuan pemburuan, Jabatan Perhilitan mengeluarkan permit lain untuk membolehkan ia diburu dan dijual. Daging landak juga tidak berlemak, katanya.

Rathuan berkata, landak boleh melahirkan seekor hingga dua ekor anak tetapi ia tetap bergantung kepada keserasian dengan pasangan.

Menariknya, landak dilahirkan dengan duri tersedia pada badannya tetapi ia tidak keras seperti landak dewasa dan ia beransur-ansur keras selepas itu. Duri itu juga menjadi pelindung daripada ancaman bahaya.

Menyentuh mengenai pemakanan, Rathuan berkata, landak ternakannya diberi makan sayur-sayuran, keledek, nangka, pisang dan betik yang dibeli daripada penduduk kampung berhampiran. Malah mereka turut mengalirkan sendiri air dari bukit sejauh dua kilometer untuk memastikan ia tidak dicemari demi menjamin kesihatan haiwan berkenaan.

Beliau berkata, antara penyakit yang kerap melanda landak ialah bengkak hati dan bedah siasat ke atas landak yang mati sebelum ini mendapati cacing menyerang hatinya.

Tanda-tanda landak berpenyakit ialah ia tidak mahu makan, suka menyendiri dan tidak aktif. Apabila melihat tanda ini, kami akan membawa berjumpa doktor haiwan untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan, katanya.

Menariknya mengenai landak yang diternak Rathuan dan rakan-rakannya, ialah setiap seekor mempunyai cip dalam badan untuk tujuan pengenalan terutama apabila sakit.

INFO: Landak

Hanya tiga spesies landak daripada Famili Hystricidea di Malaysia iaitu spesies Hystrix brachyura (landak raya), Trichys fasciculata (landak padi) dan Atherurus macrourus (landak nibung). Landak raya atau dalam Malayan Porcupine adalah haiwan yang tersenarai dalam Jadual Dua - Hidupan Liar Yang Dilindungi, Bahagian II - Haiwan Perburuan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/72 Seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira lapan kilogram daging. Landak raya mempunyai sehingga 30,000 duri dengan setiap satunya mempunyai cangkuk sendiri yang boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya

http://butterflyberry-maitreyanto.blogspot.com/2012_02_01_archive.htmlLatar Belakang

Landak termasuk salah satu hewan yang dapat ditemukan di berbagai benua. Landak juga terdapat di berbagai daerah di Indonesia. Menurut CITES (The Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) tahun 2008, status landak adalah least concern atau tidak terlalu diperhatikan statusnya. Hal ini dikarenakan jumlah populasi landak masih banyak di berbagai benua (Lunde dan Aplin 2008).Di Indonesia, khususnya di Jawa Tengah, landak dianggap sebagai hama perusak tanaman pangan masyarakat. Namun, sebagian masyarakat menganggap landak adalah hewan yang potensial karena daging dan durinya dapat dimanfaatkan. Menurut kepercayaan masyarakat di beberapa daerah, daging landak mempunyai banyak khasiat, antara lain dipercaya dapat meningkatkan vitalitas laki-laki dan menghilangkan gatal-gatal. Selain itu, daging landak mempunyai kadar lemak yang lebih rendah dari pada daging sapi dan ayam, sehingga daging landak dianggap cocok dikonsumsi oleh orang yang harus diet rendah lemak. Empedu landak juga diyakini berkhasiat untuk mengobati penyakit asma (Sulistya 2007).Duri landak juga memiliki banyak kegunaan. Kegunaan duri landak yang paling umum adalah sebagai bahan dekorasi peralatan rumah tangga. Contohnya sebagai bahan dekorasi lampu, kaca, tempat tissue, dan sebagainya. Selain itu, duri landak digunakan pula sebagai bahan baku pembuatan aksesoris remaja (gelang, kalung, dan anting-anting). Umat muslim juga sering menggunakan duri landak sebagai alat penunjuk pada saat membaca Al-Quran. Duri landak juga diyakini mempunyai potensi untuk menyembuhkan beberapa macam penyakit. Di Kalimantan, tepung dari duri landak digunakan masyarakat daerah setempat sebagai obat jerawat. Di Jawa Tengah, ekstrak duri landak juga sering digunakan untuk menyembuhkan penyakit gigi dan bisul.Landak adalah rodensia terbesar ketiga setelah capybara dan berang- berang. Landak termasuk ke dalam ordo rodensia yang memiliki 28 spesies. Landak dibedakan menjadi dua famili rodensia, yaitu Hystricidae atau old world

Pengarang:Astri D Hadi

Penerbit:Citra Media

Kategori:Ensiklopedi

Tahun:2011

ENSIKLOPEDI BINATANG PENYEMBUHASTRI D HADI

Tubuh landak sekilas memang menyeramkan. Tubuhnya dipenuhi duri sebagai pertahanan dirinya. Tetapi setelah seluruh duri dicabuti dan dimasak, daging landak ternyata sangat nikmat. Dagingnya berserat halus, empuk, dan tidak bau amis.Menu olahan landak biasa dinikmati di kawasan berudara dingin karena dapat menimbulkan sensasi kehangatan.Adakah khasiat dari daging landak? Ternyata hampir seluruh bagian tubuh landak memiliki khasiat bila dimakan. Hati landak jika dibakar berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit asma dan diabetes. Kulitnya dapat dibuat menjadiasem-asem. Sedangkan daging dan ekornya baik untuk meningkatkan vitalitas pria.Poin yang paling mengejutkan adalah daging landak berkolesterol nol alias bebas kolesterol. Daging landak juga memiliki kandungan penguat stamina dan kitotefin yang berguna bagi penderita asma, di samping itu juga memiliki gen yang dapat mempercepat penyembuhan luka.Tak hanya dagingnya, ternyata duri landak juga berkhasiat. Umumnya duri landak per batang dihargai Rp 5000. Duri landak dipercaya berkhasiat untuk obat sakit gigi, yaitu dengan cara dibakar lalu abunya dioleskan ke bagian gigi yang sakit. Abu duri landak dipercaya juga dapat mengobati masuk angin dengan cara dioleskan pada bagian perut yang terasa kembung.

Dietary protein is essential for growth, maintenance and repair of the body, and can also provide energy. Protein from foods consists of chains of hundreds to thousands of nitrogen-containing amino acids. Some amino acids can be synthesised in the body, whilst others essential amino acids cannot. Therefore, essential amino acids need to be consumed in the diet to maintain good health. Because the pattern of amino acids in other mammal cells is comparable to the pattern in human cells, red meat (and in some cases meat products) is an excellent source of high biological value protein and an important source of the eight essential amino acids for adults (lysine, threonine, methionine, phenylalanine, tryptophan, leucine, isoleucine and valine) and histidine which is considered to be an additional essential amino acid for children.