Adab Ikhtilaf Dalam Islam

2
*~ ADAB IKHTILAF DALAM ISLAM ~*~ Manusia bebas untuk berfikir dengan anugerah akal kurniaan Allah S.W.T. Menggunakan nikmat akal dengan cara yang betul dapat membawa kepada kebaikan. Kita juga dikurniakan nafsu sebagai satu keperluan tetapi nafsu banyak mengarah kepada kejahatan. Akal dan nafsu sentiasa berlawanan antara satu sama lain. Akal semata-mata tidak menjamin sebarang kebaikan, jika tidak dipandu oleh Syariat Allah S.W.T. Umat Islam hari ini bukan sahaja menghadapi serangan berbentuk fizikal, tetapi yang amat membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat perdebatan. Sehingga apa yang telah dinyatakan oleh nabi S.A.W bahawa perselisihan dikalangan umatku adalah satu rahmat kadang-kadang berlaku sebaliknya iaitu menjadi perpecahan. Ini bukan sahaja akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ritual ibadah mereka juga turut menjadi sasaran. PENGERTIAN IKHTILAF Ikhtilaf dalam bahasa arab membawa maksud : tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam ertikata lain setiap orang mengambil yang berbeza samada dalam perkataan maupun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Maka ia memberi makna sama dengan ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum. Al-Imam al-Syatibi berpendapat bahawa : Al-Klilaf ialah suatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan dan bukan hasil dari mencari objektif syarak dengan mengikut dalil-dalinya. Ikhtilaf pula ialah: 1. Pendapat-pendapat yang lahir dari ulama mujtahahidin dalam masaalah-masaalah ijtihadiyyah yang tiada nas qat'ei padanya. 2. Pendapat-pendapat terhadap masaalah-masaalah yang berlaku diantara dua pihak yang jelas bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan tidak ditemuinya. PANDANGAN FUQAHA MENGENAI KHILAF Para Fuqaha telah menggunakan al-Ikhtilaf dan al-Khilaf dengan

Transcript of Adab Ikhtilaf Dalam Islam

Page 1: Adab Ikhtilaf Dalam Islam

*~ ADAB IKHTILAF DALAM ISLAM ~*~

Manusia bebas untuk berfikir dengan anugerah akal kurniaan  Allah S.W.T. Menggunakan nikmat akal dengan cara yang betul dapat membawa kepada kebaikan. Kita juga dikurniakan  nafsu sebagai satu keperluan tetapi nafsu banyak mengarah kepada kejahatan. Akal dan nafsu sentiasa berlawanan antara satu sama lain. Akal semata-mata tidak menjamin sebarang kebaikan, jika tidak dipandu oleh Syariat Allah S.W.T. Umat Islam hari ini bukan sahaja menghadapi serangan berbentuk fizikal, tetapi yang amat membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat perdebatan. Sehingga apa yang telah dinyatakan oleh nabi S.A.W bahawa perselisihan dikalangan umatku adalah satu rahmat kadang-kadang berlaku sebaliknya iaitu menjadi perpecahan. Ini bukan sahaja akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ritual  ibadah mereka juga turut menjadi sasaran.

PENGERTIAN IKHTILAFIkhtilaf  dalam bahasa arab membawa maksud : tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam ertikata lain setiap orang mengambil yang berbeza samada dalam perkataan maupun pendapat.Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Maka ia memberi makna sama dengan ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum.Al-Imam al-Syatibi berpendapat bahawa : Al-Klilaf ialah suatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan dan bukan hasil dari mencari objektif syarak dengan mengikut dalil-dalinya. Ikhtilaf pula  ialah:1. Pendapat-pendapat yang lahir dari ulama mujtahahidin dalam masaalah-masaalah ijtihadiyyah yang tiada nas qat'ei padanya.2.  Pendapat-pendapat terhadap masaalah-masaalah yang berlaku diantara dua pihak yang jelas bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan tidak ditemuinya.

PANDANGAN FUQAHA  MENGENAI KHILAFPara Fuqaha telah menggunakan al-Ikhtilaf dan al-Khilaf  dengan makna yang sama iaitu: " Sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah ( masalah yang tida nas ) tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang dikemukakan". Jika ijtihad itu betul mendapat dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala. Menjadi satu adab yang dilakukan oleh mereka bahawa mereka tidak menyalahkan diantara satu sama lain bahkan menghormati antara sesama mereka.Dr. Yusof Al-Qardawi telah memberikan pandangan bahawa memberikan kefahaman yang diharapkan mestilah diserahkan kepada ulama'  yang jauh dari pemerintah pada sudut pengaruh kuasa dan penghormatan. Mereka lebih dipercayai melalui ketulenan ilmu dan kekuatan mereka terhadap pegangan agama.Oleh yang demikian Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah, berdailog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah beasaskan akal yang sihat, disiplin ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan, sentimen, kepentingan sesuatu dan emosi.

Saturday, 29 September 2012http://bahagiakuredhamu.blogspot.com/2012/09/adab-ikhtilaf-dalam-islam.html

Page 2: Adab Ikhtilaf Dalam Islam