Adakah Guru Seorang Yang Profesional

3
ADAKAH GURU SEORANG YANG PROFESIONAL? Bagi menjawab pertanyaan di atas kita hendaklah melihat semula apakah itu professional. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah dalam buku Asas Kempimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru, profesion adalah suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas (misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dan lain-lain). Konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Timbullah persoalan dimana ‘Adakah Guru Seorang Yang Profesional?’ Aspek keguruan di anggap suatu yang professional apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. Seorang guru yang bertauliah mempunyai pengetahuan yang luas di dalam matapelajaran utama yang di ajarnya. Seorang guru akan menjalani latihan keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang matapelajaran , pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik menyampaikan pelajaran. Seorang guru juga harus mempunyai pengetahuan mengenai pelajarnya sendiri. Pengajaran yang efektif di dalam kelas membolehkan guru tersebut tahu mengenai perkembangan setiap pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pemahaman mengenai kepelbagaian kognitif, budaya serta emosi dapat membantu guru meningkatkan potensi yang ada

description

Adakah Guru Seorang Yang Profesional

Transcript of Adakah Guru Seorang Yang Profesional

Page 1: Adakah Guru Seorang Yang Profesional

ADAKAH GURU SEORANG YANG PROFESIONAL?

Bagi menjawab pertanyaan di atas kita hendaklah melihat semula apakah itu

professional. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah dalam

buku Asas Kempimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru, profesion adalah

suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan

pelajaran yang tinggi dan latihan khas (misalnya dalam bidang undang-undang,

perubatan, perakaunan, dan lain-lain). Konsep professional pula merujuk kepada

ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.

Timbullah persoalan dimana ‘Adakah Guru Seorang Yang Profesional?’

Aspek keguruan di anggap suatu yang professional apabila guru memperoleh

pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang

panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai

kuasa autonomi dalam membuat keputusan. Seorang guru yang bertauliah

mempunyai pengetahuan yang luas di dalam matapelajaran utama yang di ajarnya.

Seorang guru akan menjalani latihan keguruan dari segi pengetahuan mendalam

tentang matapelajaran , pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik

menyampaikan pelajaran. Seorang guru juga harus mempunyai pengetahuan

mengenai pelajarnya sendiri. Pengajaran yang efektif di dalam kelas membolehkan

guru tersebut tahu mengenai perkembangan setiap pelajarnya dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Pemahaman mengenai kepelbagaian kognitif,

budaya serta emosi dapat membantu guru meningkatkan potensi yang ada di dalam

setiap murid. Guru juga harus mempunyai pengetahuan mengenai cara setiap murid

nya belajar dan keperluan pelajar agar guru dapat memberikan pendekatan dan

tugasan yang sesuai dengan kebolehan setiap murid tersebut. Selain daripada itu,

guru juga boleh memotivasikan setiap pelajarnya dengan cara yang sesuai dan

terbaik.

Seperti yang kita tahu, suatu tugas professional mempunyai latihan ikhtisas

dalam latihan perguruan. Setiap guru juga mempunyai kuasa autonomi dalam

menentukan kaedah mengajar di dalam bilik darjah dan pemilihan teknik dan strategi

yang sesuai bagi anak-anak muridnya. Seorang guru tersebut mempunyai autoriti

atau bidang kuasa seperti menentukan kaedah mengajar didalam kelas, mempunyai

Page 2: Adakah Guru Seorang Yang Profesional

kawalan disiplin pelajar dan boleh menentukan ganjaran atau denda bagi setiap

perlakuan pelajar, pengelelolaan gerak kerja kokurikulum dan menjadi pembimbing

kepada pelajar khasnya di dalam pemilihan kerjaya dan bidang pengajian

khususnya.

Terdapat empat ciri umum yang menjadikan bidang keguruan sebagai suatu

bidang professional iaitu, seorang guru mempunyai ilmu yang sangat tinggi

berbanding orang awam yang bukan guru. Ini kerana seorang guru mempunyai

pengetahuan yang luas dan menjalani latihan khas di Institut Perguruan. Selain

daripada itu, setiap guru matapelajaran mempunyai pengetahuan yang mendalam

bagi setiap matapelajaran yang di ajarnya. Guru juga membuat kajian terperinci

mengenai permasalahan pelajar di sekolah dan menerbitkannya bagi tujuan kajian

pada masa akan datang. Profesion keguruan juga mempunyai piawaian kemasukan

yang tertentu dan mempunyai perlesenan bagi setiap matapelajaran yang ingin di

ajar. Syarat kemasukan di dalam Institut Perguruan adalah tinggi di mana setiap

bakal guru yang ingin memasuki institute hendaklah cemerlang di dalam lima atau

lebih subjek dan mesti cemerlang di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Setiap

beberapa tahun sekali, institute akan di pantau oleh pihak tertentu bagi menguji

kualiti pengajian di institute tersebut. Guru di dalam bilik darjah mempunyai autonomi

di dalam membuat keputusan. Ketika guru berada di dalam bilik darjah, guru

tersebut mempunyai kuasa bagi menentukan apa sahaja yang ingin dilakukannya.

Kaedah dan teknik mengajar, menentukan ganjaran atau denda bagi setiap

perlakuan pelajar, dan lain-lain lagi. Guru juga mempunyai darjat dan martabat di

dalam suatu masyarakat dan mempunyai sumber ekonomi yang kukuh. Guru

mempunyai gaji yang tetap dan akan meningkat setiap tahun perkhidmatannya.

Guru juga mempunyai gaji yang tinggi berbanding tugas-tugas yang lain. Pekerjaan

seorang guru di angkat tinggi oleh sesebuah masyarakat. Mereka di sanjung dan di

pandang tinggi sebagai sorang pendidik, pemudah cara, pengurus dan macam-

macam lagi. Seorang guru juga di angkat martabatnya di mana ibubapa mempunyai

kepercayaan kepada guru untuk mendidik anaknya untuk menjadi seorang yang

berjaya kelak.