Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

download Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

of 22

Transcript of Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    1/22

    Bab 11: Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan

    Profesional Kendiri;

    Cabaran Profesion Keguruan

    11.1 Kemahiran Profesional Guru

    Kemahiran-kemahiran professional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri

    daripada:

    11.1.1 Kemahiran Belajar

    Kemahiran membaca, memerhati, menulis, menghafal, mengingati,

    berfikir, menganalisis, mensintesis dan menilai.

    Cara-cara guru menerima dan memahami isyarat serta merancang

    strategi-strategi belajar.

    Kemahiran belajar yang penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru

    terdiri daripada:

    (a) cara-cara bagaimana guru menganalisis pelbagai jenis maklumat

    daripada sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.

    (b) cara bagaimana guru membuat penilaian terhadap pelbagai sumber

    pembelajaran dan pengajaran.

    (c) cara-cara guru mengoptimumkan sumber-sumber pengajaran dan

    pembelajaran tersebut.

    11.1.2 Kemahiran Berfikir

    Interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:

    (a) pengetahuan

    (b) kemahiran kognitif

    (c) sikap dan nilai

    1

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    2/22

    Empat cabang utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran

    berfikir secara kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir.

    Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah

    secara logik dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin

    berbeza daripada seorang guru dengan guru yang lain.

    Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahiran-

    kemahiran yang berikut:

    -- menganalisis sesuatu masalah secara terperinci.

    -- menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih

    menyeluruh

    mengenai sesuatu konsep.

    -- kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza.

    -- menyusun isi dalam bentuk menaik ataupun menurun.

    -- membuat keputusan rasional.

    -- membuat penilaian secara menyeluruh.

    Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:

    -- menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi

    bermasalah.

    -- membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana

    guru

    perlu memutuskan satu tindakan wajar.

    -- membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza.

    -- meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana

    guru dapat

    membayangkan apa yang akan berlaku dalam satu situasi bermasalah.

    -- membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diujikesahannya.

    -- mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta

    yang

    berasingan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh.

    2

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    3/22

    -- mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan

    membuat

    pernyataan-pernyataan umum.

    -- menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan

    antara

    konsep-konsep yang berlainan.

    -- membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu

    yang

    abstrak di dalam pemikirannya.

    -- merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang

    boleh

    digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru

    perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi,

    analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajarannya.

    Guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat

    membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasionalterhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.

    Guru juga harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang

    lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang

    melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk

    mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    11.1.3 Kemahiran Merancang

    Guru perlu membuat penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran di mana

    beliau perlu membuat rancangan kerja (tahunan, semester, mingguan dan

    harian).

    Guru perlu ada kemahiran merancang persediaan mengajar yang terdiri

    daripada isi kandungan dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh

    3

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    4/22

    murid dalam pengajarannya. Persediaan mengajar membolehkan guru

    bersedia untuk mengajar murid-muridnya dengan terancang dan teratur.

    Seorang guru mesti juga pandai merancang cara-cara untuk mencapai

    objektif pengajaran dan pembelajaran.

    Kemahiran-kemahiran lain yang termaktub dalam kemahiran merancang

    persediaan mengajar ialah:

    (a) memilih isi pengajaran

    (b) memilih strategi dan kaedah

    (c) merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    (d) menyediakan bahan pengajaran

    Guru juga perlu ada kemahiran merancang seperti berikut:

    (a) set induksi yang dapat menarik perhatian murid.

    (b) objektif eksplisit yang realistik berdasarkan kebolehan murid dan

    perbezaan individu.

    (c) alat bantuan mengajar yang pelbagai dalam pengajarannya.

    (d) aktiviti pengukuhan dan penutup yang sesuai.

    (e) penggunaan pemeringkatan isi daripada yang senang kepada yang susah

    dan daripada konkrit kepada abstrak.

    Selain daripada itu, guru juga mesti ada kemahiran merancang untuk

    mencapai yang berikut:

    (a) Interaksi dan komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah pada kadar

    yang tinggi.

    (b) Disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja di kalangan murid dapat

    diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran.

    (c) Aktiviti peneguhan untuk memotivasikan murid-murid.

    (d) Aktiviti pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang lemah manakalaaktiviti pengayaaan dijalankan untuk murid-murid yang pandai.

    11.1.4 Kemahiran Pemudahcaraan

    Guru sebagai fasilitator yang membmbing, memotivasikan serta

    menggerakkan murid.

    4

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    5/22

    Guru membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menujukan soalan-

    soalan untuk menggalakkan murid berfikir dan mewujudkan satu suasana

    pengajaran dan pembelajaran yang positif.

    Guru mengawal disiplin dan memastikan kerja kumpulan dijalankan

    dengan sistematik.

    11.1.5 Kemahiran Berkomunikasi

    Guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan sistematik serta bertutur

    dan menulis dengan jelas.

    Guru bertutur dengan pelbagai nada, suara yang lancar dan tatabahasa

    yang betul.

    11.1.6 Kemahiran Mengurus

    Guru meransangkan suasana pembelajaran dalam kelas dan mewujudkan

    situasi-situasi pembelajaran yang berkesan.

    Guru perlu mengurus keadaan fizikal dan disiplin bilik darjah.

    Guru mengurus sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang

    digunakan.

    5

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    6/22

    11.2.1 Peningkatan Profesional Kendiri

    a) Peningkatan Kendiri

    Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, statusdan pengetahuan kendirinya.

    Boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:

    (a)Penyelidikan tindakan

    - satu bidang kajian berbentik refleksi kendiri yang perlu diamalkan oleh

    setiap guru.

    - untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan

    dengan amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial.

    - melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat

    refleksi:

    (i) Merancang menganalisis masalah dan membuat perancangan yang

    strategik.

    (ii)Memerhati membuat penilaian terhadap tingkah laku yang

    diperhatikan dengan kaedah-kaedah yang sesuai.

    (iii)Membuat refleksi untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan

    penyelidikan tindakan secara keseluruhan.

    - ciri-ciri penyelidikan tindakan:

    (i) lebih kepada proses renuangan kendiri.

    (ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pedidikan.

    (iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik.

    (iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam

    bilik darjah.

    (v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis.- tujuan penyelidikan tindakan:

    (i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    (ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru.

    - prinsip prinsip dalam penyelidikan:

    6

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    7/22

    (i) Prinsip reflektif menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis

    dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kajian.

    (ii) Prinsip kolaboratif para penyelidik mesti cuba mencari jalan

    penyelesaian secara kolaboratif.

    (iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang

    berlaku dalam penyelidikan tindakan juga adalah tinggi.

    - Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan:

    Kajian Kes dan Pemerhatian:

    - kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan tindakan.

    - dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut:

    (i) Pernyataan masalah

    (ii) Cadangan hipotesis

    (iii)Rancangan pengumpulan data

    (iv) Menganalisis dan mengintepretasi data

    (v) Membuat refleksi dan penilaian

    (b) Muhasabah Diri / Refleksi

    Refleksi : - satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme

    keguruan.

    - satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali

    serta memikirkan cara-cara untuk meningkatka strategi pengajaran supaya

    ia lebih berkesan pada masa hadapan.

    Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat:

    (i) Kefahaman mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau

    masalah pedagogi.(ii) Transformasi merancang tindakan-tindakan pedagogi.

    (iii)Pelaksanaan melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-

    tindakan pedagogi yang dirancang.

    (iv) Penilaian menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan.

    (v) Refleksi membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil.

    7

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    8/22

    Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya

    dalam sebuah jurnal reflektif.

    Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri,

    menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil

    tindakan susulan yang berkesan.

    (c)Budaya Ilmu

    o Budaya ilmu ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang

    dilaksanakan oleh setiap anggota dalam masyarakat dan yang diterima

    sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup.

    Rajah 1: Komponen budaya ilmu

    o Guru mesti menjadi role model (mengamalkan segala aspek nilai budaya

    ilmu dahulu) kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya

    dalam amalan budaya ini.

    o Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar

    dengan salah satu cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan generasi yang

    mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang

    dalam amalan pendidikan seumur hidup.

    8

    Komponen-

    komponen

    buda a ilmu

    Budaya Membaca

    Budaya Berkarya

    Budaya Belajar

    Budaya Berfikir

    Budaya Bermusyarah

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    9/22

    o Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti

    berikut:

    1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca

    dengan matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan

    mengembangkan kebolehan berfikir sendiri.

    2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan

    amalan berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan

    penilaian.

    3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan

    tahap pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses

    pembelajaran.

    4) Budaya kreatif: sentiasa cuba berkongsi ilmu

    pengetahuan/kemahiran secara lisan/bertulis sebagai sumbangan

    yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

    5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan

    mengenai hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara

    persetujuan bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif.

    6) Budaya refleksi: proses penilaian kendiri yang berterusan

    berdasarkan dapatan kajian kes pendidikan dengan tujuan untuksedar dan memahami kekuatan dan kelemahan, dan seterusnya

    cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi kesemua

    kelemahan melalui tindakan susulan.

    (d) E-Pembelajaran

    Satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri.

    Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan

    laman web yang dapat meningkatkan mutu P&P guru.

    Gabungan internet dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran

    keupayaan-internet.

    Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan kekangan untuk

    sampai kepada murid.

    9

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    10/22

    Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara

    individu pada masa sebenar membantu pembentukan komuniti yang

    berilmu serta menjalinkan murid dan pengamal dengan pakar.

    kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web ditunjukkan seperti di

    bawah:

    a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila

    masa dan ke mana-mana sahaja

    b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif

    dari jauh

    c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif

    d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai

    e-buku dan laman web yang berkaitan

    e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM

    f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini

    g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan

    fasilitator aktiviti

    h) membolehkan pelajar membentuk komponen pembelajaran

    berasaskan web formal dan informal

    i) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah/tugasan

    j) boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet

    k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan

    konferens video, pemilihan video/ruang perbincangan

    l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video

    dan animasi dalam bahan pembelajaran.

    Berikut merupakan sebahagian daripada sebab-sebab kita harus

    melibatkan diri dengan e-pembelajaran:

    a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan

    b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai

    c) bertindak sebagai kaedah pengajaran/alat pendidikan yang

    alternatif

    10

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    11/22

    d) satu kaedah yang diperoleh oleh pekerja berpengetahuan

    (knowledge worker) umtuk mempertingkatkan pengethuan dan

    kemhiran melalui pembelajaran sepanjang hayat

    e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan

    kritis.

    E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan:

    a) Internet

    sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna

    komputer berkomunikasi secara global dengan pengguna-

    pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat,

    membekalkan gambar/filem dan sebagainya.

    Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi

    yang membekalkan jaringan perantaraan untuk pengguna-

    pengguna internet, orang-orang yang terlibat akan dapat

    berkomunikasi secara global melalui e-mail/mencari

    maklumat melalui www.

    Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat

    kategori yang utama, sebagaimana yang dihuraikan secara

    ringkas dalam jadual berikut:

    Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan

    Kegunaan Am Kegunaan Pendidikan

    - Carian dan penerimaan

    maklumat

    -Urusan maklumat pendidikan,

    penyelidikan,pembelajaran interaktif.

    - Menerbit dan membekal

    maklumat

    - Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan

    penyelidikan

    - Menulis dan menjawab - Mengemukakan soalan, menjawab soal

    selidik.- Kolaboratif - Pembelajaran kelaboratif, penyelesaian

    masalah pendidikan secara usahasama.

    b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

    11

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    12/22

    PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,

    Pendidikan Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran.

    PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara:

    i. Dengan penggunaan pelbagai jenis alat

    penghantaran seperti radio, televisyen

    tempatan/televisyan satelit, guru dapat

    menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan

    pelajar-pelajar.

    ii. Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk

    bercetak, rakaman pita, rakaman video/menyediakan

    program dalam disket komputer ke pusat-pusat

    sumber untuk dipinjam oleh pelajar-pelajar. Dengan

    perkembangan kegunaan komputer yang semakin

    canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program

    CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.

    c) Pendidikan Terbuka

    Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan

    masyarakat/aktiviti pendidikan di luar sekolah.

    Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan

    segala aktiviti dijalankan di tempat-tempat bekerja/di rumah.

    Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah

    PJJ,Pendidikan Universiti Virtualdan Pendidikan Universiti

    Terbuka.

    d) Pendidikan Radio dan Televisyen

    Radio dan televisyan merupakan alat Bantu mengajar yang

    berkesan untuk aktiviti P&P, khususnya dalam bidang

    penguasaan kemahiran bahasa.

    12

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    13/22

    Program ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi

    Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Program ini disediakan mengikut Sukatan Pelajaran KBSR

    dan KBSM.

    e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan

    Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa

    reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang

    pendidikan, khasnya dalam teknoogi pendidikan, teori

    pendidikan, teori P&P, pengurusan sekolah, sistem

    pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

    Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh

    dibahagikan kepada beberapa bidang, seperti:

    i. Komputer Membantu Pendidikan menggunakan

    teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan

    tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya.

    ii. Komputer Membantu Pengajaran penggunaan

    teknologi dan sistem komputer dalam proses

    pengajaran. Pelajar mengikut pelajaran terancang

    secara sendiri tanpa kehadiran guru.

    iii. Komputer Mengurus Pengajaran teknologi

    digunakan untuk mengumpul data dan membuat

    analisis serta nilai keberkesanan pengajaran,

    penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan

    interaksi murid-murid dalam bilik darjah.

    iv. Komputer Membantu Pengujian pengujian ini

    biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu:

    Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan

    dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian

    diperiksa dan diberi markah oleh komputer.

    13

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    14/22

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    15/22

    11.4.1 Cabaran Profesion Keguruan

    11.4.2 Sekolah berkualiti

    1. Setiap sekolah mempunyai visi dan misi.

    2. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap murid mendapat tempat

    belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap,

    berketrampilan dan penyayang pada setiap masa.

    3. Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan bahawa setiap murid mendapat

    manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-kurikulum,

    program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa

    persekolahan mereka.

    4. Misi sekolah berkualiti adalah menjaga kebajikan serta meningkatkan

    profesionalisme guru pada setiap masa.

    5. Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu

    murid ke arah kecermerlangan.

    6. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja

    kakitangan sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan

    salah laku dan memperluaskan khidmat kaunseling kerjaya dan bimbingan

    untuk murid-murid bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid.

    7. Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti:

    a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh

    warga sekolah.

    b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru.

    c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi

    mewujudkan suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif.

    15

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    16/22

    d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah

    berkualiti masa hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020.

    8. Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi

    sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan

    Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam

    erti kata yang sebenar.

    9. Di antara intisari-intisari Wawasan Pendidikan ini ialah:

    a) Pepaduan

    b) Pengurusan dan kepimpinan

    c) Perkhidmatan penyayang

    d) Empowerment

    e) Budaya ilmu

    f) Skolah penyayang

    g) Budaya cemerlang

    10. Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan

    bagi pihak sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai

    matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah

    pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah displin, tiada masalah

    pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan sebagainya.11. Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat

    penting.

    12. Definisi pengajaran efektif adalah:

    a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai

    mengikut objektifnya.

    b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat-

    sifat adil, demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur,

    cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.

    13. Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses

    sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat

    mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah sebuah institusi yang memainkan

    peranan dalam pengekalan budaya masyarakat.

    16

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    17/22

    14. Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu

    aspek fizikal, aspek social, aspek perkembangan intelek dan aspek

    penggunaan bahasa.

    15. Ciri-ciri sekolah berkualiti:

    a) perhubungan yang saling hormat-menghormati

    b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang

    diaturkan oleh pihak pentadbir sekolah.

    c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah

    d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam

    kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha

    menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

    e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram

    f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti

    pendidikan.

    11.4.3 Pengurusan perubahan

    1. Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlu menghasilkan murid-

    murid seperti berikut:

    a) cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik

    b) bernilai di pasaran kerja tempatan dan antarabangsa

    c) peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara

    d) serba boleh, berdaya maju, kreatif dan cekap berkomunikasi

    2. Dalam pengurusan perubahan terkini, sekolah juga harus mengamalkan

    strategi pengajaran dan pembentukan kurikulum berasaskan Pembelajaran

    Berasakan Masalah (PBM).

    17

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    18/22

    3. Dalam PBM, masalah dalam kehidupan sebenar mendorong murid-murid

    untuk mengenal pasti dan mengkaji konsep dan prinsip yang mereka perlu

    ketahui dalam proses penyelesaian masalah.

    4. Kaedah pembelajaran PBM menggabungkan teknik-teknik pembelajaran aktif,

    pembelajaran kerjasama, pembelajaran berasakan pengalaman,

    pembelajaran berasakan konteks, pembelajaran konstruktif dan pembelajaran

    inkuiri.

    5. Dalam pengurusan perubahan, aspek-aspek yang harus ditekankan oleh guru

    ialah penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

    murid dan bukannya berpusatkan guru, berasakan perkembangan teknologi,

    berpandukan hasil penyelidikan terkini dan berlandaskan psikologi

    pertumbuhan dan perkembangan murid.

    11.4.4 Perubahan dalam pendidikan

    1. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan

    teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan

    bijak. Guru harus memahami fenomena ini dan berusaha menggabungkanpelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kea rah melahirkan satu corak

    penyampaian pengajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik

    darjah.

    2. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan

    globalisasi pendidikan.

    3. Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah

    a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu

    b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah

    terbentuk jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya

    kini dan segala yakin sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup

    tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan.

    c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi

    18

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    19/22

    d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika

    e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi

    toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia.

    f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif,

    berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka.

    g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.

    h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya.

    i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang

    mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan

    mempunyai daya ketahanan.

    (a) Pembestarian pendidikan

    1. Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk

    menubuhkan sistem persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang

    berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif

    dan penyayang dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini.

    2. Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem

    pendidikan di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi,

    sosial dan budaya masa kini.3. Dalam proses pembestarian pendidikan, sekolah-sekolah diharap

    mencapai matlamat yang berikut:

    a. penerapan budaya berfikir

    b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid.

    c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif

    d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

    e. pengurusan persekolahan yang efektif

    4. Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan

    ialah:

    a. guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan

    pengajaran dan pembelajaran bestari.

    19

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    20/22

    b. guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam

    rancangan pengajaran dan pembelajaran.

    c. guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari

    d. murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan terarah

    kendiri/pasukan terarah kendiri.

    e. guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki

    murid-murid untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir.

    f. guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan

    banyak bahan daripada sumber-sumber hasil perkembangan

    teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.

    5. Pengajaran guru adalah bersifat pembimbing di sisi dan berciri seperti

    berikut:

    a. berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan murid

    berkembang secara menyeluruhn dan seimbang.

    b. mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan

    penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum.

    c. pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan

    secara eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akseskepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara

    self-paced merentasi kurikulum sekolah.

    d. teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan

    era teknologi maklumat.

    6. Hala tuju yang utama dalam sekolah bestari ialah ke arah

    mengoptimumkan potensi murid dalam proses mencari ilmu yang lebih

    bersifat:

    Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)

    Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)

    Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

    20

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    21/22

    (b) Globalisasi pendidikan

    1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian

    Pendidikan untuk melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi

    dalam pendidikan dan menjadi pemimpin global dalam bidang pendidikan.

    2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek

    pengumpulan dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu

    tempat yang boleh dikunjungi ramai melalui pendidikan jarak jauh dan

    sistem pendidikan terbuka.

    3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk

    elektronik dan dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan

    meluas.

    4. Dengan adanya penciptaan internet, murid dapat membuat

    pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan

    mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat mencari bahan sumber

    tempatan, kebangsaan dan global melalui internet.

    5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai

    dari seluruh pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan

    antara murid dan guru atau di antara guru-guru di luar waktu

    persekolahan.6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui

    maklumat dengan cekap dan selektif.

    7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai

    kebaikan dan keburukan teknologi serta memahami perkembangan

    teknologi semasa supaya mereka dapat menandingi secara global.

    8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan

    teknologi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan menbuat

    kolaborasi secara global.

    9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam

    pelaksanaan Misi Kementerian Pendidkan adalah amat penting.

    10.Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut:

    a) Peka terhadap persekitaran sekolah

    21

  • 8/14/2019 Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan Profesional Kendiri; Cabaran Profesion Keguruan

    22/22

    b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ ntugas

    c) Meningkatkan hubungan interpersonal

    d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan

    e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)

    (c) Pekerja Ilmu

    1. Sistem pendidikan kea arah kecemerlangan telah membawa kepada

    penubuhan sekolah bestari menjelang tahun 2020 bagi semua skolah di

    Malaysia.

    2. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu menginterasikan teknologi

    maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    3. Menginterasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem

    pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK d kalangan murid-murid

    sekolah dan seterusnya menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin

    perkembangan negara maju.