Adakah Kejuruteraan Genetik

6
Adakah Kejuruteraan Genetik (KG) Selamat? by Pesticide Action Network Asia & The Pacific KG: Kelemahan-Kelemahan Asas Kurangnya Maklumat Tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut. Teknologi Yang Tidak Tepat Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku. Menurut seorang ahli sains gen yang terkemuka: “Bayangkan seseorang sedang memanah kepada sasarannya. Sekarang tutup mata orang yang sedang memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang jurutera genetik yang sedang melakukan pemindahan gen.” Kesan Sampingan Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang. Gen menghasilkan protein, yang biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan tambahan yang tidak disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk. Kegagalan Tanaman Yang Meluas Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-benih ini, kesemua benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika kulat, virus atau haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal. Ancaman Kepada Keseluruhan Sistem Makanan Manusia Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan, persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan tumbuhan liar yang sama

Transcript of Adakah Kejuruteraan Genetik

Page 1: Adakah Kejuruteraan Genetik

Adakah Kejuruteraan Genetik (KG) Selamat?

by Pesticide Action Network Asia & The Pacific

KG: Kelemahan-Kelemahan Asas

Kurangnya Maklumat Tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut.

Teknologi Yang Tidak Tepat Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku. Menurut seorang ahli sains gen yang terkemuka:

“Bayangkan seseorang sedang memanah kepada sasarannya. Sekarang tutup mata orang yang sedang memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang jurutera genetik yang sedang melakukan pemindahan gen.”

Kesan Sampingan Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang. Gen menghasilkan protein, yang biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan tambahan yang tidak disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk.

Kegagalan Tanaman Yang MeluasKejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-benih ini, kesemua benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika kulat, virus atau haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal.

Ancaman Kepada Keseluruhan Sistem Makanan Manusia Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan, persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan tumbuhan liar yang sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak organik, adalah terdedah kepada pencemaran gen ini.

Masalah Kesihatan

Tiada Ujian Keselamatan Jangka PanjangKejuruteraan genetik mengubah sifat asli makanan yang kita makan. Tanpa ujian jangka panjang, tiada siapa tahu jika makanan ini selamat. Contohnya, kesan sampingan racun serangga hanya diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.

Page 2: Adakah Kejuruteraan Genetik

ToksinKejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan.

Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada kentang KG terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus-tikus yang diberi makan kentang ini mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ penting mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan hormon tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin menyumbang kepada meninggikan risiko barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.

Reaksi AlahanKejuruteraan genetik juga boleh menghasilkan agen penyebab alahan pada makanan. Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli sains di University of Nebraska menunjukkan bahawa kacang soya KG yang dihasilkan supaya mengandungi protein yang biasa terdapat pada kacang Brazil menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang alah kepada kacang Brazil.

Virus

Apabila tanam-tanaman yang dihasilkan secara genetik untuk melawan virus tertentu dijangkiti virus lain, sejenis virus baru yang boleh mengubah ciri-ciri dan sifat biologi perumah tersebut boleh terhasil.

Bakteria Tahan Antibiotik Jurutera genetik menggunakan gen yang tahan antibiotik untuk menanda gen yang dimasukkan untuk membantu mengenalpasti tanaman KG. Gen-gen ini mungkin diserap oleh bakteria dan bakteria itu tidak akan alah kepada antibiotik itu lagi. Ini boleh menyumbang kepada bertambahnya jumlah bakteria dan virus yang tahan antibiotik.

Nilai Khasiat BerkuranganDalam kes-kes tertentu, kandungan khasiat dalam tanaman KG boleh berubah. Makanan transgenik mungkin mengelirukan pengguna, kononnya ia lebih segar dan lebih berkhasiat. Contohnya, tomato merah yang kelihatan segar dan ranum boleh jadi telah dipetik beberapa minggu sebelumnya dan telah kurang kandungan khasiatnya.

Masalah Tidak Dapat Dikesan Tanpa label yang sepatutnya, agensi yang mengawasi kesihatan awam tidak mampu mengesan punca masalah yang timbul. Akibatnya, tragedi boleh berlaku dan ini amat menakutkan.

Pencemaran Alam

Bertambahnya Penggunaan Racun RumpaiLebih 50 peratus daripada tanaman yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat telah

Page 3: Adakah Kejuruteraan Genetik

dicipta sedemikian rupa supaya ia tahan racun. Akibatnya, para peladang yang tahu bahawa tanaman mereka dapat melawan racun akan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

Lebih Banyak Racun SeranggaTanaman kini juga dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dengan ini, bilangan serangga yang tahan racun akan bertambah. Strategi ini akan menyebabkan bertambahnya kandungan racun serangga di ladang-ladang dan di dalam makanan kita, yang mana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.

Kerosakan Ekologi Pengaruh organisma yang diubah secara genetik di dalam rantai makanan boleh merosakkan ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan yang tidak dijangka pada alam sekitar. Organisma-organisma baru akan bersaing dengan jayanya dengan tumbuhan liar sejenisnya dan ada kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus.

Apabila tanaman KG ditanam dekat dengan tumbuhan liar sejenisnya yang aktif, penyebaran gen dari satu pokok ke pokok lain melalui pendebungaan silang sukar dielakkan. Menurut laporan, penyebaran gen seperti inilah yang telah menghasilkan tumbuhan kanola transgenik di Eropah dan Kanada. Kajian yang perlu untuk mentaksir kesan yang boleh berlaku akibat pendebungaan silang ini tidak pula dijalankan.

Ada juga kesan-kesan buruk daripada tanaman KG ke atas spesis lain, contohnya kebimbangan mengenai kesan tanaman KG pada alam sekitar bertambah apabila rama-rama didapati mati selepas menghisap madu rumput yang tercemar dengan debunga jagung hasil kejuruteraan genetik.

Pencemaran Gen Tidak Boleh Dibersihkan Sekali organisma, bakteria dan virus KG disebarkan ke alam sekitar, adalah mustahil untuk mengumpul atau menariknya kembali. Kesan negatifnya tidak dapat diubah.

Kesan Ke Atas Industri Pertanian Dan Peladang Tanaman dan makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik mempunyai risiko tinggi ke atas kesihatan dan alam sekitar, malah ia juga menyusahkan para peladang. Masalah-masalah yang timbul termasuklah:

Kehilangan PasaranDengan bertambahnya jumlah pengguna yang menolak makanan hasil kejuruteraan genetik kerana kesan yang mungkin timbul kepada kesihatan dan alam sekitar, para peladang kini kehilangan pasaran. Mereka juga terpaksa menanggung beban kewangan dan logistik untuk menjalankan ujian dan pengasingan tanaman KG yang telah mereka setujui dengan syarikat yang menjanjikan hasil dan keuntungan yang lebih besar.

Hilang Kebebasan Tanaman KG memberikan pihak syarikat kuasa mengawal benih, dan dengan itu ia juga mempunyai kuasa ke atas peladang. Di seluruh dunia, kira-kira 1.4 bilion

Page 4: Adakah Kejuruteraan Genetik

peladang menyimpan benih, menanam semula, meniagakan dan berkongsi benih itu dengan peladang lain, serta membiakkan benih itu untuk menghasilkan tanaman yang sesuai dengan keadaan setempat. Sebaliknya, benih-benih KG adalah dilesenkan, biasanya untuk satu musim. Peladang boleh makan atau menjual hasil tuaian mereka, tetapi tidak boleh menggunakan benih yang dihasilkan semula oleh tanaman itu.

Malah, Monsanto, sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam bidang pertanian, telah mengambil tindakan undang-undang ke atas beratus-ratus orang peladang untuk mengukuhkan penguasaan mereka ke atas bagaimana benih-benih itu digunakan. Teknologi baru yang sedang dibangunkan akan membenarkan sekatan ini, yang akan dikuatkuasakan secara biologi.

Teknologi KG "Pembunuh" Dan "Pengkhianat" Di negara-negara maju, syarikat-syarikat TNC menghendaki para peladang menandatangani kontrak bagi benih-benih KG yang mereka beli dan bahan kimia yang diperlukan. Walaupun kontrak seperti ini tidak dikuatkuasakan di negara-negara membangun (kerana masalah polisi mengenai perjanjian seperti ini), syarikat-syarikat ini menggunakan cara jahat yang lain untuk menjerat para peladang menggunakan benih-benih KG. Ini termasuklah mencipta benih yang menghasilkan tanaman yang mandul atau mengawal sifat-sifat genetiknya melalui bahan kimia.  Teknologi "Pembunuh" Teknologi “Pengkhianat” Generasi baru teknologi “Pembunuh” berfungsi dengan cara mengawal tanaman KG. Benihnya hanya akan tumbuh jika disembur dengan bahan kimia yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tertentu. Ada juga teknologi untuk mengawal proses lain seperti proses percambahan, penunasan, pengeluaran bunga, penghasilan buah dan sebagainya. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=98

A baru "jenis" gandum yang mempunyai semua sifat-sifat yang baik kekal, manakala semua aspek-aspek yang tidak baik dan keupayaan dihapuskan, pelbagai ini dipanggil makanan GMO. Untuk memanipulasi tanaman, haiwan, atau manusia adalah agak mudah dengan teknologi canggih hari ini. Hari ini anda tidak boleh menukar gen dan spesies, kita juga boleh klon mereka. Dalam tomato merupakan enzim yang menjadikan proses masak pendek. Jika enzim ini akan ditemui dalam jumlah yang kecil, ia akan bermakna bahawa pembaziran yang besar akan dikurangkan dengan ketara. Daripada tomato didapati di kedai adalah sekurang-kurangnya sebagai pelakon walaupun sebelum mereka tiba kerana mereka menjadi terlalu masak semasa pengangkutan. Untuk mengurangkan jumlah enzim dipindahkan sekeping DNA khas kejuruteraan ke dalam bakteria, yang seterusnya gen kepada tomato biasa. Oleh itu, ia kini telah membangunkan tomato yang diubahsuai secara genetik tanpa kualiti yang lemah. Seiring dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan kami yang semakin berkembang keturunan, gen, dan molekul DNA telah peluang besar baru dibuka. Man boleh mengubah dan mencipta organisma baru. Kita boleh bergerak gen dan mengenal pasti secara terperinci mesej genetik organisma. Kami juga boleh menghasilkan DNA sintetik. Kejuruteraan genetik boleh bermakna kebahagiaan, tetapi juga kemusnahan - ia adalah, tiada siapa tahu lagi, maka teknologi ini adalah jenama baru. Untuk mencapai yang paling dalam lembu tenusu yang berhasil tinggi dan spesis tumbuhan dan tanaman sehingga penyelidik telah membuat beberapa salib dan pemilihan antara spesies, tetapi tidak pernah menyentuh gen mereka. Apakah penglibatan kesan manusia mungkin mempunyai dalam jangka

Page 5: Adakah Kejuruteraan Genetik

masa panjang, kita mempunyai pada masa ini tidak mempunyai idea. Apa yang berlaku apabila seorang lelaki memainkan Tuhan?! Dengan pemetaan genom manusia, kita boleh mencegah penyakit keturunan daripada merebak ke generasi ke generasi. Makanan GMO boleh menyelamatkan seluruh benua dari kebuluran, tetapi terima kasih kepada sedikit penyelidikan ke kesan ini telah membawa kepada beberapa negara Afrika telah diharamkan dan enggan GM makanan. Hujah-hujah yang menyokong dan menentang kejuruteraan genetik banyak dan tidak ada pakar-pakar hari ini bersetuju mengenai apa yang betul atau salah. Apa yang berlaku apabila perkara yang pergi ke laut dan anjing meletakkan dengan telur dan lembu-lembu meows dan batuk hairballs ... Persoalan sentiasa tinggal adalah sama ada kita mempunyai hak untuk menjalani kehidupan kita, satu kesilapan boleh kos kita kemusnahan manusia! Adakah ia benar-benar hak untuk menceburi sesuatu yang kita tidak tahu dan cuba untuk menguasai? Bukankah lebih baik untuk menjalankan penyelidikan tertumpu kepada mengetahui dengan ketidaktentuan berlaku kecil dan risiko?