ADAT DALAM PERKAHWINAN

download ADAT DALAM PERKAHWINAN

of 14

Transcript of ADAT DALAM PERKAHWINAN

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    1/14

    1- ADAT DALAM PERKAHWINAN

    a) Adat Merisik

    - Merupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk menentukan

    calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah istilah komunikasi

    lisan yang difahami oleh penduduk kampung tersebut yang memberikan pengertian

    bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki ataupun ditinjau oleh wakil

    pihak lelaki ataupun lelaki itu

    - Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil

    daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik

    seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku merupakan

    ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang mengintip.

    Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi bukan lisan iaitu

    gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara berjalan, cara

    pertuturan dan sebagainya.

    - Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan

    keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan itu

    berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun serasi

    dengan pemuda itu.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    2/14

    b) Adat Meminang

    - Merupakan adat susulan setelah adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat

    meminang dilakukan setelah ibu bapa lelaki bersetuju untuk menjadikan gadis yang

    dirisik bakal menantunya. Meminang disempurnakan dengan membawa tepak sirih

    yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur, gambir, bunga cengkih dan

    pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis.

    - Biasanya dalam adat meminang, tarikh kedatangan rombongan wakil pihak lelaki

    telah ditetapkan. Tepak sirih merupakan simbol komunikasi tanpa lisan yang

    memberikan pengertian tertentu yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak

    bergantung pada majlis yang dilakukan.

    - Mengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud menghantar tanda dengan

    menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan gadis

    itu menerima lamaran pemuda itu.

    - Dalam proses meminang ini jugalah ditentukan tarikh untuk melangsungkan

    perkahwinan. Di sini jelas berlaku perbezaan dalam adat meminang yang diamalkan

    di Kampung Tok Belian dengan sesetengah kawasan atau negeri lain yang mana di

    kampung tersebut, adat meminang dan adat pertunangan diadakan secara serentak.

    Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua-dua belah pihak untuk

    membuat persediaan hari perkahwinan.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    3/14

    c) Adat Memanggil

    - Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat

    perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu untuk

    memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh masyarakat

    kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan. Cara jemputan

    yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan dua cara iaitu

    jemputan mulut dan jemputan kad. Selain membuat jemputan, seseorang itu dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai secara dekat dan dapat mencetuskan

    keakraban silaturahim.

    d) Adat perkahwinan

    - Merupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka

    disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam adat

    perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses adat iaitu tahap pertama

    bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketiga adat persandingan

    dan tahap keempat adat manziarah. Keempat-empat tahap dalam proses adat

    perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    4/14

    I- Akad nikah

    Merupakan adat wajib mengikut hukum syarak dan peraturan adat

    masyarakat Melayu. Adat bernikah dilakukan sebelum melakukan majlis

    persandingan. Adab bernikah merupakan ijab dan Kabul di antara pengantin

    lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali atau mewakilkannya

    kepada tok kadi. Sebelum majlis akad nikah, tok kadi akan menyuruh si

    pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar. Majlis

    adat bernikah itu juga dijalankan di hadapan dua orang saksi daripada pihaklelaki dan perempuan. Selepas pengucapan kata-kata ijab dan kabul, tok kadi

    akan menanyakan kedua-dua saksi pihak lelaki dan perempuan sebagai

    mendapat persetujuan sah bagi kedua- dua belah pihak. Perucapan lafaz sah

    merupakan komunikasi lisan yang bermaksud pernikahan tersebut sah di sisi

    agama dan adat istiadat masyarakat Melayu. Tok kadi kemudiannya meminta

    pengantin lelaki dan pengantin perempuan menurunkan tandatangan sebagai

    satu perjanjian bertulis, iaitu komunikasi tanpa lisan yang bermaksud

    perkahwinan tersebut dijalankan mengikut undang-undang agama dan

    tuntutan adat istiadat masyarakat Melayu.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    5/14

    ii- Adat Membatalkan Air Sembahyang

    Merupakan satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada isteri

    setelah selesai majlis akad nikah. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di kamar

    pengantin perempuan yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin perempuan

    dan pengantin lelaki. Perbuatan menyarungkan cincin ke jari manis isteri

    merupakan komunikasi tanpa lisan yang memberikan pengertian bahawa si

    isteri sudah diberikan tanda dan ikrar bahawa pada saat itu sudah menjadi

    milik orang, iaitu sebagai isteri yang telah terpisah daripada tanggungjawabibu bapanya.

    iii- Adat Bersanding

    Merupakan tahap terakhir dan kemuncak acara dalam adat perkahwinan.

    Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan datang bersama-sama

    hantaran seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika dalam

    adat pertunangan. Pengantin perempuan akan diapit oleh mak andam untuk

    menjemput pengantin lelaki yang berada di luar kawasan rumah pengantin

    perempuan. Apabila kedua-dua mempelai menghampiri anak tangga rumah,

    beras kunyit ditaburkan di anak tangga. Kemudian kedua-dua mempelai akan

    dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan di hadapan para hadirin.

    Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan seolah-olah mereka sebagai

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    6/14

    raja. Wakil sebalah pengantin perempuan akan menyambut hantaran yang

    dibawa oleh pihak lelaki dan diletakkan di hadapan pelamin. Kemudian

    kedua-dua pengantin yang sedang disandingkan itu direnjis dengan tepung

    tawar oleh kedua-dua kaum kerabat pengantin lelaki dan pengantin

    perempuan. Setelah itu, kedua-dua kedua-dua mempelai dibawa ke tempat

    hidangan pengantin untuk menikmatinya.

    iv- Adat Menziarah

    Merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selepas selesai adat

    perkahwinan. Kebiasaannya sanak saudara pengantin akan mengundang

    kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini dilakukan

    bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran tetangga.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    7/14

    PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

    Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut

    istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara

    lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut

    peraturan yang ditentukan oleh Islam . . Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran

    bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah

    s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan

    mengharamkan zina . Tuntutan perkahwinan jelas disebutkan di dalam ai-Quran berdasarkan

    firman Allah SWT yang bermaksud:

    Dan antara tanda -tanda kebesaran Allah ialah, Dia

    menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,

    agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram

    kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih

    dan sayang .

    (surah al-Rum :21)

    Tuntutan perkahwinan bukan sekadar sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas

    batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati

    sanubari setiap individu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lelakihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lelakihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perempuanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perempuanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Zinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Zinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Zinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Zinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perempuanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lelakihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan
  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    8/14

    Islam turut menggalakkan seseorang individu yang ingin berkahwin supaya memilih

    dahulu bakal isteri dan bakal suami. Terdapat beberapa dasar yang perlu dilihat dari sudut

    pandangan islam untuk melihat bakal isteri iaitu:

    a) Perempuan yang taat beragama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan

    kerana keturunannya, dan kerana kecantikannya,

    dan kerana agamanya, maka pilihlah yang

    beragama nescaya kamu akan beroleh

    keuntungan.

    Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,

    menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab,

    keturunan dan rupa paras yang menawan.

    b) Berketurunan yang baik dan di besarkan dalam persekitaran yang sempurna

    akhlaknya. Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab

    keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan

    masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai

    hidup yang diredhai Allah SWT.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    9/14

    c) Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Nabi Muhammad

    SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti

    terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.

    d) Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktror lain yang membawa kepada kebahgiaan

    rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya

    janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-

    eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih daripada perempuan.

    e) Masih gadis atau anak dara. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam memilih

    isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda SAW

    kepada seorang, Jabir r.a kemesraan yang akan lahir lebih menggenbirakan kedua-

    dua belah pihak.

    f) Pasangan bukan daripada keluarga terdekat tidak begitu digalakkan berkahwin

    dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat ang hampir seperti sepupu.

    Manakala dasar pemilihan suami yang disyariatkan oleh islam pula ialah kuat

    beragama dan berakhlak mulia, bukan dari keluarga yang terdekat serta bebas daripada

    penyakit berat.

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    10/14

    Pertunangan dalam Islam

    Setelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan isteri dan suami, maka pihak lelaki

    bolehlah mengutuskan wakil untuk melamar dan meminang calon isteri. Sebeluum menerima

    lamaran tersebut, ibu dan bapa harus mendapatkan persetujuan anak perempuannya terlebih

    dahulu. Ini perlu dilakukan untuk memberikan peluang kepada si anak meluahkan isi hatinya

    yang ikhlas agar perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti akan menambah kerukunan

    dan kebahagiaan hingga ke anak cucu, bukan atas dasar paksaan ibu bapa semata-mata.

    Adalah tidak wajar jika paksaan dilakukan oleh wali terhadap anak perempuannya

    untuk menerima lamaran seseorang yang semata-mata disukai atas dasar ketaatan beragama.

    Setelah selesai acara peminangan, kebiasaannya dengan tersarungnya cincin pertunangan di

    jari manis orang yang dipinang, persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak untuk

    melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Inilah tempoh

    percubaan yang paling mencabar kepada bakal pasangan suami isteri ini. Islam

    mengharamkan mereka berdua-duaan ke sana ke mari kerana pertunangan bukanlah tiket

    untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam perhubungan suami isteri . sesuai

    dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

    Tidak dibolehkan lelaki berdua -duaan dengan perempuan

    melainkan ada bersama-sama mahramnya ( bapa atau

    keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya).

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    11/14

    Hadis Rasullullah yang lain berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang dan

    meminang pula ialah :

    "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW

    kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan

    seorang perempuan: "Adakah kamu telah

    melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada

    Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu

    terjamin berkekalan ."

    (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

    Rukun Nikah

    Akad nikah dan perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukun-rukun seperti pertama lelaki yang bakal menjadi suami. Kedua perempuan yang bakal

    menjadi isteri. Ketiga wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada

    jurunikah. Keempat dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah. Dan

    kelima ialah ijab dan kabul ( ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil, kabul ialah

    ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

    Setelah selesai ijab dan kabul tersebut maka telah sahlah pasangan pengantin menjadi

    suami isteri. Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hurairahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hurairahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hadis
  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    12/14

    perkahwinan ini menggambarkan corak keidupan yang sempurna yang diredhai Allah SWT

    dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW, rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama

    yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh

    individu-individu yang menyokongnya.

    RAHSIA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

    Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    Demi sesungguhnya kami (Allah) telah mengutus beberapa

    rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka

    isteri- isteri dan keturunan

    ( Surah al- Rad : 38)

    Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan

    lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah

    SWT. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah

    daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan

    diredhai . Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bermaksud :

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    13/14

    Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia

    telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia

    kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi

    Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang

    miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap

    isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang

    diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut

    kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku

    Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui

    perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga,

    hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat

    menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya.

    Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru

    puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu

    syahwat).

  • 8/12/2019 ADAT DALAM PERKAHWINAN

    14/14

    Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan,

    pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. Melalui perkahwinan wujud disiplin

    rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada

    disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

    AQ