Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

70
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM TATANA Gadis-gadis suku kaum Kadazandusun Tatana menari tarian Sumayau dalam satu perayaan. Adat adalah warisan turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat sesuatu kaum dan mestilah berterusan diamalkan daripada satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain. Adat juga sentiasa dihormati dan diamalkan oleh suku kaum yang mempraktikkan adat istiadat tersebut. Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang melanggar adat. Di sini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazandusun Tatana Kuala Penyu. Adat istiadat perkahwinan: Adat perkahwinan tersebut adalah mengikut tradisi dengan syarat- syarat seperti berikut: Apabila seseorang teruna ingin berkahwin maka berdasarkan

Transcript of Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Page 1: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM TATANA

 

      

Gadis-gadis suku kaum Kadazandusun Tatana menari tarian Sumayau dalam satu perayaan.

Adat adalah warisan turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat sesuatu kaum dan mestilah berterusan diamalkan daripada satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain. Adat juga sentiasa dihormati dan diamalkan oleh suku kaum yang mempraktikkan adat istiadat tersebut.

Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang melanggar adat. Di sini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang  dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazandusun Tatana Kuala Penyu.

Adat istiadat perkahwinan:

Adat perkahwinan tersebut adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut:

Apabila seseorang teruna ingin berkahwin maka berdasarkan pilihannya itu ia perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibu bapa pihak lelaki kerana merekalah yang akan mengatur segala persediaan bagi perkahwinan anak mereka.

Pertunangan:

Di peringkat mengikat pertunangan biasanya seorang tua ditugaskan sebagai

Page 2: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

orang tengah disebut "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang ke rumah perempuan biasanya pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan ketika "SUSURUAN" kembali ditentukan sama ada pinangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika pinangan diterima maka "SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika pinangan pula ditolak maka makan dan minum tidak lagi dilayan.

Menentukan tarikh pertunangan:

Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Lazimnya mereka memilih hari yang baik untuk bertunang, seperti hari-hari yang bukan bilangan ganjil dan juga dalam bulan yang dianggap baik sebagaimana menjadi kepercayaan masyarakat ini.

Perbelanjaan bertunang adalah bergantung kepada kedudukan keturunan atau latar belakang keluarga pihak perempuan jika dia anak perempuan tua (sulung) dariada kalangan orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat.

Jika ibu perempuan ada permintaan kerbau ketika bertunang maka anaknya mesti menuntut sama.

Sebagaimana kebiasannya permintaan pertunangan membabitkan perkara-perkara seperti;

    Seekor kerbau atau babi (bagi bukan beragama Islam)    Kain sepasang    Sebentuk cincin emas    Gelang emas    Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)    Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar

Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya. Sekiranya perempuan ingkar dari pertunangan mereka, maka dia akan didenda dengan mengembalikan semua perbelanjaan waktu bertunang, jika lelaki ingkar maka belanja pertunangan dikira hangus atau tidak perlu dibayar balik.

Kotoliban/Sepangadak:

Sekiranya sesebuah keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda berkahwin dahulu darpadai kakaknya, maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" atau melangkah bendul dan benda seperti berikut adalah wajib dipenuhi;

    Dundung/sigar

Page 3: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

    Sira/baju    Gonob/sarung    Sebentuk cincin emas

Perbelanjaan kahwin:

Perbelanjaan perkahwinan diputuskan ketika majlis merundingkan permintaan ketika bertunang dan segala perbelanjaan mengikut persetujuan sama ada majlis perkahwinan dilangsung secara penuh istiadat ataupun secara sederhana. Jika pihak perempuan darpadai golongan orang berkemampuan maka keluarganya menyembelih seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian (berian). Pemberian itu dipanggil "BALUN" dan perbelanjaan perkahwinan tersebut antara lainnya melibatkan;

    Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"    Satu pikul babi    Gelang emas atau rantai emas    Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit)    Wang belanja dapur wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazandusun Tatana yang beragama Katolik dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN".

"MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakan KOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk memotong kerbau "RINAMPUNG" serta memasak sebagaian dari daging kerbau untuk dihidang pada malam moginum.

Surat kahwin:

Oleh kerana berbagai kemajuan yang ada sekarang maka dalam hal surat kahwin adalah dibuat dihadapan pendaftaran perkahwinan. Selain dari itu surat kahwin boleh diatur dan dibuat dalam perkahwinan di kampung, asalkan ketua kampung dan pihak berkenaan hadir bersama menyaksikan upacara perkahwinan itu. Mereka boleh menjadi saksi apabila mendaftar perkahwinan tersebut di pejabat pendaftar perkahwinan.

Suami meninggal:

Sekiranya suami meninggal dunia dan berian habis dijelaskan, pihak waris perempuan tidak boleh menuntut balik apapun waris kerana belum ada pencarian mereka berdua.

Jika berian belum habis dilunaskan maka bakinya tidak boleh dituntut oleh pihak waris perempuan.

Page 4: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Isteri meninggal:

Sekiranya isteri meninggal sebarang berian tidak boleh dituntut balik oleh pihak lelaki walaupun belum mempunyai anak.

Jika pasangan mempunyai anak, maka pencarian mereka berdua adalah hak dan dituntut oleh anak mereka. Jika anak mereka masih kecil maka si isteri boleh menuntut bagi pihak anak mereka.

Kahwin nialap:

"NIALAP"  bererti seorang lelaki dan perempuan, atas dasar suka sama suka pulang untuk tujuan berkumpul sebagai suami-isteri tanpa bertunang di rumah pihak perempuan atau pihak lelaki. Mereka dikahwinkan dengan cepat dan ringkas sebaik sahaja mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. Ia membabitkan perbelanjaan seperti berikut;

    Seekor kerbau    Seekor babi    Perbelanjaan untuk dapur yang sederhana.    Kahwin inuli:

Kahwin "INULI" adalah silelaki pulang ke rumah siperempuan sama ada dia diterima atau tidak terpulang kepada siperempuan untuk membuat keputusan.

Konsep Asas Hubungan Etnik

Masyarakat Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

Page 5: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Etnisiti dan Etnosentrik Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

Ras dan Rasisme Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi

Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu bersifat kedekut.   Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Budaya: Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik

Page 6: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan,adat istiadat, undang-undang

Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.

Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Akomodasi: Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.

Page 7: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Kebudayaan Kaum Kadazan Dusun

1.0       Pengenalan

            Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di

pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun

sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun

disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan

kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini

iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.

Page 8: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum

Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada

empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,

Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo,

Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi,

Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan

Minokok, Sukang, Tutung.

            Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya

dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun

oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka

sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui

kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut

mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan

kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum

Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-

usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian

tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian

tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah

Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

            Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun

menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini

Page 9: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran

sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio

budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak

kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat

dalam suku kaum Kadazandusun.

            Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan

ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya,

sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah

dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi

masih membawa erti dan makna yang sama.

            Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan

sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini,

tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam

Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

            Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini

amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian

tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum

Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh

generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang

popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau

togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali,

tongkungon dan lain-lain lagi.

            Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik

mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat

tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam

penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan

masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Page 10: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku

kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.

Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian

tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

            Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan

kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan

pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik

dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain

acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk

Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

            Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang

sungguh unik, asli dan menarik. Justeru, melalui buku skrap ini kami akan memberi

sedikit sebanyak penerangan dan penjelasan kepada para pembaca buku skrap ini

supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan

untuk tatapan generasi masa akan datang.

2.0       Kebudayaan

Page 11: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.1       Adat Resam kaum Kadazandusun

2.1.1   Perkahwinan

            Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa

bertanggungjawab memilih bakal isteri anak

lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh

pihak keluarga perempuan, majlis

perkahwinan akan dilakukan pada masa yang

dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan

lazimnya dilakukan pada waktu malam di

rumah pengantin perempuan. Pada malam

pertama si suami harus bermalam di rumah

keluarga isterinya dan kemudiannya

pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah

keluarga lelaki dan perempuan selama tiga

kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan

rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh

rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan

pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

2.1.1.1            Merisik

            Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua

pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang

diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda

peminangan daripada pihak lelaki.

Page 12: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan

terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga

pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak

dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan

yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah

tidak ada.

            Risikan pertama dilakukan untuk

mengetahui sama ada perempuan

berada dalam proses risikan orang lain

atau dia sedang dalam pertunangan.

Kalau perempuan itu dalam

pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-

merta. Kalau perempuan itu didapati

sedang dalam proses risikan daripada

lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad

diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

            Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang

kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh

diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya

memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini

disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa

perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan

keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

2.1.1.2            Meminang

Page 13: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan,

mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka

(dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu

mesti dibawa pada waktu pagi.

            Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti

membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa

sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa

perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih',

iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau

kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi,

adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

            Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti,

risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi

mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh

diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada

orang yang bermimpi itu.

            Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang

yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang

pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah

bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja

Page 14: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat

itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

            Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga

terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi

diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan

buruknya mimpi itu.

2.1.1.3            Bertunang

            Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil

pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin

yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu

sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi

buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Page 15: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak

lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran

perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta

perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak,

pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah

ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan

adat.

            Hantaran kahwin biasanya terdiri

daripada pelbagai jenis makanan, alat

untuk adat istiadat dan barang untuk

memperteguhkan semangat. Barang

hantaran untuk memperteguhkan

semangat ini dikenali sebagai tasor.

Tasor ialah tempat pinang yang

diperbuat danipada tembaga atau perak.

Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

            Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,

gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.

Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau

kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang

tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya

hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara

makan di rumah pengantin perempuan nanti.

            Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari

perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-

ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat

hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain

yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini

Page 16: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan

kemampuan kedua-dua belah pihak.

            Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,

pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula

adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang

berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun

perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,

mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka

hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama

seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau

lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.

Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak

boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah

bersatu.

2.1.1.4            Majlis Perkahwinan

Page 17: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Hantaran kahwin biasanya terdiri

daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk

memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini

dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga

atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk

adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau

(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga

dibawa pada hari perkahwinan.

            Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada

kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan

dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu

akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan

nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari

perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-

ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

            Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,

terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan

memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa

Page 18: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-

rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama,

pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua

atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis

dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

            Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan

kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling

cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil

masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung

kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.

Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak

boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah

bersatu.

            Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara

yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara

menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan

perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian

tradisional berwarna hitam.

Page 19: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan

kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan

gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan

nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut

cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun

dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan

pertunjukan tarian sumazau.

2.1.2   Mendiri dan Masuk Rumah Baru

            Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara

"Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi

masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau,

Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan

Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari

yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon /

Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi.

Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara megendi dan bukan daripada

golongan leleki.

2.1.3   Adat Kelahiran

2.1.3.1            Sewaktu Mengandung

            Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang

anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang

selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas

iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

Page 20: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di

dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi

beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan

berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat.

Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak

sulung.

2.1.3.2            Bersalin

            Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari

berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh

berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21

hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

            Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari

rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru

lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah.

Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

            Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh

makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air

seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga

hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman

rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang

dinamakan Rogon Gaiyah.

            Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah

kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu

menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai

yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang

terdekat.

Page 21: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab

tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada

masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk

memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu

pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.

            Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit

merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat

yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak

digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan

pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran.

            Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk

menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan

kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh

sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan

minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan

kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka.

            Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit,

tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat

Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu

peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

2.1.3.2            Selepas Lahir

            Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak

itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.

Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama

sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului

memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

Page 22: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda

rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk

berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau

Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan

itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa

yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama

salah seorang ahli keluarga mereka.

            Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut

Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa

baranga dibawa bersama iaitu :

         Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk

disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

         Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon

Gaiyoh.

     Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu

kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.

         Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

            Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali

dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu

dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan

membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh

anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

Page 23: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.1.4   Kematian atau "Kepataiyen"

            Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati

yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di

mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh

diketahui melalui cara yang sama. Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun

tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan

memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau

"menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda

yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun

kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

            Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu masyarakat

kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu menggunakan buluh

untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli

keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari

perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup

semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk

"megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari

ketiga (3) pula, ahli keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan /

angkiban" .

Page 24: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya

ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia,

ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan

tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara

keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan

dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.

            Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan

apabila berlaku sesuatu kematian.

2.1.4.1            Semasa Kematian

            Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di

kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan

moginupus.

2.1.4.2            Memberi Tahu

            Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,

semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting

kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami

oleh keluarga si mati.

            Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal

kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat

Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara

pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut

kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan

tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu

kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

            Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di

kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal

berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

Page 25: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.1.4.3            Berjaga-Jaga

            Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan

dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi.

Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan

rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang

diselitkan pada bibirnya buat seketika.

            Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima

atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat

akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama

kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah,

mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di

situ.

            Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor

burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak

menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka

menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut

adalah tubuh rnanusia.

            Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan

bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang

kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-

bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari

terbenam dan waktu tengah malam.

2.1.4.4            Moginupus

            Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati.

Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai

menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,

Page 26: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap

iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

            Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari

pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah

dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau

atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati

nanti.

2.1.4.5            Pengebumian

            Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan

menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam

kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai

mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan

gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara

tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu

berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.

            Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan

menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk

mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang

tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin

dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.

Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau

tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak,

si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

            Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga

mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum

ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang

besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan

Page 27: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang

dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di

dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah

untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat

tersebut sebelum dikebumikan.

            Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan

yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan

perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian,

cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan

dan kegemaran si mati semasa hidup.

            Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama

tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si

mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada

keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak

boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau

denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

            Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian

dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan

sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati

mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga

wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain

itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

            Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah

kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam

sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di

rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih

Page 28: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah

si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

2.1.4.6            Selepas Kematian

            Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai

beberapa tahap iaitu:

- Makan Tiga dan Tujuh Hari

- Makan Empat Puluh Hari

- Makan Seratus Hari

- Makan TigaTahun

2.1.4.6.1         Makan Tiga dan Tujuh Hari

            Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan

diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin

ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan

lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

            Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara

dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut.

Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada

makanan istimewa yang disediakan.

2.1.4.6.2         Makan Empat Puluh Hari

            Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini

berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam.

Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian

dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih

banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging

Page 29: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat

setempat.

            Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati

akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk

menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah

mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

            Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak

si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara

bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya

saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah

hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

2.1.4.6.3         Makan Seratus Hari

            Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih

besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya

muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi

kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa

yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

            Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian

putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan

pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan.

Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas

memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya

segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat

roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

2.1.4.6.4         Makan Tiga Tahun

Page 30: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah

berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri

Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara

bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan

pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,

tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor

kerbau disediakan

            Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan

malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji

kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang

wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan

pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

            Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah

pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik

sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang

hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke

dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga

rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang

masih hidup di situ.

            Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan

dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau

yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah

di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai

kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih

pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling

hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

Page 31: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan

sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara

mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ.

Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara

ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada

dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah

seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki

meminum arak sekaligus.

            Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan

itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada

waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak

sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan

memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah

tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

            Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan

jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna

perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang

belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan

berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang

demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir

bagi kehidupan masyarakat mereka.

2.1.5   Hari Keluarga atau "Meginakan"

Page 32: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil

meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak

Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan

pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau

"Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan

mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua

ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

2.1.6   Ketian

            Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan

mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan

dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya

menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu

masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

2.1.7   Mencuri atau "Manakau"

            Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara

"mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau

cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang

sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu

siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan

majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan

Page 33: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang

melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari

kampungnya.

2.1.8   Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"

            Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki

atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian

persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan

dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7

perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk

membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak

keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki.

Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukar-

tukar barang denda).

2.1.9   Curang atau "Melapau"

            Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku

curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan

denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga

yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

2.1.9   Asal usul makanan

            Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal

daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita

anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum

Kadazandusun.

            Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah

kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan

yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang

Page 34: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari

jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar

menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

            Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan

Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti

Momohizan dan Humabot.

2.1.9.1            Upacara Momohizan

            Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September

apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi

dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk

menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.

Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum

Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan

meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

            Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para

penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman

keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu

setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum

Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara

ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila

selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan

Page 35: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk

ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang

tengah rumah.

            Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan

bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan

ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang

(popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin).

Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga

(hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya

ke atas gendang.

            Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan

kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-

sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang

terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang

sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera

'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun

simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam

tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang

tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan.

Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat

daripada kelapa (hisad).

Page 36: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai

(moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput

dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka

untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

            Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera

'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut

mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan

akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung'

iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan

masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).

            Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula

membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat

serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang

dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan

peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

            Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan

'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi

(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam

1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke

bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada

mereka akan tidur atau makan.

            Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional

Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi

Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',

'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'

(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Page 37: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah

disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi.

Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan

sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada

tuan rumah dan para tetamu.

            Ini ialah untuk melindungi mereka

daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan

sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang

telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah

Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban

itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang

ayam korban dan sumazau.

            Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala

ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut

yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu

baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya

Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan

sedikit tapai ke tanah.

            Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca

mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-

Page 38: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah,

salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai

membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan

menyanyikan mantera 'sumamboi'.

            Bobohizan akan berehat seketika,

kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan

rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat

(lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan

menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah

parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau

penyakit.

            Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan

menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila

mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang

ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit

ditempat mereka berekumpul tadi.

            Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau.

Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong'

ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau

bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat)

yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Page 39: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai

akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada

'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban

seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus

korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini

dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong.

            Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka.

Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan

dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara

momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya

Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi

saja.

            Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada

para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan

dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun

(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur

yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan,

Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

2.1.9.2            Upacara Humabot

            Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun

yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru.

Page 40: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan

untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

            Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu

sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air

disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk

menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai

akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang

akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang

akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

            Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini

upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan

membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang

hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi

rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan

untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

            Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan

dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang

mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua

keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk

menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.

Page 41: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog

sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara

keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah

tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat

rumah.

            Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul,

upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan

meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

            Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai

kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum

dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini

adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki

juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil

bertempik sorak (memangkis) .

            Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun

simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia

diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan

upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan

sebagai sogit (korban).

            Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara

menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa

keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil

dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)

akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.

Page 42: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.2       Bahasa

            Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.

Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia

juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat

untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut

wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan,

1995).

            Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum.

Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu

Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun.

Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa

Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Menurut

Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas

bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan,

Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.

            Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini

lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah

mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

            Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk

memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu

serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

            Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar

dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain Jabatan

Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga memainkan

peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa

Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan

Page 43: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah

( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

            Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka

menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat

perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan

adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa

Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara

daripada pupus.

           

Page 44: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.3       Makanan Tradisi

            Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu

kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya

kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta

Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

            Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung,

masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga

dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti

perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Antara

makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava,

Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk

Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut

kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun.

            Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza

dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu

ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah telah

dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi

bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Page 45: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang

dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar,

herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan

Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan

oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara

hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

            Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara

pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara

makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava,

Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan

dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

2.3.1   HINAVA

            Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum

Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan

( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,

bawang merah , limau kapas dan garam.

2.3.2   NOONSOM

Page 46: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat

beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara

yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom

Tuhau.

            Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan

dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua

bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua

belas hari sehingga boleh dimakan.

            Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji

buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan

dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama

seminggu sebelum dimakan.

            Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan

cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan

biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

2.3.3   PINAASAKAN

            Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air

tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang

telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk

perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

Page 47: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.3.4   SUP MANUK LIHING

            Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih

dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan,

rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia,

garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul

lembut sebelum dihidangkan.

            Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita

yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini

boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi

penduduk tempatan.

            Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan

'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan

kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah

hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu

ini.

Page 48: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.4       Muzik Tradisional

            Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.

Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak

diperbuat daripada buluh.

            Alat lain seperti gambus, kompang

dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada

kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman,

sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;

         Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

         Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

         Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau

tontog).

2.4.1   GONG

Page 49: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Gong merupakan tulang belakang dalam

kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua

upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut

keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu

bersama untuk menseragamkan iramanya.

            Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi.

Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan

perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada

membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang

lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar,

ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

2.4.2   BUNGKAU

            Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai

polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan

tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum

Dusun.

            Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya

dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan

Page 50: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun

(bunyi yang berbalik).

            Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta

kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub

buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

2.4.3   SOMPOTON (Erofon)

            Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik

di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu

yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

            Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai

bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian

harmoni yang merdu.

            Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar

tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada

Page 51: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam

labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

            Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.

Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga

daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga

lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih

panjang dengan jari tangan kiri.

            Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian

atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum

Kadazandusun.

Page 52: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.4.4   TOGUNGGAK (idiofon)

            Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di

kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu

paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-

pesta.

            Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh

(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai

satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut

gong sebenar yang dimainkan.

2.4.5   KULINTANGAN (Idiofon)

            Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei

tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa

suku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan

seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-

gong tradisional.

            Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap

daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-

gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu

rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong

sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

Page 53: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.5       Pakaian Tradisi

            Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang

kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun

mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap etnik dalam

kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri Contohnya pakaian

tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza

dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota

Marudu.

            Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan

juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum

Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya

pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan

pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku kaum

Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara

satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini

mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

            Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di

Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga

Page 54: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai

keunikannya yang tersendiri.

            Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian

tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak

digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung

kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.

            Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti

merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga

termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik

berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar

berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat

berharga serta tinggi nilainya.

Page 55: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

            Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum

kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

2.5.1   Suku Kaum Kadazandusun Penampang

      i.        Ciri-ciri pakaian tradisi.

         Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).

         Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.

(Sinompukung)

         Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya

'bobohizan'(kinoingan).

         Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.

         Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam

         Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

    ii.        Perhiasan pakaian.

         renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

   iii.        Barangan kemas

         Himpogot - wang syling berwarna perak.

         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal

20-han.

         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan

berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

         Gelang (gohong)

         Rantai leher (hamai)

         Anting-anting (simbong)

         Cincin (sinsing)

         Kerongsang berwarna keemasan

Page 56: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.5.2   Rungus Di Kudat

      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi

         Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat

Tondu'.

         Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.

         Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu

dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.

         Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.

         Siga

    ii.        Perhiasan Pakaian

         Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.

         Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali

pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.

         Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.

         Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-

manik berunsurkan corak purbakala.

   iii.        Barangan Kemas

         Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih

berkilauan dan tulang haiwan.

         Sanggul (titimbok)

         'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk

loceng.

         'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat

di bahagian dahi.

         Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.

2.5.3   Kadazandusun Papar

Page 57: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi

         Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)

         Blaus putih (baju dalam)

         Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.

         Siga (lelaki)

         Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.

         Siung (wanita)

    berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.

    berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.

    tiada perhiasan di siung .

    ii.        Perhiasan Pakaian

         Butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.

         Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)

         8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.

         Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang

pada sarong (gonop).

   iii.        Barangan Kemas

         3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.

         Gelang (belilit) perak.

         Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

   iv.        Cara Pemakaian.

         3 pasang untuk wanita bujang.

         2 pasang untuk wanita berkahwin.

         1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.

         Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan

berada.

2.5.4   Lotud Tuaran

Page 58: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

" Lorud "(Blaus berlengan panjang)

a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.

      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi

         Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna

utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan,

tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan

hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.

         " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit

melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.

         Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

    ii.        Perhiasan Pakaian

         Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .

         Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk

wanita sudah berkahwin.

         Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di

sekeliling sanggul 'sinulug'.

         Sigar dan siwot.

    Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang

diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

    Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah .

Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan

juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan

kain merah.

   iii.        Barangan Kemas

         Himpogot wang syling berwarna perak.

Page 59: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal

20-han.

         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan

berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

         Gelang (gohong)

         Rantai leher (hamai)

         Anting-anting (simbong)

         Cincin (sinsing)

         Kerongsang berwarna keemasan.

2.5.5   Dusun Tindal Tempasuk Kota Belud

      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi

         Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

         Gonob (sarong) paras lutut.

    ii.        Perhiasan Pakaian

         Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

         Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai

corakl kain berenda.

         Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)

disandang di tangan sebelah kanan.

         2 pasang selendang merah.

         Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

         Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari

hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

   iii.        Barangan Kemas

         Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang

sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.

Page 60: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

         Gelang Perak ( Saring Perak ).

         Anting-anting Perak.

         Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai

sebagai rantai leher.

2.5.6   Murut Tagal Dari Daerah Keningau

      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi.

         Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).

         Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik

berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian

depan dan belakang blaus serta sarung.

    ii.        Perhiasan Pakaian

         Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.

   iii.        Barangan Kemas

         Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna

perak.

         Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat

( sapulu ).

         Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.

         Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis

berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun

temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.

         Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran

kayu.

         Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

Page 61: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.6       Tarian Tradisional

            Setiap etnik  menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Tarian

Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh

Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran

yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala,

menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga

dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

            Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan

gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah

kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan

dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau

ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.Antara jenis tarian

suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut :

i.        Liliput

         Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara

berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat

daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan

ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

ii.        Menangkuk

         Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri

Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari

akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas

telapak tangan.

         Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.

Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya

semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang

Page 62: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih

menarik.

iii.        Mogunatip

         Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah

termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan

beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan

"atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.

         Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari

melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian

tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara

yang tertentu untuk menghormati tetamu.

iv.        Mongigol Sumundai

         Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang

dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku

kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan

upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari

perempuan dan diketuai oleh penari lelaki.

         Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan

pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang

digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus.

Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

v.        Paina

         Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya

dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.

         Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang

dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang

dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai '

yang tergantung dari leher.

Page 63: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

vi.        Sumayau ( Mongigol Tuaran )

         Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di

daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara

memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

         Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba

hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari

perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan

sementara penari lelaki memakai ' sigar '.

         Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara

penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan

pada pakaian mereka.

vii.        Sumazau Papar

         Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan

penari lelaki dan perempuan.

         Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari

bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari

perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,

dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung '

yang dipanggil ' senaundung '.

         Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang yang

dikenali sebagai ' sandai '.

viii.        Sumazau Penampang

         Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini

biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat

padi ( Bambaazon ).

         Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari

lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut

paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran

Page 64: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan

lagi suasana tarian ini.

         Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning

emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari

lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau

pun ' togunggu '.

ix.        Titikas

         Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,

Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat

dan juga semasa perayaan.

         Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar

muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', '

kantung ' , dan juga gong.

Page 65: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

2.7       Perayaan

2.7.1   Pesta Kaamatan

            Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan

tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta

Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31

Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau,

tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

            Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan

juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan

percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:

Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup

Page 66: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang

telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

            Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan

(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah

sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi

Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai

bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

            Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka

dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)

dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama

mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara

perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini

adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.

            Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta

Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan

Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang

bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai

Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM.

SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau

            Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi

suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang

sama.

            Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai

seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-

orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang

mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka

Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat

Page 67: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis

benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih

tumbuhan itu ialah padi.

            Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi,

maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama

"Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan

upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini.

Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik

dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang

selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas

tempat menyimpan padi.

            Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa

penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya

( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk

menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Lagu - lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do BambaazonToun haid tumahibAu opiumananToun vagu noikot no gontobTadau kalamazan

Chorus:-

Kotobian do Toun VaguDoid songovianAda tokou pogivovoguOndomo kovosianKanou no manaandak Mohoing dazanakTadau tagazo do KaamatanKinasakazan Bambaazon

Chorus:-

Kotobian om kounsikaan

Hasa sopiampun

Miiso doid kasanangan

Page 68: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-

Misompuru Id KoubasananOsodu noi koniab , Gontob tanong di aki,Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-

Tobpinai kanou pogi,Mi-iso id koubasanan,Mogiampun-ampun tokou ,tumabi toiso-isoMisompuru id koubasananTadau do kaamatan, tadau do koubasanan,Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.

Page 69: Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Tatana

KesimpulanMasyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan

saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri

Sabah. Masyarakatnya hidup dalam  keadaan  kepelbagaian  budaya dan menarik

perhatian ramai pelancong luar  ke negeri ini.