Adat resam-kelahiran-kaum-iban

3
Ruby : Baru-baru ini, saya telah mendapat tahu serba sedikit tentang adat resam dalam aspek kelahiran untuk kaum Iban. Kee : Apakah adat resam yang mereka amalkan? Ruby : Dalam tempoh 7 bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya telah dikenakan pelbagai pantang larang seperti dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana merek bimbang bahawa ini akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Rowena : Selain itu, saya juga tahu bahawa Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua, suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Pei Woon : Saya juga pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa wanita Iban yang mengandung serta suaminya tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan. Kee : Setahu saya, kaum Iban juga mempunyai beberapa adat yang perlu diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi. Antaranya adalah adat yang dikenali sebagai “pontong”. Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Rowena : Selain itu, kaum Iban juga mengamalkan adat potong tali pusat dan berurut. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan

Transcript of Adat resam-kelahiran-kaum-iban

Page 1: Adat resam-kelahiran-kaum-iban

Ruby : Baru-baru ini, saya telah mendapat tahu serba sedikit tentang adat

resam dalam aspek kelahiran untuk kaum Iban.

Kee : Apakah adat resam yang mereka amalkan?

Ruby : Dalam tempoh 7 bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan

suaminya telah dikenakan pelbagai pantang larang seperti dilarang

menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka

dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana merek

bimbang bahawa ini akan menghalang pendarahan yang berterusan

semasa melahirkan anak.

Rowena : Selain itu, saya juga tahu bahawa Wanita yang mengandung dilarang

menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut

supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua, suami isteri

tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana

dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Pei Woon : Saya juga pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa wanita

Iban yang mengandung serta suaminya tidak boleh menanam pokok

pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh

memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan

lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik

supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

Kee : Setahu saya, kaum Iban juga mempunyai beberapa adat yang perlu

diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi. Antaranya adalah adat

yang dikenali sebagai “pontong”. Dalam masyarakat Iban, sebaik

sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu

untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga

turut digunakan.

Rowena : Selain itu, kaum Iban juga mengamalkan adat potong tali pusat dan

berurut. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera

dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung

dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika

bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan

Page 2: Adat resam-kelahiran-kaum-iban

memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya

badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan

rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan

si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia

dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat

daripada kulit kayu.

Ruby : Manakala selepas bersalin, Wanita Iban akan berpantang selama tiga

puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh itu, ibu akan diberi

makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang

dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan

tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia

supaya dapat memanaskan badan.

Pei Woon : Amalan yang dipanggil sebagai berdiang atau bersalai perlu dijalani

oleh wanita kaum Iban selepas bersalin. si ibu perlu duduk dekat

dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini

mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim

digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga

dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin.

Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari

jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan

bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu

hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang

atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu

dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat

ini.

Kee : Seterusnya, ketika bayi berusia 4 hari dan sudah tanggal pusat, adat

melihat matahari atau merasa garam perlu dijalankan. Bayi tersebut

akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau

luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut

dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera

dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Rowena : Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-

Page 3: Adat resam-kelahiran-kaum-iban

anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok

mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut.

Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban

akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan

diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek

moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi

itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek

moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di

mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-

nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk

membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi

yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk

menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan

kepada saudara mara yang terdekat.

Pei Woon : Selepas dinamakan, bayi akan menjalankan upacara mandi sungai. Ia

dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan

bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Dua orang lelaki akan

membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini

ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang

perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan

membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut

dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh

orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi

itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.