Aerobik Dan Anaerobik

2
Sistem tenaga aerobik dan anaerobik, karbohidrat dan lemak. Secara umunya sistem tenaga di bahagikan kepada dua jenis iaitu aerobik dan anaerobik. Melalui pengetahuan mengenai sisten tenaga ini, kita dapat menentukan jenis latihan yang diperlukan tubuh badan, contohnya menambah berat badan yang ideal melalui jenis latihan yang sesuai, seseorang yang mempunyai tubuh badan yang gemuk yang ingin mengurangkan lemak badan, latihan jenis yang diperlukan dan sebagainya. Secara umunya, aerobik bermaksud aktiviti yang menggunakan oksigen, manakala anaerobik bermaksud tidak menggunakan oksigen. Bagaimana hendak mengenal pasti sesuatu aktiviti itu bercorak aerobik atau anaerobik?. Persoalan seperti ini mudah diihat melalui perbezaan seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon. Pelari pecut tidak menggunakan oksigen ketika berlari, manakala pelari marathon menggunakan oksigen untuk penghasilan tenaga. Aktiviti anaerobik terjadi bila badan tidak dapat menyalurkan oksigen yang cukup kepada otot yang memerlukan. Contoh dalam larian pecut, biasanya pelari akan tercungap- cungap selepas habis berlari. Ini berlaku kerana pelari perlu mengambil sebanyak mungkin oksigen untuk penggantikan hutang oksigen ketika berlari. Aktiviti anaerobik menghasilkan asid laktik, dimana secara amnya menyebabkan keletihan atau kelesuan pada otot. Sesuatu aktiviti akan bermula dengan anaerobik dan akan bertukar ke bentuk aerobik jika aktiviti tersebut berterusan. Contohnya, seseorang individu yang berlari di atas treadmill, pada peringkat awalnya diklasifikasikan sebagai latihan anaerobik dimana individu tersebut menggunakan tenaga daripada molekul adenosine triphosphate (ATP-PC) di samping tempoh masa 10 saat hingga 3- 4 minit sebelum bertukar aerobic yang menggunakan glikogen dan lemak sebagai sumber tenaga. Lemak dapat dibakar dengan kehadiran glucose dan oksigen yang akan dibakar sebagai sumber tenaga dalam aktiviti aerobik. Lemak tidak akan terbakar tanpa kehadiran karbohidrat. Sering kali kita melihat seseorang yang ingin menurunkan lemak akan mengurangkan sama sekali karbohidrat kerana berpendapat karbohidrat antara penyebab kegemukkan. Keadaan ini menjurus kepada ketidakfahaman mengenai hubungkait karbohidrat dengan kegunaannya kepada tubuh badan. Jika

Transcript of Aerobik Dan Anaerobik

Page 1: Aerobik Dan Anaerobik

Sistem tenaga aerobik dan anaerobik, karbohidrat dan lemak.

Secara umunya sistem tenaga di bahagikan kepada dua jenis iaitu aerobik dan

anaerobik. Melalui pengetahuan mengenai sisten tenaga ini, kita dapat menentukan jenis

latihan yang diperlukan tubuh badan, contohnya menambah berat badan yang ideal melalui

jenis latihan yang sesuai, seseorang yang mempunyai tubuh badan yang gemuk yang ingin

mengurangkan lemak badan, latihan jenis yang diperlukan dan sebagainya. Secara umunya,

aerobik bermaksud aktiviti yang menggunakan oksigen, manakala anaerobik bermaksud tidak

menggunakan oksigen.

Bagaimana hendak mengenal pasti sesuatu aktiviti itu bercorak aerobik atau

anaerobik?. Persoalan seperti ini mudah diihat melalui perbezaan seorang pelari pecut dan

seorang pelari marathon. Pelari pecut tidak menggunakan oksigen ketika berlari, manakala

pelari marathon menggunakan oksigen untuk penghasilan tenaga. Aktiviti anaerobik terjadi

bila badan tidak dapat menyalurkan oksigen yang cukup kepada otot yang memerlukan.

Contoh dalam larian pecut, biasanya pelari akan tercungap-cungap selepas habis berlari. Ini

berlaku kerana pelari perlu mengambil sebanyak mungkin oksigen untuk penggantikan hutang

oksigen ketika berlari.

Aktiviti anaerobik menghasilkan asid laktik, dimana secara amnya menyebabkan

keletihan atau kelesuan pada otot. Sesuatu aktiviti akan bermula dengan anaerobik dan akan

bertukar ke bentuk aerobik jika aktiviti tersebut berterusan. Contohnya, seseorang individu

yang berlari di atas treadmill, pada peringkat awalnya diklasifikasikan sebagai latihan

anaerobik dimana individu tersebut menggunakan tenaga daripada molekul adenosine

triphosphate (ATP-PC) di samping tempoh masa 10 saat hingga 3-4 minit sebelum bertukar

aerobic yang menggunakan glikogen dan lemak sebagai sumber tenaga. Lemak dapat dibakar

dengan kehadiran glucose dan oksigen yang akan dibakar sebagai sumber tenaga dalam

aktiviti aerobik.

Lemak tidak akan terbakar tanpa kehadiran karbohidrat. Sering kali kita melihat

seseorang yang ingin menurunkan lemak akan mengurangkan sama sekali karbohidrat kerana

berpendapat karbohidrat antara penyebab kegemukkan. Keadaan ini menjurus kepada

ketidakfahaman mengenai hubungkait karbohidrat dengan kegunaannya kepada tubuh badan.

Jika seseorang melakukan aktiviti dengan kadar 65% - 75% daripada kadar nadi maksima,

individu tersebut akan membakar peratusan lemak yang tinggi, dimana dari apa dibakar, 40%

Page 2: Aerobik Dan Anaerobik

daripada karbohidrat dan 60% daripada lemak. Jika individu tersebut menggunakan intensiti

yang lebih rendah, badan akan akan membakar glikogen sebagai sumber tenaga dan tidak

cukup untuk memproses lemak.

Bagaimana dengan intensiti yang lebih tinggi?. Bila intensiti meningkat, badan akan

bertindak balas yang tubuh badan kekurangan tenaga, badan akan simpan lemak sebagai

simpanan untuk masa depan dan akan membakar protein dan otot sebagai sumber tenaga. Jadi

intensiti latihan aerobik berkadar songsang dengan pembakaran lemak.