AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-7-2013.pdf ·...

2
Keadaaan orang mati di dalam kubur dan hari kiamat. Bagaimana keadaan orang yang mati ketika di dalam kubur dan pada hari kiamat nanti. Orang yang mati di dalam kubur saling ziarah-menziarahi dalam keadaan berbalut kain kafan masing-masing. Apabila mereka dibangkitkan semula pada hari kiamat nanti, keadaan mereka bertelanjang bogel kecuali mereka yang gugur syahid di me- dan pertempuran. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali R.A. yang bermaksud: “Orang pertama yang akan diberi persalinan pa- kaian dua helai kain qibti iaitu Nabi Ibrahim A.S. dan selepas itu Nabi Muhammad S.A.W. diberi kain Hibrah yang didatangkan dari pihak kanan Arasy sebelum mereka berdua dibawa masuk ke sy- urga. Selepas itu barulah akan diberikan pakaian kepada sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki-Nya sebelum mereka dibawa masuk ke syurga” MUTIARA HIKMAH Telah berkata Al Ahnaf bin Qais: Orang yang berjimat cermat tidak akan binasa dan orang yang zuhud tidak akan fakir. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Khamis– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis 2013-PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dabn keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Setiap Jumaat- KURSUS ASAS HAJI BERSIRI Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ 13 Jun– RIADAH PUSAT ISLAM UUM 13 Jun 2013– CERAMAH ISRA’ MIKRAJ 18 Jun 2013- BICARA ULA- MA’ Hubungi talian... 049285867/64/60/08/18/36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Nama sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin Al Haris. Beliau merupakan pengasas mazhab Maliki iaitu salahsatu mazhab dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah iaitu menurut pendapat ahli sejarah pada tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan di Zulmarah, di utara Madinah Al Munawwarah. Ibu beliau dikatakan mengan- dungkan beliau selama dua tahun dan ada yang mengatakan tiga tahun. Imam Malik adalah seorang penghafaz Al Quran dan hadith- hadith Rasulullah SAW. Menurut riwayat, Imam Malik mengahwini seorang hamba dan beliau telah dikurniakan 4 cahayamata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan bernama Fatimah. Imam Syafie pernah memuji gurunya ini sebagai sebutir bintang yang paling bercahaya kerana kehebatan ilmu dan hujahnya. AZHAB Pecahan Hukum Syara’ Hukum Syara’ ialah undang-undang yang disampaikan oleh Allah SWT kepada manusia melalui RasulNYA. Ia terbahagi kepada lapan bahagian: Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 7/2013 HUKUM PENERANGAN WAJIB Suatu amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya, dan diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya seperti sembahyang fardhu, puasa pada bulan Ramadhan dan lainnya. SUNAT Suatu amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya, tetapi tid- ak diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya, seperti mengerjakan sem- bahyang sunat, sedekah , memberi nasihat dan lain-lainnya. HARUS Suatu amalan yang boleh dibuat atau ditinggalkan seperti makan, minum dan se- bagainya. MAKRUH Suatu perkara yang diberi pahala kepada sesiapa yang meninggalkannya dan tid- ak diseksa kepada sesiapa yang melakukannya kepada sesiapa yang mengerjakannya. HALAL Suatu perkara yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya dan tidak diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya seperti memakan daging lembu. HARAM Suatu perkara yang dikenakan hukuman seksa kepada sesiapa yang mengerjakannya dan diberi pahala kepada sesiapa yang meninggalkannya, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya. SAH Suatu perkara yang dikira betul dan terpakai seperti mengerjakan ibadah solat dengan cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya. BATAL Suatu perkara yang dikira salah dan tidak terpakai seperti solat atau puasa yang tidak cukup rukun-rukunnya. Gema Jumaat

Transcript of AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-7-2013.pdf ·...

Keadaaan orang mati di dalam kubur dan hari kiamat.

Bagaimana keadaan orang yang mati ketika di dalam kubur

dan pada hari kiamat nanti.

Orang yang mati di dalam kubur saling ziarah-menziarahi

dalam keadaan berbalut kain kafan masing-masing. Apabila

mereka dibangkitkan semula pada hari kiamat nanti, keadaan

mereka bertelanjang bogel kecuali mereka yang gugur syahid di me-

dan pertempuran.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali R.A.

yang bermaksud: “Orang pertama yang akan diberi persalinan pa-

kaian dua helai kain qibti iaitu Nabi Ibrahim A.S. dan selepas itu

Nabi Muhammad S.A.W. diberi kain Hibrah yang didatangkan dari

pihak kanan Arasy sebelum mereka berdua dibawa masuk ke sy-

urga. Selepas itu barulah akan diberikan pakaian kepada sesiapa

yang Allah S.W.T kehendaki-Nya sebelum mereka dibawa masuk ke

syurga”

MUTIARA

HIKMAH

Telah berkata Al Ahnaf bin Qais: Orang yang berjimat cermat tidak akan binasa dan orang yang zuhud tidak akan fakir.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Khamis– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis 2013-PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

13 Jun– RIADAH PUSAT

ISLAM UUM

13 Jun 2013– CERAMAH

ISRA’ MIKRAJ

18 Jun 2013- BICARA ULA-

MA’

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Nama sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin Al Haris. Beliau merupakan pengasas mazhab Maliki iaitu salahsatu mazhab dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah iaitu menurut pendapat ahli sejarah pada tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan di Zulmarah, di utara Madinah Al Munawwarah. Ibu beliau dikatakan mengan-dungkan beliau selama dua tahun dan ada yang mengatakan tiga tahun.

Imam Malik adalah seorang penghafaz Al Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW. Menurut riwayat, Imam Malik mengahwini seorang hamba dan beliau telah dikurniakan 4 cahayamata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan bernama Fatimah. Imam Syafie pernah memuji gurunya ini sebagai sebutir bintang yang paling bercahaya kerana kehebatan ilmu dan hujahnya.

AZHAB

Pecahan Hukum Syara’

Hukum Syara’ ialah undang-undang yang disampaikan oleh Allah SWT kepada manusia

melalui RasulNYA. Ia terbahagi kepada lapan bahagian:

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 7/2013

HUKUM PENERANGAN

WAJIB Suatu amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya, dan

diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya seperti sembahyang fardhu, puasa

pada bulan Ramadhan dan lainnya.

SUNAT Suatu amalan yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya, tetapi tid-

ak diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya, seperti mengerjakan sem-

bahyang sunat, sedekah , memberi nasihat dan lain-lainnya.

HARUS Suatu amalan yang boleh dibuat atau ditinggalkan seperti makan, minum dan se-

bagainya.

MAKRUH Suatu perkara yang diberi pahala kepada sesiapa yang meninggalkannya dan tid-

ak diseksa kepada sesiapa yang melakukannya kepada sesiapa yang

mengerjakannya.

HALAL Suatu perkara yang diberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakannya dan tidak

diseksa kepada sesiapa yang meninggalkannya seperti memakan daging lembu.

HARAM Suatu perkara yang dikenakan hukuman seksa kepada sesiapa yang

mengerjakannya dan diberi pahala kepada sesiapa yang meninggalkannya, seperti

minum arak, berjudi dan sebagainya.

SAH Suatu perkara yang dikira betul dan terpakai seperti mengerjakan ibadah solat

dengan cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya.

BATAL Suatu perkara yang dikira salah dan tidak terpakai seperti solat atau puasa yang

tidak cukup rukun-rukunnya.

Gema Jumaat

m/s 2

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

Daripada Abu Hurairah ra juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi

isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak

boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”.

(Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith:

1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang

tidak bertentangan dengan Islam.

2. Kebahagian rumahtangga kebiasaanya berpunca dari kepatuhan isteri kepada suaminya.

3. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum

melakukan sesuatu perkara berbentuk ibadah.

4. Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik dan haram bagi isteri berpuasa

sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara

mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu

seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami. Isteri tidak harus membenarkan

sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum

walaupun orang berkenaan itu ahli keluarga isteri sendiri.

Kesalahan Dalam Bacaan Al Quran

Kesalahan Jali (Jelas)

Kesalahan yang membawa kepada perubahan maana seperti menukar huruf atau baris. Kesalahan ini di-

hukum berdosa dan boleh membawa kepada batal solat jika berlaku dalam surah Al-fatihah seperti tukar

huruf dhod ( ض ( kepada dzho (. ظ)

Contoh: الين ول ٱلظالين ditukar kepada ول ٱلض

Kesalahan Khofi (tersembunyi)

Kesalahan ini tidak membawa kepada perubahan maana seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menu-

turkan huruf dengan tepat atau tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat. Hukum

bacaannya makruh dan ada pendapat mengatakan haram.

m/s 3

PERINGATAN ISRAK MIKRAJ

Menurut sebahagian ulama, Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum

Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk, ayat 1 yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Perjalanan suci Rasulullah SAW ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil

Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, Rasulullah SAW menjadi imam solat kepada Rasul-rasul sedangkan mereka itu telah lama meninggal dunia, dan mengadap Allah SWT di Sidratul

Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan Allah SWT.

Salah satu pengajaran dalam peristiwa Isra’ Mikraj ialah persediaan teliti Rasulullah SAW dalam penyucian

hati atau kalbu. Proses penyucian hati ini akan mengukuhkan kepercayaan kita bahawa dalam pertemuan dengan Allah SWT, seseorang dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji.

Dengan jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketakwaan, akan beroleh kemudahan untuk berkomunikasi

secara khusyuk dengan Allah SWT.

Bagaimana pun, manusia ini mempunyai sifat kelemahannya. Manusia menginginkan pangkat, kedudukan, kemuliaan, penghormatan, kekayaan dan kesenangan. Dalam keadaan ingin memenuhi keperluan hidup

itu, maka manusia kadangkala melakukan dosa kecil atau besar. Dosa ini akan menjadi titik hitam dalam hati kerana semakin banyak kesalahan maka semakin tebal titik hitam dalam hati seseorang.

Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi hati kita supaya ianya terus selari dengan akidah, akhlak dan syariat Islam?. Mimbar ingin menyatakan

bahawa pada masa ini umat Islam terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, fahaman

liberalisme, pluralisme dan komunisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi dan melanda umat

Islam.

Inilah masanya umat Islam mesti sedar dan meletakkan kepentingan Islam di dalam hatinya melebihi segala kepentingan yang lain. Pertahankanlah kesucian dan kedaulatan agama Islam sebaik yang mungkin

dan bertindaklah berdasarkan kebijaksanaan dan keimanan. Elakkan tindakan dan perbuatan yang hanya

menurut emosi kerana ia boleh menggadai kesucian agama Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabuut ayat 45 yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”