AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-12-2013.pdfIkrar,...
Transcript of AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-12-2013.pdfIkrar,...
Membaca ayat Al-Quran untuk meminta sedekah
Apakah hukum orang yang menjadikan al-Quran sebagai mata
pencarian seperti mendatangi rumah orang tertentu lalu mem-
baca al-Quran di muka pintu rumahnya dengan bertujuan un-
tuk meminta sedekah atau mereka yang duduk di tepi-tepi ge-
rai membaca al-Quran sambil menghulur tangan meminta sedekah
atau mengambil upah membaca al-Quran di atas kubur. Apakah
hukum semua perbuatan tersebut sedangkan ada hadis nabi melarang
seseorang menggunakan al-Quran sebagai mata pencarian?
Membaca al-Quran dengan cara dan tujuan seperti yang
dinyatakan hukumnya adalah makruh tanzih kerana tidak
memuliakan dan menghormatinya. Kebiasaannya tempat-
tempat sedemikian kotor dan mungkin boleh mengganggu orang yang
lalu-lalang.
Adapun sabda Nabi yang bermaksud; “Bahawa sesungguhnya
kamu boleh ambil hasil melalui upah mengajar kitab Allah itu.” Maksud-
nya orang yang bersusah payah mengajar orang lain membaca al-
quran, diharuskan mendapat sedikit upah sekadar yang diperlukan.
Adapun hadis yang menyebut: “Bacalah olehmu akan al-Quran
dan janganlah kamu mencari makan dengannya” adalah bermaksud
supaya tidak ada orang yang menjadikan al-Quran (membaca dan
mengajarnya) semata-mata sebagai mata pencarian rezeki.
MUTIARA
HIKMAH
Berkata ahli sufi: Sesiapa yang takut pada Allah, nescaya semua ma-khluk takut padanya.
Ayuh kita meriahkan program
kerohanian…
Setiap Selasa dan Rabu–
KELAS TAHSIN AL
QURAN
Setiap Selasa –KELAS
PENGAJIAN ASAS
FARDHU AIN
Setiap Rabu– KELAS
ASAS TAJWID MUSLIMAT
Khamis - PENGAJIAN
KITAB TURATH
Selasa (minggu kedua dan
keempat)- PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis BIMBINGAN
AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-
LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE-
RAMAH KETRAMPILAN :
INDAHNYA AKHLAK
KERANA PERIBADI 17 November 2013-
GOTONG ROYONG ME-
MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO-
HANAN BADMINTON
BUKIT KACHI 22 November 2013 -
KURSUS PERKAHWINAN
ISLAM Hubungi talian:049285867/
64/60/08/18/36
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.my
Fb : Pusat Islam UUM
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM
Nama sebenar Imam Nawawi ialah Yahya bin Syaraf bin Ha-san bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631H di Nawa, sebuah kam-pung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibuko-ta Syria. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan.
An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudi-an pada tahun 649H ia memulai rihlah ilmiahnya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Imam Nawawi juga pernah digelar sebagai Muhyiddin (penghidup agama) namun beliau tidak menyukai gelaran tersebut.
Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang
terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, dalam pelbagai bidang antaranya bidang hadis Arba’in, Riyadhus Salihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nad-zir, bidang fiqh: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’, bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat, bidang akhlak At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar. Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab 676H.
AZ
BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T
Sifat Wajib Bagi Allah S.W.T Terbahagi Kepada Empat Bahagian
Iaitu sifat yang menunjukkan maksud sifat itu sahaja dan tidak ada maksud
yang lain daripadanya. Sifat tersebut satu sahaja iaitu (wujud), yang menunjuk-
kan ada zat Allah S.W.T.
Iaitu sifat yang menunjukkan menafi dan menidakkan perkara-perkara
yang tidak layak bagi Allah S.W.T iaitu ada lima sifat (Qidam, Baqa’, Mukhala-
fatuhu Lil-Hawadis, Qiamuhu Nafsih, Wahdaniah). Sebab dinamakan salbiah
kerana fungsi sifat –sifat itu ialah menafikan keadaan yang tidak layak bagi S.W.T.
Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu maksud yang berdiri pada zat Allah
S.W.T. Ianya ada tujuh sifat (Qudrah, Iradah,Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, Kalam)
Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu keadaan yang Allah S.W.T itu wajib
berkuasa setelah ada baginya pekuasa. Sifat ini merupakan hal bagi sifat Allah
S.W.T. itu, iaitu tujuh sifat ma’ni kerana dipandang dari hal keadaannya (Kaunuhu
Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu A’liman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sa-
ma’an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mu-
takalliman)
Wallahua’lam
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM
04-9285867/64/60/03/06
BIL 12/2013
1. Sifat Nafsiah:
2. Sifat Salbiah:
3. Sifat Ma’ni:
4. Sifat Ma’nawiah:
Gema Jumaat
m/s 2
AMALAN UNTUK MASUK SYURGA AMALAN UNTUK MASUK SYURGA Daripada Abu Ayyub Khalid Bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah S.A.W, “ Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, diri-kanlah solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”. Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
Semua jenis ibadat di atas akan diberikan ganjaran pahala dan dijanjikan dengan syurga
selagi aqidahnya tidak rosak.
Perkara yang boleh merosakkan aqidah sehingga menjejaskan amal ibadat kita boleh berla-
ku dengan tiga jenis ;
I’tikad (niat), contoh : tidak percaya kewujudan perkara ghaib, pahala dan dosa.
Ikrar, contoh : mempersenda ayat Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak
Perbuatan, contoh : mendirikan/menyediakan tempat ibadat untuk upacara keaga-
maan selain daripada agama Islam.
Mengeratkan hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh
Islam.
TANDA BACAAN
TANDA BACAAN
TANDA
BACAAN CONTOH
Bacaan panjang lebih dua harakat
) ~ (
Empat,lima atau enam hara-
kat.
جآء جيئ سوء
Tanwin/Baris Dua
( )
Bacaan dengan bunyi nun
عليما عليم عليم
“
m/s 3
“ UJIAN HIDUP”
Bertaqwalah kepada Allah wahai sekelian Hamba Allah dengan melakukan segala suruhanNya
dan meninggalkan segala laranganNya. Maksud Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 31: “ Dan
sesungguhnya Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang Mengaku Beriman) sehingga tern-
yata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang
yang sabar, (dalam menjalankan perintah kami) dan sehingga kami dapat mengesahkan berita-berita ten-
tang keadaan kamu.”
Manusia sentiasa diuji dengan pelbagai kerenah kehidupan, sama ada kecil mahupun besar, sa-
ma ada mudah ataupun sukar. Ujian kehidupan akan meningkatkan kematangan dan menilai sejauhmana
keimanan seseorang kepada Allah Azza Wajalla. Maksud Firman Allah dalam surah Al-Ankabut: ayat 2
-3: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang
diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.
Segala kejadian yang dicipta Allah baik berupa kenikmatan dan kemakmuran mahupun berupa
bala bencana dan kesakitan sesungguhnya mempunyai maksud tersendiri yang Allah saja menge-
tahuinya. Boleh jadi sesuatu kemudaratan itu lebih baik bagi seseorang berbanding kenikmatan yang jika
dianugerahkan boleh melupakan seseorang kepada Yang Maha Pencipta. Firman Allah dalam surah Al
Mulk ayat 67, maksudnya, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal
kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.
Manusia seharusnya tidak berputus asa dengan Rahmat Allah kepada setiap hambaNya. Jangan-
lah diukur bahawa penderitaan itu manifestasi kemurkaan Allah dan kesenangan pula sebagai pen-
erimaan Allah. Kadangkala Allah melaksanakan hukum “Istidraj” yang melekakan dan melalaikan kepa-
da sesetengah hambaNya yang fasik dan berbuat maksiat sebagai ujian yang maha berat untuk mereka.
Mereka kelihatan senang lenang dan mewah tetapi hakikatnya mereka semakin menjauh dari Rahmat
Allah.
Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 17 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan
untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak di-
pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di-
pergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.
Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Islam UUMIslam UUMIslam UUM