Agama, Sejarah, Isu, Cerita-ceriti_ Dasar-dasar Dan Pelan Tindakan Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan...

7
8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 1/7 Bismillahirahmannirohhim (Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah) Saturday, 28 May 2011 Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka. Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usahausaha dan langkahlangkah dengan memperkenalkan dasardasar dan pelan tindakan untuk melaksanakan agenda ini. Perpaduan bermaksud telah benarbenar bersatu dan integrasi pula membawa maksud penggabungan dua atau beberapa unsur seperti penggabungan antara kaum yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat[1]. Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia Segala ilmu dikongsi bersama agar rahmat dinikmati kita...Semoga dapat membantu semua untuk diguna di hari muka...Cerita- ceriti penghibur duka jangan melenting atau terasa...Segala silap jangan dimurka kerana A/J insan biasa mari bersama kita membina... adam jebat View my complete profile About Me 2013 (2) 2012 (1) 2011 (8) November (1) June (4) May (3) kajian kualitatif dan kuantitatif Dasar-dasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memu... Laungan Adam-Jebat Blog Archive Join this site with Google Friend Connect Members (12) Already a member? Sign in Followers 0 More Next Blog» [email protected] Dashboard Sign Out

description

MALAYSIA

Transcript of Agama, Sejarah, Isu, Cerita-ceriti_ Dasar-dasar Dan Pelan Tindakan Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan...

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 1/7

Bismillahirahmannirohhim (Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah)

Saturday, 28 May 2011

           Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting

bagi  mengekalkan  keharmonian  dan  kedamaian  dalam  sesebuah

negara.  Negara  yang  aman  dan  damai  dapat  menjamin  kebahagiaan

dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan

perpaduan  dapat  mencapai  kemajuan  dan  kejayaan  dengan  mudah

serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

            Pihak  kerajaan  terutamanya  harus  memainkan  peranan  utama

dalam  usaha  memupuk  perpaduan  dan  integrasi  di  Malaysia  selain

menyemai  semangat  patriotisme  dalam  kalangan  rakyat.  Kita  tidak

mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang

melibatkan  rusuhan  antara  kaum  di  negara  kita  yang  telah

menyebabkan  berlakunya  pertumpahan  darah  dan  kemusnahan  harta

benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah

akibat  daripada  tidak  wujudnya  semangat  perpaduan  dan  integrasi

nasional.  Sesungguhnya  mereka  berjumpa  tetapi  tidak  wujud

komunikasi antara mereka.

            Sesungguhnya,  pihak  kerajaan  menyedari  betapa  pentingnya

pemupukan perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan

telah  menjalankan  usahausaha  dan  langkahlangkah  dengan

memperkenalkan dasardasar dan pelan  tindakan untuk melaksanakan

agenda ini.

      Perpaduan bermaksud telah benarbenar bersatu dan integrasi pula

membawa  maksud  penggabungan  dua  atau  beberapa  unsur  seperti

penggabungan  antara  kaum  yang  menjadi  satu  kesatuan  yang  kukuh

dan kuat[1].

      Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan

dalam  usaha  memupuk  perpaduan  dan  integrasi  di  Malaysia  ialah

dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan

Perpaduan  Negara.  Jabatan  ini  merupakan  sebuah  agensi  di  bawah

Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untukMemupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

Segala ilmu dikongsi bersama agar rahmatdinikmati kita...Semoga dapat membantusemua untuk diguna di hari muka...Cerita-ceriti penghibur duka jangan melentingatau terasa...Segala silap jangan dimurkakerana A/J insan biasa mari bersama kitamembina...

adam jebat

View my complete profile

About Me

►  2013 (2)

►  2012 (1)

▼  2011 (8)

►  November (1)

►  June (4)

▼  May (3)

kajian kualitatif dankuantitatif

Dasar-dasar dan PelanTindakan Kerajaan untukMemu...

Laungan Adam-Jebat

Blog Archive

Join this sitewith Google Friend Connect

Members (12)

Already a member? Sign in

Followers

0   More    Next Blog» [email protected]   Dashboard   Sign Out

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 2/7

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

            Tujuan  utama  kerajaan  menubuhkan  jabatan  ini  adalah  untuk

memelihara,  meningkat  dan  mengukuhkan  perpaduan  rakyat  dan

integrasi  nasional  selaras  dengan  dasardasar  kerajaan  berlandaskan

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN juga mempunyai

visi  untuk  menjadi  sebuah  agensi  kerajaan  yang  unggul  dalam

melahirkan  bangsa  Malaysia  yang  bersatu  padu,  berwawasan  dan

berdaya maju. Misi    jabatan  ini pula  ialah untuk memupuk kefahaman

dan  semangat  muhibah  melalui  jaringan  dan  interaksi  sosial  ke  arah

pembentukan  Bangsa  Malaysia  yang  bersatu  padu  dan  beridentiti

nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah “Bersatu Kita maju”.

      Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan

untuk  mengukuhkan  perpaduan  Negara  dan  Integrasi  Nasional,

menerapkan  nilainilai  kewarganegaraan  ke  arah  pembentukan  suatu

bangsa Malaysia  yang  bersatu  padu.  Selain  itu,  JPNIN  juga  berfungsi

untuk  mencegah  konflik  antara  kaum,  masyarakat  dan  wilayah  serta

memantau,  mengesan  dan  menilai  perhubungan  antara  kaum  dan

masyarakat.  Peranan  lain  yang  turut  dijalankan  oleh  JPNIN  ialah

menyelaraskan  program  dan  aktiviti  perpaduan  dengan  agensiagensi

kerajaan,  swasta  dan  pihakpihak  lain,  dan  yang  paling  utama  adalah

berusaha merapatkan masyarakat  daripada  semua  negeri  di  Malaysia

khususnya  di  antara  Semenanjung  Malaysia  dengan  Sabah  dan

Sarawak.

            Sesungguhnya,  kebijaksanaan  pihak  kerajaan  dalam  usaha

melicinkan  matlamatnya  untuk  memupuk  perpaduan  dan  integrasi

dalam  negara  kita  dengan  menubuhkan  sebuah  jabatan  khas  untuk

menguruskan usaha  ini adalah merupakan suatu  langkah yang terbaik.

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata

telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang positif

kepada kita semua.  

      Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan

satu  program  pembangunan  bersepadu  dan  menyeluruh  iaitu  dengan

melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah

untuk membentuk perpaduan negara.

      Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu

yang  pertamanya  ialah  untuk  mengurang  dan  seterusnya  membasmi

kemiskinan  dengan  menambah  pendapatan  dan  memperbanyakkan

peluangpeluang  pekerjaan  kepada  semua  rakyat  Malaysia  tanpa

mengira  kaum.  Langkah  kedua  pula  ialah  dengan  mempercepatkan

proses  penyusunan  semula  masyarakat  Malaysia  bagi  membaiki  dan

memulihkan  keadaan  ekonomi  yang  tidak  seimbang  supaya  dapat

mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsifungsi ekonomi[2].

            Pengenalan  kaum mengikut  fungsifungsi  ekonomi  adalah  punca

utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 3/7

berlakunya  ketidak  tegasan  melaksanakan  apa  yang  telah  termaktub

dalam kontrak sosial[3]  terutama  sekali  perkara  yang melibatkan  isu

isu  kemiskinan  orang  Melayu  dan  Bumiputera  dalam  semua  bidang.

Pengasingan  kaum  mengikut  fungsifungsi  ekonomi  juga  turut

mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan

serta  jurang  perbezaan  ekonomi  yang  sangat  ketara  di  antara  kaum

Melayu  dan  Bumiputera  dengan  Bukan  Bumiputera  semakin  melebar

hingga  mengakibatkan  jumlah  kemiskinan  dan  pengangguran  di  desa

semakin  bertambah  sehingga  memaksa  anakanak  muda  Melayu

berhijrah ke kota mencari pekerjaan.

      Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20

tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak

kerajaan  pada  masa  itu  iaitu  Kerajaan  Perikatan  agar  dapat

mengurangkan  ketidakseimbangan  antara  orang  Bumiputera  dengan

Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke2, RMK2 (1971

1975)  sehingga  Rancangan  Malaysia  ke5,  RMK5(19861990)  yang

tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang

begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan

berulangnya peristiwa 13 Mei 1969[4].

      Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20

tahun  adalah  untuk  meningkatkan  peratus  penanaman  modal  dalam

syarikatsyarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika

berlakunya  peristiwa  13  Mei  1969  hingga  semasa  dasar  ini  baru

diperkenalkan  adalah  sangat  rendah  dan  wujud  jurang  yang  sangat

besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak

asing.  Matlamat  akhir  dasar  ini  ialah  pada  tahun  1990,  peratusan

penanaman  modal  Bumiputera  dalam  syarikatsyarikat  berhad  akan

dapat  ditingkatkan  dari  hanya  1.5  peratus  sahaja  pada  tahun  1971

kepada  30  peratus  pada  tahun1990.  Sementara  itu,  kaum  bukan

Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal

akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi

pihak  asing  yang menguasai  sebanyak  62.1  peratus  pada  tahun  1971

akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup

tempoh 20 tahun[5].   

      Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya

telah  membawa  Malaysia  untuk  mengorak  langkah  ke  hadapan  untuk

menuju  ke  arah  negara  maju  melalui  Wawasan  2020  dengan  usaha

menghapuskan  kemiskinan  secara  mutlak  seperti  yang  pernah

diungkapkan  oleh  mantan  Perdana  Menteri  kita,  Tun  Dr.  Mahathir  b.

Mohamad  “Daripada,serampang  dua mata Dasar  Ekonomi  Baru(DEB),

tiada  sesiapa  pun  yang  menentang  pembasmian  kemiskinan  secara

mutlak  tanpa  mengira  kaum  dan  kedudukan  geografi.  Semua  rakyat

Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau  luar

bandar,  sama  ada  mereka  di  selatan,  utara,  timur  atau  barat,  mesti

dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak”[6].

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 4/7

      Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini,  ianya secara

tidak  langsung  telah  membawa  kesan  yang  positif  dalam  memupuk

perpaduan  dan  integrasi  di  Malaysia.  Pelaksanaannya  telah  berjaya

mengubah  keadaan  negara  yang  huruhara  pada  ketika  itu  setelah

menggabungkan ketigatiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan

kedudukan  istimewa  orang  Melayu  dan  Bumiputera  ke  dalam  dasar

dasar dan programprogram tertentu.

           Seterusnya, pihak kerajaan  juga menyedari bahawa adalah  lebih

afdal  dan  lebih  sesuai  jika  semangat  perpaduan  dan  intagrasi  ini

dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia.

Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih baik jika semangat ini

diserap  ke  dalam  jiwa  rakyatnya  sejak  kecil  lagi  dan  tumpuan  sudah

tentulah  diberikan  kepada  golongan  pelajarpelajar  sekolah  dan

institusiinstitusi  pendidikan  yang  lain.  Oleh  itu,  kerajaan  telah

menggunakan  sistem  pendidikan  sebagai  wadah  untuk  menerapkan

semangat  perpaduan  dalam  kalangan  para  pelajar.  Adalah  lebih  baik

proses    penyemaian  nilai murni  ini  dimulakan  sejak mereka  kecil  lagi

kerana  pada  usia  beginilah  mereka  lebih  mudah menerima  pelajaran

bak  kata  pepatah  “jika mahu melentur  buluh,biarlah  dari  rebungnya”.

Untuk  masa  yang  ke  hadapan,  merekalah  yang  akan  mewarisi

pentadbiran  Negara  dan  jika  mereka  tidak  didedahkan  dengan

semangat  perpaduan,  adalah  tidak  mustahil  negara  kita  nanti  akan

menjadi huruhara dan kacaubilau.

            Melalui  sistem  pendidikan,  pihak  kerajaan  telah  mewujudkan

beberapa  program  yang  realistik  dan  bersesuaian  dalam  usaha  untuk

mencapai  matlamat  mewujudkan  semangat  perpaduan  dan  integrasi

dalam  kalangan  para  pelajar.  Antara  program  yang  telah  dijalankan

ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan.

            Sekolah  Wawasan  adalah  sekolah    rendah  yang  berkonsepkan

belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira

kaum dan agama. Di bawah konsep  ini, dua atau  tiga sekolah  rendah

yang  berlainan  sekolah  akan mempunyai  bangunan  yang  bersambung

antara  satu  sama.  Matlamat  penubuhan  sekolah  ini  adalah  untuk

mewujudkan  perpaduan  dan  integrasi  di  antara murid  yang  berlainan

etnik  dan  agama.  Ia  juga  untuk  melahirkan  sifat  tolenrasi  dan

persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum

antara  semua  pelajar  melalui  perkongsian  kemudahan  sekolah  dan

perlaksanaan aktiviti.

      Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran

yang asal kerana tiaptiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di

samping  urusan  pentadbiran  dan  pengurusan  kewangan  yang

dikendalikan oleh sekolah masingmasing.

       Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajarpelajar yang berlainan etnik

akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin,

lapangan  perhimpunan,  gelanggang  permainan  dan  padang  secara

bersamasama.  Apabila  kemudahan  ini  digunakan  secara  bersama,

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 5/7

sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama

lain  yang  seterusnya  akan  mewujudkan  interaksi  di  kalangan  mereka

dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan.         

      Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha

untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan

bersifat  cintakan  negara.  Jika  kerangka  konsep  sekolah  dahulunya

terasing  antara  satu  sama  lain,  kini  disatukan  dalam  satu  sistem

pendidikan yang  seragam dan  selari  dengan hasrat negara. Pada hari

ini masih wujud  lagi  sekolah yang berasaskan kaum  iaitu sekolah cina

dan  tamil.  Sekolah wawasan  bolah  dicernakan  sebagai  pertembungan

etnik  dalam  satu  ruang  yang  sama.  Penggabungan  sekolahsekolah

yang  berasaskan  etnik  ini  dalam  satu  kawasan  yang  sama,  akan

menemukan  pelajar  yang  pelbagai  etnik  secara  kerap  dan  ini

mewujudkan  integrasi  etnik  dangan  cepat  dan  berkesan.  Konsep

Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan  pelajar

yang  berasal  dari  pelbagai  bangsa  walaupun  berlainan  aliran

persekolahan.

      Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian

pendidikan  yang  juga  dapat  memupuk  integrasi  antara  etnik.

Pendemokrasian  antara  etnik  yang  telah  diperkenalkan  oleh

Kementerian  Pendidikan  adalah  untuk  memastikan  agar  semua  kaum

atau  etnik  dapat menikmati  kemudahan  yang  sama  dalam  pendidikan

sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.

Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolahsekolah

yang dibina adalah sama, alatalat yang dibekalkan seperti kerusi, meja,

almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul

perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu,

Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.

      Pelajarpelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di

manamana  sekolah  di  negara  kita.  Mereka  boleh  memilih  sekolah

mengikut  pilihan masingmasing.  Sekolahsekolah  yang  berbeza  aliran

juga  mendapat  kemudahan  yang  sama.  Walaupun  mereka

menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku

teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

            Kumpulankumpulan  etnik  lain  juga  berhak  untuk  mempelajari

bahasa  dan  kebudayaan  kumpulan  etnik  masingmasing  dan  patut

dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan

seperti  ini,  adalah  diharapkan  agar  pendemokrasian  pendidikan  dapat

memupuk proses integrasi antara etnik.

            Dasar  yang  dimainkan  oleh  pendidikan  amatlah  penting  dalam

proses  integrasi  dan  pembangunan  sesebuah  negara.  Dengan

perkembangan  ekonomi  yang  pesat  telah  menyebabkan  keadaan

mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus

mempertahankan  nilainilai  perpaduan  yang  telah  diasaskan  sebelum

ini. Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi

alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 6/7

Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat perpaduan

dan  integrasi  sejak  dari  kecil  lagi  hinggalah  dewasa.  Oleh  itu,  segala

dasar  dalam pendidikan    yang  dapat memupuk  integrasi  antara  kaum

haruslah disokong oleh setiap rakyat Malaysia.

          Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang

sangat  penting  bagi  mewujudkan  sebuah  negara  yang  aman  dan

makmur,  kestabilan  politik  dan  perkembangan  ekonomi  yantg  pesat.

Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak

kerajaan  sahaja,  tetapi  semua  lapisan  masyarakat  harus

menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.

            Memetik  ucapan mantan  Perdana  Menteri,  Datuk  Seri  Abdullah

Ahmad  Badawi  dalam  perutusan  Kemerdekaan  Negara  Ke51,  beliau

mengingatkan  rakyat  bahawa  perpaduan  adalah  tunjang  kepada

kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi

negara[7].  Oleh  yang  demikian,  kita  semua  haruslah  bersamasama

membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan

dan  integrasi  ini  dan  kita  mestilah  menyayanginya  bak  kata  pepatah 

“bercerai  kasih  bertalak  tidak,bagaikan  rambut  bersimpul  mati,inginku

mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan”.     

Adam  Jebat:  Pelbagai  dasar  dan  tindakan  telah  diusahakan  oleh

Kerajaan,namun  sejauh  mana  kejayaan,  keberkesanan  dan  pemahaman

rakyat?  Dapat  dilihat  semakin  berani  kaumkaum  lain  mempersoalkan

hakhak bangsa Melayu, Kontrak Sosial mahupun Perlembagaan. Benarlah

kata Tun Mahathir, rupanya mengisi kemerdekaan itu lebih sukar.   

 

[1] Drs.Awang Sudjai Hairul,Kamus Lengkap,Kuala Lumpur:Pustaka Zaman Sdn Bhd,1990.hlm 1035.

[2] Kaum Melayu di kawasan pedalaman dan luar Bandar,Cina di kawasan bandar(berniaga),India di

kawasan ladang‐ladang.

[3] Kontrak sosial ialah tawar menawar politik menerusi dialog pemimpin‐pemimpin parti

Perikatan(UMNO‐MCA‐MIC)inilah yang telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai kontrak sosial

yang kemudiannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

[4] Zainal Abidin Abdul Wahid et.al,Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua,Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka,1996,hlm.393‐394.

[5] Ibid,hlm.395.

[6] Dr.Mahathir b.Mohamad,Malaysia:The Way Forward,Kuala Lumpur:Biro Tatanegara Jabatan   

Perdana Menteri Malaysia,1991,hlm.4. 

[7] Norfatimah Ahmad,Berita Minggu,Kuala Lumpur,31 Ogos 2008,hlm 1.

Posted by adam jebat at 04:12

Recommend this on Google

3 comments:

Unknown 20 March 2012 at 01:24

slm.. nak tnye.. dpt dr mane sumber untuk entri ni? hehe

Reply

Ave James 20 March 2014 at 17:14

8/31/2015 Agama, Sejarah, Isu, Ceritaceriti: Dasardasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan Integrasi di Malaysia

http://adamjebat.blogspot.com/2011/05/dasardasardanpelantindakankerajaan.html 7/7

Newer Post Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sign out

  Notify me

Enter your comment...

Comment as:  dayangmila awangsalleh (Google)

Publish   Preview

mohon jdkan sbgai rujukan..terima kasih :)

Reply

Darin jannah 9 July 2014 at 08:53

rujukan pliss

Reply

Ethereal template. Powered by Blogger.