agar si manja menjadi LEBIH LAGI - dugro.com.my · Kad pengenalan ibubapa dan sijil ... TEMPOH...

2
DANONE DUMEX (MALAYSIA) SDN. BHD. (35663-U) Sertailah hari ini! agar si manja menjadi LEBIH LAGI agar si manja menjadi LEBIH LAGI agar si manja menjadi LEBIH LAGI * Hanya kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 10 tahun layak untuk menyertai. Tertakluk kepada terma dan syarat. Pilihan Pendaftaran: BORANG PENDAFTARAN Nama penuh ibu/bapa/penjaga : No. Kad Pengenalan: E-mel : No. telefon bimbit : Negeri : Nama kanak-kanak: Tarikh lahir : Pilihan lokasi untuk persembahan akhir : Jenama susu membesar terkini: / / Jenis Persembahan: Serlahkan bakat si manja anda di pentas Dugrostar; menyanyi, menari, bermain alat muzik atau kombinasi bakat-bakat ini. Persembahkan secara individu atau dalam kumpulan dan si manja anda mungkin menjadi bintang Dugrostar! Untuk keterangan lanjut, layari www.dugro.com.my @ @ (seperti dalam kad pengenalan) (jika ada) dd mm yyyy KB Mall, Kelantan Plaza Merdeka, Sarawak Sunway Pyramid, Selangor One Borneo, Sabah Menyanyi Menari Bermain alat muzik Kombinasi bakat-bakat di atas Mahkota Parade, Melaka KSL Mall, Johor Bahru AEON Bukit Mertajam Pulau Pinang Kunjungilah lokasi-lokasi roadshow kami untuk rakaman segera! Layari www.dugro.com.my Isikan borang pendaftaran di laman web dan muat naik video persembahan si manja anda Rakamkan persembahan si manja ke dalam CD, DVD atau pemacu USB dan hantarkan bersama borang pendaftaran ini melalui pos

Transcript of agar si manja menjadi LEBIH LAGI - dugro.com.my · Kad pengenalan ibubapa dan sijil ... TEMPOH...

Page 1: agar si manja menjadi LEBIH LAGI - dugro.com.my · Kad pengenalan ibubapa dan sijil ... TEMPOH PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN ... • Proses meluluskan video akan mengambil masa satu

DA

NO

NE

DU

MEX

(MA

LAYS

IA) S

DN

. BH

D. (

3566

3-U

)

Sertailah hari ini!

agar si manja menjadi LEBIH LAGIagar si manja menjadi LEBIH LAGIagar si manja menjadi LEBIH LAGI

* Hanya kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 10 tahun layak untuk menyertai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pilihan Pendaftaran:

BORANG PENDAFTARAN

Nama penuhibu/bapa/penjaga :

No. Kad Pengenalan:

E-mel :

No. telefon bimbit :

Negeri :

Nama kanak-kanak:

Tarikh lahir :

Pilihan lokasi untukpersembahan akhir :

Jenama susumembesar terkini: / /

Jenis Persembahan:

Serlahkan bakat si manja anda di pentas Dugrostar; menyanyi, menari, bermain alat muzik atau kombinasi bakat-bakat ini. Persembahkan secara individu atau dalam

kumpulan dan si manja anda mungkin menjadi bintang Dugrostar!

Untuk keterangan lanjut, layari www.dugro.com.my

@@

(seperti dalam kad pengenalan)

(jika ada)

dd mm yyyy

KB Mall, Kelantan

Plaza Merdeka, Sarawak

Sunway Pyramid, Selangor

One Borneo, Sabah

Menyanyi

Menari

Bermain alat muzik

Kombinasi bakat-bakat di atas

Mahkota Parade, Melaka

KSL Mall, Johor Bahru

AEON Bukit MertajamPulau Pinang

Kunjungilah lokasi-lokasi roadshow kami untuk

rakaman segera!

Layari www.dugro.com.myIsikan borang pendaftaran di laman web dan muat naik video

persembahan si manja anda

Rakamkan persembahan si manja ke dalam CD, DVD atau pemacu USB dan hantarkan bersama borang pendaftaran ini melalui pos

Page 2: agar si manja menjadi LEBIH LAGI - dugro.com.my · Kad pengenalan ibubapa dan sijil ... TEMPOH PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN ... • Proses meluluskan video akan mengambil masa satu

UMUM• Dugrostar adalah program dalam bentuk pertandingan (“Pertandingan”) yang dianjurkan oleh Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) kepada rakyat Malaysia untuk susu tepung membesar Dugro.• Objektif program ini adalah untuk membina keyakinan diri kanak-kanak, kemahiran berkomunikasi dan bersosial dan pada masa yang sama mengiktirafkan bakatnya.• Program Dugrostar hanya terbuka kepada rakyat Malaysia. Kad pengenalan ibubapa dan sijil kelahiran kanak-kanak harus ditunjukkan untuk disahkan semasa persembahan secara langsung di peringkat akhir.• Pertandingan ini terbuka kepada semua kecuali:a. Pekerja-pekerja pihak Penganjur (termasuklah pekerja syarikat bersekutu dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam Pertandingan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung), pekerja tetap atau secara kontrak termasuklah ahli keluarga terdekat mereka.b. Wakil-wakil dan/atau pekerja agensi pengiklanan dan/atau agensi promosi untuk pihak Penganjur (termasuklah syarikat-syarikat bersekutu mereka dan pihak lain yang terlibat dengan Pertandingan ini) dan ahli keluarga terdekat mereka.• Para peserta haruslah memberi maklumat yang tepat dan betul dalam borang pendaftaran. Ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan peserta jika data atau maklumat yang diberikan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. • Para peserta harus bersetuju dengan semua terma dan syarat yang termaktub untuk menyertai program Dugrostar.• Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas mana-mana kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian yang dialami oleh sesiapa yang berpunca dari penyertaannya dalam Pertandingan ini atau mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan Pertandingan ini.• Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Dugrostar di www.dugro.com.my.

CARA UNTUK MENYERTAI• Hantarkan video anak/anak-anak anda memperkenalkan dirinya/mereka dan mempersembahkan bakatnya/mereka dengan membuat persembahan seperti menyanyi, menari, memainkan alat (alat-alat) muzik atau kombinasi bakat-bakat ini, sama ada secara individu atau dalam kumpulan yang tidak melebihi enam (6) kanak-kanak.• Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) video, tetapi setiap video mesti disertai dengan borang pendaftaran berasingan.• Terdapat dua (2) kategori dalam pertandingan ini: i) 3-6 tahun : Untuk peserta-peserta yang lahir dari 21 Ogos 2008 hingga 22 Ogos 2011 ii) 6+ -10 tahun : Untuk peserta-peserta yang lahir dari 21 Ogos 2004 hingga 20 Ogos 2008• Video yang dimuat naik mestilah dirakamkan tidak lebih dari tiga (3) bulan sebelum pendaftaran dan tidak pernah disiarkan sebelumnya dalam mana-mana media. Sebarang perlanggaran pada peraturan ini akan menggugurkan kelayakan peserta dengan serta-merta, dimana ini boleh berlaku pada mana-mana tahap sepanjang Pertandingan ini.• Kandungan video haruslah terdiri daripada dua (2) segmen. Segmen 1: Kanak-kanak memperkenalkan diri mereka (pilihan); dan Segmen 2: Kemahiran persembahan kanak-kanak (wajib).• Video boleh dimuat naik terus di www.dugro.com.my atau dihantar secara pos ke alamat:Dugrostar c/o Ecopia Sdn. Bhd., No. 27, Jalan 17 / 47, 46400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. • Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang kehilangan borang pendaftaran yang dihantar melalui pos.• Selain daripada memuat naik secara atas talian (online), peserta-peserta juga boleh merakamkan bakat kanak-kanak di lokasi-lokasi pameran bergerak (Roadshow) Dugrostar di pusat membeli-belah yang ditetapkan.• Bahan video mesti dihantar dalam format berikut: MP4, 3GP atau WMV. (tidak melebihi 300MB)• Video tidak boleh melebihi 2 minit.• Video mesti menunjukkan bakat kanak-kanak dalam menyanyi, menari, memainkan alat (alat-alat) muzik atau kombinasi bakat-bakat ini secara individu atau dalam kumpulan yang tidak melebihi enam (6) orang.• Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas mana-mana tindakan undang-undang atau tuntutan yang berkaitan dengan video yang dihantar oleh peserta program Dugrostar.• Semua video yang dihantar untuk program Dugrostar akan menjadi hak pihak Penganjur dan pihak Penganjur berhak menyiarkan video-video di mana-mana media dan untuk apa-apa tujuan tanpa mendapatkan persetujuan peserta.

TEMPOH PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN• Tempoh pendaftaran untuk program Dugrostar adalah dari 22 Ogos 2014 hingga 12 Oktober 2014. Mana-mana video yang dihantar melalui pos mesti mempunyai cop tarikh tidak lewat dari 6 Oktober 2014. Untuk muat naik dalam talian, video-video mesti dimuat naik ke laman web tidak lewat dari 12 Oktober 2014 jam 12 tengah malam.

Fasa 1: Pendaftaran• Setiap video akan ditapis sebelum disiarkan dalam laman galeri video Dugrostar. Mana-mana video yang memaparkan kebogelan, keganasan, dan/atau jenama pesaing tidak akan diluluskan dalam proses penapisan dan tidak akan disiarkan dalam laman galeri video Dugrostar. • Proses meluluskan video akan mengambil masa satu (1) hari bekerja sebelum disiarkan dalam laman galeri video. Video yang dimuat naik pada hujung minggu/cuti umum akan ditapis pada hari bekerja keesokan harinya.

• Setiap video yang diluluskan akan diberikan markah oleh pihak Penganjur. Markah tidak akan diumumkan.• Semasa pendaftaran, peserta dikehendaki memilih satu daripada tujuh (7) lokasi pusat membeli-belah yang ditetapkan untuk persembahan secara langsung di peringkat akhir.• Ahli jawatankuasa tidak akan menanggung kos perjalanan peserta ke lokasi persembahan peringkat akhir dari kawasan atau tempat tinggal peserta.• Empat puluh (40) peserta dengan markah tertinggi dari setiap pusat membeli-belah yang telah ditetapkan akan dihubungi oleh pihak Penganjur atau wakilnya yang sah, untuk memastikan peserta hadir untuk membuat persembahan secara langsung/akhir.• Kriteria penghakiman adalah berdasarkan kepada: i) Penilaian penampilan peserta yang terdiri dari 40% dan merujuk kepada kemahiran berkomunikasi, pakaian dan gaya.

ii)Penilaian bakat peserta yang terdiri dari 60% dan merujuk kepada suara/irama/tarian/kualiti persembahan, teknik kemahiran set dan potensi.• Empat puluh (40) peserta akan dihubungi oleh pihak Penganjur atau wakilnya yang sah melalui telefon dua (2) minggu sebelum persembahan secara langsung di peringkat akhir. Kelayakan peserta akan digugurkan jika beliau gagal dihubungi selepas 3 kali cubaan.• Dua puluh (20) peserta dari kategori 3-6 tahun akan membuat persembahan pada hari pertama persembahan secara langsung di peringkat akhir.• Dua puluh (20) peserta dari kategori 6+ -10 tahun akan membuat persembahan pada hari kedua persembahan secara langsung di peringkat akhir.• Senarai empat puluh (40) peserta yang terpilih akan dipaparkan dua (2) minggu sebelum persembahan secara langsung di peringkat akhir di www.dugro.com.my seminggu sebelum tarikh persembahan secara langsung di peringkat akhir.

Fasa 2: Persembahan secara langsung di peringkat akhir• Peserta terpilih akan ke lokasi persembahan secara langsung di peringkat akhir dengan perbelanjaan sendiri dan menanggung sendiri kos penginapan, jika perlu.• Peserta perlu menyediakan alat persembahan atau pakaian atau alat muzik untuk persembahan secara langsung di peringkat akhir.• Persembahan secara langsung di peringkat akhir akan diadakan setiap hujung minggu dari 24 Oktober 2014 hingga 16 November 2014 di tujuh (7) lokasi yang ditetapkan.• Lokasi-lokasi terpilih untuk persembahan secara langsung di peringkat akhir adalah:1. KB Mall, Kelantan ( 24 - 25 Oktober 2014 )2. Plaza Merdeka, Sarawak ( 1 - 2 November 2014 )3. Sunway Pyramid, Selangor ( 1 - 2 November 2014 )4. One Borneo, Sabah ( 8 - 9 November 2014 )5. Mahkota Parade, Melaka ( 8 - 9 November 2014 )6. KSL Mall, Johor Bahru ( 8 - 9 November 2014 )7. AEON Bukit Mertajam, P.Pinang ( 15 - 16 November 2014 )• Kriteria penghakiman di peringkat akhir akan lebih menekankan kepada kemahiran komunikasi kanak-kanak, tahap keyakinan diri dan interaksi sosial di atas pentas.• Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

HADIAH• Hadiah pertama di setiap lokasi adalah wang tunai sebanyak RM5,000.00• Hadiah kedua di setiap lokasi adalah wang tunai sebanyak RM3,000.00• Hadiah ketiga di setiap lokasi adalah wang tunai sebanyak RM1,000.00• Peserta-peserta lain yang layak semasa fasa pendaftaran dan hadir untuk mengambil bahagian di persembahan secara langsung di peringkat akhir akan menerima hadiah saguhati.• Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah dalam Pertandingan ini.• Untuk peserta berkumpulan, hadiah akan dikongsi oleh ahli kumpulan.• Pihak Penganjur berhak menggantikan hadiah-hadiah Pertandingan dengan sebarang hadiah yang sama nilai dengannya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh ditukar, ditebus atau ditukar dengan wang tunai.• Pemenang bertanggung jawab atas mana-mana cukai jika ada yang mungkin timbul dari memenangi Pertandingan ini.

PIHAK PENGANJUR• Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan nama-nama, alamat-alamat, gambar-gambar, data-data peribadi dan/atau dokumen-dokumen (“Bahan”) pemenang untuk tujuan pengiklanan atau apa jua jenis publisiti, dari masa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu. Pemenang-pemenang dan semua peserta tidak berhak untuk mendapatkan kembali Bahan atau meminta pampasan dari penggunaan Bahan.• Pihak Penganjur berhak mengubah atau membatalkan terma dan syarat Pertandingan tanpa notis terlebih dahulu.• Dengan menyertai Pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat Pertandingan.• Keputusan para hakim dan pihak Penganjur adalah muktamad. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan.• Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses dan mendedahkan data peribadi yang diberi oleh peserta kepada pihak berkuasa yang berkaitan atau mana-mana pihak ketiga yang jika dikehendaki oleh undang-undang.

Saya dengan ini mengesahkan bahawa informasi yang saya berikan adalah benar dan bersetuju yang data dan informasi tersebut boleh dikumpulkan, diproses, disimpan oleh Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan/atau kumpulan Danone Dumex untuk tujuan pertandingan atau promosi oleh syarikat dan/atau kumpulan Danone Dumex.

Dengan menandatangani borang ini, saya juga bersetuju untuk syarikat dan/atau Kumpulan Danone Dumex: a. Menyimpan dan memproses data peribadi saya. b. Berkongsi data peribadi dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan atau pihak ketiga jika diperlukan oleh undang-undang atau jika diperlukan untuk tujuan undang-undang bagi transaksi ini.

Saya juga faham dan bersetuju bahawa data peribadi saya mungkin dikongsi dan dipindahkan ke mana-mana syarikat dalam kumpulan Danone Dumex, di mana ia mungkin melibatkan penghantaran data saya ke lokasi di luar Malaysia. Saya juga faham yang Danone Dumex boleh berkongsi data saya dengan pembekal perkhidmatan luar untuk tujuan servis penghantaran dan/atau pengurusan pelanggan. Untuk tujuan mengemaskini dan memperbetulkan data tersebut, saya faham yang saya boleh melakukannya pada bila-bila masa dengan menghubungi kumpulan Danone Dumex dengan mendapat akses data peribadi saya yang disimpan dalam kumpulan Danone Dumex.

(Untuk mengelakkan kekeliruan, data peribadi merangkumi semua data yang termaktub dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuklah semua data yang telah anda kongsikan dengan Danone Dumex dalam borang ini).

Sila layari www.dugro.com.my untuk membaca dan memahami sepenuhnya Perakuan Data Peribadi & Privasi.

Saya telah membaca dan memahami semua terma dan syarat serta Notis Data Peribadi & Privasi Dugrostar.

Tandatangan:

Nama: Tarikh:

TERMA & SYARAT

Perakuan Data Peribadi & Privasi

Untuk maklumat terkini, anda boleh hubungi kami di: Talian Pelanggan

Kod Rujukan (Untuk kegunaan pejabat sahaja):