Modul 9 Penglibatan Ibubapa & Guru
-
Upload
zulkiply-yaakob -
Category
Documents
-
view
9.264 -
download
5
Transcript of Modul 9 Penglibatan Ibubapa & Guru
MODUL 9
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN GURU II
SINOPSIS
Kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka akan membantu
membentuk generasi akan datang dan cara bagaimana generasi tersebut
mempengaruhi dunia di sekeliling mereka. Selain daripada itu guru prasekolah
juga perlu membantu usaha ini dengan memahami keperluan dan kehendak
kanak-kanak serta menyemai harga diri yang tinggi dalam diri mereka. Modul ini
mengandungi tiga unit (7.5, 7.6 dan 7.7 masing-masing) berkaitan keibubapaan,
kehendak dan keperluan kanak-kanak dan konsep harga diri kanak-kanak. Unit
Keibubapaan menghuraikan konsep keibubapaan dalam konteks pendidikan awal
kanak-kanak, kemahiran mengawal diri dan pemahaman tentang keluarga bahagia
yang amat penting dan mempengaruhi keberkesanan pendidikan awal kanak-
kanak. Garis panduan untuk membantu keluarga memilih pusat pendidikan awal
kanak-kanak yang bersesuaian dengan falsafah keluarga dan keperluan kanak-
kanak juga dibincangkan. Keperluan dan kehendak kanak-kanak menjelaskan
perbezaan antara keperluan dan kehendak kanak-kanak. Huraian juga
menyentuh bagaimana keperluan dan kehendak kanak-kanak perlu ditangani
dengan baik oleh guru prasekolah. Unit akhir dalam modul ini menyentuh tentang
konsep, kepentingan dan kesan harga diri kanak-kanak, indikator harga diri dan
bagaimana guru dapat meningkatkan harga diri kanak-kanak.
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Sebelum menggunakan modul sila jawab semua soalan dalam ujian pra.
2. Cuba fahami dan hayati objektif modul ini.
3. Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Anda
digalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah mata
pelajaran anda semasa anda hadir untuk kuliah/sesi interaksi di maktab.
4. Setelah membaca nota, sila jawab soalan ujian pasca.
5. Anda digalakkan untuk membuat refleksi semasa menggunakan modul ini.
7.5 KEIBUBAPAAN
1
HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat :
1. menjelaskan konsep keibubapaan
2. mengetahui prinisp-prinsip keibubapaan
3. memahami matlamat & objektif keibubapaan
4. merancangkan pemerhatian ke atas kanak-kanak
5. memahami konsep kawalan diri
6. memahami cara mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga
7. memahami cara dan kriteria memilih pusat penjagaan/prasekolah untuk
anak-
Anak
Ujian Pra
1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak?
Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah.
2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga
bahagia?
3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanak-
kanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.
7.5.1 Konsep Keibubapaan
Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka.
Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong
perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti
positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar
kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-
anak di bawah jagaan mereka.
2
Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting
dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga
yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa
sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara
komited. Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil
kira. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan,
konsep ‘melentur buluh biar dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa
merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek
sains dan kemanusiaan.
Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu
bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam
kemahiran keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap
kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan
yang berkesan dan telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan
untuk para ibu bapa.
Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka. Ahli
profesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentingan
mewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga.
Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks.
Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein menghuraikan
kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat.
Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu
kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional
pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein
ialah :
Jenis 1 : Keibubapaan – membantu keluarga menguasai kemahiran
keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak.
Jenis 2 : Komunikasi – mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan
di antara sekolah dan keluarga
3
Jenis 3 : Kesukarelawan – menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela
dengan pelbagai cara.
Jenis 4 : Pembelajaran di rumah – melibatkan keluarga menyokong aktiviti
pembelajaran di rumah.
Jenis 5 : Membuat keputusan – melibatkan keluarga dalam pengurusan
prasekolah dan organisasi berkaitan.
Jenis 6 : Kolaborasi dengan masyarakat – menyelaras perkhidmatan
masyarakat untuk kebaikan bersama.
Proses keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran
keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan
negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait
dengan kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.
7.5.2 Prinsip-Prinsip Keibubapaan
Keibubapaan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta mencabar
kerana ibu bapa perlu menemui cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan
mendidik anak-anak mereka. Terdapat beberapa prinsip keibubapaan yang boleh
digunakan untuk membantu ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Amalan prinsip-prinsip ini akan mendatangkan kesan positif terhadap kanak-
kanak.
Mengurus diri dengan baik (Take care of yourself)
Mengurus diri dengan baik haruslah menjadi perkara utama dalam diri ibu
bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikan diri maka kebolehan mereka
mengaplikasikan prinsip-prinsip yang seterusnya akan terbatas. Ibu bapa yang
mengamalkan prinsip ini akan berusaha menguruskan tekanan dalam
kehidupan mereka. Mereka memiliki identiti tersendiri dan menggunakan
kebolehan untuk diri dan keluarga. Mereka akan berusaha mendapatkan ahli
keluarga dan kawan yang boleh memberikan sokongan emosi dan praktikal.
Mereka akan berusaha mengamalkan ciri-ciri dan aktiviti tersebut dalam
4
kehidupan supaya anak-anak mereka akan meniru dan mengamalkannya
apabila dewasa nanti.
Kasihi anak-anak (Nurture your children)
Jika kanak-kanak tidak merasa dihargai dan disayangi maka semua usaha ibu
bapa tidak akan memberikan pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kanak-
kanak perlu merasa mereka disayangi dan dikasihi oleh ibu bapa mereka.
Bimbing anak-anak (Guide your children)
Kanak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk
membantu mereka menguruskan kehidupannya. Bimbingan adalah lebih baik
daripada hukuman, Seorang ibu atau bapa yang membimbing anaknya
mengajar anaknya bahawa kesan positif atau negatif akan menyusuli sesuatu
tingkat laku. Bimbingan membantu kanak-kanak mendapatkan sesuatu dengan
cara yang dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang membimbing akan
mengajar melalui teladan, menetapkan had yang berpatutan serta melibatkan
kanak-kanak dalam menetapkan had bersesuaian dengan umur mereka.
Membela anak anda (Be your child’s advocate)
Bronfenbrennner mencadangkan bahawa ibu bapa hendaklah menunjukkan
rasa kasih sayang yang amat kuat terhadap anak mereka. Ibu bapa harus
menunjukkan mereka merasa anak mereka lebih baik daripada kanak-kanak
yang lain.
Memotivasikan anak anda (Motivate your child)
Ibu bapa adalah guru pertama kepada anaknya. Ibu bapa hendaklah
menggalakkan anak mereka mempelajari dengan mewujudkan suasana
pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan buku dan pelbagai bahan rujukan di
rumah. Ibu bapa harus membaca supaya menggalakkan anak-anak mereka
membaca.
5
Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak
Apa-apa perkara yang ibu bapa bincangkan di depan anak-anak, ia mungkin
mempengaruhi persepsi anak terhadap dirinya. Sesuatu perkara negatif yang
didengari mungkin dianggap benar. Sebaliknya perkara positif yang didengari
mereka boleh memberikan keyakinan dan menggalakkan tingkah laku positif.
Melindungi kanak-kanak secara keterlaluan
Walaupun kanak-kanak perlu dilindungi, namun perlindungan yang melampau
akan menggalakkan tingkah laku pergantungan dan kanak-kanak yang terlalu
sensitif. Ibu bapa boleh menunjukkan bahawa mereka baik hati tanpa terlalu
bersimpati. Kanak-kanak perlu mempelajari menangani perasaan kekecewaan,
kegagalan dan kehilangan dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak yang
mempunyai sikap berdikari akan akhirnya dapat mengatasi pelbagai halangan
dalam kehidupan mereka kelak.
Bersatu, bertolak ansur & bersikap positif terhadap suami/isteri
Tingkah laku suami isteri yang selalu tidak sependapat/sehaluan akan
mengelirukan anak-anak mereka. Anak tidak akan menghormati ibu bapa yang
tidak menghormati satu sama lain.
Menghargai guru, pendidikan & pembelajaran
Pendidikan guru harus dititikberatkan. Kanak-kanak akan memahami
mengenainya dengan jelas jika bapa, datuk dan nenek, misalnya menghargai
pembelajaran. Ceritalah mengenai guru yang anda hormati dan tunjukkan
penghargaan anda terhadap guru anak anda. Ibu bapa harus memberitahu
anak bahawa mereka mengharapkan anak mereka mencapai pendidikan
sehingga peringkat tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak
6
mengabaikan pendidikan dan tercicir daripada persekolahan terlalu awal.
Bersikap positif terhadap kerjaya
Ibu bapa yang merungut tentang kerjaya akan menggalakkan anak mereka
mempunyai sikap negatif terhadap kerja. Anak-anak akan merungut terhadap
kerja rumah dan tanggungjawab yang diberikan di rumah. Ibu bapa yang tidak
menyukai kerjaya harus berikhtiar menukar kerjaya mereka supaya anak-anak
mereka akan menyedari bahawa pendidikan membuka peluang yang luas
kepada mereka yang berpendidikan tinggi.
Menjadi teladan kepada anak
Kanak-kanak selalu memerhati tingkah laku ibu bapa dan ahli-ahli keluarga
yang lain. Orang dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan
dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu
bapa yang beretika, bersemangat dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.
Mempelajari bersama dengan anak-anak
Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang
mempelajari bersama-sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman
lawatan, perkhemahan dan aktiviti lain suatu pengalaman untuk belajar
bersama dengan anak-anak.
Luangkan masa untuk berseronok
Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan
anak-anak mereka. Seperti manusia lain, orang dewasa perlu meluangkan
masa makan atau bercuti dan menikmati kehidupan mereka. Pada masa
tersebut anak-anak akan berpeluang menguruskan aktiviti masing-masing
dengan sendiri. Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak mempelajari
banyak perkara dan menjadi matang.
7
7.5.3 Matlamat & Objektif
Kajian menunjukkan semua kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai potensi yang
akan berkembang jika digalakkan dengan betul. Perkembangan otak, misalnya,
banyak bergantung kepada pengaruh persekitaran dalam perkembangan awal
kanak-kanak. Sekiranya faktor-faktor tersebut tidak disediakan pada masa–masa
tertentu maka perkembangan kanak-kanak mungkin tidak berlaku.
Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan dan status sosial kurang
mempengaruhi prestasi pencapaian murid dalam sekolah berbanding dengan
tindakan keluarga murid dari segi :
mewujudkan suasana rumah yang menggalakkan pembelajaran
menetapkan jangkaan yang tinggi tetapi realistik terhadap pencapaian
dan masa depan anak
terlibat dalam pendidikan anak dalam sekolah dan masyarakat
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah kemahiran dan
pengetahuan keibubapaan dapat mempengaruhi kanak-kanak di rumah?
Matlamat Keibubapaan
Kajian menunjukkan terdapat beberapa kemahiran yang ibu bapa perlu miliki
supaya mereka dapat membentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan.
Antara kemahiran keibubapaan adalah seperti berikut :
Membentuk dan menjelaskan jangkaan
Mengawal perasaan apabila anak menunjukkan tingkah laku yang tidak
diingini
Melaksanakan sesuatu tindakan positif atau negatif
8
Menjadi teladan yang positif
Membentuk tingkah laku
Memotivasikan anak yang bertingkah laku positif
Keibubapaan ialah satu proses yang kompleks dan ibu bapa memerlukan
pengetahuan dan kemahiran keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan
sebaik mungkin dalam aspek-aspek berikut :
Perkembangan Kanak-Kanak
Memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang serta
keperluan-keperluan mereka pada setiap perkembangan dalam kehidupan.
Mengenali Diri Sendiri
Memahami diri dari segi dorongan, nilai, dan bagaimana cara mereka dapat
menangani kenakalan anak, pertelingkahan dan sebagainya.
Kemahiran & Strategi Keibubapaan
Memahami kemahiran & strategi keibubapaan spesifik untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak dan menangani tingkah laku anak sepanjang proses
keibubapaan.
Cara Berkomunikasi
Memahami cara berkomunikasi dengan anak, pasangan suami isteri dan guru
secara berkesan.
Cara Mengajar
Mempelajari cara bagaimana mengajar sesuatu konsep dan kemahiran kepada
anak.
9
Mengurus Keluarga
Memahami cara menyara keperluan keluarga dan menguruskan sebuah
keluarga.
Mendapatkan Bantuan
Menyedari pentingnya mendapat bantuan daripada orang lain serta cara
mendapatkan bantuan tersebut apabila memerlukannya.
7.5.4 Pemerhatian ke Atas Kanak-Kanak
Lingkungan umur di antara 4-6 tahun memperlihatkan satu tahap pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak berlaku begitu pesat. Kajian kecerdasan ke atas
remaja pada umur 17 tahun ke bawah menunjukkan bahawa 50% kecerdasan
telah berkembang apabila kanak-kanak mencapai umur 4 tahun.
Pertambahan 30% berlaku apabila kanak-kanak mencapai umur lapan tahun.
Hampir 80% kecerdasan yang terdapat pada umur dewasa, iaitu 17 tahun.
Perkembangan pesat berlaku dalam lingkungan umur prasekolah.
Implikasi daripada dapatan kajian ini sungguh penting bagi ibu bapa menilai apa
yang perlu dilakukan supaya pertumbuhan dan perkembangan dalam semua
aspek fizikal, mental dan sosioemosi dapat dioptimumkan dalam lingkungan umur
prasekolah.
Sebelum seseorang ibu bapa boleh memerhati dan mentafsir mengenai
perkembangan anaknya beliau perlu memahami ciri-ciri kanak-kanak pada tahap
umur tertentu. Berikut adalah ciri kanak-kanak berumur di antara 3-5 tahun.
Ciri Fizikal
Kanak-kanak prasekolah amat aktif. Mereka dapat mengawal pergerakan
badan dan melakukan aktiviti untuk keseronokannya semata-mata.
10
Kanak-kanak memerlukan waktu rehat lebih kerap. Mereka tidak sedar
keperluan untuk berehat.
Perkembangan otot besar berlaku lebih cepat daripada otot kecil. Kanak-kanak
prasekolah agak kekok dan kurang cekap melakukan aktiviti seperti mengikat
tali kasut dan membutang baju.
Koordinasi tangan dan mata tidak cekap kerana sukar melihat objek kecil.
Badan kanak-kanak fleksibel, tetapi tulang di bahagian kepala lembut.
Kanak-kanak lelaki lebih besar daripada perempuan, tetapi perkembangan
kanak-kanak perempuan lebih cepat dalam banyak aspek perkembangan,
misalnya kemahiran motor halus.
Ciri Sosial
Kebanyakan kanak-kanak mempunyai seorang hingga dua orang rakan karib,
tetapi persahabatan tidak berkekalan. Kebanyakannya bersedia bermain
dengan kanak-kanak lain. Kawan karib biasanya dari jantina yang sama, tetapi
persahabatan lelaki dan perempuan mula berlaku.
Permainan secara kumpulan kecil dan tidak terancang dan akan berubah
dengan cepat.
Kanak-kanak kecil menunjukkan beberapa jenis tingkah laku semasa bermain
seperti bermain sendiri, bermain bersama rakan atau sebagai pemerhati
sahaja.
Corak bermain berbeza mengikut kelas sosial dan jantina
Perselisihan sering berlaku, tetapi tidak kekal lama dan cepat dilupai
Menyedari peranan jantina dan perbezaan jantina.
Ciri Emosi
Meluahkan emosi secara bebas dan terbuka.
11
Perasaan iri hati sering berlaku di kalangan rakan kerana kanak-kanak ingin
mendapat perhatian dan sokongan guru.
Ciri Kognitif
Kanak-kanak agak mahir dengan bahasa, kebanyakannya suka bercakap
terutama sekali di depan kumpulan.
Menggunakan peraturan bahasa sendiri semasa bertutur
Kecekapan bertambah melalui interaksi, minat, peluang dan galakan.
Hasil daripada pemerhatian, ibu bapa akan mengetahui antaranya :
Bagaimana kanak-kanak belajar
Tahap perkembangan kanak-kanak
Tahap perkembangan kanak-kanak seterusnya
Bagaimana menggalakkan perkembangan kanak-kanak
Bagaimana kanak-kanak membentuk hubungan
Apa yang kanak-kanak ingin pelajari
Maklumat yang dikumpul akan membantu ibu bapa mendapat suatu gambaran
sebenar tentang anak mereka. Ia dapat membantu mereka menentukan apa
masalah yang dialami oleh kanak-kanak dan bentuk bantuan yang diperlukan.
Pemerhatian ke atas kanak-kanak akan memastikan tidak ada masalah berlaku
secara terus menerus tanpa tindakan diambil.
7.5.5 Kawalan Diri
Kawalan diri merujuk kepada kemahiran seseorang untuk mengawal emosi dan
tingkah laku secara positif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dalam
kehidupannya. Kemahiran mengawal diri berkait rapat dengan psikologi
seseorang. Seseorang yang mempunyai kemahiran mengawal diri tinggi akan
12
melihat dirinya sebagai mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk berhadapan
dengan cabaran. Apabila persepsinya terhadap situasi adalah positif maka dia
dapat bertindak dengan penuh keyakinan, tenang dan membuat keputusan
dengan berkesan.
Perubahan berlaku dengan begitu pesat dalam masyarakat. Dalam keadaan
demikian keluarga akan sentiasa berhadapan dengan cabaran baru dan lebih
kompleks. Ibu bapa perlu bertindak dengan yakin, tenang dan membuat keputusan
yang wajar. Respon ibu bapa terhadap cabaran akan mempengaruhi kebahagiaan
keluarganya. Masalah dalam kerja yang tidak diuruskan dengan baik, mungkin
akan dibawa ke dalam keluarga dengan cara tidak disedari dan menjejaskan
hubungan dalam keluarga.
Kemahiran mengawal diri amat penting dipelajari oleh ibu bapa kerana ia dapat :
membantu seseorang mengawal emosinya dan bertindak dengan penuh
keyakinan.
membantu seseorang mengekalkan komunikasi secara positif dengan ahli-ahli
keluarga lain.
membolehkan seseorang membuat keputusan yang berkesan
mengelakkan seseorang daripada merasa tertekan
Kemahiran mengawal diri boleh dipelajari dan dipertingkatkan melalui cara-cara
berikut :
memahami kelebihan dan kekurangan dalam diri seseorang.
membuat refleksi tentang pengalaman atau pembelajaran yang lepas. Amalan
refleksi membantu seseorang meneliti tindakan yang telah diambil dan
kesannya.
melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan dalam pelbagai situasi supaya
seseorang mendapat pengalaman yang luas. Seseorang yang berpengalaman
luas dan sering kali berjaya akan yakin dengan kebolehan diri dan mempunyai
kawalan diri yang tinggi.
13
7.5.6 Mengekalkan Kebahagiaan
Semua ibu bapa mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menjadi ibu yang
cemerlang tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa
merasakan prestasi mereka sebagai ibu bapa tidaklah secemerlang yang
diharapkan. Malah ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai
keupayaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan mengekalkan
kebahagiaan dalam keluarga.
Usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia memerlukan ibu bapa yang
cemerlang. Apakah maksud ibu bapa yang cemerlang? Ibu bapa yang cemerlang
akan mempunyai personaliti berikut :
Matlamat hidup berkeluarga yang jelas.
Tegas
Berakhlak mulia
Mengambil berat terhadap keluarga
Komitmen yang tinggi
Yakin terhadap diri sendiri
Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Konsisten dalam melakukan sesuatu
Pemikiran yang kreatif dan positif
Boleh diharap
Sentiasa bertenaga
Kemahiran berkomunikasi
Mudah mesra dan penyayang
Kuat bekerja
Pandai bergurau
14
Ibu bapa perlu mendidik anak supaya menjadi insan berakhlak mulia
Rahsia Membentuk Rumah Tangga Bahagia
Landasan ilmu yang kukuh
Amalan berkasih sayang & kasih-mengasihi
Penyuburan bakat
Kejujuran & keikhlasan
Membentuk suasana kondusif
Memainkan peranan & tanggungjawab
Membuat keputusan bersama
Mempamerkan kasih sayang
Mengawal emosi & tindakan
Memberikan tumpuan masa kepada keluarga
Tidak mementingkan diri sendiri
Sentiasa berdoa untuk keluarga
Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak
Bersikap adil terhadap ahli keluarga
7.5.7 Memilih Pusat Penjagaan Prasekolah Untuk Kanak-Kanak
Ibu bapa menganggap prasekolah akan menyediakan peluang untuk anak-anak
mereka berkembang sebagai seorang pelajar. Hal ini akan berlaku jika ibu bapa
15
merasa yakin dengan kualiti guru dan prasekolah.
Terdapat 3 langkah yang perlu diambil oleh ibubapa untuk memastikan kanak-
kanak prasekolah mendapat pengalaman positif iaitu :
Memilih pusat prasekolah yang betul
Menyediakan kanak-kanak untuk prasekolah
Menyokong kanak-kanak semasa belajar di prasekolah
Pemilihan pusat prasekolah untuk anak hendaklah dilakukan beberapa bulan
sebelum sesi persekolahan bemula. Terdapat 4 langkah dalam memilih
prasekolah, iaitu :
(a) Meneliti falsafah pusat prasekolah
Terdapat ibu bapa berpendapat prasekolah adalah tempat untuk membolehkan
anak-anak mereka mengembangkan kemahiran asas dalam akademik. Ibu bapa
yang lain mungkin melihat prasekolah sebagai tempat yang menyediakan peluang
untuk kanak-kanak membentuk hubungan yang baik dengan rakan sebaya.
(b) Mendapatkan senarai pusat prasekolah tempatan.
Selepas menentukan falsafah prasekolah, dapatkan senarai pusat prasekolah
untuk dipertimbangkan.
(c) Mengumpul maklumat tentang pusat prasekolah
Sebelum melawat ke prasekolah, dapatkan maklumat tentang prasekolah. Ibu
bapa perlu bertanya kepada pengelola prasekolah mengenai falsafah, lokasi, kos,
bilangan hari pembelajaran dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut ibu
bapa boleh menentukan pusat prasekolah yang sesuai dengan kehendak mereka
16
dan melawat untuk meninjau lebih lanjut.
(d) Melawat & memerhati pusat prasekolah
Tetapkan temujanji dengan pihak prasekolah untuk melihat dan menemubual
stafnya. Semasa lawatan, perhatikan persekitaran, bilik darjah, jadual, aktiviti
pembelajaran, dan interaksi guru dan murid. Semasa sesi temu bual,
pertimbangkan peraturan disiplin, tahap penglibatan ibu bapa dan kelayakan staf
dan sekolah.
Semasa lawatan ibu bapa boleh menggunakan garis panduan berikut untuk
membantu mereka :
Guru Prasekolah
Kelayakan, pengalaman & latar belakang guru
Samada guru menghadiri latihan professional secara berterusan
Jangkaan berbeza untuk kanak-kanak berlainan umur & minat
Adakah kanak-kanak & guru nampak mesra
Adakah kanak-kanak mendapat perhatian individu
Adakah guru bertindak secara positif terhadap kanak-kanak dan
berkomunikasi pada tahap kanak-kanak
Adakah guru mendengar percakapan murid dan bertindak balas secara
aktif
Adakah guru menekankan kekuatan dan kejayaan murid
Samada guru menunjukkan ciri kecindan
Samada guru mempunyai falsafah mendidik kanak-kanak yang sama
dengan ibu bapa
Adakah ibu bapa merasa mesra dan yakin dengan guru prasekolah
Samada guru pandai menyelesaikan konflik di kalangan murid
17
Interaksi Kanak-Kanak
Adakah kanak-kanak merasa selesa dan gembira
Adakah kanak-kanak berpeluang meluahkan pandangan
Adakah kanak-kanak mempercayai guru untuk bantuan
Adakah guru membantu kanak-kanak bertimbang rasa semasa asertif
Aktiviti Harian
Adakah jadual tetap untuk kanak-kanak
Bagaimana cara guru mengurus waktu rehat
Apa jenis aktiviti disediakn untuk kanak-kanak dan samada aktiviti sesuai
dengn umur kanak-kanak
Apakah fokus aktiviti – pembelajaran, permainan kreatif atau kedua-duanya
Keseimbangan aktiviti fizikal luar dan dalam
Samada kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti yang disukai mereka
Adakah guru menghargai nilai main dan menggalakkan kreativiti
Kepelbagaian bahan permainan yang disediakan
Adakah aktiviti main melambangkan masyarakat pelbagai budaya tanpa
diskriminasi
Disiplin
Bagaimana kanak-kanak dikawal
Adakah kawalan disiplin berpatutan dan menekankan pengajaran tingkah
laku yang bersesuaian
Adakah 'time out' memberi peluang kanak-kanak membuat refleksi kendiri
dan bukan sebagai hukuman
18
Adakah kanak-kanak dilibatkan dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
Nisbah orang dewasa dan kanak-kanak
Apakah nisbah yang dibenarkan untuk prasekolah
Berapa bilangan kanak-kanak di bawah jagaan dan umur kanak-
kanak
Adakah bilangan orang dewasa mencukupi untuk melayan kanak-
kanak
Persekitaran
Ruang mencukupi untuk kanak-kanak bergerak bebas
Ruang untuk kanak-kanak bermain, belajar secara senyap dan aktif
Bilik selesa, menggalakkan, menarik dan ceria
Hasil kerja murid dipamerkan
Makanan & minuman
Makanan berzat dan pelbagai disediakan pada masa sesuai
Guru dapat menyediakan makanan khas untuk kanak-kanak yang
memerlukannya
Penyimpanan dan penyediaan makanan dalam keadaan memuaskan
Layanan khas
Adakah guru dapat melayan kanak-kanak dengan keperluan khas
Penglibatan ibu bapa
Galakan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah
Adakah ibu bapa digalakkan untuk hadir atau memerhati semasa kelas
dijalankan
19
Keselamatan
Cahaya lampu, dan pengudaraan mencukupi
Peralatan selamat dan dalam keadaan baik
Ubat-ubatan dan bahan merbahaya disimpan dengan baik
Alat keselamatan disediakan
Pelan pemindahan kecemasan disediakan dan dilatih dari masa ke semasa
Maklumat kecemasan disimpan dalam fail untuk setiap orang kanak-kanak
Sakit
Peraturan jika kanak-kanak jatuh sakit
Samada pembantu yang bertauliah ada untuk membantu sekiranya guru
jatuh sakit atau mengalami kecemasan
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian, ibu bapa boleh membuat keputusan
mengenai prasekolah yang sesuai untuk anak masing-masing.
Kesimpulan
Untuk menjadi seorang ibu bapa yang berkesan, seseorang perlu mempunyai
dedikasi, kasih sayang dan mengelakkan diri daripada suka memberi hukuman.
Keibubapaan adalah kerja dan peranan yang mungkin paling penting bagi
seseorang. Seseorang perlu meluangkan banyak masa, tetapi ia mendatangkan
ganjaran yang amat berharga pada jangka masa panjang. Generasi akan datang
(anak-anak kita) akan berkembang secara positif apabila kita memberi sepenuh
perhatian dan usaha dalam mendidik mereka.
20
Ujian Pasca
1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak?
Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah.
2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga
bahagia?
3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanak-
kanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.
Unit 7.6 : KEPERLUAN & KEHENDAK KANAK-KANAK
HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat :
21
1. Memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak
2. Membezakan antara keperluan dan kehendak kanak-kanak dan bagaimana
menanganinya
Ujian Pra
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?
2. Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun
3. Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani
kehendak
kanak-kanak yang tidak terbatas?
7.6.1 Memahami Keperluan Kanak-kanak
Keperluan adalah kehendak atau kemahuan individu untuk mengurangkan atau
membetulkan keadaan kekurangan, kekacauan atau keadaan tidak seimbang
berhubung individu tersebut. Keperluan boleh wujud dalam bentuk fisiologi dan
psikologi.
Keperluan fisiologi lebih kuat, lebih tetap dan memberi motivasi dalaman kepada
seseorang individu. Ini juga dipanggil dorongan. Keperluan psikologi pula lahir
akibat hubungan antara manusia dengan pelbagai aspek persekitaran. Kedua-dua
bentuk keperluan fisiologi dan psikologi ini mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Oleh kerana perkaitan yang rapat itu, makna sesuatu keperluan juga dilihat melalui
cara memenuhi keperluan tersebut. Sebagai contoh, makanan adalah satu
keperluan fisiologi tetapi disebabkan oleh faktor budaya dan agama, makanan
bagi sesuatu kaum tidak menjadi makanan bagi kaum lain. Contoh paling mudah
bagi keadaan ini adalah daging lembu yang boleh dimakan oleh kaum Melayu
beragama Islam tidak boleh dimakan oleh kaum India beragama Hindu.
Setelah memahami konsep keperluan, kita akan melihat dan mengaplikasi konsep
tersebut kepada kanak-kanak. Konsep keperluan menjadi asas untuk kita
memahami keperluan kanak-kanak. Keperluan makanan bagi kanak-kanak
22
mungkin berbeza dengan keperluan makanan bagi orang dewasa. Begitu juga
dengan keperluan-keperluan lain.
7.6.2 Jenis-jenis Keperluan
Jenis-jenis keperluan manusia digambarkan dengan jelas oleh Maslow (1954)
yang memperkenalkan Hieraki Keperluan Manusia seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1.
Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow
Kita akan membincangkan keperluan manusia yang ada dalam Hieraki Maslow itu
berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak.
23
Fisiologi : makanan, air, oksigen, tidur, kepuasan deria
Keselamatan : perlindungan
Kasih Sayang dan Rasa Dimiliki
Keperluan Penghargaan
Kesempurnaan Kendiri
Pengetahuan
Estetik
Keperluan fisiologi
Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, aktiviti
(yang diserlahkan dalam bentuk gerakan atau bermain), dan kepuasan deria
(seperti merasa makanan yang digemari, melihat gambar berwarna-warni atau
mendengar lagu gembira)
Keperluan keselamatan
Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatan selepas keperluan fisiologi
mereka dipenuhi. Mereka memerlukan penjagaan ketika sakit, ibu bapa
sebagai tempat bergantung, jaminan ketenteraman (fizikal dan emosi) dan
dunia rutin yang teratur.
Keperluan kasih sayang dan rasa dimiliki
Setelah keperluan fisiologi dan keselamatan dipenuhi, keperluan seterusnya
adalah menerima dan memberi kasih sayang, juga rasa dimiliki iaitu
penerimaan orang lain terhadap mereka. Kanak-kanak mahu diterima dan
diberi perhatian dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini merupakan permulaan
kepada keperluan psikologi. Kekurangan perhubungan kasih sayang boleh
menjadi punca psikopatologi atau kecelaruan personaliti yang mungkin
mengakibatkan tingkah laku agresif dan antisosial.
Keperluan penghargaan
Keperluan ini menghendaki seseorang itu menghormati dirinya sendiri,
mendapat penghargaan daripada orang lain dan juga dapat menghormati
orang lain. Penghormatan dan penghargaan yang diperlukan adalah hasil
daripada pencapaiannya. Keperluan ini dipuaskan dengan cara yakin diri dan
mendapat pengakuan, pemerhatian atau penghargaan daripada orang lain.
Keperluan pengetahuan
Rasa ingin tahu, penerokaan dan keinginan mendapatkan pengetahuan
tambahan lebih nyata bagi sesetengah kanak-kanak sahaja. Apabila
keperluan ini sangat kuat maka kanak-kanak akan mula menyusun, mengatur,
24
mencari perhubungan di antara perkara-perkara yang dilihat atau didengarnya.
Keperluan Estetik
Keperluan ini biasanya ditunjukkan oleh sesetengah individu yang telah
matang tetapi boleh juga diperlihatkan secara ketara oleh sebahagian kanak-
kanak. Keperluan ini merupakan keinginan yang mendadak untuk kecantikan,
keindahan, keadaan teratur/kemas dan simetri.
Kesempurnaan Kendiri
Keperluan kesempurnaan kendiri berlaku apabila seseorang itu berkebolehan
menjadi apa yang ia mampu. Pada tahap ini potensinya harus disempurnakan.
Sebelum tahap keperluan ini dicapai, keperluan-keperluan lain sebelumnya
harus dipuaskan terlebih dahulu. Apabila keperluan ini tercapai, seorang
individu yang sihat dari segi mental dan emosi yang telah berjaya mempunyai
pencapaian potensinya akan terhasil.
Selain daripada keperluan seperti yang dinyatakan oleh Maslow, kanak-kanak juga
mempunyai keperluan untuk :
mendapat kepercayaan
Kanak-kanak mengharapkan orang lain dapat mempercayai mereka.
Kepercayaan ini termasuk dari aspek keupayaan menjalankan aktiviti dan
kepercayaan terhadap kejujuran mereka.
berdikari
Kanak-kanak perlu berdikari untuk memberi ruang kepada mereka
berkembang dan menunjukkan potensi diri. Peluang untuk memenuhi
keperluan ini boleh diberikan dalam bentuk melakukan aktiviti rutin seperti
menyusun barangan peribadi, mengikat tali kasut atau dalam aktiviti
pembelajaran.
kawalan diri
Keperluan kawalan diri lebih merujuk kepada keupayaan kanak-kanak
mengawal emosi mereka. Keperluan ini akan membolehkan kanak-kanak
mempunyai emosi yang sihat dan mengurangkan tekanan perasaan dalam
25
proses tumbesaran mereka.
Perlukah kita memenuhi semua kehendak yang disuarakan oleh kanak-
kanak?
7.6.3 Kehendak Kanak-kanak
Sebagai guru prasekolah, kita perlu memahami kehendak kanak-kanak.
Kehendak meliputi apa sahaja yang disuarakan oleh kanak-kanak secara verbal
atau non-verbal. Kehendak berbeza daripada keperluan. Kehendak kanak-kanak
biasanya tidak terbatas dan melampaui daripada keperluan. Perbezaan antara
keperluan dan kehendak berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow dapat
digambarkan dengan lebih jelas seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Perbezaan Keperluan dan Kehendak Kanak-kanak
Hieraki Keperluan (Teori Maslow)
Keperluan kanak-kanak
Kehendak kanak-kanak
Implikasi kepada guru
Keperluan fisiologi Makanan seimbang Makanan manis, snek, makanan segera dengan mainan, minuman bergas
Menyediakan makanan seimbang dengan hiasan yang menarik dan berwarna-warni
Keperluan keselamatan
Keselamatan diri dan tempat belajar
Mencuba sesuatu aktiviti mencabar dengan gembira tanpa sedar aspek keselamatan
1. Memastikan alat permainan selamat dan tidak menyebabkan kecederaan.
2. Menyediakan tempat bermain yang selamat
Hieraki Keperluan (Teori Maslow)
Keperluan kanak-kanak
Kehendak kanak-kanak
Implikasi kepada guru
Keperluan kasih sayang dan penerimaan
Perhatian dan kasih sayang, diterima tanpa syarat
Perhatian berlebihan, sentiasa ingin dimanjakan, cemburu bila guru
Guru adil dalam memberi perhatian, bersikap mesra dengan semua murid
26
mendekati orang lain, nakal kerana ingin menarik perhatian
Keperluan penghargaan
Keupayaan, usaha dan pencapaian diakui dan diberi pujian/penghargaan
Pujian berlebihan, mahu sentiasa diberi ganjaran/hadiah berbentuk material
Guru memberi penghargaan atas keupayaan sebenar, bukan semata-mata memuji tanpa sebab yang jelas. Penghargaan diseimbangkan, tidak hanya berbentuk material, tidak mengkritik kesilapan, sebaliknya memberi dorongan untuk memperbaiki usaha
Keperluan pengetahuan
Mendapatkan pengetahuan baru, cuba menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru, ingin tahu
Pertanyaan berlebihan sehingga mengganggu pengajaran dan pembelajaran (P&P), membuat aktiviti untuk bermain semata-mata tanpa mengambil kira unsur pengetahuan
Guru merancang aktiviti pembelajaran berbentuk permainan yang menarik dan merangsang pemikiran mereka serta menimbulkan sifat ingin tahu.
Keperluan estetik Menyusun peralatan dengan kemas, mengemas diri, melihat gambar berwarna-warni
Inginkan peralatan peribadi yang mempunyai karektor yang digemari mereka (seperti ”Garfield”), menghias diri secara berlebihan, berpakaian mengikut fesyen terkini
Guru menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik dan berwarna-warni, menghias bilik darjah, menyusun peralatan dengan kemas, guru sentiasa ceria, bersih dan kemas.
Hieraki Keperluan (Teori Maslow)
Keperluan kanak-kanak
Kehendak kanak-kanak
Implikasi kepada guru
Kesempurnaan kendiri
Menyerlahkan potensi diri
Berbangga dengan potensi diri, sentiasa mahu mendahului
Membimbing murid supaya gemar mencuba dan pada masa yang
27
dalam melaksanakan setiap aktiviti hingga tidak memberi peluang kepada orang lain
sama memberi peluang kepada orang lain, merancang aktiviti pengayaan untuk murid yang berpotensi, memberi keyakinan kepada murid tentang kebolehan dan bakat mereka
KESIMPULAN
Setelah kita memahami perbezaan keperluan dan kehendak kanak-kanak, sebagai
guru prasekolah kita perlu lebih berusaha memenuhi keperluan mereka, bukan
sentiasa mengikut kehendak mereka. Keperluan kanak-kanak yang dipenuhi akan
menghasilkan individu yang sihat dan tampil sebagai manusia sempurna yang
mempunyai keseimbangan diri.
Ujian Pasca
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?
2. Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun
3. Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani
kehendak
kanak-kanak yang tidak terbatas?
Unit 7.7 : HARGA DIRI
HASIL PEMBELAJARAN
28
Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat :
1. menjelaskan konsep harga diri
2. menjelaskan bagaimana konsep diri terbentuk
3. menghuraikan kepentingan dan kesan harga diri
4. menyatakan indikator bagi harga diri tinggi dan harga diri rendah
5. menyatakan strategi untuk meningkatkan harga diri kanak-kanak
Ujian Pra
1. Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda
mendapat
harga diri anda?
2. Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu
mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?
3. Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu
pembentukan
harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak?
7.7.1 : Konsep Harga Diri
Harga diri melibatkan perasaan dan penilaian yang menyeluruh ke atas diri sendiri.
Ada pakar-pakar psikologi yang mengatakan harga diri ialah sejauh mana
seseorang itu dapat menerima diri sendiri sebagaimana yang sebenarnya.
Maksudnya dapatkah seseorang itu menerima bahawa dia mempunyai crri-ciri
yang istimewa pada dirinya dan juga ciri-ciri yang tidak istimewa. Dia juga
menerima bahawa dia bukan hanya sudah melakukan banyak perkara yang baik
dan bijaksana, tetapi juga pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh dan
tidak bijaksana. Dia dapat mengakui ada masanya dia berjaya, tetapi ada
masanya dia gagal kerana tersilap. Harga diri juga memberitahu sejauh mana
seseorang itu berasa dirinya seorang yang baik dan berguna, tanpa mengira apa
yang sudah berlaku pada dirinya selama ini. Contohnya walaupun seseorang itu
sudah gagal mendapat gred yang baik di sekolah, apabila dia tidak pula berasa
dirinya seorang yang bodoh di sekolah malah dia berasa dia seorang yang
29
berbakat dan istimewa, maka itu adalah tanda-tanda dia mempunyai harga diri
yang sihat.
Bagaimanakah harga diri kita terbentuk?
Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri di mana harga
diri adalah bahagian yang menilai diri sendiri. Harga diri mempunyai kaitan yang
amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kanak-kanak tidak lahir dengan
konsep diri atau harga diri tetapi harga diri terbentuk melalui cara orang lain di
sekeliling mereka bertutur, bertindakbalas dan melayan mereka. Sebelum kanak-
kanak menjejakkan kaki mereka ke sekolah, ibu bapa atau pengasuhlah yang
sangat mempengaruhi pembentukan harga diri mereka. Apabila kanak-kanak
mulai ke sekolah, guru juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembentukan
harga diri kanak-kanak. Guru boleh mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa
disedari. Kanank-kanak yang dicap malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan
mengurangkan harga diri kanak-kanak. Guru akan menjadi penghalang kepada
pembentukan harga diri yang tinggi apabila mereka membanding-banding,
mengkritik atau memberikan perlindungan yang yang berlebihan kepada kanak-
kanak. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan harga diri akan
terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan sepanjang
hidup mereka.
Setiap kanak-kanak adalah istimewa. Mereka mempunyai bakat dan kebolehan
yang unik yang membezakannya dengan kanak-kanak lain. Tanggungjawab ibu
bapa dan guru ialah menolong mereka mengetahui kenyataan ini. Sekiranya
kanak-kanak membesar dengan harga diri yang tinggi, mereka akan mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk mencuba perkara baru, menghormati idea orang
lain dan menghadapi cabaran kerana mereka tahu bahawa mereka akan berjaya
sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.
7.7.2 Kepentingan Dan Pengaruh Harga Diri Yang Tinggi
30
Harga diri kanak-kanak adalah sangat penting dalam menentukan perkembangan
kanak-kanak yang sihat dalam semua aspek. Harga diri yang rendah akan
mengakibatkan pembentukan personaliti yang kurang menarik sebaliknya harga
diri yang tinggi akan menjamin kesejahteraan hidup dan kejayaan.
Seseorang kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan
mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pembelajarannya. Ini adalah
kerana beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka.
Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah tidak berani melibatkan
diri dan tidak mahu bertanya. Mereka sentiasa takut akan pandangan orang
lain terhadap diri mereka.
Kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga akan lebih pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak senang tersinggung oleh
komen atau pendapat rakan sebaya.
Disebabkan oleh keberanian untuk mencuba dan meneroka, kanak-kanak
dengan harga diri tinggi juga lebih kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja
mereka.
Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah akan cenderung
mengalami keciciran dalam persekolahan mereka.
Kanak-kanak yang tidak dihargai tidak berani melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran dan tidak berani bertanya sekiranya mereka tidak memahami
sesuatu. Bila prestasi mereka tidak baik, guru akan mengkritik atau menghina
mereka ataupun mengabaikan kanak-kanak sedemikian. Akhirnya mereka
akan tercicir dalam pelajaran mereka.
Ada juga yang membentuk kumpulan dan menunjukkan kenakalan mereka
kerana mereka telah hilang minat untuk belajar. Akibat kenakalan mereka ,
mereka mungkin didenda atau dimarahi. Masalah ini akan berlarutan
sekiranya tidak diatasi pada peringkat awal.
Kanak-kanak yang sering tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran akan menjadi pasif dan akhirnya mereka sering tidak berupaya
melaksanakan tugasan yang mudah.
Oleh yang demikian harga diri yang tinggi adalah sangat penting dalam
31
memastikan kanak-kanak berkembang secara sihat baik dari aspek emosi, kognitif
atau sosial.
Pernahkah anda memarahi atau memberi komen negatif kepada kanak-kanak di
bawah jagaan atau didikan anda?
7.7.3 Kesan Harga Diri Yang Rendah Kepada Kanak-kanak
Kanak-kanak dengan harga diri yang rendah akan mempamerkan sifat-sifat
berikut:
Pesimis
Mereka akan melihat sesuatu secara negatif dan tidak bersemangat dalam
aktiviti harian mereka. Kesan daripada sikap ini akan menyebabkan kanak-
kanak hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana
melihatnya sebagai sesuatu yang tidak bermakna.
Keliru
Kanak-kanak akan sering keliru kerana tidak faham apa yang sedang berlaku
di sekelilingnya. Keengganan mereka bertanya kerana malu atau takut akan
memburukkan keadaan ini. Sekiranya mereka sering diejek dan disindir ini
akan menambahkan kekeliruan mereka.
Bimbang
Kanak-kanak akan cenderung bimbang dan mempamerkan tingkah laku yang
menunjukkan kebimbangan mereka. Ini disebabkan mereka tidak yakin
tentang kebolehan diri mereka dan situasi di sekelilingnya.
Terlalu mengharap
Golongan ini tidak berinisiatif, tidak mahu berusaha atau mencuba sesuatu
dengan kemampuan diri mereka. Mereka sering mengharapkan pertolongan
orang lain dan akan rasa mereka tidak berupaya melaksanakan sesuatu yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka.
32
Kesilapan menerima mesej
Harga diri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan
kepada apa yang disampaikan oleh guru. Akibatnya mereka sering tidak
dapat menerima mesej dengan cekap.
7.7.4 Indikator Harga Diri Tinggi
Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan menunjukkan tingkah
laku berikut :
Mempamerkan kebolehan
Kanak-kanak demikian tidak akan segan silu untuk menunjukkan kebolehan
mereka sama ada dalam aktiviti nyanyian, lakonan, aktiviti fizikal dan
sebagainya. Ini disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap diri mereka
kerana penghargaan yang diberikan oleh orang lain kepada mereka.
Contoh kanak-kanak dengan keyakinan diri yang tinggi
33
Mampu mempengaruhi orang lain
Dalam pergaulan dengan rakan sebaya, kanak-kanak yang mempunyai harga
diri yang tinggi sentiasa berinisiatif dan menonjolkan sifat kepimpinan mereka
dan cara mereka mempengaruhi kawan-kawan yang lain. Kanak-kanak
sedemikian sering menjadi pemimpin dan kanak-kanak lain akan mendengar
cakap atau arahan mereka.
Sifat kepimpinan merupakan indikator harga diri tinggi Suka belajar perkara baru
Kanak-kanak dengan harga diri tinggi akan sentiasa riang dan gembira serta
bersemangat apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru. Apa juga
pelajaran baru yang diajar oleh guru akan berjaya menarik minat mereka.
Mereka tidak akan takut dengan cabaran yang harus ditempuhi.
Sabar
Golongan kanak-kanak ini juga sabar dalam menunggu giliran , sabar dengan
karenah kawan-kawan, tidak banyak bergaduh. Harga diri tinggi menyebabkan
mereka yakin giliran mereka akan sampai dan hak mereka tidak akan ke mana.
Mereka juga tidak perlu menunjukkan karenah mereka bagi menarik perhatian
orang lain. Sifat tolak ansur juga menyebabkan mereka tidak banyak
34
bergaduh.
Bertolak ansur
Mereka sedia bekerjasama dan bertolak ansur dan tidak takut diri mereka akan
rugi sekiranya mereka bertolak ansur. Ini adalah disebabkan oleh cara mereka
menghargai orang lain dan menghargai diri mereka sendiri.
Bertanggungjawab
Kanak-kanak dalam golongan ini juga sentiasa melaksanakan sesuatu yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tugasan seperti menolong
mengemas kelas, menolong kawan dan sebagainya dilaksanakan dengan
penuh tanggungjawab.
Memberi respon
Mereka akan sentiasa memberi respon sekiranya ditanya atau diajak bercakap.
Kanak-kanak yang tidak mahu memberi respon ialah mereka yang tidak yakin
pada diri sendiri dan takut respon mereka akan disindir atau diperkecil-
kecilkan.
Pada pendapat anda adakah murid anda mempunyai harga diri yang sihat?
Sekiranya tidak bagaimankah anda dapat membantu mereka?
7.7.5 Strategi Membantu Kanak-kanak Membentuk Harga Diri Tinggi
Guru prasekolah perlu membantu kanak-kanak membina harga diri yang tinggi.
Antara strategi yang boleh digunakan :
Bentuk peraturan yang jelas dan nyatakan tingkah laku yang diharapkan.
Apabila kanak-kanak ada batasan dan tahu tingkah laku yang diharapkan
daripada mereka, mereka akan membentuk harga diri yang tinggi.
Galakkan kebebasan dalam diri kanak-kanak. Guru perlu tahu masa yang
sesuai untuk memberi kebebasan kepada mereka.
Berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bergembira, menjelajah,
35
meneroka, ketawa dan mempamerkan kreativiti mereka.
Izinkan kanak-kanak membuat keputusan senidiri serta memikul
tanggungjawab.
Sediakan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak untuk menyatakan
perasaan dan pendapat mereka.
Tunjukkan rasa hormat kepada semua kanak-kanak di dalam kelas tanpa
mengira bangsa, jantina, agama dan latar belakang.
Sediakan banyak peluang untuk kanak-kanak menikmati kejayaan.
Galakkan kanak-kanak mencuba perkara-perkara baru dan sanggup
menerima cabaran.
Elakkan daripada mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi pada kanak-
kanak. Guru harus tahu kebolehan setiap anak muridnya.
Sering gunakan galakan dan pujian daripada kritikan dan pernyataan
negatif.
Bantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai unik dan istimewa.
Bincangkan ciri-ciri fizikal, personaliti, bakat dan minat yang berbeza.
Jangan harapkan yang kanak-kanak itu sempurna. Tunjukkan kepada
mereka bahawa sekiranya mereka gagal, itu bukanlah suatu kesalahan.
Bantu mereka belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar melalui
kesilapan.
Jangan menegur kanak-kanak secara negatif atau dalam keadaan yang
menyakitkan hati mereka di khalayak ramai dan jangan benarkan kanak-
kanak memperkecil-keclkan diri sendiri ataupun orang lain.
36
Jalani kehidupan ini dengan penuh semangat dan dengan harapan yang
tinggi. Fikirkan tentang diri anda, situasi anda dan kanak-kanak di bawah
jagaan anda secara positif.
Berikan banyak senyuman dan peneguhan positif kepada kanak-kanak
supaya mereka tahu diri mereka dihargai.
7.7.6 Aktiviti-aktiviti Menggalakkan Harga Diri Tinggi
Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dikendalikan oleh guru sebagai
galakan peningkatan harga diri seperti :
Minta kanak-kanak melihat diri mereka dalam cermin dan nyatakan perkara
yang mereka suka berkenaan diri sendiri.
Pilih seorang kanak-kanak setiap minggu. Buat poster besar yang
mengandungi gambar, kegemaran, binatang kesayangan dan sebagainya
tentang kanak-kanak berkenaan.
Minta kanak-kanak bercakap berkenaan kebaikan kawannya.
Kerap meminta kanak-kanak memberi peneguhan kepada diri sendiri
tentang keunikan dan keistimewaan diri sendiri.
Galakkan kanak-kanak melukis gambar dan bercerita tentang diri sendiri.
Simpan gambar kanak-kanak dalam album kelas.
Galakkan kanak-kanak membuat buku “Diri Saya’. Kandungannya ialah
lukisan gambar keluarga, rumah, kawan, sekolah, perkara yang disukai dan
37
tidak disukai dan sebagainya.
Minta kanak-kanak melengkapkan ayat : “Saya istimewa
kerana…………….”
Buat satu poster “Saya boleh”. Suruh kanak-kanak melukis atau menulis
ayat berkenaan perkara-perkara yang dapat mereka lakukan.
Minta kanak-kanak beratur dalam dua barisan dan berhadapan satu dengan
yang lain. Seorang demi seorang berjalan dalam lorong. Secara bergilir-gilir
kanak-kanak yang sedang berbaris akan menyentuh kanak-kanak tersebut
dan nyatakan sesuatu yang positif.
KESIMPULAN
Persekitaran yang menggalakkan, iaitu suasana yang mesra, penuh rasa hormat
dan peneguhan positif akan membuat kanak-kanak merasa disayangi dan
dihargai. Pembentukan harga diri yang tinggi merupakan hadiah yang paling
‘tahan lama’ dan berkesan yang dapat diberikan oleh seseorang guru kepada
kanak-kanak pada peringkat ini. Oleh yang demikian guru yang komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini kerana mereka
sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada peringkat ini akan memberi kesan
yang mungkin berlarutan sepanjang hidup kanak-kanak yang dididik mereka.
Ujian Pasca
1. Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda mendapat
harga diri anda?
2. Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu
38
mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?
3. Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu pembentukan
harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak?
BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. (2004). Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja.
Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7.
8. Krulik, N. (2005). Raise Your Child’s Self-Esteem! 99 Easy Things To Do.
9. New York : Scholastic Inc. Pvt. Ltd.
Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper & Row
Publishers. Ms 80-106.
Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1997 ). Kecemerlangan
Kekeluaragaan.
Menjadi ibu Bapa Cemerlang. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1999 ). Kecemerlangan Mendidik
Anak.
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah. Edisi 3.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah.
Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2003). Psikologi Pendidikan Untuk
Perguruan.
Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
39
PANEL PENGGUBALAN MODUL
Bil. Nama Kelayakan / Pengalaman
1. En. Tan Lay YenInstitut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak
BA (Hons)Diploma Pendidikan Diploma Pengurusan (MIM)Diploma Pengurusan Pentadbiran (UK)MSc. (Pengurusan)Pengalaman Sekolah : 4 tahunPengalaman IPG : 18 tahun
2. Pn. Low Siew FahInstitut Perguruan Tunku Bainun,Bukit Mertajam, Pulau Pinang
BA (Hons)Diploma PendidikanMEd. (Psikologi Pendidikan)Pengalaman Sekolah : 10 tahunPengalaman IPG : 6 tahun
3. Pn. Rashidah EliasInstitut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak
BSc. (Hons)Diploma PendidikanMSc. (Pembangunan Sumber Manusia)Pengalaman Sekolah : 7 tahunPengalaman IPG : 5 tahun
4. Nor Fauziyana Mohd. YusofPusat Latihan KEMAS,Kepala Batas,Pulau Pinang
Sijil Tinggi PelajaranSijil Pendidikan Awal Kanak-kanakJurulatih : 11 tahun
40
PANEL PEMURNIAN MODUL
Bil. Nama Kelayakan / Pengalaman
1. Pn. Low Siew FahInstitut Perguruan Tunku Bainun,Bukit Mertajam, Pulau Pinang
BA (Hons)Diploma PendidikanMEd. (Psikologi Pendidikan)Pengalaman Sekolah : 10 tahunPengalaman IPG : 6 tahun
2. Pn. Rashidah EliasInstitut Perguruan Sarawak, Miri, Sarawak
BSc. (Hons)Diploma PendidikanMSc. (Pembangunan Sumber Manusia)Pengalaman Sekolah : 7 tahunPengalaman IPG : 5 tahun
3. Pn. Nor Fadhilah KamahijazKEMAS Daerah Kuala Muda,Kedah.
Sijil Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-kanakSijil Teknologi Pendidikan USMJurulatih : 22 tahunPengetua Pusat Latihan KEMAS : 2 tahunPegawai KEMAS Daerah : 2 tahun
41