AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT - ssm.com.my Agenda_BM 0514 l… · KATA ALU-ALUAN MENTERI...

download AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT - ssm.com.my Agenda_BM 0514 l… · KATA ALU-ALUAN MENTERI Pembentukan dan penyediaan Agenda Tanggungjawab Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Agenda

If you can't read please download the document

Transcript of AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT - ssm.com.my Agenda_BM 0514 l… · KATA ALU-ALUAN MENTERI...

  • AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT

    MEMACU PERNIAGAAN MELANGKAU KEBERUNTUNGAN

  • AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT

    ms33 BAB III: Melaksanakan Pelbagai Peranan

    Sektor Awam dalam Tanggungjawab Korporat MelaksanakanPerananPemberi Mandat MelaksanakanPerananMemudah

    Cara,RakanKongsi&Mengendors PenubuhanPusatPadanan

    PerniagaanTanggungjawabKorporat PenubuhanMajlisPenasihat

    TanggungjawabKorporatSSM PenubuhanInisiatifPenyelidikan BersamamengenaiTanggungjawab

    Korporat MenggalakkandanMewujudkan

    KesedaranAwamMengenaiTanggungjawabKorporatMelaluiPerkongsian&KerjasamaStrategik

    ms45 BAB IV: Tanggapan SSM mengenai CR

    PenglibatandiPeringkat Antarabangsa Kesimpulan

    ms2 KataAlu-AluanMenteri

    ms5 PerutusanPengerusi

    ms7 PerutusanKetuaPegawaiEksekutif

    ms10 LatarBelakangAgendaCRSSM

    ms11 BAB I: Gambaran Ringkas mengenai

    Tanggungjawab Korporat LatarBelakang PerananSektorAwamdalam

    TanggungjawabKorporat PembangunanTerkini

    TanggungjawabKorporat TanggungjawabKorporatdiMalaysia MasaHadapanTanggungjawab

    Korporat

    ms23 BAB II: Parameter Agenda CR SSM

    TakrifTanggungjawabKorporatSSM PernyataanOrganisasiSSMmengenai TanggungjawabKorporat ObjektifSSMdalamMencapai AgendaTanggungjawabKorporat SlogandanLogoAgenda

    TanggungjawabKorporatSSM KlasifikasiInisiatifTanggungjawab

    KorporatOrganisasi

    MEMACU PERNIAGAANMELEBIHI KEBERUNTUNGAN

  • KATAALU-ALUAN

    MENTERI

    Pembentukan dan penyediaan Agenda Tanggungjawab Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Agenda CRSSM) memang tepat pada waktunya supaya masyarakat korporat di negara ini bersedia untuk meneroka paradigma baru dalam dunia perniagaan. Secara tradisinya, matlamat utama pembentukan sesebuah syarikat atau perniagaan adalah untuk mengejar keuntungan. Dengan pelbagai bentuk krisis ekonomi yang melanda sepanjang abad ke-20 dan ditambah pula dengan peningkatan tahap kesedaran tentang hak pemegang saham dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah, kematangan dunia korporat dan perniagaan telah meningkat ke tahap yang lebih maju berasaskan pertimbangan tadbir urus korporat yang baik. Di kala pertimbangan ke atas tadbir urus korporat yang cemerlang masih menjadi perkara yang relevan dan berterusan sehingga hari ini, konsep perniagaan moden juga menekankan idea mengenai kemampanan perniagaan dan tanggungjawab korporat. Idea tersebut kini dikenali sebagai tanggungjawab korporat (CR).

  • 3

    Daripada huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa suatu bentuk evolusi telah muncul dalam paradigma pengendalian perniagaan. Pendek kata, persoalan mengenai bagaimana hendak menjana keuntungan telah diperkembangkan kepada bagaimana hendak menjana keuntungan dan pada masa yang sama memastikan pentadbiran syarikat terpelihara dan undang-undang dipatuhi. Persekitaran perniagaan abad ke-21 menjadi lebih kompleks apabila pertimbangan perniagaan tidak lagi tertumpu kepada isu keuntungan semata-mata. Isu mengenai alam sekitar dan sosial dititikberatkan dan seterusnya membawa syarikat dan perniagaan semakin hari semakin dekat untuk menjadi sebahagian daripada komponen masyarakat.

    Berbeza dengan tanggapan ramai, CR sepatutnya diamalkan pada setiap masa dan bukan hanya semasa kemakmuran ekonomi. Malah, usaha CR sepatutnya dipertingkatkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak seimbang usaha ini tidak semestinya melibatkan sumbangan berbentuk wang sahaja. Amalan baik dan sumbangan oleh sektor korporat dan perniagaan boleh dalam rupa apa-apa bentuk dan cara seperti masa, idea dan usaha. Sebuah syarikat kejuruteraan sebagai contoh, boleh menyumbangkan kepakarannya dengan memberi tuisyen dalam subjek matematik kepada kanak-kanak sekolah di luar bandar, pengamal milikan tunggal veterinar boleh memperuntukkan masa lebih kurang satu atau dua jam sebulan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan haiwan secara percuma di zoo, anggota rma guaman boleh memperuntukkan beberapa jam setahun untuk menyelesaikan kes-kes pro bono, dan perundingan perkongsian perniagaan boleh memberikan idea mengenai cara untuk mengoptimumkan kos pengendalian rumah anak yatim. Bentuk sumbangan seperti ini hanya dibatasi oleh imaginasi semata-mata. Saya percaya bahawa semua perkara ini adalah suatu bentuk pelaburan, yang mungkin tidak memberi manfaat secara langsung kepada perniagaan tetapi dapat menambah baik persekitaran hidup masyarakat di sekeliling kita.

  • 4

    Dalam keadaan ketidakseimbangan ekonomi masa kini, aktiviti CR boleh menyumbang secara positif ke arah kecairan domestik. Aktiviti CR boleh membantu Kerajaan dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara melalui pembelian, perolehan, penggunaan dan juga peningkatan penggunaan domestik. Nilai ekonomi CR dalam perkara ini, sangat ketara dan dapat meringankan beban masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan persekitaran. Dalam konteks pakej rangsangan ekonomi Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini, Agenda CR SSM memainkan peranan dalam menyokong matlamat Kerajaan ke arah mewujudkan kepesatan ekonomi negara.

    Dalam konteks perdagangan antarabangsa, suatu usaha agenda CR yang kemas dan tersusun, berpotensi untuk menarik FDI, membangunkan tenaga kerja berkemahiran, meningkatkan keluaran dan perkhidmatan, di samping mewujudkan reputasi perniagaan yang baik. CR boleh menjadi satu elemen penting bagi membolehkan syarikat dan perniagaan meneruskan daya saing mereka dalam persekitaran perniagaan. Kita telah menyaksikan penghasilan premium perniagaan melalui amalan tadbir urus korporat yang baik. Tren penghasilan premium melalui amalan CR ini yang mempunyai publisiti yang baik dan meluas, akan meningkatkan momentum masa kini dan, hanya masa yang akan menentukan perjalanan perniagaan di mana-mana jua yang akan tertumpu kepada CR.

    Melalui Agenda CR SSM, SSM telah meletakkan hala tujunya ke arah mewujudkan kerangka CR yang tersusun bagi organisasi, komuniti perniagaan; terutamanya negara. Usaha mega dalam memacu komuniti perniagaan menghadapi paradigma baru, walau bagaimanapun, menghendaki sokongan daripada semua pihak. Bagi maksud itu, SSM akan bekerjasama dengan Kementerian, agensi Kerajaan, badan profesional lain dan komuniti perniagaan secara umumnya untuk memastikan bahawa semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Di samping itu, Agenda CR juga merupakan suatu usaha jangka panjang yang akan sentiasa dilaksanakan dan tidak hanya merupakan manifestasi semata-mata atau perlu dibuktikan dengan kejayaan. Oleh yang demikian, saya yakin bahawa CR sebenarnya adalah berkaitan dengan kejujuran dan keikhlasan. Malah, kedua-dua nilai murni ini menjadi tonggak aktiviti CR. Kepuasan diri yang diperoleh hasil usaha aktiviti CR yang dijalankan dengan sendirinya menjadi penghargaan terbaik yang boleh diraih bersama.

    Marilah kita bersama-sama berusaha menuju ke arah Malaysia yang mampan.

    Dato Sri Ismail Sabri Bin YaakobMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna25 Mei 2009

  • 5

    PERUTUSAN

    PENGERUSI

    Tidak ada satu perkataan atau ungkapan yang tepat yang boleh digunakan untuk memperihalkan topik mengenai tanggungjawab korporat (CR). Ia adalah, pada masa yang sama, sesuatu yang mudah tetapi kompleks. Idea asas mengenai CR yang meliputi aspek kesukarelaan dan kemoralan, sejak mula evolusinya, merangkumi isu kemampanan, persekitaran hidup, kecekapan dan globalisasi. Pelaksanaan CR melibatkan pelbagai perkara termasuk sosiologi, sejarah, pengurusan perniagaan, falsafah, ekonomi, kewangan, peraturan serta dasar dan juga sains gunaan. Kerumitan dan pengertian CR yang sedemikian tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia adalah lambang ketamadunan manusia. Perkara yang paling utama mengenai CR ialah ia merupakan suatu proses yang berterusan yang pastinya akan melibatkan individu, keluarga, masyarakat dan juga Kerajaan.

    Dalam merealisasikan kepentingan CR dalam ekonomi kontemporari, wujud keperluan bagi sektor awam dalam memainkan peranan yang penting dan strategik untuk menggalakkan dan memacu budaya CR di kalangan komuniti perniagaan. Peranan CR yang signikan dalam membentuk persekitaran perniagaan masa hadapan telah mendorong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggubal Agenda Tanggungjawab Korporat SSM (Agenda CR SSM), yang menjadi pelan induk bagi meneruskan dan memacu CR sebagai suatu agenda korporat dan perniagaan di negara ini. Oleh yang demikian, SSM telah menanda aras pendekatannya terhadap empat peranan sektor awam yang digariskan oleh Bank Dunia. Peranan yang diterima pakai SSM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini akan seiring dalam menetapkan pendekatan CR yang tersusun oleh sektor awam di Malaysia.

    PERUTUSAN

    PENGERUSI

  • 6

    Sebagai pengawal selia korporat, SSM akan mengambil langkah yang signikan untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan bagi CR berkembang dan diterima sebagai suatu budaya oleh komuniti perniagaan melalui pengenalan dan pelaksanaan Agenda CR SSM. Saya percaya Agenda CR SSM akan mampu membantu dalam menanda aras CR dalam komuniti perniagaan bagi meningkatkan kerangka CR negara. Bagi membolehkan bentuk kesedaran ini mendapat tempat, adalah penting bagi komuniti perniagaan dan anggota masyarakat untuk mengetahui dengan sepenuhnya perkara ini, sesuatu yang saya percaya boleh dicapai melalui pemahaman Agenda CR SSM.

    Ramai bertanggapan bahawa usaha untuk mencapai CR memerlukan pendekatan perniagaan yang berbeza dilaksanakan oleh syarikat dan perniagaan. Tanggapan ini adalah salah atas dasar CR boleh diintegrasi dengan mudah melalui amalan dan objektif perniagaan sedia ada. Objektif dan aktiviti perniagaan boleh disusun semula dengan matlamat yang lebih komprehensif dengan mengintegrasikan pertimbangan ekonomi, sosial dan persekitaran. CR bukanlah mengenai penciptaan semula pendekatan perniagaan tetapi lebih kepada menggabungkan pertimbangan ekonomi, sosial dan persekitaran ke dalam amalan perniagaan sedia ada. Keperluan utama untuk mencapai tahap ini ialah dengan perubahan minda. Hal ini, walau bagaimanapun, tidaklah dapat dicapai dengan mudah. Dengan strategi tertentu dan kerjasama sewajarnya daripada komuniti perniagaan dan peranan yang proaktif yang dijalankan oleh SSM bagi pihak sektor awam, saya percaya objektif tersebut boleh direalisasikan pada masa hadapan.

    Saya mengucapkan tahniah kepada SSM kerana melahirkan Agenda CR SSM dan berharap agar usaha sedemikian dalam mempromosikan CR akan juga dilaksanakan oleh agensi lain dalam sektor awam melalui usaha sama dengan SSM.

    Dato Mohd Zain bin Mohd Dom,PengerusiSuruhanjaya Syarikat Malaysia26 Mei 2009

  • 7

    PERUTUSAN

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengenal pasti tanggungjawab korporat (CR) sebagai satu bidang yang terpenting dan strategik untuk dibangunkan di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM 2009 2013 (SDP Kedua). Dalam persekitaran perniagaan abad ke-21, langkah untuk meneruskan agenda CR yang berlandaskan isu tadbir urus korporat yang baik menjadi keutamaan dan amat relevan.

    Kemunculan era globalisasi menjadikan CR suatu topik yang hangat diperkatakan. Denisi baru mengenai perkara ini telah dilahirkan dengan persepsi baru diterokai setiap hari. Sektor awam mahupun swasta telah menerokai bidang dan perkembangan baru yang boleh dikongsi mengenai skop ini. Teori baru telah dibawa, dibincangkan, dikritik, diterima mahupun ditolak. Pendek kata, CR melalui proses pengembangan setiap hari. Syarikat-syarikat di seluruh dunia dinilai dan seterusnya diklasikasikan oleh para penyelidik berdasarkan usaha inisiatif CR mereka. Sehingga kini terdapat inisiatif yang diperkenalkan untuk menilai bidang kuasa kerangka CR. Hanya masa yang menjadi penentu apabila CR dikaitkan dengan saingan ekonomi sesebuah negara, sama ada faktornya dengan kos mengusahakan perniagaan, masa yang diambil untuk memulakan perniagaan, struktur tadbir urus korporat dan dasar pekerja telah mempengaruhi tahap bidang kuasa berhubung dengan pengendalian perniagaan. Kepesatan pembangunan CR telah mendorong SSM untuk mengambil langkah yang pantas bagi mempertaruhkan daya saingan negara dalam jangka masa panjang.

    Kajian terperinci menunjukkan bahawa CR merupakan suatu sub-bahagian tadbir urus korporat. Walau bagaimanapun, dalam masa yang terdekat ini, saya percaya CR akan mencapai kedudukan yang setaraf dengan tadbir urus korporat, terutamanya apabila ia berkisar tentang isu kemampanan korporat. Aspek tadbir urus korporat telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada peraturan semata-mata kepada amalan terbaik perniagaan yang merangkumi pengurusan perniagaan dan syarikat secara berhemah melalui pengurusan risiko, pengurusan projek dan perancangan strategik. Demikian juga

    PERUTUSAN

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

  • 8

    dengan CR, yang mana konsep itu kini menjadi lebih penting dalam persekitaran perniagaan moden. Evolusi ini menjadi lebih ketara dalam sektor perniagaan dan korporat apabila syarikat dan perniagaan mempunyai kedudukan yang sama dalam suasana saingan perniagaan dengan menerima pakai CR sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan mereka. Pada masa ini, CR dilihat sebagai matlamat kedua dalam perniagaan bagi melengkapi matlamat utamanya iaitu menjana keuntungan. Sesetengah syarikat telah berjaya memperoleh keuntungan di samping mengamalkan CR. Suatu bentuk evolusi dalam CR yang terpenting ialah apabila sesebuah syarikat atau perniagaan meletakkan CR sebagai agenda utama perniagaan mereka yang daripadanya keuntungan akan dijana.

    Dalam mengenal pasti CR sebagai agenda strategik ekonomi negara, SSM menyedari bahawa dalam masa terdekat, CR akan dapat menentukan kemampanan dan keberterusan perniagaan dan organisasi khususnya dalam suasana ekonomi masa kini. Oleh itu, pembangunan Agenda CR SSM adalah tepat pada masanya dalam menangani kesulitan ekonomi semasa. Selain menjana kecairan dalaman, jika dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diteruskan secara strategik, CR mempunyai potensi untuk mengurangkan komitmen kewangan Kerajaan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Bayangkan jika kesemua 843,000 buah syarikat dan 3.5 juta perniagaan yang berdaftar dengan SSM di seluruh negara tampil dengan inisiatif CR mereka masing-masing, implikasi positif yang besar kepada negara akan tercapai. Perkara ini boleh merangkumi sumbangan derma kebajikan mahupun hanya pelaburan dalam bentuk masa dan usaha. Pelaburan sebegini mungkin tidak bermakna kepada mereka yang bernasib baik namun sangat bererti kepada mereka yang amat memerlukannya.

    Penjelajahan ke arah CR tepat pada masanya dalam kesukaran ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara pada masa ini dan dunia pada amnya. Dengan pelbagai isu semasa yang diperkatakan seperti perubahan cuaca, kesan pelepasan karbon, tenaga bersih, kebuluran dan kemiskinan global, kekurangan bekalan air, bencana alam dan sebagainya memerlukan perhatian semua pihak termasuk komuniti korporat dan perniagaan. Sumbangan dan impak yang diberikan oleh warga korporat dan perniagaan yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini adalah melebihi ukuran wang semata-mata. Hakikatnya inisiatif untuk menangani masalah ini dapat memberi sumbangan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang mampan kepada rakyat dan perniagaan dalam jangka masa panjang.

    Saya telah menghuraikan mengenai apakah yang dimaksudkan dengan CR. Benarkan saya untuk menyentuh secara ringkas huraian mengenai bila. Inisiatif ke arah menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik ialah sekarang. Ia merupakan suatu bentuk pelaburan masa hadapan mungkin bukan kepada kita tetapi kepada generasi yang akan datang. Sesetengah usaha dan inisiatif awal yang dilaksanakan pada masa ini akan menghasilkan implikasi positif pada masa hadapan. Semua pihak dalam komuniti korporat dan perniagaan boleh menyumbang walaupun sedikit, namun ia akan terus hidup dan berkembang menjadi sesuatu yang sangat bererti. Bayangkan umpama menanam sebatang pokok hari ini, yang memerlukan masa yang panjang untuk menjadikannya matang dan berbuah. Mungkin kita tidak sempat merasai hasilnya tetapi generasi hadapan akan menghargai usaha yang sangat signikan ini. Pokok yang ditanam itu akan memberikan sumber makanan dan perlindungan di samping menghasilkan oksigen dan terus menjalankan fungsinya selagi ia hidup. Mengambil kesimpulan daripada analogi ini, SSM menggalakkan semua masyarakat korporat dan perniagaan untuk mula membuat pelaburan demi masa hadapan dalam apa jua bentuk dan cara daripada setiap syarikat, syarikat milikan tunggal atau perkongsian. Pembangunan Agenda CR SSM merupakan suatu langkah yang kecil tetapi sangat bermakna bagi mengalakkan amalan CR di kalangan komuniti korporat dan perniagaan. Secara tradisinya, SSM adalah Pendaftar syarikat dan perniagaan, penyampai maklumat korporat dan perniagaan, dan juga pengawal selia korporat, namun usaha terhadap CR adalah sesuatu yang baru bagi organisasi ini. Walaupun pendekatan CR dilihat dalam bentuk

  • 9

    kehendak penyediaan laporan korporat dan melalui penyebaran amalan tadbir urus korporat, namun ia agak terhad jika dilihat dari terma skopnya. Walaupun tidak banyak ditekankan, elemen CR terdapat dalam peruntukan undang-undang seperti kehendak untuk mengemukakan penyata tahunan, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mekanisme untuk memastikan tahap kawalan dalaman sesebuah syarikat mencukupi. Peruntukan ini diperkenalkan bagi membolehkan pentadbiran dan pengurusan syarikat dan perniagaan dijalankan dengan sewajarnya dan bagi memastikan pemegang saham dilindungi. Seterusnya, kehendak ini diperkenalkan untuk memastikan bahawa perniagaan dapat dijalankan dalam jangka masa panjang dengan memanfaatkan pemilik dan pewarisnya dan juga untuk mengekalkan suasana perniagaan yang kondusif di negara ini.

    Dalam bergerak ke hadapan, SSM meletakkan dirinya sebagai pengawal selia korporat bagi mewujudkan perniagaan yang mampan di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan kerangka tadbir urus korporat negara. Paduan tenaga dalam usaha sama ini adalah jelas memandangkan ia berkait rapat dengan CR yang menjadi satu komponen tadbir urus korporat. Sebagai tempat permulaan di mana syarikat dan perniagaan dilahirkan, SSM mempunyai peranan yang strategik dalam membantu memelihara tadbir urus korporat dan memacu CR bagi manfaat seluruh komuniti perniagaan dan negara secara umumnya.

    Dengan adanya Agenda CR SSM, SSM akan bekerjasama dengan sektor awam dan sektor swasta dalam menggalakkan dan menyemai budaya CR. SSM percaya bahawa akan wujud paduan tenaga yang kuat melalui usaha sama strategik dengan badan profesional, syarikat, pemilik perniagaan, ahli akademik dan agensi Kerajaan serta pengawal selia lain dalam usaha untuk mencapai CR. Memanfaatkan kekuatan semua pihak sangat penting dalam membawa Agenda CR SSM ke mercu kejayaan.

    Dato Azmi bin ArinKetua Pegawai Eksekutif,Suruhanjaya Syarikat18 Mei 2009

  • 10

    LATAR BELAKANG AGENDA TANGGUNGJAWAB

    KORPORAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

    1. Agenda Tanggungjawab Korporat (CR Agenda) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan suatu kerangka strategik yang menggariskan pendekatan SSM mengenai tanggungjawab korporat (CR).

    2. CR Agenda SSM menyediakan parameter organisasi SSM terhadap CR yang merangkumi denisi CR SSM, matlamat usaha SSM berkaitan CR, dan juga perihalan ke atas pendekatan, projek dan inisiatif yang akan dijalankan oleh SSM ke arah meningkatkan kerangka CR negara. Oleh yang demikian, ia adalah suatu dokumen yang sangat penting bagi SSM kerana ia menyediakan panduan am bagi organisasi untuk mengusahakan CR sebagai sebahagian daripada agendanya.

    3. Perjalanan pelaksanaan untuk pendekatan bagi projek dan inisiatif yang telah digariskan akan

    dijalankan mengikut peringkat dengan pendekatan terhadap CR yang terancang dan saintik. Oleh yang demikian, SSM akan melibatkan kedua-dua sektor iaitu sektor awam dan swasta yang terdiri daripada syarikat dan perniagaan, organisasi, badan profesional, Kementerian, agensi Kerajaan, pengawal selia korporat dan institusi akademik.

    4. Projek dan inisiatif yang dihuraikan di sini tidak dibatasi. Lebih banyak projek dan inisiatif akan ditambah bagi memastikan Agenda CR SSM relevan dengan peredaran masa.

  • GAMBARANRINGKASMENGENAITANGGUNGJAWAB KORPORAT

    BAB I:

  • 12

  • 13

    GAMBARANRINGKASMENGENAI

    TANGGUNGJAWAB KORPORAT

    Latar Belakang

    5. CR (juga disebut sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat atau singkatannya CSR) adalah suatu konsep yang seiring dengan perjalanan perniagaan itu sendiri. Konsep ini juga disebut sebagai Tanggungjawab Perniagaan, Hubungan Kemasyarakatan, Kewarganegaraan Korporat dan Tanggungjawab Sosial. Ungkapan Tanggungjawab Sosial Korporat atau singkatannya CSR muncul di era 1970-an berikutan dengan kebangkitan kesedaran sosial. Ungkapan tersebut kemudiannya dikhususkan skopnya kepada CR kerana ia memberi suatu konotasi yang lebih luas mengenai tanggungjawab sosial termasuk isu mengenai ekonomi dan persekitaran.

    6. Sejarah CR adalah isu kontroversi dan susah untuk ditentukan titik asal mulanya. Di Mesopotamia semenjak 5,000 tahun dahulu telah wujud konik di antara kepentingan untuk membalak secara komersil dengan kepentingan dan keperluan untuk memelihara hutan. Keperluan ini telah memaksa undang-undang diperkenalkan untuk mengawal selia kecuaian dan kesusahan yang timbul kepada rakyat. Undang-undang tersebut telah dijumpai mengandungi elemen CR di dalamnya. Perbadanan multinasional pertama, Syarikat India Timur Belanda telah melihat wujudnya aktivisme di kalangan pemegang saham apabila mereka membangkitkan isu mengenai kerahsiaan mengenai aspek pengurusan dan memperkayakan diri sendiri. Bentuk kesedaran sosial ini juga terkandung dalam konsep CR.

    7. Walaupun mustahil untuk mengenal pasti titik permulaannya, evolusi CR boleh, pada tahap tertentu, dipastikan. Di United Kingdom, idea bahawa perniagaan patut mengambil kira isu sosial dapat dikesan, sekiranya kita menoleh kembali ke era perindustrian Victoria. Di Perancis dan Jerman, CR dikenali semasa Abad ke-19. Di Malaysia pula, konsep CR bermula pada penghujung Abad ke-19, hampir sezaman dengan wujudnya perbincangan dan kesedaran mengenai isu tadbir urus korporat.

  • 14

    8. Jean-Jacques Rousseau (1712 1778) dalam bukunya The Social Contract meramalkan kewujudan

    hubungan simbiotik antara perbadanan dengan masyarakat dan menyatakan bahawa

    perbadanan, sebagai warga masyarakat, mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan

    kepada masyarakat secara saksama apa yang diterima daripada masyarakat tersebut. Andrew

    Carnegie (1835 1919) menyuarakan dengan jelas keberkesanan kapitalisme, prinsip kebajikan

    dan konsep pengawasan oleh komuniti perniagaan hendaklah ke arah membantu masyarakat

    secara am.

    9. Sekitar tahun 1920-an, perbincangan mengenai CR dan hubungan di antara perniagaan dengan

    masyarakat secara kontemporari mula menjadi lebih serius di kalangan ahli akademik. Struktur dan

    elemen CR telah dikenal pasti dan dianalisa. Konsep ini menjadi lebih relevan dalam persekitaran

    perniagaan moden, terutamanya topik mengenai CR yang mendapat momentum bukan hanya

    di kalangan komuniti perniagaan tetapi juga Kerajaan dan orang ramai secara amnya.

    10. Pada pertengahan tahun 90-an, konsep triple bottom line telah diperkenalkan oleh John

    Elkington melalui bukunya, Cannibals with Forks: the Triple Bottom Line of 21st Century Business.

    Konsep itu secara prinsipnya menetapkan bahawa selain usaha untuk mencapai nilai ekonomi,

    syarikat hendaklah juga mengambil kira nilai persekitaran dan sosial. Triple bottom line juga

    dikenali dengan singkatan TBL, 3BL atau disebut sebagai konsep People, Planet, Prot. Pada masa

    ini, konsep triple bottom line telah diterima pakai secara global sebagai suatu garis panduan

    dalam mengukur inisiatif CR dan kejayaan dalam laporan syarikat.

    11. CR yang dibangunkan daripada konsep kedermawanan, sejak mula pengembangan dan

    kematangannya dan sejak beberapa tahun yang lalu telah merangkumi kerangka yang lebih luas

    dalam aspek kewarganegaraan korporat, kemampanan perniagaan, tanggungjawab alam sekitar,

    tanggungjawab sosial dan hak asasi manusia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, CR telah

    dihubungkaitkan dengan pembangunan yang mampan, iaitu suatu konsep yang holistik dan

    menyeluruh.

    12. Minat yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat mengenai CR tidak hanya mencetuskan banyak

    perdebatan mengenai sejarah, skop, komponen, pemakaian, bentuk mahupun kaitannya. Tanpa

    mengira perbezaan pendapat tersebut, CR telah menjadi perkara utama yang diperkatakan

    dalam perbincangan perniagaan moden. Secara amnya terdapat beberapa denisi mengenai CR

    yang diberikan oleh berbagai organisasi dan individu. Denisi tersebut termasuklah yang berikut:

  • 15

    CSR is a concept whereby organizations consider the interest of society by taking responsibility

    for the impact of their activities on customers, employees, shareholders, communities & the

    environment in all aspects of their operations. - Wikipedia

    a business approach that creates long term shareholders value by embracing opportunities

    & managing risks deriving from economic, environmental & social development.- Dow Jones Sustainability Index

    CSR is a commitment of businesses to contribute to sustainable economic development by

    working with employees, their families, the local community & society at large to improve

    their lives in ways that is good for business & for development - International Financial Corporation (World Bank)

    operating a business enterprise in a manner that consistently meets or exceeds the

    ethical, legal, commercial & public expectations society has on business. Business for Social Responsibility

    A concept whereby companies integrate social & environmental concerns in their

    business operations & in their interaction with their stakeholders on a voluntary basis. -

    Commission of the European Union

    The continuing commitment by businesses to behave ethically & contribute to economic

    development while improving the quality of life of the workforce & their families as well as

    of the local community & society at large. - World Business Council for Sustainable Development

  • 16

    Kesedaran

    Kepentingan masyarakat Kesukarela-wanan

    Tanggungjawab Kemoralan

    Nilai jangka panjang

    pemegang saham

    Kemampanan

    Sumbangan

    TANGGAPAN CSR

    13. Mengikut takrif di atas, CR bolehlah dikaitkan dengan nilai-nilai yang abstrak seperti sumbangan,

    tanggungjawab, kesukarelawanan, kemoralan dan kesedaran. Semua perkara ini adalah subjektif

    tetapi nilai-nilai murni yang terkandung mampu menjadi kayu pengukur dalam menilai kualiti

    individu, keluarga, masyarakat dan ketamadunan.

  • 17

    14. Sepanjang tahun-tahun yang lalu, dan dengan munculnya konsep syarikat sebagai suatu entiti

    yang berasingan dari segi undang-undang, usaha murni ini telah diperluaskan kepada syarikat

    dan perbadanan. Konsep baru ini yang menyarankan supaya usaha murni dijalankan oleh

    entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang berkemungkinan telah melahirkan istilah

    tanggungjawab sosial korporat sebagai istilah yang lebih dikenali dan diterima pakai dalam

    kamus ketamadunan manusia abad ke-20. Hari ini, konsep CR dilihat sebagai suatu usaha murni

    dalam memburu keuntungan untuk perniagaan dan syarikat.

    15. Perbincangan mengenai CR tidak boleh dibatasi hanya kepada kaitannya dengan perniagaan

    semata-mata. Sebaliknya, topik mengenai CR sepatutnya melibatkan gabungan pelbagai perkara

    seperti dasar Kerajaan, undang-undang dan peraturan, ekonomi, agama, sains kemasyarakatan,

    falsafah dan yang terkini globalisasi. Inilah topik yang berkait rapat dengan ketamadunan

    manusia. Pendekatan terhadap CR seharusnya dibuat dengan mengkaji semua faktor ini bagi

    membolehkan kefahaman yang lebih baik mengenai CR.

    Peranan Sektor Awam Dalam CR

    16. CR merupakan suatu konsep yang berkait rapat dengan komuniti perniagaan. Walau

    bagaimanapun, adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa ia hanya didokong oleh sektor swasta,

    terpisah daripada sebarang penglibatan Kerajaan dan sektor awam. Bank Dunia telah mengenal

    pasti 4 peranan utama sektor awam berhubung dengan CR, iaitu:

    (i) Peranan memberi mandat Pengenalan kepada undang-undang dan peraturan

    yang berkaitan dengan CR

    (ii) Peranan memudah cara Pembangunan dasar dan pemberian insentif untuk

    menggalakkan inisiatif CR

    (iii) Peranan rakan kongsi Pembentukan perkongsian strategik dengan sektor swasta

    (iv) Peranan mengendors Sokongan dan pengendorsan politik terhadap CR

    Pelaksanaan keempat-empat peranan ini oleh sektor awam memerlukan kerjasama erat antara

    pengawal selia dengan penggiat industri.

    17. Dalam peranan memberi mandat, sektor awam boleh memperkenalkan undang-undang

    dan peraturan-peraturan berhubung CR. Ini merupakan suatu pendekatan secara tradisional.

    Penetapan undang-undang dan peraturan mandatori dan dilengkapi dengan unsur-unsur

    sekatan merupakan suatu cara tradisi yang terdapat dalam kebanyakan bidang kuasa. Pengenaan

    standard CR melalui obligasi dapat dilihat terutamanya dalam bidang alam sekitar, kesihatan dan

    keselamatan, tadbir urus korporat, dan hal ehwal pengguna. Syarikat dan perniagaan dikehendaki

    untuk mematuhi tanggungjawab mandatori tersebut, disebut sebagai hard rules untuk diterima

    pakai sebagai standard sosial yang ditetapkan.

  • 18

    18. Pengenaan tanggungjawab bagi hard rules ini adalah untuk memastikan syarikat-syarikat

    terus berperanan sebagai warga korporat yang baik. Suatu contoh peranan memberi mandat

    sektor awam ialah wujudnya pelbagai perundangan mengenai tadbir urus korporat termasuk

    perlindungan pemegang saham, kehendak penzahiran melalui pengemukaan maklumat

    dan laporan, dan juga garis panduan mengenai kewajipan dan tanggungjawab ahli lembaga

    pengarah. Pengenaan tanggungjawab hard rules berkaitan CR lain yang relevan dengan

    komuniti perniagaan termasuklah pelbagai undang-undang mengenai alam sekitar, perlindungan

    pengguna dan juga undang-undang berkaitan pekerja. Undang-undang ini, walaupun jarang

    dikaitkan dengan undang-undang korporat adalah merupakan undang-undang dan peraturan

    yang diperkenalkan untuk memastikan tatalaku korporat yang baik.

    19. Pengenaan tanggungjawab hard rules melalui peranan memberi mandat seperti itu adalah

    mencapai ke arah CR. Ini mungkin tidak disedari oleh Kerajaan dan agensi pengawalseliaan

    kerana mereka telah pun menjalankan peranan mengikut CR. Sebagai contoh, penguatkuasaan

    undang-undang SSM terhadap penyerah-simpan penyata tahunan dan akaun teraudit adalah

    merupakan suatu usaha dalam meningkatkan penzahiran hal ehwal syarikat kepada pihak-pihak

    yang berkepentingan dan orang awam. Ini adalah suatu inisiatif yang berkait dengan CR. Melalui

    penyerah-simpan penyata tahunan dan akaun teraudit setiap tahun, penilaian pertimbangan

    perniagaan dan penentusahan boleh dilaksanakan, yang seterusnya memberi keuntungan

    terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan - tindakan ini akhirnya

    akan melindungi kepentingan awam.

    20. Soft rules, sebaliknya, melibatkan pengenalan kepada amalan terbaik yang tidak mengikat

    dan tidak bersandar kepada sekatan undang-undang. Berbeza dengan hard rules, pendekatan

    soft rules adalah secara sukarela. Sememangnya, tahap kesukarelaan ini boleh dibentuk dan

    lazimnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti persepsi dan harapan masyarakat,

    dan yang terkini persepsi dan harapan pemegang saham. Mengikut harapan masyarakat,

    sebagai contoh, orang ramai semakin prihatin terhadap alam sekitar dan memilih untuk

    menggunakan produk mesra alam sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka. Malahan,

    sebahagiannya menyelidiki operasi syarikat untuk memastikan bukan hanya produk mesra alam

    ditawarkan tetapi pengurusan dan pengendalian syarikat juga berlandaskan konsep mesra alam.

    21. Pendekatan soft rules juga mengandungi banyak kelebihan kerana ia lebih eksibel dan mudah

    diterima oleh komuniti perniagaan. Pendekatan soft rules yang berbentuk sukarela menjadi

    tarikan kepada perbadanan dalam usaha mereka untuk mencapai CR seterusnya membuka lebih

    banyak peluang perniagaan di samping menjana lebih keuntungan.

    22. Dalam melaksanakan peranan memudah cara, mengadakan usahasama dan mengendors,

    pengawal selia boleh menyumbang dalam menggalakkan CR dengan memberi sokongan dan

    galakan terhadap pembangunannya. Peranan ini menghendaki kerjasama yang erat antara

    pengawal selia dengan penggiat industri yang terlibat dalam penggubalan polisi dan aktiviti

    berbentuk CR.

  • 19

    23. Dalam melaksanakan peranan memudah cara, sektor awam membantu komuniti perniagaan

    dalam mencapai agenda CR. Dalam hal ini, sektor awam bertindak sebagai pemangkin dan

    berperanan sebagai penyokong. Dalam melaksanakan peranan mengadakan usahasama,

    perkongsian strategik antara sektor awam dengan sektor swasta akan melengkapi antara satu

    sama lain dalam aspek pendanaan, kemahiran dan peranan yang ditekankan melalui agenda

    CR. Pengendorsan pula melambangkan sokongan politik dan dapat dilihat jika diberikan dalam

    bentuk pengiktirafan. Pengasingan tugas yang jelas antara peranan memudah cara, mengadakan

    usahasama dan mengendors oleh sektor awam adalah samar-samar. Perkara ini, walau

    bagaimanapun tidak menjadi halangan ke arah membangunkan agenda CR secara sistematik

    kerana yang lebih penting adalah hasil dan impak yang dijana.

    24. Dalam memperkukuh peranan sektor awam dalam CR, Bank Dunia telah mengenal pasti 5 kunci

    utama:

    MembinakesedarantentangagendaCRdanimplikasinya;

    MembangunkankapasitibagimembentukagendaCR;

    Mewujudkanpersekitaranyangstabildantelusterhadappelaburanpro-CR;

    Melibatkansektorswastadalampelaksanaandasarawam;dan

    Mewujudkanrangkakerjabagimenilaistrategikeutamaandanpembangunan.

    Pembangunan terkini CR

    25. Tema CR abad ke-21 tertumpu kepada usaha untuk mencapai kemampanan. Dalam berbuat

    demikian, CR menyarankan suatu bentuk keseimbangan antara usaha untuk mengejar

    keuntungan dengan peranan untuk menyumbang ke arah kesejahteraan sosial dan persekitaran.

    Lingkungan CR dikenal pasti dan diklasikasikan untuk memudahkan usaha dan pendekatan CR

    yang lebih tersusun.

    26. Prestasi syarikat terhadap isu sosial dinilai berasaskan sumbangan syarikat terhadap masyarakat

    melalui aktiviti perniagaan atau sosial yang dilaksanakan, manakala prestasi persekitaran syarikat

    dinilai berasaskan sebaik mana syarikat mengasimilasikan pertimbangan persekitaran ke dalam

    aktiviti perniagaan syarikat.

  • 20

    CR di Malaysia

    27. Di Malaysia, CR merupakan suatu topik yang agak baru tetapi menonjol hasil dari pelbagai inisiatif

    yang telah dijalankan oleh Kerajaan dan sektor awam dalam menyokong dan menggalakkan CR

    ketika peralihan ke abad baru. Wawasan 2020 yang ditetapkan sebagai pelan tindakan umum

    kepada Negara, diterapkan dengan pelbagai elemen CR. Ini adalah kerana Kerajaan menyedari

    bahawa untuk mencapai tahap ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan, penekanan kepada

    faktor lain seperti kesejahteraan sosial dan persekitaran mestilah diberi keutamaan yang sama.

    28. Empat daripada sembilan cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 berkait secara langsung

    dengan CR. Cabaran-cabaran tersebut adalah:

    (i) Cabaran keempat - mewujudkan masyarakat yang bermoral tinggi dan beretika, teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan

    didokong dengan standard etika yang tinggi.

    (ii) Cabaran ketujuh - mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya prihatin.

    (iii) Cabaran kelapan - memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi; iaitu masyarakat yang melaksanakan

    pengagihan kekayaan Negara yang adil dan saksama

    yang terdapat perkongsian sepenuhnya dalam

    perkembangan ekonomi.

    (iv) Cabaran kesembilan - mewujudkan suatu masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan

    berdaya tahan.

    Inisiatif dalam menangani dan mengatasi cabaran yang tersebut di atas oleh sektor swasta

    adalah merupakan CR. Dalam hubungan yang sama, dengan menggariskan dasar itu, Kerajaan

    telah memainkan peranannya dalam mengendors CR sebagai satu amalan yang akan terus

    dilaksanakan oleh warga korporat.

    29. Sokongan Kerajaan terhadap CR jelas terbukti dalam banyak agenda negara iaitu:

    (a) Rancangan Malaysia Kesembilan

    RancanganMalaysiaKesembilanmengandungilima(5)terasutamaiaitu:

    (i) Untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi;

    (ii) Untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara

    serta memupuk minda kelas pertama;

    (iii) Untuk menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan

    secara membina dan produktif;

  • 21

    (iv) Untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan

    (v) Untuk mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

    Banyak inisiatif akan diambil ke arah melaksanakan lima (5) teras utama

    berkaitan dengan CR. Ia termasuklah menggalakkan etika amalan perniagaan

    dan program CR ke arah mempertingkatkan tahap tadbir urus korporat

    negara.

    (b) Pelan Integriti Nasional

    Salahsatuobjektifstrategikadalahuntukmeningkatkantadbiruruskorporat

    dan etika perniagaan yang kesemuanya mempunyai hubung kait dengan

    CR.

    (c) Bajet 2007

    Meningkatkan siling cukai bagi potongan cukai daripada 5% kepada 7%

    daripada agregat pendapatan ke atas sumbangan yang dibuat oleh sektor

    swasta kepada badan kebajikan.

    Mengenakankeperluankeatassyarikatawamtersenaraiuntukmelaporkan

    inisiatif CR dalam laporan kewangan tahunan.

    Memperkenalkan Anugerah CSR Perdana Menteri bagi mengiktiraf dan

    menghargai penglibatan sektor swasta dalam CR.

    (d) Bajet 2008

    (i) Penubuhan Dana CSR dengan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk

    membiayai projek CR yang terpilih.

    (ii) Potongan cukai bagi pelaburan yang memberi manfaat kepada masyarakat

    setempat, seperti pembinaan jejantas dan taman permainan.

    (iii) Keperluan ke atas syarikat awam tersenarai untuk menzahirkan komposisi

    pekerja mereka mengikut kaum dan gender, serta program untuk memajukan

    pembekal tempatan dan Bumiputera.

    (iv) Penubuhan sekretariat tetap bagi program PINTAR, yang melibatkan sekolah

    angkat oleh syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan.

  • 22

    Masa Hadapan CR

    30. Suatu agenda atau pendekatan CR yang berkesan perlu dibentuk bagi jangka panjang dengan

    matlamat untuk mencapai pembangunan yang mampan. Oleh itu, pembentukan tersebut perlu

    mengambil kira isu berkaitan CR yang mungkin akan wujud di masa hadapan. Berdasarkan kajian

    yang dijalankan di rantau Asia Pasik, CSR Asia telah mengenal pasti beberapa isu berkaitan CR

    yang mungkin akan dihadapi oleh syarikat di tahun-tahun yang akan datang. Isu tersebut ialah:

    (i) Alam sekitar dan perubahan cuaca

    (ii) Hak pekerja dan hak asasi manusia

    (iii) Ketelusan dan akauntabiliti

    (iv) Penginstitusian CR

    (v) Penglibatan pemegang saham

    (vi) Pengurusan bakat

    (vii) Pelaburan komuniti

    (viii) Rantaian bekalan dan keselamatan produk

    (ix) Perusahaan sosial

    (x) Pembasmian kemiskinan

    31. PricewaterhouseCoopers 12 CEO Global Survey memberi amaran bahawa ketika krisis kewangan

    menjadi perkara utama pada tahun 2009, krisis seterusnya yang mungkin berlaku pada

    sebahagian negara di dunia adalah perubahan cuaca. Kajian tersebut telah membuat kesimpulan

    bahawa semasa pemahaman komuniti perniagaan mengenai krisis global ini sedang meningkat,

    masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan pelepasan karbon di

    peringkat global diberi perhatian. Kesedaran sedemikian membuktikan bahawa inisiatif CR ke

    arah menangani isu perubahan cuaca akan menjadi sebahagian daripada agenda masa depan

    bidang perniagaan.

    32. Sudah ada syarikat-syarikat dan perniagaan yang mengambil inisiatif ke arah mengintegrasikan

    CR seiringan dengan aktiviti perniagaan mereka. Ada yang telah mengambil langkah seterusnya

    dengan memberi perhatian yang tinggi kepada CR di samping berusaha meraih keuntungan.

    Dalam hal ini, aspek perniagaan seperti pengeluaran, pemasaran, rantaian bekalan, modal insan

    dan pengurusan keseluruhan syarikat dilaksanakan dengan mengambil kira aspek CR.

  • PARAMETERAGENDACRSSM

    BAB II:

  • 25

    33. SSM menganggap CR sebagai suatu sub-bahagian tadbir urus korporat walaupun skop CR boleh

    dikatakan lebih luas jangkauannya. Salah satu fungsi statutori SSM di bawah subseksyen 17(d)

    Akta Suruhanjaya Syarikat 2001 (Akta SSM 2001) adalah untuk menggalakkan perilaku yang betul

    dan baik bagi tadbir urus korporat. Subseksyen 17 (d) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

    menyatakan:

    Fungsi Suruhanjaya adalah

    (d) untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah,

    setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri

    oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam

    sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan

    dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat

    yang baik;

    34. Memandangkan usaha CR adalah selaras dengan peruntukan subseksyen 17(d) Akta SSM 2001,

    SSM berpendapat adalah perlu untuk membangunkan parameter organisasi bagi membolehkan

    pendekatan yang tersusun dan saintik diambil ke arah mempromosikan CR sebagai agenda

    untuk diterima pakai dan diinternalisasikan oleh SSM, selaku pengawalselia kepada lebih kurang

    843,000 syarikat berserta 3.7 juta perniagaan.

    PARAMETERAGENDA

    CR SSM

  • 26

    35. SSM berpendapat bahawa ia berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memacu budaya CR di

    kalangan syarikat dan perniagaan di negara ini atas faktor-faktor yang berikut:

    (a) SSM adalah Pendaftar bagi semua syarikat dan perniagaan di Malaysia.

    Terdapat lebih daripada 843,000 buah syarikat dan 3.7 juta perniagaan sedia ada

    yang membentuk suatu kumpulan besar yang terlibat secara langsung dengan CR.

    Oleh itu, peraturan-peraturan, dasar dan amalan terbaik berkaitan dengan CR boleh

    diperkenalkan dengan lebih berkesan di masa hadapan termasuk mewujudkan

    kesedaran.

    (b) SSM sebagai titik permulaan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.

    SSM merupakan platform yang terbaik untuk menyemai budaya CR. Salah satu

    pendekatan terbaik bagi membolehkan idea-idea baru dicapai dengan lebih berkesan

    adalah dengan menyemai budaya ini pada peringkat awal. Dalam hal ini, SSM boleh

    memainkan peranan yang strategik dalam memupuk idea dan konsep CR dari sudut

    pemerbadanan atau pendaftaran syarikat dan perniagaan.

    (c) SSM sebagai rangkaian hubungan organisasi.

    Hakikat bahawa SSM diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

    dan Hal Ehwal Pengguna membolehkan organisasi memanfaatkan hubungan dan

    kapasiti rangkaian, memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

    Ehwal Pengguna adalah Kementerian yang bertanggungjawab bagi sebarang aktiviti

    perdagangan domestik. Di samping itu, SSM juga boleh bekerjasama secara berkesan

    dengan Kementerian dan pengawal selia korporat yang lain di Malaysia berdasarkan

    hubungan erat dan baik yang sedia ada.

    (d) Adanya elemen tambahan yang menyokong.

    Selain syarikat dan perniagaan, setiausaha dan juruaudit syarikat juga merupakan pihak

    berkepentingan SSM. Badan professional seperti Persatuan Institut Setiausaha dan

    Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA), Institut Akauntan Malaysia (MIA), Persatuan

    Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), Majlis Peguam Malaysia, Persatuan

    Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS), Institut Setiausaha Syarikat yang Diluluskan

    (IACS), Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-undang Sabah, dan

    Persatuan Peguam Korporat Malaysia (MCCA) boleh membantu SSM dan memainkan

    peranan penting dalam menyebarkan mesej CR kepada syarikat-syarikat. Platform

    penglibatan pihak-pihak berkepentingan sedia ada seperti Dialog Tahunan SSM dan

    Forum Perundingan Amalan Korporat (CPCF) juga boleh digunakan oleh SSM untuk

    mengemas kini perkembangan terbaru mengenai CR.

  • 27

    36. Bagi menggalakkan syarikat dan perniagaan menjadikan CR sebagai sebahagian daripada budaya

    mereka, SSM merangka parameter tertentu untuk memastikan pendekatan yang berkesan dan

    strategik diambil mengenai perkara ini. Parameter ini termasuklah:

    (i) Membangunkan takrif organisasi CR;

    (ii) Mewujudkan pernyataan organisasi mengenai CR;

    (iii) Mengenal pasti objektif dalam mencapai Agenda CR;

    (iv) Mengklasikasikan inisiatif umum CR; dan

    (v) Mengenal pasti dan membangunkan pendekatan organisasi mengenai CR

    37. Pembangunan parameter organisasi tersebut di atas adalah penting untuk memastikan SSM

    terus giat dalam usahanya untuk mencapai CR. Ia juga akan membolehkan penilaian maklumat

    yang penting ke arah mengenal pasti trend CR dan memudahkan pembangunan masa hadapan.

    38. SSM akan meneruskan agenda CR secara tersusun dan akan menjadi penanda aras bagi kehendak

    standard antarabangsa sebagaimana yang dibangunkan oleh Bank Dunia. Sebagai sebahagian

    daripada sektor awam, SSM akan mengambil bahagian dalam 4 peranan utama sebagaimana

    yang telah dikenal pasti oleh Bank Dunia iaitu peranan memberi mandat, memudah cara,

    mengadakan usahasama dan mengendors.

    39. 4 peranan utama yang dimainkan oleh SSM akan ditetapkan berdasarkan konsep triple bottom line

    yang berfungsi sebagai parameter umum dalam usaha mencapai CR. Bagi tujuan itu, pertimbangan

    SSM bagi maksud mencapai Agenda CR tidak hanya terbatas kepada aspek pengawalseliaan

    korporat dan komersial secara tradisi sahaja tetapi juga meliputi subjek kesejahteraan sosial dan

    persekitaran.

    Takrif CR SSM

    40. Dengan mengambil kira konsep triple bottom line dan kebolehpakaian CR dalam komuniti

    perniagaan secara umum, SSM mentakrifkan CR sebagai:

    Penglibatan syarikat dan perniagaan dalam mencapaikeadaan sosial, ekonomi dan persekitaran hidup yang mampan

    di samping berusaha untuk meraih keuntungan.

  • 28

    41. Berdasarkan perkara yang tersebut di atas, takrif SSM mengenai CR terdiri daripada empat (4)

    elemen penting;

    (a) Kebolehpakaian konsep kepada syarikat dan perniagaan

    CR terpakai bagi semua jenis syarikat tidak kira apa jua jenisnya (sama ada syarikat

    awam atau persendirian), saiz operasi, jenis perniagaan yang dijalankan dan sama ada

    ia disenaraikan atau tidak. Konsep CR juga terpakai bagi semua bentuk perniagaan

    lain yang dijalankan di Malaysia seperti syarikat milikan tunggal, perkongsian atau

    perkongsian liabiliti terhad (yang akan diperkenalkan oleh SSM tidak lama lagi).

    Dalam hal ini, SSM berpandangan bahawa perkataan korporat dalam CR tidak hanya

    melibatkan syarikat dan perbadanan. Malahan, apabila terma itu digabungkan dengan

    perkataan tanggungjawab ia lebih melambangkan konotasi organisasi daripada

    menggambarkan bentuk perniagaan. Dalam hal ini, syarikat milikan tunggal dan

    perkongsian adalah sebahagian daripada institusi perniagaan. Oleh yang demikian,

    mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam CR kerana pemakaian

    ungkapan tersebut boleh diperluaskan bagi memasukkan bentuk penyertaan dalam

    aktiviti perniagaan.

    (b) Konsep triple bottom line

    Konsep ini menghendaki syarikat, syarikat milikan tunggal dan perkongsian mengambil

    kira keadaan sosial, ekonomi dan persekitaran semasa menjalankan perniagaan mereka.

    (c) Usaha bagi kemampanan dan kondusif

    Syarikat dan perniagaan hanya boleh wujud apabila ada seseorang untuk

    mengendalikan perniagaan dan sumber (sama ada dalam bentuk semula jadi atau

    selainnya), yang ada di sekeliling mereka untuk berniaga. Hanya dengan mengekalkan

    elemen-elemen ini, syarikat dan perniagaan boleh menjadi mampan. Konsep

    kemampanan ini juga menetapkan bahawa pelaksanaan triple bottom line bukan

    sahaja untuk manfaat generasi sekarang tetapi juga bagi manfaat generasi yang akan

    datang dan seterusnya.

    (d) Mengejar keuntungan

    SSM mengakui bahawa sebab utama di sebalik perbadanan syarikat dan pendaftaran

    perniagaan adalah untuk mengejar keuntungan. Mengejar keuntungan, walau

    bagaimanapun, boleh diharmonikan dengan konsep kemampanan dan kondusif

    selaras dengan triple bottom line.

  • 29

    Pernyataan organisasi SSM mengenai CR

    42. Pernyataan organisasi SSM mengenai CR adalah seperti berikut:

    CR merupakan suatu usaha murni syarikat dan perniagaan ke arah mencapai keadaan hal

    ehwal sosial, persekitaran hidup dan ekonomi negara yang mampan dan kondusif. Pelaksanaan

    perniagaan moden tidak lagi hanya tertumpu kepada isu keuntungan semata-mata tetapi juga

    menitikberatkan keperluan generasi yang akan datang. CR tidak terhad kepada tanggapan

    kebajikan sahaja tetapi boleh merangkumi suatu inisiatif yang luas ke arah mewujudkan

    kelestarian jangka panjang vis--vis dengan konsep triple bottom line. SSM percaya bahawa

    konsep CR terpakai bagi semua pihak dalam komuniti perniagaan dan bahawa semua pihak

    boleh memainkan peranan yang penting ke arah mengukuhkan kerangka kerja CR negara.

    Persekitaran korporat dan perniagaan yang peka terhadap CR dan yang secara proaktif berusaha

    mencapai agenda CR sebagai sebahagian daripada perniagaan mereka, memberi sumbangan

    terhadap pembangunan negara selain meningkatkan daya saing negara. Sebagai suatu destinasi

    perniagaan, CR adalah suatu budaya yang mesti disemai melalui kerjasama dan inisiatif pelbagai

    pihak.

    Objektif SSM dalam Mencapai Agenda CR

    43. Objektif SSM dalam mencapai agenda CR adalah seperti yang berikut:

    (a) Untuk menyemai budaya CR dalam persekitaran perniagaan di Malaysia;

    SSM akan memberi tumpuan kepada inisiatifnya dalam Agenda CR bagi menjadikan

    CR sebagai sebahagian daripada budaya korporat dan amalan perniagaan di Malaysia.

    CR merupakan suatu keprihatinan yang berterusan dan akan bersepadu sebagai

    sebahagian daripada perjalanan perniagaan. Dalam berbuat demikian, SSM akan

    melaksanakan empat (4) peranan utama yang diketengahkan oleh Bank Dunia.

    (b) Untuk menggalakkan syarikat berusaha mencapai keseimbangan dalam mengejar

    keuntungan dan mewujudkan persekitaran hidup yang mampan;

    SSM percaya bahawa usaha ke arah kemampanan jangka panjang mengikut triple

    bottom line tidak boleh terpisah daripada usaha untuk memperoleh keuntungan. Malah,

    mengejar kedua-duanya secara serentak akan memberi manfaat kepada syarikat dan

    perniagaan dalam jangka masa panjang.

    (c) Untuk memupuk budaya korporat di kalangan ahli korporat di Malaysia yang

    menghargai dan mengiktiraf semua inisiatif CR yang dilaksanakan oleh syarikat sebagai

    menghasilkan premium bagi syarikat dan perniagaan; dan

  • 30

    Konsep keuntungan dalam perniagaan yang telah diamalkan dalam CR kebelakangan

    ini menghasilkan premium dalam syarikat dan perniagaan. Syarikat dan perniagaan

    yang mengamalkan CR sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan mereka

    mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat tawaran yang lebih baik,

    menikmati reputasi yang membanggakan, serta menarik minat pekerja yang berkaliber.

    Nilai syarikat dan perniagaan tidak lagi diukur dari aset zikal, nilai kontrak, dan kecairan

    kewangan, tetapi daripada penerapan amalan kewarganegaraan korporat yang baik

    melalui amalan CR.

    (d) Untuk meneruskan dan menyebarluaskan tadbir urus korporat yang baik dalam asas

    yang lebih holistik.

    Akhir sekali, usaha Agenda CR SSM dijalankan berasaskan suatu komponen tadbir urus

    korporat yang baik. Mandat statutori yang diberikan bagi menggalakkan amalan tadbir

    urus korporat yang baik membuktikan bahawa usaha penggalakan CR adalah konsisten

    dengan obligasi berkanun SSM. Ia memperlihatkan pendekatan SSM mengenai tadbir

    urus korporat adalah lebih menyeluruh dan bukan sahaja terhad kepada rangka kerja

    pengawalseliaan korporat tradisional.

    Slogan dan Logo Agenda CR SSM

    44. SSM menerima pakai slogan yang berikut untuk menyampaikan peranannya berhubung dengan

    CR kepada orang ramai:

    Memacu perniagaan melebihi keberuntungan

    45. SSM akan menerima pakai logo yang berikut dan melekatkan logo tersebut pada semua dokumen

    yang dikeluarkan dan dipamerkan dalam aktiviti-aktivitinya selaras dengan usaha mencapai

    Agenda CR sebagai lambang pengakujanjian CR SSM:

  • 31

    46. Logo CR SSM melambangkan pendekatan triple bottom line yang merangkumi tiga dimensi

    utama iaitu kemampanan - ekonomi, sosial dan persekitaran. Penjelasan berkaitan dengan ikon

    abstrak yang terdapat di dalamnya adalah seperti yang berikut:

    Ikonmanusiayangterdapatdisebelahkirimelambangkanmasyarakatmanusia.

    Ikonburungyangterdapatdisebelahkananmelambangkanalamsekitar.

    Warnahijaujugamelambangkanalamsekitar.

    IkonMenaraBerkembarPETRONASyangterdapatdibahagiantengahmelambangkan

    kemuncak kejayaan ekonomi.

    Bentukbulatikonmelambangkankemampanandanpandangansejagat.

    Logo tersebut akan dilekatkan pada semua penerbitan atau inisiatif yang melibatkan CR yang

    dijalankan oleh SSM.

    Klasikasi Organisasi Inisiatif CR

    47. SSM secara umumnya mengkategorikan inisiatif CR kepada dua kategori utama:

    (a) Inisiatif ekstrinsik semua program, aktiviti dan inisiatif yang dijalankan oleh syarikat dan perniagaan yang membawa kesan positif luaran dalam parameter kesejahteraan

    sosial, ekonomi dan alam sekitar di negara ini. Secara ringkasnya, inisiatif ekstrinsik

    didorong secara dalaman oleh institusi perniagaan ke arah mewujudkan kemampanan

    luaran sosial, ekonomi dan alam sekitar. Contoh inisiatif ekstrinsik meliputi usaha

    kerja amal dan derma untuk rumah anak yatim, kempen kesedaran awam mengenai

    pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan tenaga, dan sebagainya.

    (b) Inisiatif intrinsik semua program, aktiviti dan inisiatif yang dijalankan oleh syarikat dan perniagaan yang membawa impak positif dalaman kepada persekitaran institusi

    dalam parameter kesejahteraan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Secara ringkasnya,

    inisiatif intrinsik didorong secara dalaman bagi membawa manfaat secara dalaman

    atau dalam lingkungan organisasi perniagaan berkenaan. Contoh inisiatif intrinsik

    termasuk inisiatif untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang seimbang

    di pejabat, inisiatif kitar semula dalaman, pengurusan - pekerjaan bagi pekerja dan

    sebagainya.

  • 32

    Sosial

    Inisiatifekstrinsik

    CR

    Organisasi/Institusi

    Alam sekitar

    Ekonomi

    Sosial

    Alam sekitar

    Ekonomi

    Inisiatifinstrinsik

    CR

    48. Klasikasi aktiviti CR yang disebutkan di atas merupakan suatu klasikasi utama. Klasikasi dan

    kelompok lanjut boleh dikaitkan pada konsep triple bottom line. Diagram yang memaparkan

    konsep ini ditunjukkan seperti yang berikut:

  • MELAKSANAKANPELBAGAIPERANANSEKTORAWAMDALAMCR

    BAB III:

  • 35

    MELAKSANAKAN PERANAN MEMBERI MANDAT

    49. Suatu contoh yang baik bagi sektor awam memainkan peranan memberi mandat dalam CR

    ialah memperkenalkan pelbagai perundangan dan dasar mengenai tadbir urus korporat, yang

    merangkumi perlindungan pemegang saham, kehendak bagi penzahiran dan garis panduan

    mengenai kewajipan dan tanggungjawab pengarah.

    50. Pengenalan kepada undang-undang lain seperti undang-undang mengenai alam sekitar,

    undang-undang mengenai perlindungan pengguna dan undang-undang pekerja juga menjadi

    suatu bentuk peranan memberi mandat CR kerana undang-undang ini diperkenalkan bagi

    memastikan tatalaku tadbir urus korporat adalah selaras dengan kehendak asas dalam konsep

    triple bottom line; iaitu kehendak sosial dan persekitaran.

    51. Undang-undang seperti ini adalah pengenaan mandatori, lazimnya disebut sebagai hard rules,

    yang mana syarikat dan perniagaan dikehendaki untuk mematuhi standard sosial yang ditetapkan.

    52. Terdapat juga amalan terbaik yang tidak mengikat dan tidak bersandar kepada sekatan undang-

    undang yang dikenali sebagai soft rules dan tidak seperti hard rules, pematuhan kepada soft

    rules adalah berbentuk sukarela, walaupun tahap kesukarelaan itu selalunya dipengaruhi oleh

    pelbagai faktor seperti persepsi dan harapan pihak berkepentingan.

    MELAKSANAKANPELBAGAIPERANAN

    SEKTOR AWAM DALAM CR

  • 36

    53. Pendekatan soft rules mempunyai kelebihan kerana ia lebih eksibel dan mudah diterima oleh

    komuniti perniagaan kerana ia bukan bersifat paksaan. Memandangkan soft rules adalah secara

    sukarela, ia lebih menarik minat perbadanan kerana dapat memberi peluang kepada mereka

    memanfaatkan CR bagi peluang perniagaan dan meraih lebih keuntungan.

    54. SSM bercadang untuk melaksanakan peranan memberi mandat melalui pengenaan hard rules

    di samping pengenalan kepada soft rules. Pengenalan kepada hard rules dan soft rules akan

    mengambil kira isu yang terpakai yang daripadanya dan SSM akan memperkenalkan peraturan-

    peraturan, dasar dan amalan terbaik yang relevan mengenai isu tersebut.

    55. Salah satu usaha yang berpotensi bagi pendekatan hard rules adalah pengenalan kepada

    laporan pematuhan wajib harta intelek. Harta intelek merupakan satu isu kontemporari yang

    mana masalah pelanunan perniagaan software dibincangkan secara meluas pada masa ini.

    SSM berpandangan bahawa penggunaan barangan daripada perniagaan software yang tidak

    didaftarkan dan tidak sah di sisi undang-undang adalah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus

    korporat yang baik. Pelanunan perniagaan software tidak boleh dilihat secara berasingan sebagai

    suatu masalah harta intelek biasa yang lain tetapi seharusnya dilihat dengan lebih menyeluruh

    memandangkan ia berkaitan dengan amalan korporat dan perniagaan.

    56. Sebagai pengawal selia korporat, SSM boleh membantu Kementerian Perdagangan Dalam

    Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan mengenakan tanggungjawab kepada syarikat untuk

    menzahirkan secara tahunan penyata tahunan syarikat. Dengan memberi mandat kepada

    tanggungjawab tersebut, SSM berharap pelanunan perniagaan software dapat dibanteras di

    negara ini, seterusnya memastikan pengendalian perniagaan yang bersih oleh syarikat semasa

    menjalankan perniagaan di Malaysia.

    57. Pendekatan sedemikian juga akan meningkatkan keyakinan di kalangan pelabur asing apabila

    mereka diberi jaminan bahawa bagi pengendalian dan perjalanan perniagaan syarikat tempatan

    tidak hanya tertakluk kepada undang-undang syarikat yang sedia ada tetapi juga merangkumi

    skop yang luas mengenai pematuhan korporat. Pengenalan kepada kehendak sedemikian juga

    merupakan suatu bentuk penzahiran, sejajar dengan prinsip tadbir urus korporat yang baik.

    58. Selain hard rules, SSM akan juga memperkenalkan pelbagai bentuk pendekatan soft rules bagi

    melengkapkan pengenaan hard rules sebagaimana yang diperihalkan terdahulu. Sebahagian

    daripada soft rules yang dicadangkan yang boleh diperkenalkan oleh SSM adalah:

    PenzahiransecarasukarelabagiaktivitiCRyangdijalankanolehsyarikatdanperniagaan.

    Hal ini boleh dicapai melalui memperuntukkan ruang yang perlu dalam Borang Penyata

    Tahunan (bagi syarikat) dan Borang A1 (bagi perniagaan) yang diserah-simpan kepada

    SSM. Penzahiran tersebut mesti dibuat secara sukarela; dan

  • 37

    Pelancaran dokumen Pekeliling Amalan Terbaik Perniagaan (BBPC) bagi syarikat

    dan perniagaan yang tidak mengikat. BBPC akan diterbitkan secara berkala kepada

    syarikat dan perniagaan untuk digunakan sebagai garis panduan bagi meningkatkan

    dan memperbaiki amalan perniagaan mereka, dan juga dalam pengurusan dan

    pengendalian syarikat dan perniagaan. Selain aspek undang-undang korporat dan

    pengawaseliaan, BBPC juga akan menyentuh perkara yang berkaitan dengan konsep

    triple bottom line. Antara perkara yang akan disentuh termasuklah:

    - Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi syarikat;

    - Rumusan mengenai kerangka CR bagi syarikat dan perniagaan; dan

    - Rumusan mengenai amalan terbaik dan perkongsian maklumat bagi

    syarikat dan perniagaan dalam memelihara tenaga dan sumber asli.

    Melaksanakan Peranan Memudah Cara, Mengadakan Ushasama dan Mengendors

    59. Berhubung dengan pelaksanaan peranan memudah cara, mengadakan usahasama dan

    mengendors, semua peranan tersebut akan dijalankan serentak memandangkan sukar untuk

    meletakkan suatu garis pemisah antara ketiga-tiga peranan tersebut. Hal ini adalah kerana projek

    dan inisiatif yang dijalankan oleh sektor awam sentiasa berkait dengan dua (2) atau lebih peranan

    yang digariskan di atas. Antara projek yang dikenal pasti untuk dijalankan di bawah peranan ini

    termasuklah:

    PenubuhanPusatPadananPerniagaan-CR;

    PenubuhanMajlisPenasihatCRSSM;

    PenubuhaninisiatifkajiselidikbersamamengenaiCR;dan

    Penggalakan dan pewujudan kesedaran awam mengenai CR melalui perkongsian

    dan kerjasama strategik.

    Penubuhan Pusat Padanan Perniagaan-CR

    60. Selaras dengan saranan kerajaan baru-baru ini bagi menggalakkan CR di kalangan entiti

    perniagaan di Malaysia, SSM akan menubuhkan suatu Pusat Padanan Perniagaan-CR (CBMC)

    yang bertujuan untuk memudahkan inisiatif CR dan memacu ke arah pendekatan CR yang lebih

    tersusun. CBMC adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh SSM untuk membolehkan

    penyertaan syarikat dan pemilik perniagaan yang berminat dalam aktiviti CR.

  • 38

    61. Objektif penubuhan CBMC adalah seperti yang berikut:

    (a) Untuk membolehkan amalan CR di Malaysia dijalankan di atas asas yang lebih tersusun;

    (b) Untuk membolehkan pengagihan faedah dan insentif CR yang lebih saksama; dan

    (c) Untuk menggalakkan komuniti perniagaan mengamalkan CR sebagai sebahagian

    daripada agenda perniagaan mereka.

    62. Program CBMC akan terdiri daripada syarikat dan perniagaan (penderma CR) yang akan

    menyatakan jenis aktiviti CR yang boleh atau dapat dijalankan oleh mereka. Pihak yang satu

    lagi akan terdiri daripada mereka yang berhasrat untuk menerima faedah daripada aktiviti CR

    (Penerima CR). Peserta program CBMC akan menyediakan butir-butir mengenai keupayaan,

    kapasiti, lokasi, aktiviti dan keperluan CR mereka kepada SSM. SSM akan menyimpan data

    tersebut di dalam sistem yang akan digunakan kelak bagi maksud CBMC. Maklumat yang

    dikehendaki daripada kedua-dua Penderma CR dan Penerima CR termasuklah yang berikut:

    63. SSM akan menyimpan dalam pangkalan data dan akan mencari padanan mengikut prol

    Penderma CR dan Penerima CR. Selepas menyuai-padan Penderma CR dan Penerima CR, SSM akan

    memaklumkan kedua-dua pihak. Penderma CR dan Penerima CR akan seterusnya berhubung dan

    mengenal pasti terma penglibatan. Apabila persetujuan dicapai antara mereka Penderma CR dan

    Penerima CR dikehendaki untuk memaklumkan kepada SSM. Begitu juga, sekiranya Penderma CR

    dan Penerima CR gagal mecapai persetujuan, SSM perlu dimaklumkan mengenai keputusan ini.

    Proses CBMC mungkin lebih jelas diperihalkan dalam bentuk diagram dan carta aliran di bawah:

    Penderma CR

    (i) Butir-butir syarikat/perniagaan

    (ii) Aktiviti/inisiatif CR yang ditawarkan

    (iii) Perihalan kapasiti dan kebolehan

    melaksanakan aktiviti yang

    dicadangkan

    (iv) Lokasi/lokasi-lokasi yang diperlukan

    bagi menjalankan aktiviti CR

    Penerima CR

    (i) Identiti penerima

    (ii) Jenis manfaat CR yang diperlukan

  • 39

    Penderma CR Penerima CR

    Pangkalan Data Penderma CR(Disenggara oleh SSM)

    Pangkalan Data Penerima CR (Disenggara oleh SSM)

    Rekuisisi Penderma/Penerima CR

    Pegawai SSM

    Proses pemadanan CR

    Cadangan komunikasi pemadanan CR

    Perjumpaan Penderma/Penerima CR

    Penamatan Persetujuan

    Tidak bersetuju (i) Laporan pelaksanaan oleh Penderma CR

    (ii) Penentusahan oleh SSM

    Data rujukan silang

  • 40

    Potensi dan manfaat CBMC pada asasnya tiada batasan. Senario mengenai perihalan CBMC

    adalah seperti yang berikut:

    X Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat perkapalan yangmemiliki armada kapal laut dankapal tangki.XSdn.Bhd.menyimpanmaklumatdenganSSMbahawa iamempunyaikeupayaan dan kapasiti untuk berkongsi pengalaman kelautan dengan kanak-kanak yang mempunyai minat. A seorang kanak-kanak yang menghidap kanser yang tiada harapan untuk sembuh tetapi mempunyai impian untuk belayar di lautan luas di atas kapal tangki yang besar. Maklumat mengenai A kemudiannya disampaikan kepada SSM melalui pegawai CR-nya dan melalui sistem pengkomputerannya memadankan X Sdn. Bhd. denganA sebagai Pendermadan PenerimaCR yangberpotensi. X Sdn.Bhd. kemudiannya menghubungi A dan kedua-duanya bersetuju untuk berkongsi pengalaman satu hari belayar di atas kapal tangki X Sdn. Bhd. A kemudiannyamengesahkan dengan SSM melalui suatu laporan ringkas tentang aktiviti yang telah dijalankan itu.

    Y Enterprise adalah perkongsian kecil yang menjalankan perundingan seni bina. YEnterprise tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk menderma kepada badan amal. Walau bagaimanapun, memandangkan ia menjalankan perniagaan perundingan senibina,operasiYEnterprisedikendalikanolehjuruteradanarkitekyangmahirdalambidangmatematik. PengurusanY Enterprise inginmenyumbang kepada inisiatif CRdenganmenawarkankemahirandankepakarankakitanganyangada.YayasanBialahsebuah rumah anak yatim yang beroperasi dengan peruntukan kewangan yang kurang mencukupi untuk membiayai aktivitinya. Ia sedang mencari sukarelawan sebagai guru tuisyen untuk mengajar subjek matematik kepada anak-anak yatim yang masih bersekolah. Kedua-dua pihak membekalkan maklumat mereka kepada SSM dan sistem menyuaipadankan pihak-pihak tersebut.

    Z Bhd. berhasrat untuk menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim di satukawasan terpencil di Sarawak tetapi tidak mempunyai maklumat tentang rumah anak yatim yang terletak di sana. Rumah C ialah rumah anak yatim yang jauh

    terletak di Sarawak. Maklumat kedua-dua pihak dikemukakan kepada SSM di mana

    penyuaipadanan kemudiannya tercapai.

    Pemadanan prol Penderma CR dan Penerima CR. Proses pemadanan dilakukan melalui aplikasi

    komputer yang mengimbas hanya maklumat CBMC berdasarkan beberapa kriteria. Setelah

    ditemui, aplikasi itu akan memaparkan suatu senarai Penderma CR dan Penerima CR yang sepadan,

    berserta dengan semua maklumat yang diperlukan seperti alamat, kategori sumbangan, jumlah

    sumbangan dan sebagainya.

    64. Proses seterusnya ialah SSM memaklumkan kedua-dua pihak bahawa padanan maklumat

    telah tercapai dan selepas itu kedua-dua pihak boleh sama ada hendak menerima atau

    menolak padanan itu. Pada peringkat ini SSM berperanan sebagai penyuai padan. Langkah

    seterusnya perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan, iaitu Penderma CR dan Penerima CR

    akan membincangkan butir-butir mengenai pelaksanaan inisiatif CR. Akhir sekali SSM akan

    dimaklumkan mengenai status aktiviti CR tersebut dan maklumat itu hendaklah

    disimpan oleh SSM bagi membolehkan analisis tren dan aktiviti CR di Malaysia dijalankan.

  • 41

    Penubuhan Majlis Penasihat CR SSM

    65. SSM akan menubuhkan Majlis Penasihat CR untuk menasihati organisasi mengenai perkara-

    perkara berkaitan dengan CR. Anggota Majlis Penasihat CR hendaklah dibentuk daripada pelbagai

    golongan masyarakat termasuk ahli akademik, wakil badan profesional, pengamal korporat dan

    wakil daripada sektor swasta di samping pakar dalam bidang yang berkaitan.

    66. Anggota Majlis Penasihat CR akan bermesyuarat secara berkala untuk membincangkan isu

    berkaitan dengan CR dan juga memberi nasihat kepada CR mengenai pelaksanaan Agenda CR.

    67. Majlis Penasihat CR akan mempunyai tanggungjawab utama untuk memberikan nasihat dan

    cadangan arahan kepada SSM berhubung dengan CR. Sebagai tambahan, Majlis Penasihat CR

    akan memantau pelbagai projek dan aktiviti CR yang dijalankan oleh SSM. Tanggungjawab

    khusus Majlis Penasihat CR adalah untuk:

    MengkajisemuladanmengesyorkanstrategiCRkepadaSSM;

    MenasihatiSSMmengenaidasar,kawalandansistemCR;

    MenasihatiSSMmengenaiisudantrendterkiniberhubungdenganCR;dan

    Menyediakan semakan semula yang bebas mengenai infrastruktur, keupayaan,

    persekitaran dan proses CR, jika perlu.

    68. Majlis Penasihat CR akan beroperasi mengikut terma dan syarat yang tertentu dan hendaklah

    dilantik oleh anggota Suruhanjaya SSM.

    Penubuhan Inisiatif Penyelidikan Bersama CR

    69. SSM akan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama dengan Universiti Kebangsaan

    Malaysia (UKM) bagi mengadakan usaha sama dan penyelidikan strategik mengenai CR. Dapatan

    penyelidikan dan usaha sama tersebut akan digunakan bagi meningkatkan kerangka CR negara.

    Kerjasama antara SSM dengan UKM akan mengandungi antara lain, ciri-ciri utama yang berikut:

    Penyediaan maklumat korporat, data dan statistik oleh SSM kepada UKM bagi

    penyelidikan dan analisis mereka;

    KajianbersamadanaktivitipembangunanmengenaiCR;

  • 42

    RumusanmengenaikerangkaCRbagisyarikatkecildansederhana;

    Mempromosikan CR kepada komuniti perniagaan dan orang awam secara

    keseluruhannya bagi mengukuhkan kerangka CR negara; dan

    PenerbitanbersamamengenaiCR.

    70. MoU yang dimeterai antara SSM dengan UKM akan menjadi batu loncatan kepada MOU dan

    perjanjian lain dilaksanakan oleh SSM untuk membolehkan lebih banyak penyelidikan dan aktiviti

    berorientasikan pembangunan dilaksanakan. Ia melambangkan usaha sama yang dilaksanakan

    oleh SSM sebagai pengawal selia korporat dengan golongan akademik bagi membangunkan

    negara dan meningkatkan tadbir urus korporat yang baik.

    Galakan dan mewujudkan kesedaran awam mengenai CR melalui perkongsian dan kerjasama strategik

    71. SSM akan meneruskan usaha bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

    Hal Ehwal Pengguna bagi meningkatkan kesedaran melalui pelbagai publisiti mengenai usaha

    dan aktiviti yang dijalankan. Sebagai Kementerian yang terlibat dengan pelaksanaan aktiviti

    perdagangan dalam negeri, SSM berpendapat bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

    dan Hal Ehwal Pengguna dapat memainkan peranan yang strategik dalam meningkatkan

    Agenda CR negara dengan menggalakkan CR di kalangan komuniti perniagaan tempatan.

    72. Kerjasama seterusnya dengan Kementerian dan agensi Kerajaan lain yang berkaitan juga akan

    dijalankan bergantung kepada jenis program kesedaran yang akan dilaksanakan.

    73. Malahan, SSM juga akan berusaha mewujudkan kesedaran mengenai CR di kalangan anggota

    masyarakat melalui program Kaunter Pendaftaran Perniagaan Bergerak, Kaunter Pendaftaran

    Perniagaan Litar dan juga melalui penglibatan dengan orang ramai dan pemegang saham.

    Bentuk penglibatan lain ialah melalui kempen kesedaran di peringkat sekolah dan universiti

    dalam menyemai budaya CR di kalangan ahli perniagaan, pemimpin korporat, pengarah dan

    pekerja sektor swasta masa hadapan.

    74. Akademi Latihan SSM (COMTRAC), yang ditubuhkan pada tahun 2007 dapat memainkan peranan

    penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai CR di kalangan orang

    awam dan komuniti perniagaan. Sebagai tambahan kepada modul latihan yang sedia ada seperti

    Akta Syarikat 1965, tadbir urus korporat dan perakaunan, COMTRAC boleh menambah modul

    latihan yang baru iaitu CR. Pewujudan modul tersebut boleh dilaksanakan bersama dengan pakar

    dalam bidang yang berkaitan atau melalui penglibatan penceramah luar negara.

  • 43

    75. SSM juga akan memanfaatkan platform penglibatan pihak berkepentingan sedia ada seperti

    Dialog Tahunan atau CPCF untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan konsep dan amalan

    CR di kalangan pengamal setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat adalah suatu komponen

    penting dalam syarikat, yang berkhidmat sebagai penasihat korporat serta penghubung antara

    pemegang saham dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Oleh itu, mereka boleh memainkan

    peranan penting dalam CR dengan menasihati ahli lembaga pengarah serta pemegang saham

    berkaitan dengan sesuatu hal perkara.

    76. Sebagai pendaftar syarikat dan perniagaan dan juga sebagai pengawal selia korporat, SSM akan

    bekerjasama rapat dalam menggalakkan CR melalui tiga (3) bidang teras yang berikut, iaitu:

    (a) Menggalakkan rangkaian positif antara CR dengan keuntungan,

    (b) Menyemai budaya CR seiring dengan tadbir urus korporat, dan

    (c) CR sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan Negara.

    77. Sebagai sebuah syarikat dan pendaftar perniagaan, SSM berpandangan bahawa terdapat

    hubungan yang positif antara inisiatif CR dengan keberuntungan. Hubungan sedemikian

    bagaimanapun jarang berlaku secara langsung. Syarikat dan perniagaan yang memiliki dasar,

    amalan dan reputasi CR yang baik mungkin akan dapat menarik minat tenaga kerja yang

    berpotensi, selain dapat mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada. Ini adalah kerana wujudnya

    kepuasan bekerja di kalangan mereka sebagai sebahagian daripada entiti perniagaan yang

    mempunyai integrasi dengan masyarakat serta isu yang berkaitan dengannya. Dalam konteks

    perniagaan moden, amalan CR juga boleh mewujudkan saingan sihat yang dapat membezakan

    sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat, atau perniagaan dengan yang lain. Elemen premium

    boleh disuntik ke dalam nilai saham syarikat di samping reputasi yang baik dapat dinikmati oleh

    pelanggan, pembekal dan masyarakat secara amnya.

    78. SSM juga akan menumpukan perhatian dalam usaha untuk menjadikan amalan CR sebagai

    sebahagian daripada budaya perniagaan di Malaysia. Ini boleh dicapai jika nilai-nilai yang betul

    diterapkan di tahun-tahun awal penubuhannya serta mesej CR disampaikan dengan berkesan

    kepada pelbagai komponen syarikat seperti ahli lembaga pengarah, juruaudit, setiausaha syarikat

    serta pemegang saham - kesemuanya dikawal selia oleh SSM dengan berbagai bentuk dan cara.

    79. Dalam menggalakkan CR di kalangan pihak berkepentingan, pelbagai bentuk program juga

    boleh dilaksanakan oleh cawangan-cawangan SSM yang terletak di seluruh negara. Dalam hal

    ini, cawangan SSM negeri hendaklah bertindak sebagai pejabat satelit di mana cawangan boleh

    terlibat dengan pihak berkepentingan secara langsung di tempat mereka. Dengan demikian,

    SSM berharap bahawa pengetahuan dan mesej yang berkaitan dengan CR akan tersebar di

    seluruh negara.

  • 44

    80. Akhir sekali, SSM akan meyakinkan pihak berkepentinganya bahawa CR bukanlah suatu

    tanggapan mengenai kebajikan semata-mata, tetapi penglibatan mereka dalamnya sangat

    bermanfaat kepada pembangunan negara. Dalam krisis ekonomi global semasa, sokongan

    dan bantuan daripada sektor korporat dan perniagaan boleh menyumbang ke arah mencapai

    kecairan dalaman melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Malahan, aktiviti CR banyak memberi

    implikasi sosial yang positif.

  • TANGGAPANSSMMENGENAICR

    BAB IV:

  • 46

  • 47

    81. SSM berpendapat bahawa CR merupakan suatu konsep yang berkait secara langsung dengan

    komuniti korporat dan perniagaan. Bagi sektor awam seperti SSM, peranan mereka adalah lebih

    kepada memberi mandat, memudah cara, mengadakan usahasama dan mengendors aktiviti

    dan inisiatif CR yang dijalankan oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun, intipati tanggapan

    mengenai CR masih terpakai bagi SSM. Hal ini adalah dengan mengambil kira takrif CR oleh

    Wikipedia (rujuk perenggan 12 dokumen ini).

    82. Takrif CR oleh Wikipedia mengaitkan CR dengan organisasi berbanding syarikat atau perniagaan

    pada dasarnya. Takrif ini adalah signikan kerana ia membawa maksud bahawa konsep CSR luas

    dan melampaui entiti perniagaan. Walaupun terdapat hujah mengatakan bahawa konsep CR

    terpakai kepada syarikat dan perniagaan, SSM berpendapat bahawa ia juga boleh mengambil

    bahagian dalam pelbagai aktiviti berkaitan CR dan seterusnya menyumbang kepada tanggapan

    murni CR.

    83. Selama ini, SSM sentiasa menjalankan inisiatif yang selaras dengan prinsip CR melalui inisiatif

    ekstrinsik dan instrinsik. Inisiatif ekstrinsik CR SSM termasuklah penganjuran ceramah dan seminar

    secara percuma bagi mengukuhkan agenda tadbir urus korporat negara di samping menjalankan

    pelbagai aktiviti bersama pekerja seperti majlis makan malam tahunan, aktiviti sukan dan hari

    keluarga organisasi dan juga inisiatif lain seperti semakan semula gaji dan faedah pekerja bagi

    menjadikan SSM suatu persekitaran tempat kerja yang mampan dan kondusif.

    TANGGAPANSSM

    MENGENAI CR

  • 48

    84. Sebagai pengawal selia korporat, SSM memandang ke hadapan dalam menerapkan budaya

    CR dalam operasi hariannya. Beberapa aktiviti berkaitan CR yang akan dilaksanakan oleh SSM

    termasuklah:

    (a) Promosi dan inisiatif kitar semula

    SSM akan memperkenalkan polisi dalamannya mengenai kitar semula untuk diterima

    pakai oleh organisasi kerana ia dapat menyumbang kepada pengurusan sumber

    dalaman organisasi yang lebih baik. Produk sampingan yang tidak digunakan

    seperti kertas, plastik, bateri, dan toner boleh dikitar semula untuk meminimumkan

    penggunaan sumber pada masa hadapan.

    Antara aktiviti instrinsik yang dikenal pasti untuk dilaksanakan termasuklah:

    Penjualan surat khabar lama dan kertas terincih kepada peniaga barang

    terpakai yang berdekatan. Dana yang dikumpul dapat digunakan untuk

    kebajikan dan aktiviti pekerja.

    Mengadakan tong kitar semula untuk diletakkan di pejabat SSM seluruh

    negara. Tong kitar semula ini hendaklah mengikut kod warna antarabangsa

    bagi membolehkan pembuangan barangan kitar semula seperti kertas,

    plastik, kaca dan tin aluminium.

    Meminimumkan penggunaan kertas denganmenggunakan di kedua-dua

    belah muka surat oleh kakitangan SSM semasa menjalankan tugas harian

    mereka.

    MemberigalakankepadakakitanganSSMuntukmengitarsemulabarangan

    yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, produk kertas, tin aluminium

    dan plastik.

    SSMakanmempunyaikomunitikitarsemuladalamKelabSukanSSM.Komuniti

    kitar semula ini akan membimbing, menggalakkan dan mempromosikan

    aktiviti berkaitan kitar semula di SSM.

    Aktiviti ekstrinsik yang akan dilaksanakan oleh SSM termasuklah:

    Menggalakkanpromosi kitar semula sebagai suatucarahidupdi kalangan

    pihak berkepentingan SSM.

    Merangka dasar BBPC mengenai inisiatif kitar semula sebagai suatu garis

    panduan umum kepada syarikat dan perniagaan yang berhasrat untuk

    memperkenalkan dasar kitar semula dalam organisasi mereka.

  • 49

    (b) Pengurusan tenaga organisasi SSM

    SSM akan mengadakan dasar pengurusan tenaga yang berkesan untuk memastikan

    penggunaan kuasa yang cekap. Sementara menunggu SSM berpindah ke ibu pejabatnya

    yang baru tahun hadapan, SSM telah merangka suatu pelan yang komprehensif untuk

    memastikan penggunaan tenaga yang minimum dan cekap yang melibatkan reka

    bentuk dan seni bina bangunan dan perkakasan yang akan digunakan.

    Aktiviti intrinsik yang akan dilaksanakan oleh SSM berhubung dengan pengurusan

    tenaga yang cekap termasuklah:

    Penggunaan peralatan jimat tenaga di ibu pejabat baru SSM. Bangunan

    baru SSM akan dilengkapi dengan peralatan elektrik dan elektronik yang

    jimat tenaga seperti komputer, komputer bimbit, projektor LCD, lampu

    dan penghawa dingin. Peralatan jimat tenaga ini akan mengurangkan kos

    elektrik serta mengurangkan masalah alam sekitar. Pereka bentuk dalaman

    bagi bangunan baru SSM akan menggabungkan pendekatan tenaga yang

    cekap. Pemasangan lampu yang maksimum namun penggunaannya secara

    minimum serta penggunaan elektrik hanya bagi maksud berkaitan kerja.

    Mengamalkan penjimatan tenaga yang cekap dan menyebarkan

    maklumat mengenai penjimatan tenaga kepada kakitangan SSM.

    Aktiviti ekstrinsik yang akan dijalankan oleh SSM termasuklah:

    merumuskanBBPCmengenaipenjimatantenagadanpenggunaantenaga

    yang cekap sebagai suatu garis panduan kepada syarikat dan perniagaan.

    (c) Berusaha ke arah mencapai persekitaran tempat kerja yang mampan

    Melalui pelbagai inisiatif instrinsik, SSM akan berusaha untuk menyediakan persekitaran

    tempat kerja yang mampan kepada semua kakitangannya. Berbagai inisiatif yang

    diperkenalkan sebelum ini seperti penganjuran Hari Keluarga SSM, Majlis Makan Malam

    Tahunan, Hari Sukan Tahunan, Mencari Harta Karun dan sebagainya akan diteruskan dan

    dipertingkatkan. SSM juga akan memberi ganjaran bagi pencapaian akademik kepada

    anak-anak kakitangannya dan menganjurkan acara bersama kakitangan seperti majlis

    berbuka puasa dan sambutan Hari Raya. Penganjuran majlis seperti ini tidak hanya

    memanfaatkan pekerja SSM, tetapi juga kepada anggota keluarga mereka. Inisiatif lain

    yang akan dilaksanakan pada masa hadapan termasuklah menaikkan saraan pekerja

    SSM, memberi ganjaran kepada prestasi kerja dan sebagainya. Adalah diharapkan

    inisiatif instrinsik ini akan menjadikan SSM sebagai suatu persekitaran tempat kerja

    yang mampan dan kondusif.

  • 50

    85. Usaha CR SSM yang digabungkan dengan parameter yang diwujudkan menghendaki SSM

    menyusun semula pendekatan dan aktivitinya berkaitan CR. Ia melibatkan antara lain, penubuhan

    sebuah unit yang tersendiri untuk menangani portfolio CR, penyusunan semula aktiviti harian

    yang dijalankan, penjenamaan semula aktivitinya dan sebagainya. Dalam hal ini, peningkatan

    kapasiti dan keupayaan modal insan secara berperingkat akan dilakukan. Ini mengambil kira

    kerumitan dan kepelbagaian perkara dalam CR, pembangunan pesatnya dan cabaran yang

    dihadapi oleh SSM dalam meningkatkan tahap kesedaran CR.

    86. Penyusunan semula aktiviti CR termasuklah:

    (a) Menyebarluaskan konsep CR kepada semua pekerja SSM ke arah mencapai wawasan

    bersama. Sebagai organisasi yang menggalakkan CR sebagai sebahagian daripada

    agenda organisasinya, adalah penting bagi semua kakitangan SSM dimaklumkan dan

    dilengkapkan dengan tahap pengetahuan yang mencukupi.

    (b) Memanfaatkan aktiviti harian sedia ada yang dilaksanakan oleh SSM untuk menggalakkan

    Agenda CR. Promosi tersebut dijalankan melalui program yang berikut:

    (i) Kaunter Pendaftaran Perniagaan Bergerak;

    (ii) Kaunter litar;

    (v) Derma dan kebajikan; dan

    (vi) Program kesedaran dan pendidikan yang dilaksanakan oleh SSM terutama

    oleh Seksyen Hal Ehwal Awam dan COMTRAC.

    87. Struktur keseluruhan secara umum inisiatif CR SSM diterangkan pada muka surat berikutnya.

  • 51

    AgendaSSM CR

    Konsep Triple Bottom Line +

    Kemampanan

    Peranan Memberi Mandat PerananMemudahCara PerananRakankongsi PerananMengendors

    Inisiatif Ekstrinsik

    Pengenaanhard rules

    Pengenaansoft rules

    Amalan tadbir urus yang baik

    InisiatifInstrinsik

    InisiatifEkstrinsik

    Tempat kerjayang mampan

    CBMC

    Pengurusan tenaga

    ekonomi

    persekitaran

    Pembangunan sosial

    Kitar Semula

    Pengurusan tenaga

    Kitar Semula

    Modul Pelaksanaan Agenda CR SSM

  • 52

    JANJI DITEPATI: IBU PEJABAT KORPORAT BARU SSM BERCIRIKAN HIJAU

    Ibu pejabat baru SSM di KL Sentral telah direka bentuk untuk menggabungkan pelbagai ciri hijau

    dan cekap tenaga ke arah memastikan kemampanan persekitaran. Aspek hijau dan cekap tenaga

    boleh diperihalkan seperti yang berikut:

    Pengenalan bangunan

    Pengenalan zikal sesebuah bangunan mempunyai impak yang signikan terhadap penggunaan

    tenaga. Tingkap yang menghala ke arah timur, memerangkap cahaya matahari pada waktu pagi,

    dan tingkap yang menghala ke barat akan menyimpan haba panas pada waktu petang. Keadaan

    ini menyebabkan bangunan menjadi panas dan memerlukan lebih tenaga untuk menyejukkannya.

    Untuk mengelakkan penyerapan haba masuk secara terus, kaedah terbaik ialah mengelakkan

    mukaan bangunan menghadap secara langsung ke arah timur atau barat. Konsep ini telah diterima

    pakai di bangunan SSM yang mana permukaan bangunan utamanya disudutkan sedikit menghadap

    ke arah barat laut dan tenggara.

    Pelan pembangunan tapak

  • 53

    Olahan mukaan dinding tirai kaca

    Tingkap dan dinding luar bangunan baru

    SSM dilindungi oleh mekanisme pembayang

    yang sesuai untuk membolehkan cahaya

    menembus masuk secara maksimum di samping

    meminimumkan pemindahan masuk haba. Ciri

    ini akan membolehkan bangunan mendapat

    cahaya semula jadi pada waktu siang bagi

    mengurangkan penggunaan cahaya elektrik

    dan pada masa yang sama menahan masuk

    haba untuk mengekalkan suhu sejuk di ruang

    dalam pejabat. Sirip melintang aluminium

    dan pelindung cahaya matahari menghalang

    penembusan cahaya matahari dan pada masa

    yang sama memantulkan sinar ke dalam bilik.

    Tindakan yang berbaur ini mengeluarkan

    lebih haba di samping membenarkan cahaya

    yang mencukupi masuk, dan seterusnya

    meningkatkan penjimatan tenaga dan memberi

    keselesaan kepada pengguna sebagaimana yang

    ditunjukkan dalam diagram di bawah.

    installed at oce oors windowsSun heat is bounced onto oor ceiling for absorption

  • 54

    Perlindungan tambahan terhadap haba yang ditampung oleh kaca bahan hijau yang berketebalan

    8 - 10mmpada kepingan yangmembolehkan 65%cahayamasukpadawaktu siangdi samping

    menghalang 49% habamasuk danmengurangkan penggunaan penghawa dingin. Ram tempat

    letak kereta disusun untuk membolehkan cahaya menembus masuk pada waktu siang dan pada

    masa yang sama menjadi pelindung visual luar seperti yang ditunjukkan dalam diagram yang berikut:

    Dek bangunan

    Bangunan pejabat SSM dibina di atas platform di atas bekas landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM)

    dan Sistem Kereta Api Laju (ERL). Oleh yang demikian, pembinaan dapat dimaksimumkan dengan

    penggunaan tanah yang terhad. Dengan itu hutan dan pokok tidak ditebang untuk membina

    bangunan baru SSM. Kelebihan bagi