Agm Pibg 2014

download Agm Pibg 2014

of 6

description

pibg

Transcript of Agm Pibg 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SHAH ALAMPERISARAN ANJUNG SERI, JALAN U8/80, BUKIT JELUTONG TIMUR, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

DOKUMENTASI

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2014Kali Pertama&MAJLIS PENYERAHAN Bantuan Awal Persekolahan Murid

TARIKH5 APRIL 2014

MASA12.00 PG 2.00 PTG

TEMPATDewan SMK Shah Alam

DISEDIAKAN OLEHCik Nimazakirah binti Ab Rahman

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

PENGENALANMesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini akan dijalankan secara rutin bermula pada tahun ini setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali pertama ini telah dilaksanakan pada 5 April 2014 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh Tuan Azhari bin Dato Shaari, Ketua Bahagian UMNO Shah Alam. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.

TUJUANMesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.

OBJEKTIF1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

ANJURAN1. Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam2. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Shah Alam

LAPORAN PELAKSANAAN

TARIKH: 5 April 2014 (Sabtu)MASA : 12:00 tghr 5.00 ptgTEMPAT : Dewan SMK Shah AlamPENGLIBATAN : Jumlah peserta : 143 orangi. Ibu bapa/ waris : 123 orangii. Jumlah guru : 20 orang

AHLI JAWATANKUASA : (rujuk lampiran)

LAPORAN ATURCARA

MasaAktivitiCatatan

2.15 ptgPendaftaran Ibu BapaBerjalan seperti yang dirancangkan

2.45 ptg Ketibaan VIP Nyanyian Lagu Negaraku Majlis bermulaBerjalan seperti yang dirancangkan

2.50 ptg- Ucapan pengerusi Majlis- Bacaan Doa- Ucapan YDP Penaja- Ucapan Alu-aluan Pengetua- Ucapan PerasmianBerjalan seperti yang dirancangkan

3.20 ptgMesyuarat Agung PIBG bermulaMesyuarat bermula lewat iaitu pada jam 3.30ptg kerana memberi laluan kepada ibu bapa dan guru menjamu selera.

4.20 ptgPenyerahan Bantuan Awal Persekolahan MuridBerjalan seperti yang dirancangkan

5.00 ptgMajlis Bersurai

LAPORAN KEWANGAN

A) Sumber pendapatan:BilPerkaraJumlah (RM)

1Sumbangan Ibu Bapa859.00

Jumlah keseluruhan859.00

B) Perbelanjaan:BilPerkaraJumlah (RM)

1Unit Buku Program / Dokumentasi Buku program Kertas warna2.2020.40

2Unit Jemputan / Sambutan / Perasmian / Buku Pelawat Buku pelawat (baru) Bakul buah Cenderamata VIP (buah)32.4038.2014.98

3Juruacara Majlis / Bacaan doa-

4Unit Jamuan VIP / Ibu Bapa / Kebersihan Jamuan VIP dan Jamuan Ibu Bapa Kebersihan ( Plastik Sampah )681.00

-

5Unit PA Sistem / Siaraya / Lagu Negaraku / Muzik Latar-

6Unit Persiapan Pentas / Dewan-

7Pendaftaran / Penyediaan Kerusi Meja / Penyerahan Bantuan awal Persekolahan murid-

8Banner / Bunting70.00

Jumlah keseluruhan859.00

PENILAIAN PROGRAM

Kekuatan:1. Ibu bapa memberikan kerjasama sepanjang program ini diadakan2. Ibu bapa amat bermurah hati memberikan sumbangan bagi tabung bergerak Pusat Sumber Sekolah yang diedarkan mengikut baris. PSS SMK Shah Alam mendapat jumlah kutipan sumbangan sebanyak RM688.3. Ibu bapa majoritinya menyokong agar bayaran yuran PIBG dikutip sebanyak RM100 sekeluarga bertujuan meningkatkan kemudahan dan membantu sekolah ini yang baru ditubuhkan pada tahun ini dalam program-program yang akan diadakan nanti.4. Guru berpengalaman dalam kerja persiapan dewan5. Kaunter pendaftaran yang disediakan mencukupi dengan kehadiran tetamu. Ini dapat mengelakkan tetamu berdiri lama menunggu giliran mendaftar nama.6. Pek makanan ibu bapa dan guru setimpal dengan harga7. PA Sistem yang disediakan amat baik dan sesuai dengan saiz dewan

Kelemahan:1. Terdapat ibu bapa yang dating pada hujung majlis dan kaunter pendaftaran telah ditutup2. Pek makanan tidak dapat diberi semasa pendaftaran kerana makanan lewat sampai3. Nama VIP lambat diterima.4. Pek makanan tidak disediakan untuk murid yang bertugas sepanjang program diadakan.5. Kekurangan stand mikrofon dan mikrofon. Ini menyukarkan ibu bapa yang ingin memberikan cadangan dan pengetahuan.

Cadangan Penambahbaikan:1. Menyediakan alat membersihkan dewan dengan lengkap2. Menyediakan masa tertentu untuk kerja persiapan dan mengemas dewan3. Kaunter pendaftaran perlu dibuka sepanjang masa4. Stand mikrofon dan mikrofon tambahan perlu disediakan dengan kadar segera5. Mengadakan raptai mesyuarat agung PIBG pada masa akan datang6. Perlu diselitkan dengan persembahan murid pada waktu rehat.

PENUTUP

TAHNIAH diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik pada tahun ini. Semoga idea serta tenaga mereka akan memantapkan lagi SMK Shah Alam dan memajukan program-program sekolah bagi tahun ini dan tahun berikutnya.

DISEDIAKAN OLEH

..NIMAZAKIRAH BINTI AB RAHMANUNIT DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMASMK SHAH ALAM