Ahli Kumpulan

3
Ahli Kumpulan: Hanani binti Kharudin Nawwar Basirah Binti Mohd Solehuddin Pramela A/P Ramakrishnan Wong Wen Lin Isu Semasa Tentang Cabaran Guru: GURU DIAMANAHKAN PELBAGAI JAWATAN YANG BUKAN SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SESEORANG GURU 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar, iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau seseuatu organisasi. Dalam keadaan masyarakat yang sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat ini, golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diamanahkan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dihadapi oleh seseorang guru. 2.0 Jawatan – jawatan yang Diamanahkan 2.1 Mengajar Subjek yang Tidak Berkaitan dengan Opsyen yang Dibelajar Kebanyakan guru kini diamanahkan untuk mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Sebagai contohnya, guru yang opsyennya Sains tetapi apabila di sekolah, beliau diamanahkan untuk menjadi guru Pendidikan Seni dan Visual di sekolah. Hal ini mungkin akan menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam subjek tersebut.

description

untuk edu

Transcript of Ahli Kumpulan

Ahli Kumpulan:Hanani binti KharudinNawwar Basirah Binti Mohd SolehuddinPramela A/P RamakrishnanWong Wen Lin

Isu Semasa Tentang Cabaran Guru: GURU DIAMANAHKAN PELBAGAI JAWATAN YANG BUKAN SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SESEORANG GURU

1.0 PengenalanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar, iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau seseuatu organisasi. Dalam keadaan masyarakat yang sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat ini, golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diamanahkan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dihadapi oleh seseorang guru.

2.0 Jawatan jawatan yang Diamanahkan2.1 Mengajar Subjek yang Tidak Berkaitan dengan Opsyen yang DibelajarKebanyakan guru kini diamanahkan untuk mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Sebagai contohnya, guru yang opsyennya Sains tetapi apabila di sekolah, beliau diamanahkan untuk menjadi guru Pendidikan Seni dan Visual di sekolah. Hal ini mungkin akan menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam subjek tersebut.

2.2 Memegang Sesuatu Jawatan yang Tidak Berkaitan Aktiviti Pengajaran dalam KelasTanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja mengajar beberap subjek yang tertentu, tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Sebagai contohnya, penyelia papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja kerja ini telahpun menyebabkan guru menghadapi tekanan yang amat besar. Hal ini dengan secara tidak langsung menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru.

2.3 Membuat Kerja kerja PerkeranianDi sekolah, guru bukan sahaja diamanahkan untuk mengajar, tetapi mereka juga dikehendaki membuat kerja kerja perkeranian. Sebagai contohnya, mengisi borang borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat dan sebagainua. Hal ini menjelaskan bahawa guru pada era ini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran dalam kelas, manakala mereka akan menghadapi tekanan yang sangat besar.

3.0 Cara Penyelesaian3.1 Mengalihkan Kerja yang Tidak BerkaitanPihak sekolah haruslah mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan kerja kerja perkeranian atau jawatan jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada guru. Untuk kerja kerja perkeranian, pihak sekolah boleh mengupada kerani dalam membantu melakukan kerja kerja tersebut dan bukannya memberi tugas tersebut kepada guru. Selain daripada itu, pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan para guru dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk menyediakan bahan untuk pengajaran yang berkesan.

3.2 Mengagihkan Subjek Pengajaran Guru Mengikut OpsyennyaPihak sekolah haruslah menimbangkan opsyen seseorang guru yang belajar sewaktu mengagihkan subjek pengajarannya. Hal ini adalah untuk meningkatkan penguasaan seseorang murid dalam sesuatu subjek. Sekiranya subjek yang diagihkan kepada seseorang guru merupakan bidang yang guru tersebut tidak mengetahui, maka kualiti pengajaran seseorang guru akan merosot.