aizat sn

3
PENYAKIT BERKAITAN dengan SISTEM RESPIRASI Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Contohnya, bakteria, virus, dan debu. Bahan- bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita. Ekoran itu, ia memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Antaranya :- ASMA ~ Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk. BRONKITIS ~ Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur. EMFISEMA ~ Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan. KANSER PEPARU ~ Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas. Oleh demikian, sebagai rakyat yang sihat, kita perlu mengambil langkah awal bagi mengelakkan ini dari berlaku. Tambahan pula, sistem respirasi amat penting bagi benda bernyawa.

description

pdp

Transcript of aizat sn

Page 1: aizat sn

PENYAKIT BERKAITAN dengan SISTEM RESPIRASI

Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Contohnya, bakteria, virus, dan debu. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita. Ekoran itu, ia memberi kesan terhadap kehidupan seharian. Antaranya :-

ASMA~ Penyakit asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk. 

BRONKITIS~ Bronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

EMFISEMA~ Emfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan. 

KANSER PEPARU~ Kanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

Oleh demikian, sebagai rakyat yang sihat, kita perlu mengambil langkah awal bagi mengelakkan ini dari berlaku. Tambahan pula, sistem respirasi amat penting bagi benda bernyawa.

Page 2: aizat sn

BAHAN2 CEMAR UDARA & KESANNYA

Bahan di dalam udara mungkin mengandungi bahan berbahaya. Lebih-lebih lagi ia akan memasuki sistem pernafasan kita. Justeru mampu memberi kesan besar kepada kita.

Sebagai Contoh :-

ASAP ROKOK~ Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin iaitu sejenis dadah yang menjadikan seseorang itu ketagih. Bukan itu sahaja, tar di dalam rokok akan membunuh sel sehingga menyebabkan kanser peparu. Selain itu, karsinogen turut sebagai agen penyebab kanser. Akhir sekali, karbon monoksida yang akan menghalang hemoglobin daripada bergabung dengan oksigen.

KARBON MONOKSIDA~ Gas ini berpunca daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.

  SULFUR DIOKSIDA~ Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. 1

*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid 

JEREBU~ Jerebu ialah pepejal yang terdapat di dalam udara. Ia sangat halus spt habuk dan asap. Ia boleh menyekat saluran pernafasan dan mengakibatkan batuk.

TOKSIN~ Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

Page 3: aizat sn

Oleh itu, langkah sewajarnya perlu kita ambil memandangkan bahan cemar dalam udara sukar dilihat dengan mata kasar. Memastikan udara yang kita sedut sentiasa bersih dan tidak tercemar ialah tanggungjawab bersama. Tujuan utamnya adalah untuk kepentingan semua bagi mencegah kita daripada mendapat penyakit.

Selamat beramal !!!