AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5....

4
MINIT MESYUARAT SURAU AL-MUSAWWIR TAMAN INDAH KLIA, SEPANG SELANGOR Tarikh : 18 MAC 2011 Masa : 9.15 MALAM Tempat: SURAU AL-MUSAWWIR TAMAN INDAH KLIA Kehadiran: 1. Tn Hj Mustaffa - Penaung/Penasihat 2. Mohd. Amin Bin Jani - Pengerusi 3. Sejili Dahan (5,2A) - Penolong Setiausaha 4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan 6. Khairul Azmi (11, 2A) 7. Zahanor (8,3B) 8. Nasrul (21, 2A) 9. Mohamad Ridzuan (6,2A) 10. Hasman Mohd Taib (3, 1) 11. Jafri B Sidek (22, 2A) 12. Abd. Malik Mokhtar (19, 2A) 13. Mazlan Ismail (16, 2A) 14. Amir Sharif (14, 1) 15. Tuan Mohd Norazeri Tn Harun (8, 2A) 16. Khairel Alias (19, 2C) 17. Sham (2, 1) 18. Kudin (7, 2B) Bil Perkara Tindakan 1 2 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan salam serta mengucapkan terima kasih kepada semua Qariah yang hadir dan mengalu-alukan kedatangan Penaung, Tn Hj Mustaffa kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini. UCAPAN PENAUNG/PENASIHAT Penaung/Penasihat Tn Haji Mustaffa memberi ucapan sepatah dua kata dan mengucap ribuan terima kasih kepada AJK dan Qariah serta penduduk Taman di atas kerjasama yang diberikan sejak menetap di taman ini dan supaya dapat diteruskan. Makluman AJK Utama Tidak Hadir Dengan bersebab: 1. Iswat (2, 2A) Setiausaha 2. Syafirol (15, 2A) Bendahari 3. Rosezam (11A, 2A) Imam

Transcript of AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5....

Page 1: AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan 6. ... bacaan surah Al-Asr. Maklumandan tindakan

MINIT MESYUARAT SURAU AL-MUSAWWIR

TAMAN INDAH KLIA, SEPANG SELANGOR

Tarikh : 18 MAC 2011

Masa : 9.15 MALAM

Tempat: SURAU AL-MUSAWWIR TAMAN INDAH KLIA

Kehadiran:

1. Tn Hj Mustaffa - Penaung/Penasihat

2. Mohd. Amin Bin Jani - Pengerusi

3. Sejili Dahan (5,2A) - Penolong Setiausaha

4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal

5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan

6. Khairul Azmi (11, 2A)

7. Zahanor (8,3B)

8. Nasrul (21, 2A)

9. Mohamad Ridzuan (6,2A)

10. Hasman Mohd Taib (3, 1)

11. Jafri B Sidek (22, 2A)

12. Abd. Malik Mokhtar (19, 2A)

13. Mazlan Ismail (16, 2A)

14. Amir Sharif (14, 1)

15. Tuan Mohd Norazeri Tn Harun (8, 2A)

16. Khairel Alias (19, 2C)

17. Sham (2, 1)

18. Kudin (7, 2B)

Bil Perkara Tindakan

1

2

UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan

salam serta mengucapkan terima kasih kepada semua Qariah yang hadir

dan mengalu-alukan kedatangan Penaung, Tn Hj Mustaffa kerana dapat

hadir pada mesyuarat kali ini.

UCAPAN PENAUNG/PENASIHAT

Penaung/Penasihat Tn Haji Mustaffa memberi ucapan sepatah dua kata

dan mengucap ribuan terima kasih kepada AJK dan Qariah serta

penduduk Taman di atas kerjasama yang diberikan sejak menetap di

taman ini dan supaya dapat diteruskan.

� Makluman

AJK Utama Tidak Hadir Dengan

bersebab:

1. Iswat (2, 2A) Setiausaha

2. Syafirol (15, 2A) Bendahari

3. Rosezam (11A, 2A) Imam

Page 2: AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan 6. ... bacaan surah Al-Asr. Maklumandan tindakan

3

4

5

5.1

5.2

Penyata Kewangan

Pengerusi telah membaca Penyata Kewangan Surau yang telah

disediakan oleh Bendahari setakat 16 Mac 2011. Keseluruhan Kutipan,

Perbelanjaan dan Baki tunai sehingga 16 Mac 2011 adalah seperti

berikut:-

a. Kutipan Keseluruhan RM7,003.00

b. Belanja RM4,899.38

b. Baki Sehingga 16/3/11 RM2,103.62

Draf Perlembagaan Surau

Tuan Pengerusi memberitahu berkenaan dengan Draf Perlembagaan

Surau untuk dibincangkan dalam mesyuarat Agung. Draf ini boleh dimuat

turun dari Web Surau Taman Indah KLIA. Para Qariah boleh memberi

komen dan cadangan melalui laman web surau iaitu

http://surautiklia.wordpress.com atau memajukan cadangan kepada

Pengerusi atau kepada AJK Surau.

Tn Haji Mustaffa mencadangkan supaya draf ini dibincangkan dan dikaji

oleh Pengerusi dan AJK surau sahaja dan para qariah yang lain boleh

menghantar komen atau cadangan mereka kepada Pengerusi dan AJK

atau melalui laman web.

Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan

Pengerusi memberitahu walaupun bulan Ramadhan akan disambut pada

awal Ogos 2011 iaitu lebih kurang 5 bulan lagi, persediaan awal adalah

perlu bagi memastikan Program yang dirancang akan berjalan dengan

lancar sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Dewan Solat

Disebabkan bilik solat sekarang terlalu kecil dan sempit, pengerusi

mencadangkan menggunakan bahagian luar surau sebagai dewan solat.

Tempat tersebut perlu diubahsuai dengan meninggikan bahagian lantai

bagi mengelakkan terkena banjir (seperti yang pernah berlaku tahun

lepas). Persetujuan sebulat suara.

Bagi menampung kos pembinaan tersebut yang dianggarkan RM3000.00,

dicadangkan mengutip sumbangan ikhlas dari ahli qariah. Para Qariah

yang hadir bersetuju untuk mengutip sejumlah RM50.00 setiap rumah.

Imam Terawikh dan Tazkirah

Sepanjang Bulan Ramadhan nanti, surau perlukan seorang Imam yang

tetap supaya program Bulan Ramadhan berjalan dengan lancar. En.

Mazlan akan menghubungi Abang kepada Imam tahun lepas sama ada

beliau boleh memimpin sembahyang terawih nanti. Sementara itu En

Syafirol akan bertanya di sekolah Tahfiz berkenaan dengan perkara yang

sama juga.

� Makluman

� Tindakan

Pengerusi dan

AJK Surau

� Makluman

Cadangan 5.1 ini

dibatalkan atas

sebab-sebab

teknikal yang

tidak dapat

dielakkan

� Tindakan En.

Mazlan dan

En Syafirol

Page 3: AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan 6. ... bacaan surah Al-Asr. Maklumandan tindakan

5.3

6

Aktiviti Lain Sepanjang Bulan Ramadhan

Pengerusi memaklumkan aktiviti lain sepanjang bulan itu nanti iaitu:-

a. Qiamullail

Dicadangkan dilaksanakan pada hujung minggu atau pada malam

ganjil Ramadhan.

b. Tadarus

Dicadangkan ada seorang yang memimpin Tadarus ini dan

dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan

program ini nanti.

c. Moreh

En Darul mencadangkan membuat tabung kutipan Moreh. Semua

qariah bersetuju untuk mengutip sumbangan ikhlas RM20.00 dari

setiap rumah. Dengan ada tabung moreh ini urusan jamuan

selepas solat terawikh akan dikendalikan oleh AJK yang dilantik.

Sekira ada ahli qariah yang berhajat untuk membuat jamuan

moreh boleh maklumkan kepada AJK tersebut lebih awal.

d. Sedekah Tahlil

Borang penyertaan sedekah Tahlil bulan ramadhan akan

diedarkan menjelang bulan ramadhan nanti.

Nota: Jika ahli qariah ingin mencadangkan tambahan aktiviti bulan

ramadhan boleh menghubungi AJK Surau

Peralatan Tambahan Untuk Surau

Pengerusi memberitahu perkakasan dan kemudahan surau perlu

ditambahkan supaya tidak perlu meminjam perkakasan dari luar jika

surau mengadakan majlis. Dari itu sumbangan ikhlas daripada ahli qariah

dan penduduk diperlukan untuk pembelian perkakasan ini. Ahli qariah

semua bersetuju sumbangan untuk tujuan ini ialah RM30.00 daripada

setiap rumah.

Rumusan Sumbangan ikhlas ahli qariah:

No Perkara RM

1 Pembinaan Dewan Solat 50.00

2 Tabung Moreh 20.00

3 Peralatan kemudahan surau 30.00

Jumlah 100.00

Semua kutipan sumbangan ikhlas ini perlu diserahkan kepada pembantu

bendahari iaitu En. Darul No 10/2A . Setelah projek selesai sekiranya ada

baki, akan diserahkan kepada Bendahari untuk tabung surau. Kutipan

akan dimulakan pada bulan Mac 2011 hingga Julai 2011 (Ansuran 5

bulan-RM20/ sebulan atau pun boleh bayar sekali gus)

NOTA: Kutipan sumbangan ikhlas ini dibuat atas kepentingan bersama

dan merupakan ketetapan minima, sumbangan yang lebih amat

dialu-alukan.

� Makluman

� Makluman

� Makluman

� Makluman

� Tindakan En.

Darul dan ahli

qariah

Page 4: AJK Utama Tidak Hadir Dengan - · PDF file4. Mohd Darul Bin Mustapha (10, 2A) - Bilal 5. Zulkifli Arifin (4, 2C) - AJK Keselamatan 6. ... bacaan surah Al-Asr. Maklumandan tindakan

7

7.1

7.2

Hal-hal lain

Keselamatan Taman

En Zulkifli memaklumkan bahawa respons daripada kumpulan Ronda

yang telah ditetapkan bagi bulan Mac sangat memuaskan. Jadual

Kumpulan bagi bulan April akan di atur dengan sedikit perubahan sebab

dengan penambahan dan ada penduduk belum lagi disenaraikan di

dalam kumpulan pada bulan Mac.

En Zulkifli juga menasihatkan ahli ronda supaya meronda di dalam

kumpulan dan jangan berpecah terlampau jauh untuk menjaga

keselamatan ahli. Mesyuarat Keselamatan akan diadakan pada hujung

bulan Mac ini supaya dapat menyampaikan perkembangan bagi bulan

ini.

En Zulkifli juga memberitahu pengerusi supaya Bendahari

mengeluarkan sedikit wang tabung surau untuk membeli bahan

minuman. Semua ahli qariah bersetuju. Jumlahnya minta bendahari

berunding dengan yang membuat minuman.

Gotong-royong

En Zulkifli mencadangkan supaya program Gotong Royong boleh

diadakan pada awal bulan April 2011 untuk membersihkan kawasan

belakang rumah yang berhampiran dengan Ladang Sawit dan belakang

Jalan 1. Pengerusi diminta untuk menjemput Penduduk Kampung Lanjut

untuk bersama menyertai Gotong Royong ini.

Tarikh cadangan 2 April 2011 (Sabtu) Jam 8 pagi.

Semua Ahli Qariah di minta hadir

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:10 malam dengan diakhiri

bacaan surah Al-Asr.

� Maklumandan

tindakan ahli

qariah

� Makluman

� Bendahari

� Makluman

Disediakan oleh.

tt

................................................

(SEJILI BIN DAHAN @ DALAN)

Penolong Setiausaha Penaja Surau

Taman Indah KLIA

Disahkan,

tt

........................................

(MOHD AMIN B JANI)

Pengerusi Penaja Surau

Taman Indah KLIA