akad nikah

8
KESALAHAN AKAD NIKAH

description

islamic law presentation

Transcript of akad nikah

Page 1: akad nikah

KESALAHAN AKAD NIKAH

Page 2: akad nikah

DEFINASI AKAD NIKAH

Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Page 3: akad nikah

SEKYSEN 39 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1984

Seksyen 39Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.Seseorang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan manakala dia tidak diberi kuasa di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Page 4: akad nikah

SEKYSEN 40 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1984

Seksyen 40Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan.1)Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan:-(a)tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau(b)di hadapan selain dari di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.2)Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Page 5: akad nikah

Husin v Saayah dan Mat Hassan

Dalam kes ini, pihak menuntut telah memohon perkahwinan antara anaknya jawapan (1) dengan jawapan (2) di Thailand tanpa izin wali atau wakilnya dibatalkan.

Diputuskan:Pernikahan itu tidak sah kerana tidak ada bukti menunjukkan bahawa keizinan wali telah diperolehi terlebih dahulu atau wali enggan memberi keizinan

Page 6: akad nikah

KISAH BENAR• ALOR SETAR- Seorang imam didakwa menjadi dalang sindiket nikah poligami

ekspres yang dikesan di Kuala Kedah bagi mengaut keuntungan berganda dan jalan pintas melangsungkan pernikahan bagi mereka yang ingin berpoligami.

• Ia satu proses pernikahan yang meragukan, apabila tidak memerlukan wali serta saksi hanya menandatangani sijil nikah pasangan berkenaan tanpa perlu hadir ke majlis pernikahan.

• Malah pernikahan di lakukan di rumah imam berkenaan bagi merahsiakan kegiatan tersebut dan sijil nikah yang dikeluarkan menggunakan tandatangan palsu.

• Selain itu, sindiket menggunakan surat kebenaran dari mahkamah syariah yang palsu untuk berpoligami bagi meyakinkan pasangan dan imam yang menjalankan proses perkahwinan.

• Kegiatan itu terbongkar selepas beberapa ahli Jawatankuasa Bertindak Masjid di Kuala Kedah membuat laporan polis.

Page 7: akad nikah

• Perkara ini perlu dibendung kerana akan memberi kesan kepada sistem perkahwinan Islam serta perkara ini mengundang wujudnya pernikahan tidak sah kerana tidak memenuhi syarat serta rukun pernikahan.

• Perkahwinan adalah ibadah murni disyariatkan Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Hikmah perkahwinan sangat besar dan banyak manfaatnya.

• Justeru itu, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu mengikut lunas syarak serta peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkahwinan menjadi tidak sah. Pernikahan yang tidak mengikut saluran undang-undang menjadi kesalahan serta boleh didakwa di Mahkamah Syariah kerana berkahwin dengan tidak mengikut saluran undang-undang.

Page 8: akad nikah

• Perbuatan ini dikira sebagai kesalahan dalam dua keadaan. Pertama adalah sekiranya akad nikah itu dijalankan di hadapan imam jurunikah tanpa kehadiran dua saksi yang boleh dipercayai dan dua saksi itu hendaklah tidak termasuk orang yang mengakadnikah. Ini bermakna perkahwinan mestilah dihadiri dua saksi dipercayai dan pernikahan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran dua saksi kerana dua saksi adalah rukun kepada perkahwinan selain daripada suami isteri wali serta ijab kabul.

• Keadaan kedua pula adalah apabila akad nikah dijalankan dengan tanpa kebenaran-- bermaksud perkahwinan dijalankan dengan tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Pendaftar). Dimaksudkan dengan kebenaran adalah di dalam keadaan Pendaftar berpuas hati sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dari rukun serta di dalam keadaan lelaki itu sudah berkahwin kebenaran mahkamah untuk lelaki itu berpoligami diberikan. Akad nikah dikira tidak mendapat kebenaran Pendaftar sekiranya kebenaran tidak diberikan jika pendaftar tidak berpuashati dengan keadaan di atas.