Akaun Belum Bayar

4
AKAUN BELUM BAYAR 1. SYARAT PERMOHONAN PELARASAN ABB Permohonan pelarasan ABB perlu dibuat dengan mematuhi syarat-syarat berikut:- i. Tempoh ABB telah melebihi tiga (3) tahun. ii. Segala usaha telah diambil untuk membayar kepada penerima tetapi gagal. iii. Tiada unsur-unsur penyelewengan. 2. PERMOHONAN PELARASAN ABB a) Pelarasan ABB hendaklah mendapat kelulusan Bahagian Akaun, KPM. b) Pengurus Sekolah perlu menyediakan tiga (3) salinan Permohonan pelarasan ABB seperti di Lampiran 12-2. Satu salinan disimpan oleh pihak sekolah. Dua (2) salinan dikemukakan kepada Ketua PTJ masing-masing untuk dipanjangkan ke Bahagian Akaun, KPM iaitu:- i. salinan asal untuk Bahagian Akaun, KPM. ii. satu salinan disimpan oleh Ketua PTJ. c) Permohonan tersebut hendaklah disokong dengan salinan Laporan Audit dan Penyata Kewangan Tahunan serta bukti segala usaha telah diambil untuk menjelaskan bayaran. Contoh: surat-menyurat atau bukti pos. 3. TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN PELARASAN ABB a) Amaun yang diluluskan untuk pelarasan ABB hendaklah diselaraskan dalam tahun kelulusan diperolehi seperti berikut:-

description

ABB

Transcript of Akaun Belum Bayar

Page 1: Akaun Belum Bayar

AKAUN BELUM BAYAR

1. SYARAT PERMOHONAN PELARASAN ABB

Permohonan pelarasan ABB perlu dibuat dengan mematuhi syarat-syarat

berikut:-

i. Tempoh ABB telah melebihi tiga (3) tahun.

ii. Segala usaha telah diambil untuk membayar kepada penerima

tetapi gagal.

iii. Tiada unsur-unsur penyelewengan.

2. PERMOHONAN PELARASAN ABB

a) Pelarasan ABB hendaklah mendapat kelulusan Bahagian Akaun, KPM.

b) Pengurus Sekolah perlu menyediakan tiga (3) salinan Permohonan

pelarasan ABB seperti di Lampiran 12-2. Satu salinan disimpan oleh

pihak sekolah. Dua (2) salinan dikemukakan kepada Ketua PTJ

masing-masing untuk dipanjangkan ke Bahagian Akaun, KPM iaitu:-

i. salinan asal untuk Bahagian Akaun, KPM.

ii. satu salinan disimpan oleh Ketua PTJ.

c) Permohonan tersebut hendaklah disokong dengan salinan Laporan

Audit dan Penyata Kewangan Tahunan serta bukti segala usaha telah

diambil untuk menjelaskan bayaran. Contoh: surat-menyurat atau bukti

pos.

3. TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN PELARASAN ABB

a) Amaun yang diluluskan untuk pelarasan ABB hendaklah diselaraskan

dalam tahun kelulusan diperolehi seperti berikut:-

Page 2: Akaun Belum Bayar

i. Diambilkira sebagai pendapatan di dalam Penyata

Pendapatan Dan Perbelanjaan mengikut peruntukan yang

berkenaan.

ii. Mengurangkan amaun ABB dalam Kunci Kira-Kira.

b) Sekiranya terdapat tuntutan selepas pelarasan dilakukan, Pengurus

Sekolah boleh membuat pembayaran jika bukti yang munasabah dan

boleh diterima dikemukakan untuk menyokong tuntutan tersebut.

Bayaran mesti dibuat menggunakan peruntukan yang berkenaan.

c) Daftar ABB hendaklah dikemaskini selepas:

i. tuntutan bayaran ABB dijelaskan.

ii. kelulusan pelarasan ABB diperolehi.

Page 3: Akaun Belum Bayar

Lampiran 12-2

PERMOHONAN PELARASAN AKAUN BELUM BAYAR

(1) Nama dan alamat pemiutang:

.............................................................................................................................

(2) Maklumat Perbelanjaan:

Peruntukan/Subsidiari Amaun (RM) Tarikh Urusniaga

(3) Sila nyatakan sebab-sebab mengapa pembayaran tidak dijelaskan (jika ruang

tidak mencukupi sila sertakan lampiran).

(4) Tindakan yang telah diambil untuk membuat bayaran:

(5) Tandakan ( √ ) dokumen sokongan yang disertakan:-

Salinan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah (telah diaudit) terkini

Salinan surat-menyurat kepada pembekal/pemiutang

Salinan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia /Jabatan

Pendaftaran Negara (jika berkenaan)

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (sila nyatakan):

………………………………………………..

Page 4: Akaun Belum Bayar

(6) Adakah pegawai yang terlibat telah dinyatakan untuk tindakan tatatertib; jika

tidak berikan sebab-sebab. (jika berkaitan)

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

(7) Saya memperakui bahawa maklumat yang diberi di atas adalah benar.

Tarikh: ……………… …………………………...

Tandatangan dan cop

Pengetua/Guru Besar