Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

11
AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI F3023 - CYBERPRENEURSHIP

description

for dip student polytechnic

Transcript of Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

Page 1: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI

F3023 - CYBERPRENEURSHIP

Page 2: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

TUJUAN PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI

Akaun Perdagangan disediakan dengan tujuan untuk menentukan untung atau rugi kasar perniagaan pada akhir tempoh perakaunan

Untung kasar diperolehi jika jualan bersih melebihi kos jualan manakala rugi kasar diperolehi jika kos jualan melebihi jualan bersih.

Akaun Untung Rugi disediakan untuk mencari untung atau rugi bersih perniagaan pada akhir tempoh perakaunan

Page 3: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

TUJUAN PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN DAN AKAUN UNTUNG RUGI

Untung bersih diperolehi jika untung kasar tambah hasil melebihi belanja atau jika hasil melebihi rugi kasar tambah belanja

Rugi bersih diperolehi jika belanja melebihi untung kasar tambah hasil atau jika rugi kasar tambah belanja melebihi hasil

Page 4: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN

Merekodkan semua butir yang berkaitan secara langsung dengan pembelian dan penjualan barang niaga

Perkara-perkara seperti jualan, pulangan jualan, stok awal, belian, pulangan belian, belanja belian (angkutan masuk, duti import, insurans atas belian, dan upah atas belian), dan stok akhir perlu di ambil kira.

Boleh disediakan dalam bentuk “T” atau bentuk penyata.

Tajuk bagi akaun perdagangan ialah “Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010”

Page 5: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

PENYEDIAAN AKAUN UNTUNG RUGI

Disediakan dengan memindahkan untung kasar atau rugi kasar daripada Akaun Perdagangan

Semua perbelanjaan hasil akan didebitkan dan semua penerimaan hasil akan dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi

Contoh-contoh perbelanjaan hasil ialah gaji,insurans kadar bayaran, belanja membaiki, alat tulis, diskaun diberi dan lain-lain. Penerimaan hasil termasuk komisen diterima, sewa diterima, diskaun diterima, dan pendapatan yang lain

Page 6: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

PENYEDIAAN AKAUN UNTUNG RUGI

Boleh disedikan dalam bentuk “T” atau bentuk penyata.

Tajuk bagi akaun untung rugi ialah “Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2010”.

Akaun pendapatan dan akaun untung rugi juga boleh digabungkan.

Page 7: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

F3023 - CYBERPRENEURSHIP

KUNCI KIRA-KIRA

Page 8: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

KUNCI KIRA-KIRA

Merupakan satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada tarikh tertentu.

Disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas Akaun Penamat, iaitu Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi disediakan

Tidak mempunyai bahagian debit dan kredit kerana ia bukan satu akaun dan bukan merupakan sebahagian daripada sistem catatan bergu

Merupakan satu penyata yang menyenaraikan semua aset dan liabiliti yang wujud pada akhir tempoh perakaunan

Page 9: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

TUJUAN PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA Disediakan untuk beberapa tujuan:

Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

Menunjukkan sama ada kedudukan kewangan perniagaan adalah cair atau tidak

Menunjukkan nilai ekuiti pemilik,iaitu jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik, keuntungan atau kerugian yang diperolehi, serta ambilan yang dibuat oleh pemilik

Menunjukkan baki aset dan liabiliti perniagaan pada satu tarikh yang tertentu

Page 10: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA

Dikelaskan sebagai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dan disusun mengikut kecairan.

Kecairan bermaksud kemudahan sesuatu aset ditukarkan kepada tunai. Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai (aset

bukan semasa) disenaraikan dahulu dan diikuti dengan aset yang lebih mudah ditukarkan kepada tunai (aset semasa)

Liabiliti yang susah diselesaikan atau yang boleh diselesaikan dalam jangka masa yang panjang disenaraikan dahulu (liabiliti bukan semasa) diikuti dengan liabiliti yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek (liabiliti semasa), iaitu kurang daripada setahun

Page 11: Akaun Perdagangan Dan Akaun Untung Rugi

PENYEDIAAN KUNCI KIRA-KIRA

Tajuk kunci kira-kira ialah “ Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2010” sekiranya akhir tahun perakaunan ialah pada tarikh tersebut.

Boleh disediakan dalam bentuk “T” atau penyata