ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata...

34

Transcript of ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata...

Page 1: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46
Page 2: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

1 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 1

ISI KANDUNGAN

I. Maklumat Tabung

II. Prestasi Tabung

III. Laporan Pengurus

IV. Penyata Pengurus

V. Penyataan Pemegang Amanah

VI. Laporan Juruaudit

VII. Penyata Kewangan

A. Penyata Untung atau Rugi B. Penyata Pendapatan Komprehensif

C. Penyata Aliran Tunai

D. Nota-nota Berkenaan Penyata Kewangan

VIII. Maklumat Korporat

2

3

6

14

15

16

18

19

20

21-29

33

MUKASURATNO. TAJUK

Page 3: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

2 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20143 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Pecahan PeganganUnit5,000 ke bawah 172,480 45.79 160,474,483 1.575,001 – 10,000 100,416 26.66 679,081,735 6.6510,001 – 50,000 64,074 17.01 1,441,151,807 14.1250,001 – 500,000 37,685 10.01 4,270,207,750 41.85500,001 ke atas 2,001 0.53 3,655,051,469 35.81Jumlah 376,656 100.00 10,205,967,244 100.00

Pemegang-pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang dihormati, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus AS 1Malaysia, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan AS 1Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

I. MAKLUMAT TABUNG

Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)

Ekuiti / Pendapatan

Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

AS 1Malaysia menggunakan penanda aras Purata 5 Tahun Sekuriti Kerajaan Malaysia (Purata 5 Tahun MGS) bagi tujuan perbandingan prestasinya.

AS 1Malaysia akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

Pada 30 September 2014, seramai 376,656 individu telah menyertai AS 1Malaysia. Pecahan pegangan unit bagi AS 1Malaysia adalah seperti berikut:

LAPORAN PENGURUS AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

(AS 1Malaysia)

Bilangan PemegangUnit

% %Bilangan UnitDilanggan

(a) Nama Tabung

(b) Kategori dan JenisTabung

(c) Objektif Pelaburan Tabung

(d) Penanda Aras Tabung

(e) Polisi Pengagihan Pendapatan Tabung

(f) Pegangan Unit

Page 4: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

2 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20143 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 3

Pelaburan disebut harga Pembinaan 2.67 1.73 1.99Barangan Pengguna 5.15 5.47 4.47Kewangan 21.62 18.05 15.37Barangan Industri 3.99 5.11 3.75Infrastruktur 2.35 3.86 4.86Perladangan 4.25 5.25 3.56Hartanah 1.83 0.71 0.80Perdagangan / Perkhidmatan 25.16 25.54 17.16REITs 2.57 2.30 1.50Waran - - -*Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46Pelaburan di pasaran wang dan lain-lain aset bersih 30.41 31.98 46.54Jumlah 100.00 100.00 100.00

30.09.2014

(%)

30.09.2013 30.09.2012

II. PRESTASI TABUNG

a. Perumpukan Aset

%

(i) Perumpukan Aset Mengikut Sektor Pada Nilai Pasaran:

(ii) Senarai Pelaburan Yang Disebut Harga Pada 30 September 2014:

*Nota: Kurang daripada 0.01%

Pelaburan disebut hargaPembinaanGamuda Berhad 1.69 1.76IJM Corporation Berhad 0.94 0.91Jumlah 2.63 2.67Barangan PenggunaBritish American Tobacco (Malaysia)Berhad 0.39 0.59Dutch Lady Milk Industries Berhad 0.28 0.44Fraser & Neave Holdings Berhad 1.62 1.59MSM Malaysia Holdings Berhad 0.64 0.63PPB Group Berhad 0.91 0.75UMW Holdings Berhad 0.99 1.15Jumlah 4.83 5.15KewanganAMMB Holdings Berhad 1.57 1.47CIMB Group Holdings Berhad 5.40 4.69Hong Leong Bank Berhad 1.08 1.09LPI Capital Berhad 0.14 0.18Malayan Banking Berhad 6.60 6.81Public Bank Berhad 5.84 6.08RHB Capital Berhad 1.28 1.30Jumlah 21.91 21.62Barangan IndustriPetronas Chemicals Group Berhad 2.94 2.66Petronas Gas Berhad 0.88 1.26Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad 0.08 0.07Jumlah 3.90 3.99

Kos sebagai peratusan

atas Nilai Aset Bersih pada

Kos (%)

Nilai pasaran sebagai

peratusanatas Nilai

Aset Bersih pada nilai

pasaran (%)

Syarikat

Sektor

Page 5: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

4 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20145 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

InfrastrukturDigi.Com Berhad 0.66 1.09Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad 0.56 0.57YTL Power International Berhad 0.78 0.69Jumlah 2.00 2.35PerladanganFelda Global Ventures Holdings Berhad 1.67 1.24IOI Corporation Berhad 1.20 1.23Kuala Lumpur Kepong Berhad 2.02 1.78Jumlah 4.89 4.25HartanahIJM Land Berhad 0.16 0.15IOI Properties Group Berhad 0.40 0.46Mah Sing Group Berhad 0.56 0.57SP Setia Berhad 0.15 0.16Sunway Berhad 0.41 0.49Jumlah 1.68 1.83Perdagangan / PerkhidmatanMalaysia Airports Holdings Berhad 1.88 1.75Bumi Armada Berhad 0.98 0.81Axiata Group Berhad 2.98 3.27Berjaya Auto Berhad 0.04 0.05Dialog Group Berhad 0.13 0.16Gas Malaysia Berhad 0.52 0.55Icon Offshore Berhad 0.26 0.21IHH Healthcare Berhad 0.33 0.47Maxis Berhad 3.69 3.64Malaysia Marine and HeavyEngineering Holdings Berhad 0.28 0.17MMC Corporation Berhad 0.27 0.23Petronas Dagangan Berhad 2.07 1.71Sime Darby Berhad 4.89 4.70SapuraKencana Petroleum Berhad 1.96 1.92Tenaga Nasional Berhad 2.35 2.89Telekom Malaysia Berhad 1.68 2.15Westports Holdings Berhad 0.41 0.48Jumlah 24.72 25.16REITsAxis Real Estate Investment Trust 0.35 0.51Capitamalls Malaysia Trust 0.46 0.48KLCC Property Holdings Berhad 0.91 0.94Pavilion Real Estate Investment Trust 0.05 0.07Sunway Real Estate Investment Trust 0.50 0.57Jumlah 2.27 2.57Jumlah pelaburan di pasaran ekuiti 68.83 69.59Pelaburan di pasaran wang dan lain-lain aset bersih 31.17 30.41Jumlah 100.00 100.00

Kos sebagai peratusan

atas Nilai Aset Bersih pada

Kos (%)

Nilai pasaran sebagai

peratusanatas Nilai

Aset Bersih pada nilai

pasaran (%)

Syarikat

(ii) Senarai Pelaburan Yang Disebut Harga Pada 30 September 2014:(samb.)

Page 6: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

4 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20145 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 5

Unit dalam edaran (juta) 10,221 9,315 8,052Kadar pengagihan (sen seunit) 6.60 6.70 6.60Jumlah pengagihan (RM juta) 657.96 587.77 453.03Tarikh pembayaran 1 Oktober 1 Oktober 1 OktoberNisbah Perbelanjaan Pengurusan (%)1 1.15 1.43 1.12Pusing Ganti Portfolio (kali)2 0.41 0.43 0.30

Dividen kasar dari saham disebut harga 261.99 219.48 318.32Keuntungan bersih ternyata daripada jualan pelaburan 431.14 401.32 158.06Lain-lain pendapatan 122.03 132.98 103.01Jumlah pendapatan 815.16 753.78 579.39

2014

2014(RM Juta)

2013

2013(RM Juta)

2012

2012(RM Juta)

c. Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh 3 Tahun

Tahun Kewangan Berakhir30 September

Tahun Kewangan Berakhir 30 September

Nota:1) Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah

bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. NPP pada tahun kewangan berakhir 30 September 2014 berkurang disebabkan oleh caj yuran pengurusan yang lebih rendah.

2) Pusing Ganti Portfolio (PGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian. Perubahan antara Pusing Ganti Portfolio pada 30 September 2014 berbanding 30 September 2013 adalah tidak ketara.

d. Pulangan Tabung

Purata Pulangan Tahunan bagi AS 1Malaysia berbanding penanda aras adalah seperti berikut:

Jumlah Purata Pulangan (%)1 6.60 6.63 6.56Purata 5 Tahun MGS (%) 3.65 3.42 3.47

1 tahun 3 tahun 5 tahun

Pada 30 September 2014Pulangan

Selepas Pengagihan Pendapatan

Sumber Pendapatan

b. Pengagihan Pendapatan

Bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014, AS 1Malaysia telah mengagihkan pulangan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit.

Sumber: Novagni

Page 7: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

6 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20147 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Nota:1. a) 1 tahun ialah pengagihan pendapatan bagi tahun tersebut.

b) 3 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi 2 tahun sebelumnya dan dibahagikan

dengan 3.

c) 5 tahun ialah pengagihan pendapatan tahun tersebut ditambah dengan pengagihan pendapatan bagi 4 tahun sebelumnya dan dibahagikan dengan 5.

2. Kadar KLIBOR 3-Bulan adalah berdasarkan kepada faedah penghujung bulan.

III. LAPORAN PENGURUS

(a) Prestasi Tabung AS 1Malaysia

AS 1Malaysia telah berupaya mencapai objektif pelaburannya dalam menjana pengagihan pendapatan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit sepanjang tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

(b) Perbandingan Prestasi Pulangan Tabung AS 1Malaysia Dengan Penanda Aras

Prestasi pulangan bagi AS 1Malaysia berbanding penanda aras cipta-suai adalah seperti berikut:

(c) Polisi Pelaburan

Polisi pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk melabur ke dalam portfolio pelbagai kelas aset yang terdiri daripada sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia atau di dalam bursa saham yang diiktiraf di luar negara, sekuriti tidak tersenarai, sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang dan instrumen pasaran modal yang lain di Malaysia, dan dalam mana-mana pasaran diiktiraf yang diluluskan di dalam Surat Ikatan AS 1Malaysia.

AS 1Malaysia juga mungkin melabur dalam sekuriti berpendapatan tetap yang memiliki penarafan sekurang-kurangnya “BBB” oleh RAM atau MARC bagi terbitan tempatan, atau oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody atau Standard & Poors untuk terbitan antarabangsa.

Jumlah Pulangan (%) 6.60 6.70 6.60 6.50 6.38KLIBOR 3-Bulan (%) 3.65 3.35 3.26 3.47 3.63

Bagi tahun kewangan berakhir2014 2013 2012

30 September

2011 2010

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan, jika dibayar mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya mencerminkan prestasi masa hadapan.

Sumber: Novagni

Page 8: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

6 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20147 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 7

(d) Strategi Pelaburan Sepanjang Tahun Kewangan

i. Ekuiti

Bagi tahun kewangan berakhir AS 1Malaysia iaitu 30 September 2014, strategi pelaburan pihak pengurusan pelaburan AS 1Malaysia telah dilaksanakan dengan perumpukan aset antara ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap dan wang tunai yang difikirkan wajar berdasarkan keadaan ekonomi dan pasaran modal global dan tempatan. Tumpuan masih diberikan kepada aset ekuiti berbanding dengan aset sekuriti berpendapatan tetap dan wang tunai untuk menjana pulangan yang lebih tinggi dalam bentuk pulangan modal dan juga dividen, sejajar dengan risiko pasaran yang diambil. Purata perumpukan aset dalam nilai pasaran bagi tempoh tinjauan adalah sebanyak 68% di dalam ekuiti manakala 32% di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan wang tunai.

Di samping itu, pengurus AS 1Malaysia juga turut mengambil peluang ketika pasaran saham mengalami penurunan yang lebih ketara terutama pada suku pertama 2014, ekoran kebimbangan terhadap aliran keluar modal dari pasaran ASEAN berikutan langkah pengurangan Pelonggaran Kuantitatif (Quantitative Easing, QE) oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Reserve), serta kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi di China dan Amerika Syarikat berikutan data-data ekonomi yang lemah, untuk menambah pelaburan di dalam saham-saham yang mempunyai asas yang kukuh, prospek perniagaan yang baik serta diniagakan di bawah harga wajar.

Untuk pilihan sektor, pengurus AS 1Malaysia telah meningkatkan perumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor yang mempunyai asas yang teguh serta prospek perniagaan yang mampan, dengan mengambil kira permintaan domestik yang menggalakkan serta kurang terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi global. Pengurus dana telah meningkatkan pelaburan di dalam sektor-sektor kewangan, minyak dan gas serta pembinaan yang di jangka dapat memberikan pulangan modal yang kompetitif seiring dengan dasar pelaburan terkini Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan perkembangan positif pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Pada masa yang sama, pelaburan ekuiti juga memberi penekanan kepada sektor-sektor dan saham-saham yang mempunyai pulangan dividen yang kompetitif dan konsisten seperti sektor telekomunikasi, kepenggunaan dan dana pelaburan harta tanah (REIT).

Merujuk kepada Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBMKLCI), saham-saham yang telah mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam tempoh tinjauan adalah Tenaga Nasional Bhd (+37.8%), Public Bank Bhd (+16.3%), Digi.Com Bhd (+12.3%) dan Telekom Malaysia Bhd (+10.7%). Pelaburan AS 1Malaysia ke dalam saham-saham tersebut telah memberi manfaat dalam bentuk nilai pasaran yang tinggi serta pulangan dividen yang kompetitif.

Page 9: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

8 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20149 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai

Sepanjang tahun kewangan berakhir 30 September 2014, pengurus AS 1Malaysia telah berjaya mengambil peluang melabur di dalam bon korporat yang berkualiti di samping mengekalkan aliran tunai yang mencukupi bagi operasi harian. Selain daripada pelaburan ekuiti, peruntukan aset pelaburan bon telah menyumbang kepada kestabilan modal dan mengurangkan risiko portfolio AS 1Malaysia secara keseluruhan.

(e) Ulasan Ekonomi dan Pasaran Ekuiti

Bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014, penanda aras utama Bursa Malaysia iaitu Financial Times Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBMKLCI) telah mencatatkan peningkatan sebanyak 77.69 mata atau 4.39% untuk ditutup pada 1,846.31 mata pada 30 September 2014, berbanding 1,768.62 mata yang dicatatkan pada 30 September 2013. Bagi tempoh yang sama, FBM KLCI telah mencatat paras tertinggi 1,892.65 mata pada 8 Julai 2014, manakala paras terendah 1,769.03 mata dicatatkan pada 1 Oktober 2013. Semua penanda aras sektor di dalam pasaran saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sejajar dengan prestasi positif FBM KLCI. Sektor teknologi mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 38.83% manakala sektor perladangan mencatatkan kenaikan terendah sebanyak 0.94%, berbanding pada 30 September 2013. Penglibatan pelabur asing dalam pasaran ekuiti Malaysia mencatatkan pengaliran keluar bersih sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun ini sehingga penghujung Ogos 2014.

Setakat September 2014, prestasi pasaran global agak lemah. Ini disebabkan ketidakstabilan geopolitik yang berterusan, seperti konflik di antara Rusia dan Ukraine serta pergolakan di Iraq. Indeks MSCI World sekadar meningkat 2.2% sejak awal tahun ini berbanding 15.3% yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Kelembapan pasaran ini turut terserlah melalui kemerosotan Indeks MSCI Europe sebanyak 4.6% sejak awal tahun ini, berbanding peningkatan 12.2% yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Indeks MSCI Asia ex-Japan walau bagaimanapun mencatatkan prestasi lebih baik dengan peningkatan 2.4% sejak awal tahun ini berbanding penurunan 2.5% bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Indeks-indeks utama bagi negara-negara maju juga merekodkan prestasi yang lebih rendah. Indeks US DJIA meningkat cuma 2.8% sejak awal tahun ini sementara Indeks Japan Nikkei 225 dan German DAX merosot sebanyak 0.8% dan 0.7% masing-masing berbanding lonjakan yang telah dipamerkan (DJIA:15.5%; Japan Nikkei 225: 39.1%; German DAX:12.9%) bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Hal yang sama dapat dilihat pada pasaran ekuiti di Jepun dan Eropah yang lebih rendah, lantas menunjukkan kerapuhan pertumbuhan ekonomi negara-negara maju secara keseluruhannya.

Ekonomi Amerika Syarikat pula dilihat semakin pulih berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang menunjukkan catatan yang positif. Jangkaan pertumbuhan GDP suku kedua 2014 bagi negara itu

Page 10: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

8 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 20149 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 9

telah dinaikkan kepada 4.6% berbanding 4.2% sebelum ini, setelah merosot 2.1% bagi suku pertama 2014. Ini dapat dilihat melalui keyakinan syarikat-syarikat untuk melabur dan menambahkan pekerja, melalui pengwujudan lebih 200,000 pekerjaan baru setiap bulan sejak Februari 2014. Kadar pengangguran juga telah menurun dari 7.2% pada September 2013 kepada 5.9% pada September 2014, iaitu jauh lebih rendah berbanding sasaran awal iaitu 6.5%. Kadar inflasi pula rendah dan stabil antara 1.5% sehingga 2.0% sejak Ogos 2013 hingga Ogos 2014. Walau bagaimanapun, pasaran perumahan memperlihatkan corak pertumbuhan yang lebih perlahan, yang mana indeks harga rumah menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan yang lebih rendah iaitu daripada 12.3% pada Julai 2013 kepada 6.7% pada Julai 2014.

Pertumbuhan ekonomi Eropah pula agak rendah dengan kadar pengangguran yang tinggi dan situasi inflasi rendah yang berlarutan lantas menjejaskan keyakinan pelabur dan juga pengguna secara keseluruhannya. Zon Eropah mencatatkan pertumbuhan tahunan 0.7% bagi suku kedua 2014, berbanding 1.0% yang dicatatkan bagi suku pertama 2014. Kadar pengangguran masih berada pada tahap yang tinggi iaitu pada kadar 11.5% pada Ogos 2014 berbanding kadar tertinggi 12.0% yang direkod pada tahun lepas. Sementara itu, kadar inflasi pula merosot iaitu kepada 0.3% pada September 2014 berbanding 1.1% pada September 2013. Lantaran itu, Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) telah merendahkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun 2014 dan telah mengumumkan kadar faedah serendah 0.15% untuk pinjaman selama empat tahun. Walau bagaimanapun, sambutan terhadap program pinjaman bagi pusingan pertama tersebut oleh bank-bank di Eropah masih kurang memberangsangkan.

Bagi negara Jepun pula, populasi yang semakin berkurangan dan situasi defisit akaun fiskal semasa telah mendorong kerajaan Jepun untuk meningkatkan cukai jualan daripada 5.0% kepada 8.0% pada April 2014, sebelum dinaikkan lagi kepada 10.0% pada 2015. Hasil daripada pelaksanaan langkah tersebut, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (Gross Domestic Product, GDP) tahunan telah merosot 7.1% pada suku kedua 2014, berbanding peningkatan 6.0% pada suku pertama 2014. Kemerosotan prestasi jualan runcit turut diperlihatkan dari tempoh April hingga Ogos berikutan kenaikan cukai jualan tersebut. Pengeluaran perindustrian juga agak lemah, dengan kemerosotan tahunan 1.5% pada Ogos 2014 berbanding pertumbuhan 0.4% bagi bulan Julai 2014. Kaji selidik oleh Tankan iaitu indikator bagi pengeluar-pengeluar besar telah menunjukkan prestasi yang lebih perlahan berikutan kenaikan cukai jualan tersebut, iaitu pada angka 16 bagi suku kedua 2014 dan 13 bagi suku ketiga 2014 berbanding 21 bagi suku pertama 2014.

Bagi negara-negara Asia yang lain, Indeks Shanghai (SSE) mencatatkan prestasi terbaik dengan peningkatan sebanyak 11.7% sejak awal tahun ini, diikuti oleh Indeks Taiwan (TWSE) dan Korea (KOSPI) dengan peningkatan 4.1% dan 0.4% masing-masing, sementara Indeks Hong Kong (HSI) mencatatkan kemerosotan sebanyak 1.6%. Prestasi tidak sekata ini juga diperlihatkan bagi tempoh yang sama bagi tahun lepas, dengan Indeks Taiwan (TWSE) dan Hong Kong (HSI) mencatatkan prestasi terbaik dengan peningkatan 6.2% dan 0.9%, Indeks Shanghai (SSE) merosot

Page 11: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

10 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201411 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

sebanyak 4.2% manakala Indeks Korea (KOSPI) pula tidak banyak menunjukkan perubahan.

Berdasarkan angka rasmi yang diumumkan telah diumumkan oleh kerajaan China, pertumbuhan GDP China menunjukkan pertumbuhan yang konsisten iaitu pada kadar 7.5% bagi suku kedua 2014 dan 7.4% bagi suku pertama 2014. Namun demikian, ekonomi negara China pula dinilai menggunakan penanda-penanda alternatif lain atas sebab pergantungan yang tinggi terhadap aktiviti pelaburan dan pengeksportan. Sebagai contoh, tahap pengeluaran diunjurkan semakin menurun berdasarkan pengurangan aktiviti pengangkutan kargo barang menggunakan keretapi dari Januari sehingga Ogos 2014 berbanding tahun lalu. Selain itu, penggunaan elektrik yang lazimnya digunakan sebagai indikator bagi tahap GDP negara telah mencatatkan corak pertumbuhan yang lebih perlahan, iaitu pada kadar kurang daripada 7.5% daripada Mac sehingga Ogos 2014. Sementara itu, perdagangan di antara China dengan India, Australia, Amerika Syarikat dan negara ASEAN turut menunjukkan pergerakan yang sederhana setelah mencatatkan pertumbuhan yang tinggi pada tempoh Disember 2013 hingga Januari 2014.

Di rantau ASEAN pula, indeks tempatan FBMKLCI merosot 1.1% sementara indeks utama negara Thailand (SET), Indonesia (JCI), dan Singapura (STI) meningkat 22.1%, 20.2% dan 3.5% masing-masing bagi tempoh sembilan bulan berakhir September 2014. Prestasi baik ini melambangkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara-negara tersebut, berbeza dengan prestasi tahun lepas yang mana indeks SET dan STI merosot 0.6% dan 0.01% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang sihat sepanjang tahun 2014, di mana ekonomi negara bagi separuh tahun pertama 2014 telah meningkat pada kadar yang menggalakkan iaitu sebanyak 6.3%, Catatan ini merupakan catatan yang lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi negara-negara serantau dalam tempoh yang sama. Eksport pula berkembang pada kadar 10.8% bagi suku pertama 2014, dan 14.2% bagi suku kedua 2014 berbanding 10.2% bagi suku keempat 2013. Sejajar dengan peningkatan eksport, pengeluaran perindustrian berkembang lebih pantas pada kadar 4.7% bagi suku pertama 2014 dan 5.8% bagi suku kedua 2014 berbanding 2.9% bagi suku keempat 2013, didorong oleh pengeluaran elektrik dan elektronik. Sungguhpun inflasi telah meningkat berikutan pelarasan subsidi yang disambung pada September 2013 dengan harga petrol yang lebih tinggi, pemberhentian subsidi gula bermula Oktober 2013 dan kenaikan tarif elektrik bemula Januari 2014, inflasi mula stabil pada kadar 3.2%-3.3% bermula Mei hingga Ogos 2014.

(f) Ulasan Pasaran Wang dan Kadar Faedah

Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada 10 Julai 2014 berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kadar inflasi yang dijangka kekal melebihi kadar purata jangka panjangnya.

Page 12: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

10 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201411 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 11

Pelarasan terhadap tahap dasar monetari yang akomodatif ini juga bertujuan mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan yang lebih luas boleh menjejaskan prospek pertumbuhan jangka panjang ekonomi Malaysia. Meskipun OPR telah meningkat, keadaan monetari terus kekal menyokong aktiviti ekonomi.

Peralihan dasar di dalam beberapa ekonomi utama serta perkembangan geopolitik telah menyebabkan keadaan dalam pasaran kewangan antarabangsa terus tidak menentu. Implikasi pasaran berubah ini turut memberi kesan terhadap pasaran bon Malaysia, iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia dan sekuriti hutang swasta. Pergerakan Ringgit dan mata wang serantau lain dengan jangkaan dan pengumuman sebenar pengecilan skala program Pelonggaran Kuantitatif (Quantitative Easing, QE) oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah mengakibatkan aliran keluar dana daripada Malaysia. Hasil daripada itu, kadar bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 Tahun meningkat sebanyak 18 mata asas bagi tempoh Oktober 2013 (3.74%) sehingga 30 September 2014 (3.92%). Namun begitu, pasaran sekuriti hutang swasta adalah kurang sensitif terhadap pasaran global disebabkan oleh pegangan asing yang rendah dan sokongan institusi-institusi domestik.

(g) Prospek Ekonomi dan Pasaran Saham

Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) melalui Prospek Ekonomi Dunia (World Economic Outlook, WEO) terbitan Oktober 2014, menjangkakan ekonomi global akan berkembang pada kadar 3.3% bagi 2014, sama seperti kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada 2013. Setakat ini, IMF telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global sebanyak empat kali tahun ini, dari 3.4% pada Julai, 3.6% pada April serta 3.7% pada Januari 2014. Ini berikutan pertumbuhan ekonomi negara-negara maju yang lebih perlahan pada separuh tahun pertama 2014.

Melangkah ke tahun 2015, IMF menjangkakan perkembangan ekonomi global akan bertambah kukuh pada kadar 3.8%, didorong oleh pemulihan ekonomi negara-negara maju seperti di AS (daripada 2.2% ke 3.1%) dan Kesatuan Eropah (daripada 0.8% ke 1.3%). Namun demikian, masih terdapat risiko-risiko yang dijangka mungkin memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi global serta mampu menjejaskan aliran pelaburan serta pasaran permintaan semasa. Risiko ini termasuk peningkatan ketegangan geopolitik di Eropah Timur dan Timur Tengah, ancaman wabak Ebola serta kadar pertumbuhan lemah yang berlarutan di Kesatuan Eropah, China, Russia dan Brazil. Selain itu, risiko ketidaktentuan mungkin timbul hasil daripada pemulihan kadar faedah global serta penyelarasan polisi di negara-negara maju juga boleh menyebabkan pengaliran keluar modal yang besar daripada ekonomi negara-negara membangun.

Bagi ekonomi Malaysia, kerajaan mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang di antara 5.5% dan 6.0% bagi tahun 2014 dan 5.0% sehingga 6.0% bagi tahun 2015, didorong oleh permintaan domestik, pelaburan swasta yang menggalakkan serta pengukuhan aktiviti eksport. Selain itu, kadar inflasi dijangka kekal terkawal, sungguhpun menunjukkan corak pergerakan yang mungkin mengatasi kadar purata bagi tempoh jangka masa panjang. Bagi

Page 13: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

12 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201413 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

tahun 2015, kadar inflasi dianggarkan meningkat antara 4.0% sehingga 5.0%, sebahagian besar disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta pelarasan subsidi minyak pada awal Oktober 2014. Pelarasan subsidi minyak tersebut dijangka dapat membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM1.1 bilion bagi mencapai sasaran defisit fiskal 3.5% untuk tahun 2014 dan 3.0% bagi 2015. Walau bagaimanapun, pelaksanaan GST dijangka memberi impak sementara terhadap kos barangan dan perkhidmatan, dan pertumbuhan dijangka akan kembali normal pada 2016.

Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada Julai 2014, sebagai langkah awal bagi mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan ke atas prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Pasaran saham tempatan dijangka akan terus mengalami ketidaktentuan akibat aliran keluar dana asing secara berperingkat di samping pergerakan naik turun ekonomi kuasa-kuasa besar dunia. Walau bagaimanapun, risiko penurunan pasaran akibat aliran keluar dana asing adalah terhad, diimbang oleh penyertaan institusi domestik. Setakat Ogos 2014, 24.0% pasaran saham tempatan terdiri daripada pegangan dana asing. Faktor-faktor lain yang boleh menyokong risiko penurunan pasaran termasuk kadar inflasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan utiliti serta risiko geopolitik yang membabitkan Ukraine dan Russia yang mana boleh membantutkan proses pemulihan ekonomi zon Eropah. Maka, sokongan terhadap pasaran saham tempatan dilakukan melalui pengukuhan imbangan makro-ekonomi melalui pemulihan fiskal, dibantu oleh perkembangan positif dasar-dasar oleh negara-negara besar dunia.

Bagi pasaran bon pula, risiko utama wujud apabila Bank Negara mengetatkan dasar monetari dengan menyasarkan OPR sebanyak 3.50% menjelang tahun 2015, yang mana dijangka akan memberi impak kepada kadar risiko yang mampu dipegang oleh pengurus-pengurus dana, justeru mungkin memberi tekanan terhadap penyusutan nilai bon dalam portfolio. (h) Strategi Pelaburan Masa Hadapan

i. Ekuiti Bagi tahun berikutnya, strategi pelaburan untuk AS 1Malaysia

akan terus memberi tumpuan kepada aset-aset ekuiti berbanding dengan aset sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang, untuk menjana pulangan yang lebih tinggi dalam bentuk pulangan modal dan juga dividen sejajar dengan risiko pasaran yang diambil. Penekanan akan diberikan terhadap sektor-sektor yang dijangka akan mendapat faedah dari prospek pertumbuhan ekonomi negara serta memberikan pulangan yang lebih baik berbanding penanda aras. Ini termasuk sektor pembinaan, utiliti serta kewangan, dan sektor-sektor defensif seperti telekomunikasi, kepenggunaan serta REIT.

Untuk pemilihan saham pula, pengurus AS 1Malaysia akan memastikan pelaburan dibuat di dalam syarikat-syarikat yang

Page 14: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

12 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201413 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 13

mempunyai asas perniagaan yang kukuh, prospek masa depan yang cerah serta saham-saham yang diniagakan di bawah harga wajar dan yang dijangka mencatatkan pertumbuhan pendapatan korporat yang mantap dan pulangan dividen yang tinggi. Di samping itu, pengurus AS 1Malaysia akan sentiasa mengambil peluang untuk menjual saham-saham yang sudah mencapai nilai penuh pada tahap pasaran yang menguntungkan.

Walau bagaimanapun, potensi bagi pasaran tempatan untuk terus meningkat dan menguji paras tertinggi dalam tempoh kewangan AS 1Malaysia masih bergantung kepada asas ekonomi tempatan serta perkembangan proses pemulihan ekonomi global. Berdasarkan pertimbangan ini, pengurus AS 1Malaysia akan terus mengimbangi strategi perumpukan dan pemilihan aset dari semasa ke semasa, seiring dengan risiko yang diambil.

ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai

Untuk mempelbagaikan aset di dalam portfolio, pengurus AS 1Malaysia akan turut melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang dibuat dengan pemilihan instrumen - instrumen yang bermutu seperti sekuriti hutang swasta jangka masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap, dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung oleh AS 1Malaysia.

Bagi mengekalkan modal jangka panjang serta memberikan kadar pengagihan pendapatan yang kompetitif dan konsisten, pengurus pelaburan AS 1Malaysia akan sentiasa proaktif dalam mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dengan mengambil kira keperluan semasa, keadaan ekonomi serta persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah-ubah.

(i) Perubahan Ketara Terhadap Kedudukan Tabung

Tiada perubahan ketara terhadap AS 1Malaysia sepanjang tempoh kewangan berakhir 30 September 2014.

(j) Situasi Yang Boleh Menjejaskan Kepentingan Pemegang Unit

ASNB dan AS 1Malaysia tidak mengalami situasi-situasi

yang menjejaskan kepentingan pemegang unit.

(k) Komisyen Ringan

ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urus niaga berhubungan dengan urus niaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

Page 15: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

14 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201415 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

PENYATA PENGURUS

Kepada Pemegang-pemegang UnitAMANAH SAHAM 1MALAYSIA

Kami, sebagai dua Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah pada tahun kewangan berakhir 30 September 2014, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia yang telah diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti yang dinyatakan pada nota 2 laporan penyata kewangan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti berkenaan di Malaysia, setelah mengambilkira pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM 1MALAYSIA bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 September 2014, dan keputusan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada AMANAH SAHAM 1MALAYSIA, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 3 November 2014.

Kuala Lumpur, Malaysia

Tun Ahmad Sarjibin Abdul HamidPengerusi

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che OthmanPengarah

Page 16: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

14 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201415 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 15

AMANAH SAHAM 1MALAYSIAPENYATAAN PEMEGANG AMANAH

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Kepada Pemegang-Pemegang Unit AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

Kami, AmanahRaya Trustees Berhad telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM 1MALAYSIA bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah mengurus AMANAH SAHAM 1MALAYSIA selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada AMANAH SAHAM 1MALAYSIA bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

Kami juga berpendapat bahawa: (a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus

untuk menilai dan/atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM 1MALAYSIA adalah mencukupi dan penilaian/penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan;

(b) penjadian unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan

(c) pengagihan kepada pemegang-pemegang unit

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH SAHAM 1MALAYSIA.

Yang Benar,

AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Malaysia6 November 2014

Page 17: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

16 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201417 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

Laporan penyata kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Amanah Saham 1Malaysia (“Unit Amanah”), yang mengandungi Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 September 2014, Penyata Untung atau Rugi, Penyata Pendapatan Komprehensif, Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 18 hingga 29.

Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap laporan kewangan

Pengurus adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan berdasarkan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRSs) di Malaysia disesuaikan mengikut preskripsi khusus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia pada nota 2 laporan penyata kewangan (“the SC Prescriptions”) dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah. Tanggungjawab ini termasuk: penyediaan, perlaksanaan dan mengekalkan kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah; memilih dan melaksanakan polisi perakaunan yang bersesuaian; dan membuat anggaran perakaunan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami ialah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut, berdasarkan audit kami. Kami telah menjalankan audit menurut Piawaian Pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas dari kesilapan yang material.

Audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih adalah berdasarkan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian ke atas risiko kesilapan yang material pada penyata kewangan; sama ada disebabkan oleh pecah amanah atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko terbabit, kami mengambil kira kawalan dalaman yang relevan kepada penyediaan dan persembahan yang saksama Unit Amanah, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman

Page 18: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

16 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201417 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 17

Unit Amanah. Audit juga termasuk menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran-anggaran penting yang dibuat oleh Pengurus Unit Amanah, di samping menilai gambaran keseluruhan yang diberikan oleh penyata kewangan.

Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami.

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, preskripsi khusus Suruhanjaya Sekuriti dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali untuk pengecualian yang telah diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 30 September 2014 dan prestasi kewangannya, penyata perubahan dalam ekuiti serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

1. Laporan ini disediakan hanya kepada pemegang-pemegang unit Unit Amanah, sebagai sebuah badan, dan tanpa tujuan lain. Kami tidak mempunyai tanggungjawab kepada pihak-pihak lain terhadap kandungan laporan ini.

Hanafiah Raslan & Mohamad AF: 0002 Akauntan Bertauliah

Kuala Lumpur, Malaysia3 November 2014

Ahmad Zahirudin bin Abdul Rahim No. 2607/12/14(J)Akauntan Bertauliah

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (SAMB.)

Page 19: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

18 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201419 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

PENDAPATAN Pendapatan faedah 122,027,738 132,976,668 Pendapatan dividen 261,985,727 219,486,483 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 431,141,658 401,317,830 815,155,123 753,780,981 PERBELANJAAN Yuran pengurus 5 105,777,500 116,402,100 Yuran pemegang amanah 6 800,000 800,000 Ganjaran juruaudit 23,500 20,000 Yuran ejen cukai 3,400 3,000 Perbelanjaan pentadbiran 14,937,451 15,967,520 121,541,851 133,192,620 PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI 693,613,272 620,588,361 CUKAI 7 - - PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 693,613,272 620,588,361 Pengagihan pelaburan 8 657,959,206 587,768,421 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.70 sen Tarikh pengagihan 1 Oktober 2014 1 Oktober 2013 Pendapatan bersih selepas cukai terdiri daripada berikut: Ternyata 693,613,272 620,588,361 Tidak Ternyata - - 693,613,272 620,588,361

30.09.2014 RM

30.09.2013 RM Nota

AMANAH SAHAM 1MALAYSIAPENYATA UNTUNG ATAU RUGI

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

Page 20: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

18 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201419 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 19

30.09.2014 RM

30.09.2013 RM Nota

AMANAH SAHAM 1MALAYSIAPENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF

BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI 693,613,272 620,588,361 Lain-lain pendapatan komprehensif - - JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF UNTUK TAHUN KEWANGAN 693,613,272 620,588,361 Jumlah pendapatan komprehensif terdiri daripada berikut: Ternyata 693,613,272 620,588,361 Tidak ternyata - - 693,613,272 620,588,361

Page 21: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

20 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201421 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

30.09.2014 RM

30.09.2013 RM

AMANAH SAHAM 1MALAYSIAPENYATA ALIRAN TUNAI BAGI

TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

Polisi perakaunan dan nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata ini.

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURAN

Perolehan daripada penjualan pelaburan 4,995,271,653 3,080,227,592 Pembelian pelaburan (5,300,330,513) (6,078,404,610)Pendapatan faedah diterima 122,972,282 113,754,867 Pendapatan dividen diterima 259,296,575 209,507,368 Pembayaran yuran pengurusan (105,777,500) (116,402,100)Pembayaran yuran pemegang amanah (800,000) (800,000)Pembayaran lain-lain perbelanjaan (14,800,280) (15,918,523)Cukai dikembalikan - 24,987,689 Tunai bersih digunakan dalam aktiviti operasi dan pelaburan (44,167,783) (2,783,047,717) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN Tunai diterima daripada penjadian unit 906,200,000 1,263,000,000 Pengagihan dibayar (587,768,421) (453,029,609)Tunai bersih dihasilkan daripada aktiviti pembiayaan 318,431,579 809,970,391 PERTAMBAHAN/(PENGURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI 274,263,796 (1,973,077,326)TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 2,462,493,763 4,435,571,089 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 2,736,757,559 2,462,493,763 TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRI DARIPADA: Tunai di bank 855,600 5,985 Deposit dengan institusi kewangan 3,226,770,349 3,623,888,813 Deposit dengan tempoh matang lebih daripada 3 bulan (490,868,390) (1,161,401,035) 2,736,757,559 2,462,493,763

Page 22: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

20 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201421 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 21

AMANAH SAHAM 1MALAYSIANOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

30 SEPTEMBER 2014

1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN UTAMA

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (berikutnya dirujuk sebagai “Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Suratikatan bertarikh 25 Jun 2009, di antara Pengurus, Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, AmanahRaya Trustees Berhad serta Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah.

Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam “Pelaburan Dibenarkan” seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 7.1 Suratikatan. “Pelaburan Dibenarkan” termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 5 Ogos 2009, dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 12.3 Suratikatan.

ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus unit amanah.

PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama Syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 29 Julai 2009.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 3 November 2014.

2. ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut rangka kerja

Perangkaan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (“MFRS”) yang diubahsuai mengikut preskripsi khusus yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Garispanduan Tabung Amanah Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia, kecuali bagi pengecualian tertentu sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan preskripsi khusus di mana Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) dan unit amanah berharga tetap yang diuruskan oleh PNB dikecualikan daripada tetapi dibenarkan untuk mengguna pakai MFRS 139 Financial Instruments: Recognition and Measurement (“MFRS 139”) dan MFRS 7 Financial Instruments: Disclosures (“MFRS 7”). Berdasarkan preskripsi diberikan, Unit Amanah telah memilih untuk tidak menggunapakai MFRS 139 dalam perakaunan bagi instrumen kewangan dan MFRS 7 bagi tujuan pendedahan yang berkaitan dengan instrumen kewangan. Dasar Unit Amanah bagi perakaunan bagi instrumen kewangan dinyatakan dalam Nota 3 (a).

Syarikat dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Oktober 2013 adalah tertakluk kepada MFRSs yang baru dan telah disemak semula tanpa memberi kesan kepada penyata kewangan Amanah, kecuali seperti yang dinyatakan di bawah:

Page 23: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

22 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201423 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

MFRS 13 Fair Value Measurement MFRS 13 menetapkan satu garis panduan dibawah MFRS untuk

semua pengukuran nilai saksama. MFRS 13 tidak mengubah bagaimana entiti dikehendaki untuk menggunakan nilai saksama, tetapi menyediakan garis panduan bagi mengukur nilai saksama di bawah MFRS. MFRS 13 mendefinisikan nilai saksama sebagai ‘exit price’. Menggunapakai MFRS 13 tidak memberi sebarang kesan ke atas penyata kududukan kewangan, prestasi dan penyata aliran tunai selain daripada pendedahan tambahan ke atas nilai saksama dalam penyata kewangan. Pendedahan tambahan sekiranya perlu, dinyatakan dalam nota 20. Piawaian yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasa

Berikut merupakan Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu (“IC”) yang telah diterbitkan oleh Malaysian Accounting Standards Board (“MASB”) tetapi masih belum dikuatkuasakan dan belum digunapakai oleh Unit Amanah.

Berkuatkuasa bagi tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2014

Pindaan bagi MFRS 132 Financial Instruments: Presentation -

Offsetting Financial Assets and Financial Liabilities Pindaan bagi MFRS 10, MFRS12 dan MFRS 127 Investment

Entities*

Pindaan bagi MFRS 136: Recoverable Amount Disclosures for Non-financial Assets*

Pindaan bagi MFRS 139 Novation Of Derivatives and Continuation of Hedge Accounting.

Tarikh berkuatkuasa akan ditentukan oleh Malaysian Accounting Standards Board (“MASB”).

MFRS Financial Instruments (Hedge accounting and ammendments to MFRS 9, MFRS 7 and MFRS 139).

MFRS Mandatory effective date of MFRS 9 and Transition disclosures.

* MFRS, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu ini tidak

berkaitan dengan Unit Amanah.

Unit Amanah merancang untuk menggunapakai pindaan di atas apabila ianya menjadi efektif. Pindaan ini dijangka tidak memberi kesan yang ketara kepada penyata Kewangan Unit Amanah apabila digunakan buat kali pertama kecuali seperti yang dinyatakan dibawah.

MFRS 9 Financial Instruments Pada 24 Julai 2014, International Accounting Standard Boards

(“IASB”) telah menerbitkan versi akhir IFRS 9 yang meliputi tiga fasa projek instrumen kewangan: Pengkelasan dan pengukuran, Rosot nilai (Jangkaan kerugian kredit) and ‘Hedge Accounting’. Unit Amanah telah terlebih awal menggunakan versi terdahulu MFRS 9 sebelum 31 Januari 2015, Unit Amanah boleh terus menggunakan MFRS 9 tersebut sehingga tarikh berkuatkuasa IFRS pada 1 Januari 2018. Unit Amanah akan mengukur kesan penggunaan versi akhir MFRS 9 apabila MASB telah mengumumkan tarikh kuatkuasa.

2. ASAS PENYEDIAAN (SAMB.)

Page 24: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

22 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201423 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 23

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

(a) Instrumen Kewangan

Aset dan liabiliti kewangan di dalam penyata kedudukan kewangan, merangkumi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, sekuriti modal bercantum, skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan, saham disebut harga, instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing.

Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, manfaat, dividen, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan.

(b) Pelaburan

(i) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga

Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga adalah sekuriti yang dibeli dan dipegang untuk pendapatan atau peningkatan nilai dan kebiasaannya dipegang hingga tarikh matang. Pelaburan ini dinyatakan pada kos dan dimana berkenaan, diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun, yang dikira daripada tarikh pembelian hingga tarikh matang. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam Penyata Untung atau Rugi.

(ii) Saham Disebut Harga, Saham Tidak Disebut Harga, Saham Pinjaman/Waran, Pelaburan Amanah Hartanah (“REITs”) dan Skim Pelaburan Kolektif Tidak Disebut Harga.

Pelaburan dalam saham disebut harga, pelaburan tidak disebut harga, saham pinjaman/waran, REITs dan skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan dinyatakan pada kos tolak peruntukan rosot nilai yang kekal. Kos ditentukan berdasarkan asas purata wajaran. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diktirafkan di dalam Penyata Untung atau Rugi.

(iii) Instrumen Pasaran Kewangan

Pelaburan dalam kertas komersial dinyatakan menurut harga kos diselaraskan untuk pelunasan premium atau akreasi diskaun ke atas nilai par pada waktu perolehan, tolak sebarang kerugian rosot nilai yang kekal. Premium atau diskaun dilunaskan atau diakreasi ke atas baki jangkamasa sekuriti dari tarikh perolehan. Sebarang peruntukan rosot nilai yang kekal akan diiktiraf di dalam Penyata Untung atau Rugi.

(iv) Deposit dengan Institusi Kewangan

Deposit dengan institusi kewangan adalah dinyatakan pada kos.

Page 25: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

24 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201425 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (samb.)

(c) Jumlah Terhutang daripada/(kepada) Broker Saham

Jumlah terhutang daripada/(kepada) broker saham dibawa pada nilai kontrak.

(d) Pendapatan Belum Terima

Pendapatan belum terima dinyatakan pada nilai saksama yang boleh diperolehi.

(e) Pelbagai Pemiutang

Pelbagai pemiutang dinyatakan pada nilai kos iaitu nilai saksama yang akan dibayar di masa hadapan untuk pembelian dan perkhidmatan yang diterima.

(f) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan.

Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut.

Keuntungan/pendapatan daripada instrumen pasaran kewangan, simpanan dengan institusi kewangan diambil kira mengikut asas akruan menggunakan kaedah kadar faedah keuntungan efektif.

Keuntungan daripada penjualan pelaburan ialah perbezaan diantara nilai bersih dan nilai bawaan pelaburan.

(g) Tunai dan Persamaan Tunai

Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dimana perubahan dalam nilai mempunyai risiko yang tidak ketara.

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING

(a) Penilaian Kritikal Dibuat dalam Mengaplikasi Polisi

Perakaunan

Penilaian dibuat oleh pengurus Pelaburan dalam proses mengaplikasi polisi perakaunan Unit Amanah berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:

(i) Pengurus pelaburan mengenalpasti samada pelaburan-pelaburannya perlu dirosot nilai mengikut beberapa indikasi-indikasi rosot nilai seperti, antara lain, kekurangan yang berpanjangan diantara harga pasaran dan jumlah yang dibawa, perubahan yang penting dengan kesan-kesan negatif terhadap pelaburan dan persembahan kewangan pelaburan yang merosot.

Page 26: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

24 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201425 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 25

(ii) Bergantung kepada asas dan industri yang berkaitan dengan pelaburan tersebut, penilaian dibuat oleh Pengurus Pelaburan untuk memilih cara-cara penilaian yang sesuai seperti, antara lain, aliran tunai yang didiskaunkan, aset nyata bersih, nilai aset ternyata bersih dan cara-cara purata nisbah harga pendapat sektor.

(b) Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran

Setelah cara penilaian yang sesuai dipilih, Pengurus Pelaburan membuat beberapa andaian berkenaan masa depan bagi menggangar jumlah pelaburan yang boleh dituntut. Andaian ini dan sumber utama ketidakpastian anggaran yang lain pada tarikh penyata aset dan liabiliti, mungkin mengandungi risiko penting yang mengakibatkan perubahan yang material terhadap jumlah pelaburan yang dibawa ke tahun kewangan seterusnya. Bergantung kepada pelaburan-pelaburan tertentu, andaian yang dibuat oleh Pengurus Pelaburan termasuk, antara lain, andaian terhadap aliran tunai masa hadapan yang dijangka, pertumbuhan pendapatan, kadar diskaun yang digunakan bagi tujuan aliran tunai yang didiskaunkan yang mana melibatkan risiko-risiko yang relevan, dan keputusan masa hadapan yang dijangka terhadap beberapa peristiwa lepas.

Sensitiviti terhadap perubahan dalam andaian

Pengurus Pelaburan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan dalam kunci andaian yang disebutkan di atas yang mana boleh menyebabkan jumlah pelaburan yang di bawa secara materialnya melebihi jumlah yang boleh dituntut.

(c) Penilaian Rosot Nilai

Penilaian rosot nilai pelaburan-pelaburan yang terlibat dengan indikasi-indikasi rosot telah dilaksanakan oleh Pengurus Pelaburan pada tahun semasa. Tiada pengiktirafan rosot nilai dalam tahun semasa dan tahun sebelumnya.

5. YURAN PENGURUS

Klausa 13.1, Surat Ikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1.5% setahun daripada Nilai Aset Bersih pada kos (“VOF”) boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.

Yuran pengurus dikenakan bagi tahun berakhir 30 September 2014 sebanyak 1.0% (2013: 1.25%) daripada VOF Unit Amanah.

6. YURAN PEMEGANG AMANAH

Klausa 13.2 Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran sehingga 0.08% setahun daripada Nilai Aset Bersih pada kos (“VOF”) boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, tertakluk kepada minimum RM 18,000 setahun , dikira dan diakru secara harian dari masa ke semasa.

Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 30 September 2014 ditetapkan pada RM800,000 (2013: RM800,000).

4. ANGGARAN DAN PENILAIAN PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

Page 27: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

26 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201427 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

7. CUKAI

Unit Amanah telah diberikan pengecualian daripada cukai pendapatan oleh Menteri Kewangan mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan, 1967, dari tahun taksiran 2009 hingga 2018.

Tuntutan cukai merupakan cukai yang ditolak daripada punca atas pendapatan dividen yang diperolehi di Malaysia dan boleh dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah dipinda bagi memperkenalkan sistem cukai korporat “single-tier” bermula dari tahun taksiran 2008. Menurut sistem cukai korporat “single-tier”, pengagihan dividen kepada pemegang-pemegang saham adalah dikecualikan daripada cukai.

Bermula dari 1 Januari 2014, semua syarikat perlu membayar dividen mengikut sistem cukai “single-tier”.

Unit Amanah tidak akan ada tuntutan cukai yang boleh dituntut jika dividen yang diterima melalui sistem cukai “single-tier” kerana dividen tersebut adalah dikecualikan daripada cukai dan maka dengan itu tiada cukai boleh ditolak daripada sumber pembayaran dividen.

8. PERUNTUKAN PENGAGIHAN 30.09.2014 30.09.2013 RM RM

Peruntukan pengagihan 657,959,206 587,768,421 Peruntukan tersebut merupakan pengagihan yang disyorkan pada tahun berakhir 30 September 2014 sebanyak 6.60 sen (2013:6.70 sen) seunit yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang unit. Pengagihan ini dikira berdasarkan jumlah unit minima bulanan yang dipegang oleh pemegang-pemegang unit dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh tahun kewangan berakhir.

Sumber Pengagihan Pengagihan kepada pemegang-pemegang unit adalah daripada sumber-sumber berikut:

30.09.2014 30.09.2013 RM RM Pendapatan faedah 122,027,738 132,976,668 Pendapatan dividen 261,985,727 219,486,483 Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan 395,487,592 368,497,890 779,501,057 720,961,041 Tolak: Perbelanjaan (121,541,851) (133,192,620)Jumlah pengagihan 657,959,206 587,768,421 Pengagihan kasar dan bersih seunit 6.60 sen 6.70 sen

Page 28: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

26 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201427 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 27

9. MODAL PEMEGANG UNIT 30.09.2014 30.09.2013 Unit Unit Unit dibenarkan 14,000,000,000 14,000,000,000

Sepanjang tahun berakhir 30 September 2014, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 30 September 2014, PNB secara sah memegang 15,732,756 (2013: 30,856,227) unit, merangkumi 0.15% (2013: 0.33%) daripada jumlah unit yang telah diterbitkan.

Syarikat BrokerMaybank Investment Bank Berhad * 2,287,106,106 27.19 3,233,891 26.57 MIDF Amanah Investment Bank Berhad * 646,038,996 7.68 1,093,098 8.98 RHB Investment Bank Berhad* 456,494,848 5.43 761,865 6.26 Aminvestment Bank Berhad * 436,413,960 5.19 667,960 5.49 Affin Investment Bank Berhad 433,535,287 5.15 722,490 5.94 Kenanga Investment Bank Berhad 428,424,194 5.09 702,571 5.77 Credit Suisse Securities (Malaysia) Sdn. Berhad 420,970,201 5.00 472,840 3.89 CIMB Investment Bank Berhad* 381,003,127 4.53 742,589 6.10 KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Berhad 336,541,504 4.00 527,621 4.34 BIMB Securities Sdn. Berhad 270,651,515 3.22 466,484 3.83 Lain-Lain 2,315,474,804 27.52 2,777,802 22.83 8,412,654,542 100.00 12,169,211 100.00

Nilai Urus Niaga Yuran Broker

10. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/ BROKER/DEALER/INSTITUSI KEWANGAN

Sepuluh syarikat broker saham/broker/dealer/institusi kewangan terbesar mengikut nilai urus niaga ialah seperti berikut:

RM’000 RM’000% %

30.09.2014 30.09.2013 Unit RM Unit RM Unit RM1 setiap satu dibayar penuh: Pada awal tahun 9,315,500,000 9,315,500,000 8,052,500,000 8,052,500,000 Penjadian unit untuk: - Jualan 326,200,000 326,200,000 810,000,000 810,000,000 - Pelaburan semula pengagihan 580,000,000 580,000,000 453,000,000 453,000,000 906,200,000 906,200,000 1,263,000,000 1,263,000,000 Pada akhir tahun 10,221,700,000 10,221,700,000 9,315,500,000 9,315,500,000

Page 29: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

28 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201429 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

ASNB dan PNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat broker saham tersebut.* PNB dan/atau tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB

mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat broker berkenaan.

Segala urusan dengan syarikat-syarikat broker saham telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syarat-syarat di dalam industri broker saham.

30.09.2014 30.09.2013 Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.41 kali 0.43 kali

PGP dikira berdasarkan kepada nisbah purata di antara jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan untuk tahun kewangan, dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos, perbandingan PGP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi perbandingan yang tepat.

30.09.2014 30.09.2013 Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (“NPP”) 1.15% 1.43%

NPP dikira berdasarkan nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

Purata nilai Unit Amanah untuk tahun kewangan telah dikira pada kos kerana harga belian dan harga jualan telah ditetapkan pada RM1.00 seunit. Oleh kerana purata nilai Unit Amanah dikira berasaskan kos, perbandingan NPP Unit Amanah dengan unit amanah lain yang menggunakan asas yang berlainan tidak akan memberi perbandingan yang tepat.

Pendedahan kepada risiko ekuiti/pelaburan, risiko pasaran, kecairan/pembiayaan dana, kadar faedah dan kredit, timbul dalam perjalanan biasa urusan Unit Amanah. Unit Amanah mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang diluluskan berserta kawalan dalaman yang menentukan strategi perniagaan keseluruhan bagi mengurus risiko-risiko ini bagi memaksimumkan pulangan dan mengekalkan modal pemegang unit, selari dengan objektif jangka panjang Unit Amanah.

Risiko Ekuiti/Pelaburan

Risiko ekuiti adalah pendedahan kepada perubahan nilai saham ekuiti atau aliran pendapatan yang datangnya daripada pemilikan ekuiti di dalam sebuah entiti yang diperbadankan.

11. PUSING GANTI PORTFOLIO

12. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN

13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

10. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/ BROKER/DEALER/INSTITUSI KEWANGAN (SAMB.)

Page 30: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

28 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201429 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 29

Risiko pelaburan adalah risiko daripada pelaburan yang tidak dapat menyediakan kadar pulangan yang setara dengan tahap risikonya.

Pengurusan risiko ekuiti/pelaburan termasuk penelitian di dalam penapisan cadangan pelaburan menurut garis panduan dan prosedur pelaburan, komunikasi yang berterusan dan pengawasan prestasi syarikat-syarikat yang dilabur yang teliti.

Risiko Pasaran

Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah akibat ketidakpastian dalam harga pasaran instrumen kewangan yang dilaburkan.

Unit Amanah menguruskan risiko pasaran secara aktif melalui garis panduan dan polisi pelaburan yang disediakan dan juga strategi pengagihan portfolio aset dan pelbagaian. Unit Amanah tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti-aktiviti spekulatif.

Risiko Kecairan/Pembiayaan Dana

Risiko kecairan atau pembiayaan dana adalah risiko apabila Unit Amanah tidak mampu untuk memenuhi komitmen kewangan apabila ia perlu dijelaskan.

Unit Amanah menguruskan aliran tunai operasi bagi memastikan kesemua keperluan dananya dipenuhi sebagai sebahagian daripada kaedah pengurusan dananya, Unit Amanah mengekalkan tahap tunai dan pelaburan yang boleh ditukar kepada tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan modal kerjanya.

Risiko Kadar Faedah

Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar faedah yang berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

Unit Amanah menguruskan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan potfolio instrumen kewangan berdasarkan garis panduan dan polisi pelaburan, dan semakan yang kerap ke atas kadar faedah dan jangkaan pasaran.

Risiko Kredit

Risiko kredit ialah risiko dimana kegagalan dari pihak yang berurusniaga untuk menunaikan kewajipan perdagangan yang muncul daripada perantara-perantara seperti broker saham dan institusi-institusi kewangan. Unit Amanah menguruskan risiko kreditnya dengan penetapan polisi dan garis panduan bagi pelaburan dan had pendedahan pihak lain bagi mengurangkan konsentrasi risiko tersebut. Penilaian kredit dari semasa ke semasa dijalankan ke atas pihak-pihak tersebut.

Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”).

14. MATA WANG

13. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.) Risiko Ekuiti/Pelaburan (samb.)

Page 31: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

30 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201431 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

46 Laporan Interim ASN 3 Bagi Tempoh Enam Bulan Berakhir 31 Mei 2013 47 Laporan Interim ASN 3 Bagi Tempoh Enam Bulan Berakhir 31 Mei 2013

Page 32: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

30 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201431 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 31

Amanah Saham Nasional BerhadTingkat Bawah, Lot 1Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, SabahTel: 089-863680/681/672/673 Faks: 089-863675

Page 33: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

32 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201433 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014

1. Jenis Akaun Dewasa Remaja/Bijak

2. Maklumat Pemegang UnitNama : No. Ahli: No. K/P : No. Telefon (Pejabat) : (Rumah)(Bimbit) E-mel : *Nama Bank: *No akaun

3. Permohonan PertukaranAlamat Surat-menyurat :

Poskod : Bandar/Negeri : Pekerjaan :

Pihak ASNB kini dalam proses menaiktaraf sistem ASNB di mana butir peribadi pemegang unit akan disatukan bagi semua unit amanah yang telah didaftarkan. Kami memohon kerjasama tuan/puan untuk mengemaskini maklumat-maklumat dibawah bagi melancarkan inisiatif ini.

* Tuan/Puan adalah diminta menghantar bersama salinan buku akaun simpanan atau penyata akaun semasa sebagai pengesa-han akaun pemegang unit.

Dengan ini saya mengesahkan bahawa butir-butir yang telah diberi-kan adalah benar. Saya membenarkan pihak ASNB mengemaskini semua butiran tersebut bagi semua unit amanah saya yang telah berdaftar dengan pihak ASNB.

Sila hantarkan ke pejabat ASNB yang berhampiran atau ke:

JABATAN PERHUBUNGAN PELANGGAN DAN EJENUG, Balai PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala LumpurTel: 03 - 2057 3000 Faks: 03 - 2050 5220E-mel: [email protected]

Tandatangan Pemohon/Tandatangan Penjaga Berdaftar

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT

PENGESAHAN PEMEGANG UNIT

UNTUK KEGUNAAN ASNB SAHAJA

Tarikh

Diterima Oleh :Disahkan Oleh :Nama :

Diterima Oleh :Disahkan Oleh :Nama :

Page 34: ISI KANDUNGAN - asnb.com.my annual nov 2014.pdf · A. Penyata Untung atau Rugi B. 19Penyata Pendapatan Komprehensif ... Waran - - -* Pelaburan di pasaran ekuiti 69.59 68.02 53.46

32 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 201433 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 LAPORAN TAHUNAN AS 1MALAYSIA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2014 33