Akhlak

19
Akhlak | Nama Aktiviti: Namakan Nilai Ini Objektif: Menyenaraikan nilai baik dan bagaimana menunjukkannya. Bahan: Kad yang telah dicatatkan nilai-nilai seperti; pemurah, penyayang, bersopan, berani dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai. Perlaksanaan: 1. Terangkan kepada peserta yang mereka akan diagihkan kad-kad yang mana mereka tidak boleh menunjukkan kad tersebut kepada sesiapapun. 2. Setiap orang perlu berlakon tentang nilai yang di tunjukkan dalam kad mereka. 3. Setiap seorang diberi peluang selama 30 saat untuk melakonkan nilai yang mereka bawa. 4. Ahli kumpulan lain perlu meneka nilai tersebut. 5. Selepas semua ahli kumpulan telah selelsai menjalankan aktiviti tersebut. Perbincangan:

description

akhlk

Transcript of Akhlak

Akhlak | Nama Aktiviti: Namakan Nilai Ini

Objektif:Menyenaraikan nilai baik dan bagaimana menunjukkannya.

Bahan:

Kad yang telah dicatatkan nilai-nilai seperti; pemurah, penyayang, bersopan, beranidan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai.

Perlaksanaan:

1. Terangkan kepada peserta yang mereka akan diagihkan kad-kad yang manamereka tidak boleh menunjukkan kad tersebut kepada sesiapapun.

2. Setiap orang perlu berlakon tentang nilai yang di tunjukkan dalam kadmereka.

3. Setiap seorang diberi peluang selama 30 saat untuk melakonkan nilai yangmereka bawa.

4. Ahli kumpulan lain perlu meneka nilai tersebut.

5. Selepas semua ahli kumpulan telah selelsai menjalankan aktiviti tersebut.

Perbincangan:1. Bagaimana kita dapat mengesan sesuatu nilai yang baik?2. Adakah susah kita hendak menonjolkan nilai-nilai yang baik? Apakahkesan menunjukkan nilai-nilai yang baik?3. Apakah yang dianjurkan Islam tentang nilai-nilai yang baik?

Kesimpulan:Nilai yang baik yang kita tunjukkan akan memberi kesan kepada orang lain.

Ukhuwwah | Nama Permainan: Berpindah Pulau

Bahan: Kapur

Perlaksanaan:

... Aktiviti ini dimainkan di atas simen. Fasilitator akan membuat empat segiempat bermula dari yang paling besar sehinggalah ke yang paling kecil.

Jarak di antara segiempat mestilah boleh dilangkah oleh kumpulan tersebut.

Peserta perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat muat didalam segiempat tanpa seorang pun ahli kumpulan mereka yang terkeluar.

Lebih sempit segiempat permainan akan menjadi lebih menarik

TAJUK:-Gosip Mak Jemah

OBJEKTIF:-1. Memberi kefahaman kepada remaja tentang keburukan gosip/mengumpat yang datang dari sumber yang tak jelas boleh membawa kepada kesan yang buruk.2. Memberi kefahaman tentang kepentingan menjaga aib orang lain.BAHAN:--Jam-Wisel-6 keping kertas A4 bertulis klu (Lembu, Lipan, Rumput, Kipas, Telefon, Penyapu)(Semua perkataan ini perlu ditulis dlm saiz besar menggunakan marker. Perkataan ini boleh divariasikan mengikut kehendak naqib @ fasi.)

Contoh klu yang ditulis di kertas A4.

LANGKAH-LANGKAH:-a) Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mestilah minimum terdiri daripada 5 orang. Setiap peserta akan diberikan kertas A4 yang dilipat kepada 6 kotak.

Kertas A4 yang dibahagikan kepada 6 kotak.

b) Peserta dikehendaki beratur dalam satu barisan yang lurus yang berjarak 1/2 meter antara satu sama lain.

c) Peserta pertama dari setiap kumpulan akan menghadap naqib @ fasi, manakala peserta yang lain akan membelakangi naqib/fasi.

d) Peserta pertama akan didedahkan dengan klu yg pertama. Peserta tersebut dikehendaki melukis perkataan yang ditunjuk dalam masa 10 saat dalam kotak yang pertama. Fasi akan mengira masa. Setelah cukup masa, fasi akan menyembunyikan perkataan tersebut.

e) Setelah 10 saat telah tamat dan wisel ditiup, peserta pertama perlu pusing ke belakang mencuit bahu peserta kedua dan menunjukkan lukisannya kepada peserta kedua tanpa bersuara (Semua peserta dilarang keras dari bersuara). Peserta lain yg belum dicuit bahu perlu diam dalam kedudukan mereka.

f) Peserta kedua dikehendaki melukis kembali apa yg dilihatnya dari lukisan peserta pertama dalam masa 7 saat. Setelah cukup masa 7 saat, wisel akan ditiup. Maka, peserta pertama akan kembali menghadap ke depan bersama dengan lukisannya. Peserta kedua perlu pusing ke belakang untuk mencuit peserta ketiga pula.

g) Peserta ketiga akan melukis pula lukisan yang dilukis oleh peserta kedua tadi dalam masa 7 saat juga. Turutan ini akan berterusan hingga peserta yang terakhir. Bezanya peserta terakhir tidak perlu melukis, sebaliknya peserta terakhir perlu meneka apakah jawapan bagi lukisan yang dilukis oleh peserta yang kedua terakhir. Jawapan peserta terakhir akan dibisikkan ke telinga naqib @ fasi.

h)Naqib @ fasi akan mencatat setiap jawapan peserta.Modul akan diteruskan dengan klu-klu seterusnya sehingga selesai. Kumpulan yang paling banyak jawapan yang betul diumumkan sebagai pemenang.

i) Untuk lebih menceriakan suasana, naqib @ fasi boleh menyemak kembali lukisan-lukisan yang dilukis oleh peserta sepanjang modul dijalankan.

Ini adalah kemungkinan gambar LEMBU yg cuba dilukis peserta. huhu~~

Aktiviti : Siapa Saya?

Peralatan yang diperlukan : Kertas A4 dan penKaedah penyampaian : Melukis dan perbincangan

BilObjektif

1Mengenali identiti sendiri

2Memahami kepercayaan diri sendiri

3Menilai diri sendiri ketika menentukan perlakuan sama ada positif mahupun negatif

Kaedah perlaksanaan :

1.Bahagikan kertas A4 kepada 4 bahagian sebagaimana di bawah:

1.Gambar

3.Perkara yang dibenci

2.Perkara yang disukai

4.Pandangan pada diri sendiri

*Setiap perkara yang ditulis mestilah sekurang-kurangnya tiga ciri.

2.Pada petak pertama, ahli usrah diminta untuk melukis wajah mereka sendiri.3.Pada petak kedua, tulis perkara yang disukai.4.Pada petak ketiga, tulis perkara yang dibenci.5.Pada petak keempat, ahli usrah diminta untuk menulis berkaitan dengan diri mereka sendiri.6.Wujudkan persoalan dalam diri ahli usrah:6.1 Adakah anda suka pada diri sendiri?6.2 Apa pandangan orang lain terhadap diri anda? Suka atau tidak? 7. Naqib/naqibah membuat rumusan aktiviti: 7.1 Siapa pun diri kita, inilah diri kita sama ada kita suka atau tidak. 7.2 Berani membuat perubahan yang positif untuk kemajuan diri 7.3 Berani mengaku kelemahan diri untuk kesejahteraan masa depan

Modul Lautan Berapi

Nama modul -Lautan Berapi

Objektif modul :- Mengasah kekreatifan minda ahli usrah di dalam menyelesaikan masalah- Mengeratkan silaturrahim sesama ahli usrah- Menguji kekuatan ikatan persaudaraan sesama ahli usrah

Bahan : Kertas suratkhabar lama

Perlaksanaan:1. Sediakan kertas suratkhabar lama saiz sederhana mengikut bilangan ahli usrah. Sekiranya ahli usrah seramai 6 orang, sediakan sebanyak 6 helai.

2. Naqib/ah mengarahkan semua ahli usrah berdiri secara berhampiran antara satu sama lain. Kemudian naqib/ah memberikan sehelai kertassuratkhabar lamatersebut kepada setiap orang ahli usrah.

3. Seterusnya naqib/ah mengarahkan setiap orang ahli usrah meletakkan kertassuratkhabar lamatersebut di atas lantai dan mereka berdiri memijak di atas kertassuratkhabar lamaitu masing-masing.

4. Sekarang ialah masanya untuk naqib/ah membayangkan kepada ahli usrah bahawa kertassuratkhabar lamatempat mereka berpijak itu seumpama batu daratan manakala selainnya ialah lautan yang berapi. Mereka akan 'mati terbakar' jika terpijak kakinya di atas lautan berapi tersebut!

5. Step yang seterusnya ialah masa untuk menguji mereka iaitu naqib/ah menarik keluar satu-persatu kertassuratkhabar lama yang dipijak oleh mereka sehinggalah tinggal sehelai sahaja. Sebelum itu naqib/ah memaklumkan kepada mereka untuk bincang apa sahaja cara untuk menyelamatkan diri. (Nota : Tidak dibenarkan menggunakan benda lain selain bantuan sahabat seusrah yang turut menerima nasib yang sama itu sahaja)

6. Naqib/ah akhirnya cuma tinggalkan sehelai sahaja kertassuratkhabar lamatersebut yang dipijak oleh mereka semua. Biasanya modul ini akan menyebabkan mereka semua berusaha berpegangan tangan atau naik di atas bahu/tangan dan lain-lain semata-mata untuk memastikan kaki mereka tidak tersentuh lantai yang diumpamakan lautan berapi tersebut. Contohnya sebagaimana gambar di atas.

7. Naqib/ah juga boleh menguji keteguhan dan kekuatan kesatuan mereka dengan memberi masa selama 10 saat untuk mereka semua berdiri di atas sehelai kertas A4 tersebut. Sekiranya mereka berjaya, ia menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya ikatan persaudaraan sesama mereka. :)

Sebagai kesimpulannya, para naqib/naqibah boleh mengambil petikan ayat Al-Quran di dalam Surah At-Taubah ayat ke 71. Ianya bermaksud:

"Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

KONSEP IBADAH DALAM ISLAMOBJEKTIF1.Ahli usrah memahami tentang konsep ibadah di dalam Islam.2.Ahli usrah memahami bagaimana sesuatu amal perbuatan dapat mencapai status ibadah.3.Ahli usrah memahami kepentingan ibadah dalam membina ummah.KANDUNGAN1.Pengertian ibadah bahasa dan istilah2.Hubungan aqidah dan ibadah3.Ruang lingkup ibadah dalam Islam4.Pengkhususan ibadah umum dan khusus5.Syarat amal untuk mendapat status ibadah6.Salah faham terhadap pengertian ibadah7.Kepentingan ibadah dalam membina ummahPENGERTIAN IBADAHAbu Al-Ala Al-Maududi telah mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam bukunya Asas-asas Islam seperti berikut:Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taatIstilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya,ibadah ialah pengabdian dir sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala.Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.(Al-Baqarah:1-2)HUBUNGAN AQIDAH DAN IBADAHBila seseorang itu telah mempunyai aqidah yang kukuh maka:Hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allahsebagaimana firman Allah:Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyat:56)Perintah dalam ayat ini adalah perintah untuk beribadat kepada Allah semata-mata, menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah dan hikmah diciptakan jin dan manusia.Menolak segala kepatuhan dan ketaatan yang selain dari ketaatan kepada Allah.Firman Allah:Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah thoghut. (Al-Nahl:36)Thoghut ialah semua yang disembah atau yang dipatuhi selain Allah.Membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan AllahRUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAMIslam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaanNya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan olehNya.Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Seluruh kehidupan manusia adalahmedanamal dan persediaan bekalan bagi para mukmin sebelum mereka kembali bertemu Allah di hari pembalasan nanti.Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran:Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk:2)Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas. Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.PEMBAHAGIAN IBADAH UMUM DAN KHUSUSIbadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:Ibadah khususMerupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimanayang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang. (Sahih Bukhari)Ibadah umumSegala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.SYARAT AMAL UNTUK MENDAPAT STATUS IBADAHYusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Ibadah Dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah:Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana Allah.Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati oleh Rasulullah:Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. (Muslim)Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAHIbadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.Konsep-konsep seperti ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep asing ini telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagianbesar daripada masyarakat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah.Adayang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, terdapat juga di kalangan ummat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Malah terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat, terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan-tanggapan yang amat salah.HIKMAH DAN FALSAFAH IBADAH SOLAT, PUASA, ZAKAT, DAN HAJISolatDalam solat jelas tergambar ibadah lisan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, bertakbir, bertasbih dan berdoa. Demikian juga dengan ibadah perbuatan dengan berdiri, duduk, ruku dan sujud. Terdapat disanaibadah aqal dengan berfikir, dan merenung makna Al-Quran. Disanaterdapat ibadah hati dengan ikhlas, khusyu mencintai Allah dan merasakan Allah senantiasa memerhati dan mengamati amal hambaNya.Solat juga menjadikan seseorang itu benar-benar menyedari kedudukannya sebagai hamba Allah. Setiap kali dia bertakbir, maka ia mengingatkan dirinya tentang kebesaran Allah. Rasa takut dan berharap terhadap Allah yang ditanam oleh ibadah solat ini akan memimpin di dalam seluruh hidupnya hinggakan seluruh tindak-tanduknya dipengaruhi oleh sifat-sifat yang terkandung di dalam solat tersebut.ZakatZakat bereti kesucian dan kebersihan. Ini bererti kesucian dan kebersihan jiwa seseorang mukmin tidak mungkin dapat dicapai tanpa dia memberikan hak saudara-saudaranya yang miskin terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu di dalam Islam zakat adalah satu asas persaudaraan Islam. Ia melenyapkan sikap mementingkan diri sendiri yang selalu menjadi punca kelemahan sesuatu masyarakat. Zakat adalah di antara asas penting bagi penubuhan sebuah masyarakat Islam yang bertaqwa.PuasaMatlamat utama puasa ialah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah subhaanahu wa taaala. Sebagaimana firman Allah:Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.Dalam ibadah puasa, orang-orang beriman dilatih supaya bersedia untuk berkorban demi untuk kepentingan Islam melalui menanggung kesusahan, kelaparan, kedahagaan dan keletihan. Puasa yang disyariatkan sebulan penuh bertujuan untuk meningkatkan dalam diri mukmin daya juang, keikhlasan dan sifat konsisten (istiqamah) yang mana kesemuanya akan menambahkan ketaqwaan kepada Allah subhaanahu wa taaala.HajiAllah telah berfirman:Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj:27)Seseorang Mukmin yang telah melalui seluruh proses haji inikankekal bersama-sama pengalaman melaksanakan ibadah tersebut. Hinggakan kesannya tidak akan hilang selama bertahun-tahun. Malahan hatinya akan sentiasa rindu untuk terus berkunjung semula ke Tanah Suci demi untuk mencurahkan rasa kecintaannya kepada Allah di Baitullah.KEPENTINGAN IBADAH DALAM MEMBINA UMMAHTiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikannya kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfaatan melaluinya. Solat yang benar-benar khusyu akan mempengaruhi seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah:Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut:45)Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman. Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi ke jalan Allah iaitu dengan memberikan sedekah dan membayar zakat dan jihad fisabilillah.Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang itu ikhlas dengan sepenuh hatinya dalm melaksanakan segala perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan ummat Islam daripada kepentingan peribadinya.Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan kesatuan Muslim. Kesatuan ummat Islam merupakan tunjang kekuatan yang paling utama yang dapat memimpin ummat manusia.Kesimpulannya, setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala.

Modul: Gunakan anggotamu untuk Ibadah

Pelaksanaan:1. Minta pelajar tutup mata2. Murrabi minta pelajar-pelajar dating ke arah s3. 4. 5. 6. uara murabbi

Bersyukurkah Aku?Material:Kertas A4, pen dan Terjemahan Al-QuranPerlaksanaan:Para peserta diminta menulis nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

Apabila mereka terfikir tentang sesuatu nikmat terus tulis.Bagi peserta masa selama 10 minit.Selepas 10 minit berlalu. Bincangkan.Perbincangan:

Adakah mereka tertinggal apa-apa lagi nikmat yang mungkin mereka terlupa tetapi disebut oleh rakan mereka?

Adakah semua nikmat akan habis ditulis jika dinding bangunan? Atau satu padang adakah mereka mampu menuliskan semua nikmat berkenaan?

Adakah benar kita banyak berdoa kepada Allah semoga kita mendapat sesuatu perkara atau benda tetapi melupakan apa yang sedia ada?Adakah mereka menggunakan semua nikmat itu untuk beribadah kepada Allah?

Pernahkah kita bersyukur?Kesimpulan:Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.(Ibrahim: 34)Gunakan nikmat itu untuk ibadah kepada Allah,