akhlak slide
-
Upload
izzah-hasna -
Category
Documents
-
view
96 -
download
3
Transcript of akhlak slide
AKHLAK TERHADAP
RASULULLAH SAW.
IZZAH HASNA BT AB HALIM
NUR ALYAA BT MAHADZIR
PENGERTIAN
Akhlak ialah tingkah laku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun.
Rasul adalah lelaki pilihan, mendapat wahyu
daripada Allah saw dan wajib menyebarkan wahyu tersebut. Rasul merupakan yang terbaik diantara manusia sehingga apa yang dibawa, dikatakan dan dilakukan adalah sesuatu yang terpilih dan mulia dibandingkan dengan manusia lain.
Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
DALIL
• Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....” ( Al-Hujurat 49:1 )
• Seterusnya, Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...”( Muhammad 47:33)
Oleh itu,beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
Hendaklah mentaati Nabi Muhammad saw di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
Menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad saw apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasik kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
KESIMPULAN
Akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim
itu mencapai iman yang sejati. Ini dapat
dibuktikan dalam satu hadith yg bermaksud :
"Sesempurna iman seseorang yang beriman itu
adalah yang paling baik akhlaknya."