akhlak terpuji.docx

24
KERTAS CADANGAN PROGRAM BERFOKUS PENCEGAHAN BIDANG PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID TAJUK PROGRAM “Akhlak Terpuji, Keunggulan Peribadi!” TARIKH : 18 OGOS 2015 / SELASA SASARAN : murid terpilih TEMPAT :

Transcript of akhlak terpuji.docx

Page 1: akhlak terpuji.docx

KERTAS CADANGANPROGRAM BERFOKUS PENCEGAHAN

BIDANG PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID

TAJUK PROGRAM

“Akhlak Terpuji,

Keunggulan Peribadi!”

TARIKH : 18 OGOS 2015 / SELASA SASARAN : murid terpilih TEMPAT : surau SMK Kampong Jawa ANJURAN : Unit Bimbingan& kaunseling

dan Panitia Pendidikan Islam

Page 2: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Program Berfokus Pencegahan : “Akhlak Terpuji, Keunggulan Peribadi”

1.0 PENDAHULUAN

Remaja seringkali mengungkai masalah mengikut pandangan dan rasa hati sendiri. Sikap

tidak mengendahkan akibat perlakuan seringkali memerangkap remaja terjebak dalam gejala

delikuensi atau tingkahlaku tidak sihat. Kajian mendapati ianya kerap berlaku di sekolah ini hampir

setiap tahun, dari kes bercinta, berdua- duaan hingga kes ketelanjuran dan ia berunca daripada

rapuhnya pegangan agama serta jati diri yang rendah.

Menyedari hakikat ini Dengan itu Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama

pihak Unit Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan program yang dinamakan PROGRAM

PENCEGAHAN BERFOKUS: AKHLAK TERPUJI, KEUNGGULAN PERIBADI untuk pelajar-pelajar

lelaki dan perempuan secara berfasa.. Melalui program ini, diharapkan para peserta akan dapat

menanamkan daya tahan dari segi mental menghadapi persekitaran selain membentuk sahsiah ke

arah yang lebih positif. Kertas cadangan ini bertujuan mendapatkan persetujuan dan

kelulusan Majlis Pengurusan dan Pentadbiran sekolah untuk pelaksanaan.

2.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk ,melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang

kukuh, pegangan akidah yang mantap supaya dapat membuat keputusan yang terbaik

apabila berdepan dengan cabaran semasa bergelar remaja.

3.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan kesedaran tentang cara hiup berakhlak seperti yang dianjurkan

oleh agama.

2. Mendedahkan pelajar cara-cara menguruskan diri dan cara

berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan serta kepentingan

mematuhi disiplin sekolah

3. Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya menjalinkan hubungan

persaudaraan dan pergaulan secara berhemah dan tidak melangggar syariat

agama

5.0 SASARAN

Semua pelajar [ program dilakukan secara berfasa supaya lebih efektif ]

Fasa 1 : Ting 3

1

Page 3: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Fasa 2 : Ting 2 dan 4

AHLI JAWATANKUASA

6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Tuan Haji Mohammed Nashan bin Singgan [Pengetua]Pengerusi : Puan Puziah binti Tuban [ PK HEM]Naib Pengerusi : Puan Latipah binti Ahmad [ PK Kurikulum]

: Encik Amir Saifuddin bin Abd. Majid [PK Petang]Setiausaha : Puan Suriana binti Mohd ZainPenyelaras : En Muhamad Rashid bin Mohamad SallehBendahari : Puan Syakirah binti Sarpan

6.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pemilihan Murid ; Penyelaras Tngkatan

Fotografi dan Laporan : Puan Ani binti Mohamad

Dokumentasi : Puan Nazifah binti Mohamad

PA Sistem Tempat : pengawas sekolah

Penyediaan Modul : Puan Haslina binti Ahmad

Kawalan Disiplin : Semua guru matapelajaran waktu program dijalankan

-rujuk jadual-

7.0 PELAKSANAAN

7.1 Strategi multi pendekatan/ ceramah/ ldk/icebreaking

7.2 Cadangan Pengisian Modul

Berpandukan Modul pembentukan Sahsiah diri

7.3 PENILAIAN

Berpandukan Modul

Borang refleksi akan diberikan kepada peserta selepas tamat program

7.4 ANGGARAN KEWANGAN

Cadangan Peruntukan

Bil Aktiviti Kuantiti JUMLAH [RM]

1. Buku program [outreach ] 100 x 1.00 100.00

2. Fotostat Bahan Modul 100 set 200.00

2

Page 4: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

3. Alatulis aktiviti LDK – 100.00

[kertas lukisan, marker pen, fail]

4. Makan minum peserta 100 x 3.00 300.00

5. Dokumentasi /fotografi 20.00 x 3 set 60.00

Jumlah RM 760.00

Sumber Kewangan

1.PCG Kaunseling RM 400.00

3. PCG Panitia Pendidikan Islam RM 360.00

Jumlah RM 760.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, para peserta dapat berganjak ke arah lebih positif dan berupaya mencapai objektif program. Dengan gandingan semua pihak . program ini dapat diteruskan dimasa- masa akan datang.

Disediakan oleh,

3

Page 5: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

…………………………………..

SURIANA BINTI HAJI MOHD ZAIN

Guru Bimbingan dan Kaunseling

SMK Kampong Jawa.

Disahkan oleh, Diluluskan / Tidak diluluskan oleh,

…………………………………. ……………………………………………….

PUZIAH BINTI TUBAN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN

PK Hal Ehwal Murid Pengetua

SMK Kampong Jawa SMK Kampong Jawa

Jadual Program Maju Diri dan Cahaya Iman 2015

Sesi Pagi

Hari SELASA

18 ogos 2015

4

Page 6: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

masa AKTIVITI TINDAKAN

7.30 pagi Pendaftaran/ UjianPra Pn Ani Mohamad

Ice breaking Pn Nazifah

Tahsin diri / munajat Ust Rashid

Remaja, cinta dan airmata Pn Suriana

Refleksi diri Semua jk

10.20 pagi rehat

Sesi pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.

Semua bergerak ke kelas masing-masing

HARI KEDUA

5.30 am ~ Solat Subuh BerjemaahKULIAH SUBUH“Mengurus Masa”

7.00 am ~ Senaman Pagi8.00 am ~ Sarapan Pagi

9.00 am ~ AKTIVITI LASAK

10.30 am ~ Minum Pagi

11.00 pm ~ AKTIVITI LASAK

12.45 pm ~ Makan Tengahari

1.30 pm ~ Solat Zohor Berjemaah

5

Page 7: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

RENUNGAN ZOHOR (7 Minit)“Mencari Makna Dalam Kehidupan”

2.00 pm ~ LATIHAN KETRAMPILAN DIRI

4.00 pm ~ Minum Petang

4.30 pm ~ Solat Asar BerjemaahRENUNGAN ASAR (7 Minit)“Akhlak Remaja”

5.00 pm ~ AKTIVITI LASAK

6.30 pm ~ Makan Malam

7.30 pm ~ Solat Maghrib BerjemaahKULIAH MAGHRIB“Dunia Remaja”

8.30 pm ~ Solat Isyak Berjemaah

9.00 pm ~ AKTIVITI LASAK

~ Minum MalamIstirehat

HARI KETIGA 5.30 am ~ Solat Subuh Berjemaah

KULIAH SUBUH

“Mencintai Ummat Sejagat”

7.00 am ~ Senaman Pagi

8.00 am ~ Sarapan Pagi

9.00 am ~ Refleksi Aku Hebat / MAJLIS Penutup

10.30 am ~ Bertolak ke SMK Kampong Jawa

11.00 pm ~ Majlis Penutup

6

Page 8: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

LAMPIRAN

4.2 PROSES KERJA

BIL PROSES KERJA PERSONALIA CATATAN

1.

2.

3.

Menyediakan kertas kerja modul ponteng

Mengadakan mesyuarat bersama

Mengesan murid ponteng

Menyenaraikan murid ponteng

GBKSM

Pentadbir / Semua Guru

Guru Tingkatan / Disiplin

2 minggu ( JAN)

2 jam

40 minit

7

Page 9: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Mengadakan temujanji dengan murid ponteng

Melaksanakan modul mengikut urutan

Mendapatkan prestasi akademik murid ponteng

Mencatatkan peningkatan kehadiran dan prestasi akademik

Membuat analisa kehadiran dan prestasi akademik

Membuat graf penilaian dan laporan

Membuat kajian tentang keberkesanan modul

Unit Disiplin / GBKSM

GBKSM

GBKSM

Guru Tingkatan / SU Peperiksaan

GBKSM

GBKSM

GBKSM

GBKSM

1 jam

40 minit

Setiap bulan 1 modul

2 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

2 minggu(Laporan dihantar kepadaPentadbir, Unit Disiplin

4.3 CARTA ALIRAN KERJA

Menyediakan Kertas Kerja

Mengadakan Mesyuarat

Mengesan Murid Ponteng

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN

PROGRAM ” JOM, KE SEKOLAH!”MULA

8

Page 10: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Menyenaraikan Murid Ponteng

Mengadakan Temujanji

Melaksanakan Modul

Mendapatkan Prestasi Akademik

Mencatat Kehadiran

Membuat Analisa Dan Graf

4.0 MODUL

4.4 PROGRAM SAYA ANTI PONTENG

4.4.1 AKTIVITI 1

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Mengenal Diri)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. memberi maklumat peribadi/resume

2. mengenal kekuatan dan kelemahan diri

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Borang maklumat peribadi

LANGKAH :

1. GBKSM mendapat senarai nama murid daripada unit disiplin dan guru tingkatan

PENUTUP

Modul dilaksanakan

sepanjang tahun

9

Page 11: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

2. GBKSM membuat temuduga dengan murid-murid dalam senarai nama ponteng (mengelaskan semua murid berikut berdasarkan kumpulan/jantina/tingkatan)

3. GBKSM membuat temujanji dengan kumpulan tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan

4. GBKSM mengedarkan borang maklumat peribadi dan memberi penerangan tentang cara-cara mengisi borang maklumat peribadi

5. GBKSM mengumpul maklumat peribadi murid dan difailkan

Penilaian : Murid dapat mengenal diri sendiri.

Rumusan :

1. Dengan borang maklumat peribadi yang dikumpulkan kita dapat mengumpul maklumat dan mengenal latar belakang murid

Falsafah : Tak Kenal MakanTak Cinta

4.4.2 AKTIVITI 2

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Diari Hidupku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang jadual aktiviti seharian

2. Merekod aktiviti dalam jadual seharian murid

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Pen dan lampiran 1 dan 2

LANGKAH :

1. GBKSM mengumpul murid yang telah dikenalpasti terlibat lanjutan dari aktiviti yang telah lepas

2. GBKSM menerangkan tujuan perjumpaan aktiviti kelompok

3. Murid-murid diminta menceritakan aktiviti kehidupan seharian secara bergilir-gilir

10

Page 12: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

4. Murid-murid diminta mencatat aktiviti dalam jadual “ Sehari Dalam Hidupku”

i. Hari Persekolahan

ii. Hari Cuti

5. GBKSM mengumpul hasil murid untuk tujuan penilaian

6. Penilaian :

1. GBKSM mengenalpasti dan menganalisa aktiviti murid-murid untuk tujuan pembaikan masalah ponteng di kalangan murid.

2. Rumusan :

1. GBKSM dapat mengenalpasti punca ponteng dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Hargai Masa Kerana Masa Tidak Akan Berulang-Masa Itu Emas

LAMPIRAN 1

Aktiviti Hari Persekolahan

Masa Aktiviti

6.00 -7.00 pg7.00 - 8.00 pg8.00 - 9.00 pg9.00 -10.00 pg10.00 -11.00 pg11.00 -12.00 tgh12.00 -1.00 ptg1.00 - 2.00 ptg2.00 - 3.00ptg3.00 - 4.00 ptg4.00 - 5.00 ptg5.00 - 6.00 ptg6.00 - 7.00 mlm

LAMPIRAN 2

11

Page 13: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Aktiviti Hari Cuti

Masa Aktiviti

6.00 -7.00 pg7.00 - 8.00 pg8.00 - 9.00 pg9.00 -10.00 pg10.00 -11.00 pg11.00 -12.00 tgh12.00 -1.00 ptg1.00 - 2.00 ptg2.00 - 3.00ptg3.00 - 4.00 ptg4.00 - 5.00 ptg5.00 - 6.00 ptg6.00 - 7.00 mlm

4.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah

2. meningkatkan jati diri murid-murid

3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM

MASA : Setiap waktu pagi hari persekolahan

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Borang prestasi kehadiran

LANGKAH :

1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan

2. GBKSM akan menandakan kehadiran

3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni

4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap minggu/bulan

12

Page 14: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Penilaian :

1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan kerana adanya keprihatinan daripada GBKSM

Rumusan :

1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan kehadiran dan graf peningkatan kehadiran

Falsafah :

1. Masa Depan Itu Di Beli Oleh Masa Depan Sekarang “Samuel Johnson”

4.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Luahan Rasa)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengeluarkan isi hatinya

2. Dapat mengetahuai masalah murid

3. Membantu murid mengatasi masalahnya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi

2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4

3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid

Penilaian : GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid

Rumusan :

13

Page 15: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Tiada Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan

4.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah ponteng

2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupannya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Soal selidik kehadiran murid

LANGKAH :

1. GBKSM membuat temujanji dengan murid

2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik kehadiran murid

3. GBKSM memberi galakan dan sokongan

4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa

Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin

Rumusan :

14

Page 16: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala tuju yang positif

Falsafah : Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

4.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku

2. Menilai salah laku yang baik dan buruk

3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Slaid salah laku, kertas A4,LCD

Langkah :

1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling

2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku

3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku yang ditayangkan

Penilaian :

1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan buruknya slaid yang ditayangkan

Rumusan :

1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-tingkah laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada masalah mereka

15

Page 17: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Falsafah : Hidup Penuh Dugaan Dan Cabaran

4.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak-

universiti)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat:

1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid

2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan

3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan

MASA : 1 hari

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Pengangkutan dan sumber kewangan

Langkah :

1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan

2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD

3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati

4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak

5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni pusat pemulihan akhlak

6. GBKSM membuat “post moterm” lawatan bersama murid ponteng

Penilaian :

1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa ruginya ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti salah lakuRumusan :

1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku

16

Page 18: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

Falsafah : Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu ( Peribahasa Ci

4.4.7 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Prestasi Akademik)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa prestasi akademik

2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Markah ujian bulanan

Langkah :

1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan

2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan melukis graf

3. GBKSM meminta murid memberi sebab berdasarkan graf yang dibuat

4. GBKSM meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik pada ujian akan datang

Penilaian :

1. Murid sedar bahawa tingkah laku pnteng menyebabkan prestasi akademik menurun

Rumusan : Kehadiran yang konsisten dapat meningkatkan prestasi akademik

Falsafah : Kejayaan Tidak Datang Kepada Manusia Yang Leka

17

Page 19: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

4.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Ceritaku)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. menilai pentingnya sayang akan diri dan keluarga

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Cerita pendek, album keluarga

Langkah-Langkah :

1. GBKSM bercerita “cerita pendek” berkaitan kasih sayang dan menunjukkan album keluarga

2. Murid menyatakan sejauh mana dia menyayangi dirinya dan keluarganya

3. GBKSM menerangkan bagaimana murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang yang berkaitan

4. GBKSM mengaitkan perilaku ponteng telah mengugat kasih sayang dan cita-cita yang diharapkan

Penilaian :

1. Murid lebih menyayangi diri dan keluarganya dan mengurangkan tingkah laku ponteng

Rumusan :

1. Kasih sayang sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid

Falsafah : Sayangi Diri Anda Dan Keluarga Anda

18

Page 20: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015

4.4.10 AKTIVITI 10

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Riadah/ Appresiasi )

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat mendekati murid-murid ponteng secara lebih Mesra

2. Dapat mengembirakan hati murid

3. Dapat menghilangkan stres murid

4. Penghargaan

Masa : 2 hari 1 malam

Sasaran : Murid ponteng/ibubapa/komuniti

Bahan : Sumber kewangan, pengangkutan, tajaan

Langkah :

1. GBKSM mendapat senarai nama murid

2. GBKSM menetapkan lokasi riadah

3. GBKSM menguruskan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa

4. GBKSM mencari sumber kewangan dan tajaan

5. merancang aktiviti riadah

6. Penglibatan Ibu Bapa dan komuniti

Penilaian :

1. Murid merasa seronok kerana mereka rasa dihargai dan tidak akan ponteng lagi

Rumusan :

1. Riadah ini dapat memberi peluang kepada murid-murid lebih mesra dan berkongsi maklumat dengan GKSM tanpa ada rasa rendah diri untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi

Falsafah :

1. Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Kurangya Kebijaksanaan Atau Kemahiran (Flower A. Newhouse)

19

Page 21: akhlak terpuji.docx

Kertas Cadangan Program Berfokus : Cahaya Iman 2015 20