Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju di Akhbar/Akta sisa... · Akta sisa...

2
Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju 07/02/2011 1:52pm ALOR SETAR 7 Feb. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 dijangka mula dikuatkuasakan April depan, walaupun terdapat negeri yang tidak menerima dasar penswastaan pengurusan sistem pepejal yang ditetapkan kerajaan Pusat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, apabila akta itu dikuatkuasakan barulah kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sepenuhnya dan dijalankan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di seluruh Semenanjung. Katanya, penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal ketika ini yang telah diputuskan kerajaan sejak 15 tahun lalu, masih berada di tahap interim yang menyebabkan ia berhadapan dengan pelbagai masalah dan kekangan. "Bila Akta 672 dikuatkuasakan, kita akan ada KPI yang turut melibatkan pemantauan yang berterusan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Waktu itu pengurusan sisa pepejal akan dijalankan dengan lebih lancar dan diyakini semua rakyat. "Ketika ini saya terima banyak aduan mengenai masalah pengurusan sisa pepejal. Saya minta jasa baik kerajaan-kerajaan negeri untuk terima keputusan yang ditetapkan 15 tahun lepas, iaitu penswastaan pengurusan sisa pepejal. “Kita mahukan sistem yang seragam dan lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kompaktor baru syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn Bhd dan penyerahan tong sampah baru kepada PBT Kedah di sini hari ini. Bernama TAJUK : Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju TARIKH : 7 Februari 2011 SUMBER : Utusan Malaysia KERATAN AKHBAR ONLINE

Transcript of Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju di Akhbar/Akta sisa... · Akta sisa...

Page 1: Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju di Akhbar/Akta sisa... · Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju ... kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan

Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju 07/02/2011 1:52pm

ALOR SETAR 7 Feb. – Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672

dijangka mula dikuatkuasakan April depan, walaupun terdapat negeri yang tidak menerima dasar

penswastaan pengurusan sistem pepejal yang ditetapkan kerajaan Pusat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, apabila akta itu

dikuatkuasakan barulah kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan

kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sepenuhnya dan dijalankan berdasarkan Petunjuk

Prestasi Utama (KPI) di seluruh Semenanjung.

Katanya, penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal ketika ini yang telah diputuskan kerajaan

sejak 15 tahun lalu, masih berada di tahap interim yang menyebabkan ia berhadapan dengan

pelbagai masalah dan kekangan.

"Bila Akta 672 dikuatkuasakan, kita akan ada KPI yang turut melibatkan pemantauan yang berterusan

oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Waktu itu pengurusan sisa

pepejal akan dijalankan dengan lebih lancar dan diyakini semua rakyat.

"Ketika ini saya terima banyak aduan mengenai masalah pengurusan sisa pepejal. Saya minta jasa

baik kerajaan-kerajaan negeri untuk terima keputusan yang ditetapkan 15 tahun lepas, iaitu

penswastaan pengurusan sisa pepejal.

“Kita mahukan sistem yang seragam dan lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas

melancarkan kompaktor baru syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn Bhd dan penyerahan tong

sampah baru kepada PBT Kedah di sini hari ini. – Bernama

TAJUK : Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju

TARIKH : 7 Februari 2011

SUMBER : Utusan Malaysia

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju di Akhbar/Akta sisa... · Akta sisa dikuatkuasakan walaupun ada negeri tak setuju ... kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan